Bila kecik dulu, I have this one strong memory. Umur rasanya dalam 6 tahun kot, masa tadika. Masa tu kenduri dekat rumah salah sorang jiran saya. Saya pergi dengan Mak dengan adik saya. Tak ingat dah kenduri apa. Dulu orang kahwen pun datang tak kenal siapa yang kawen. Datang sebab ikut Mak je dan jugak sebab nak makan ayam masak merah.
Masa semua orang sibuk menolong-nolong dekat dapur, as a good kid that I was, saya berdiri je dekat pintu dapur sebab takde tempat lain nak duduk. Nak duduk dalam segan sebab tak kenal orang. Masa tengah bermenung-menung dekat pintu, datanglah seekor ular senduk daripada luar rumah masuk ke dalam. Ular tu menyusup senyap-senyap bawah daun pintu yang terbuka yang tengah rapat ke dinding. Entah kenapa saya tak takut pun masa tu.
Saya panggil adik saya. “Ya, Ya, tengok tu, ada ular senduk masuk”, saya tunjuk pada adik saya. Badan ular tu panjang, badan dia pun besar segenggam tangan. “Jom kita bagitau Mak jom”
Saya pun jumpa Mak, cakap dekat Mak “Mak, Mak, ada ular senduk masuk rumah, Mak”
“Ah, takdelah. Kalau ular tu masuk mesti orang lain nampak”
Tiba-tiba ada jiran saya menyampuk
“Kenapa anak tu kak?” dia tanya Mak saya, merujuk kepada saya.
“Takde apalah, dia kata dia nampak ular senduk masuk rumah. Biasalah budak kecik”
Lepas tu cerita tu pun mati dekat situ. Saya pun meyakinkan diri saya yang saya tak nampak ular senduk tu masuk rumah. Selang beberapa jam lepas tu, ada seorang anak jiran saya menjerit-jerit dalam bilik.
“ULAR, ULAR! Ada ular!!” dia pun berlari keluar bilik dengan penuh gelabah. Orang lain semua jerit “Cari galah, cepat cari galah!” adalah lepas tu a few adult men yang berjaya mencari galah dan memalu ular tu sampai mati dengan buluh. Masa tu baru saya tahu orang kata buluh tu bisa. Boleh buat nak bunuh ular.
Lepas tu Mak saya pun cakap, “Oh, patutlah anak saya tadi katanya nampak ular. Ingatkan dia main-main.”
For years to come, memori ni menjadi antara ingatan paling menyakitkan masa kecik. Masa lepas orang tu campak bangkai ular tu keluar, saya tertanya “Kenapa Mak tak percaya saya bagitau ada ular tadi? Kenapa Mak tak tengok pun ular tu dekat pintu masa saya bagitau Mak? Mak tak percaya saya ke” Oh well. Masa kecik tu sedihlah sebab fikir Mak tak percaya saya.
Bila dah sekolah menengah baru saya got over it. Dah tak kisah dah tentang benda tu. Tapi agak lama jugak saya rasa terkilan dengan Mak sebab orang besar selalu anggap budak kecik menipu. Hehe. Terkilan sebab orang tak dengar apa yang kita cakap, walaupun benda tu betul. Dan bila dah berlaku, baru orang nak percaya.
Bila dah besar, dah nampak macam-macam yang berlaku dekat Mak, rasanya cerita ular tu bukanlah sesuatu yang menyakitkan lagi. Dibandingkan dengan penderitaan Mak nak membesarkan anak-anak, cerita ular tu kecik sangat.
Dulu kan, masa zaman takde mesin basuh, Mak la yang basuh baju semua orang. Cuba bayangkan, dengan lampin adik lagi yang bertaik-taik, baju kami 7 beradik, baju Abah penuh getah balik menoreh. Tak pernah dengar Mak mengeluh penat. Zaman sekarang jaranglah ada ibu kena basuh baju untuk keluarga. Pulak tu, tiap hari Mak kena masak untuk kami satu keluarga. Dahlah kami ramai, sembilan beranak. Sekali masak kena masak banyak-banyak, takut tak cukup.
Masa kecik dulu, satu petang tu saya tutup tingkap rumah. Sebab tak senonoh, jari saya terhimpit dekat tingkap, terus berdarah kuku. Sakit gila babeng wo! Saya berlari-lari menangis jerit-jerit. Mak pun panggil saya nak tengok luka tu. Mak pegang jari saya bubuh minyak gamat, lepas tu saya mengadu “Sakit Mak, sakit! Sakit Mak!” sambil menangis-nangis. Lepas tu saya pandang Mak, Mak pun tengah menangis. Terus terdiam sekejap. Saya terfikir, kenapa Mak menangis? Bukan Mak yang sakit pun.
Masa sekolah tadika, saya tak boleh kena tinggal dengan Mak. Kalau Mak balik, nanti saya mengamuk. Pernah saya tumbangkan almari penuh mainan sebab Mak balik. Cikgu selalu rotan sebab saya mengamuk dalam tadika. Sejak dari tu, setiap hari Mak teman dekat tadika dari pagi sampai habis.
Walaupun ada adik-adik dekat rumah nak kena jaga, kena masak untuk makan tengahari, Mak tunggu je dekat tadika sampai saya habis. Bila dulu tengok tak rasa apa. Nampak Mak ada dekat luar pintu tadika saya sambung main mainan. Bila sekarang, baru kita sedar besarnya jasa Mak. Gigihnya Mak menunggu dari pagi sampai tengahari. Kita pun tak tau mampu ke tak nak jadi macam tu untuk anak-anak kita.
Kalau nak kira besarnya jasa Mak nak membesarkan kita, sampai bila pun tak terbalas. Terlampau besar. Selagi Mak masih hidup, insyaAllah, akan saya jaga Mak baik-baik.
Selamat Hari Ibu, Mak =)
Coretan 18 Disember
8 hours ago
You are very thoughtful of your mother...Alhamdulillah :)
ReplyDelete