22 September 2015

Our Little Chat

+ Kau tahu tak apa maksudnya uSpot?

# University Hotspot kan? Ke UPM Hotspot? Tak pasti.

+ Bukanlah. U tu stands for ubiquitous. Ubiquitous tu maksudnya macam omnipresence. Setiap tempat dia ada. 

# Oh yeke. Bukan Universiti ek? Tak salah aku university.

+ Haah. Atau mungkin jugak dua-dua. Boleh jadi. Ok2. Tahu tak apa beza obvious dengan oblivious?

# Obvious maksudnya ketara-lah. Oblivious aku tak pasti.

+ Oblivious maksudnya tak tahu. Contohnya, he’s obviously oblivious to the fact that oblivious means not knowing. Macam kau.

# Lol!

+ Lol.

I miss this kind of conversations. So much it aches my heart. 

P/S: I hate growing up. 

21 September 2015

Kami Sudah Tidak Berbicara Tentangnya

Saya cek dalam sistem SGS pagi tadi status pengajian Master. Sudah semester 9.

Hai sepatutnya kena hantar pembetulan thesis sebelum 11 September 2015 untuk konvo tahun ni, tapi tahulah pemalas nombor 1. Nak bukak balik thesis lepas viva tu punyalah malas tak payah cakap. Bila bukak je, tenung lama-lama. Tangan nak bergerak menaip kekok semacam. 

Mesti ramai pelik kan, kenapa dah sampai sem Sembilan (9)? Bukan Master habis maksimum 6 semester ke? Panjang sangatlah ceritanya, sampai malas nak cerita. Ada yang dulu masuk sekali Master dengan saya, sekarang dah sem berapa PhD. Dah konvo master, beranak pinak. Sambung PhD sudah. 

Saya nak cerita kisah budak-budak Master yang sekapal dengan saya. Yang belajar-belajar Master sampai dah semester masuk dua angka tak habis-habis lagi. 

Perjalanan Semester Pertama


Buat Master full research ni masa first sem takdelah nampak gila sangat, setakat buat literature review, improve method tak nampak lagi bahaya di tengah jalan. Tapi bila sampai satu tahap kita dah sangkut, tak tahu nak buat macam mana, ramai yang give up tengah jalan tak sempat sampai hujung. 

Ada yang masa buat labwork/carry research, rasa okay je. Tapi bila dah masuk buat writing tiba-tiba lah tak reti buat discussion, lepas tu elaun dah habis, terpaksa cari kerja. Lepas tu sebab busy berkerja, thesis tak bersentuh, terus hilang kisah buat Master.

Ada yang selamba buat labwork, tapi bila dah habis tak reti buat calculation. Lagi best rupanya untuk dapatkan result, tertinggal satu parameter, tak buat labwork. Nak repeat balik labwork macam tak sanggup, dah sem 4. Tup-tup diamkan diri, mohon defer semester, terus hilang buat selama-lamanya.

Salah Siapa?


Sebenarnya tak tahulah nak salahkan siapa bila buat research tak berjalan ni. Sebabnya postgrad/pascasiswazah ni dah tak sama macam buat first degree. Full research bererti menghambakan diri buat kajian, lalu teknik menulis, teknik buat research semua kena mentaliti research; bukan mentaliti degree. Dah takde belajar untuk exam dah atau tiru meniru. Dah tak boleh. Semua belajar untuk hasilkan produk kajian. 

Kawan-kawan yang terkandas buat Master ni, bila dia sangkut dia takkan bagitau kita. Sebab dia stress. Mula-mula dia jauhkan diri, then satu hari tiba-tiba hilang. Tengok dekat lab takde, bilik dekat kolej berkunci. Lepas seminggu dua baru tahu dia dah balik kampung halaman, itupun sebab dia bagitahu supervisor dia. 

Bila nak balik U semula? Semua orang tak tahu. Itu fasa pertama.

Fasa kedua, dekat media sosial; blog, facebook, twitter, instagram dah tak bercakap pasal buat research. Dulu kemain, setiap kali masuk lab check in, upload gambar sampel. Masa pergi fieldwork excited letak dalam instagram. Lepas tu dalam blog setiap 2 minggu cerita pasal buat Master. 

Bila terkandas je semua diam. Dekat facebook suam-suam kuku, dekat twitter dah tak cerita pasal Master/thesis/research, dekat instagram gambar biasa-biasa. Dekat blog pun dah tak cerita dah pasal research. Cerita pasal kehidupan biasa je. Tapi takde pun cerita status pengajian Master, berjaya ke. Selesai ke. Kita pun dok tertanya-tanya apa dah jadi.

Lepas tu bila kita mesej susah benar nak balas. Bila kita call gitu-gitu je bercakap, tapi selalunya tak jawab langsung. Sebab dia taknak kita update pasal research dengan dia. Dia stress. 

Bencana Media Sosial


Fasa ketiga, tiba-tiba dia aktif semula dekat media sosial. Aktif jual insurans, emas, saham. Tiba-tiba je kan. Dah diam sekejap, tiba-tiba aktif menjual insurans. Maksudnya dah beralih kerjaya lah tu. 

Bila kita selidik tanya kawan-kawan rapat, semua tak tahu status pengajian masing-masing. Rahsia. Sebab dah kalau taknak cerita mana nak tahu. Kadang tu sedih jugak, kawan-kawan rapat terputus hubungan sebab segan status pengajian tak selesai. 

Itulah kisahnya sambung pengajian ni. Ramai dah terkandas, geng-geng saya sendiri pun ramai dah taknak jawab bila tanya “Kau bila nak habis?”. Soalan sentap tu tahu. Karang elok tengah makan terus bergenang air mata tak lalu makan lepas tanya. Soalannya macam tanya perempuan yang single umur 30 tahun bila nak kahwin. Sensitif!  

Orang pun pelik, susah sangat ke buat Master ni? 

Tak tahulah. Sebenarnya bergantung pada motivasi dan kewangan. Dan jugak beberapa faktor lain. Kalau motivasi takde, memang susah. Tapi bila dah bekerja tu, selalunya peluang menghabiskan Master tu agak gila susahnya. 

Kewangan pulak sebab selalunya sambung Master ni umur dah pertengahan 20an, kalau tak kahwin pun tanggungjawab pada keluarga dah kena pikul. Perbelanjaan dah macam orang besar, tapi pendapatan masih level student. Jadi nak buat macam mana, stress jugak dari segi kewangan. 

Last-last cari kerja lain, tinggalkan Master terbengkalai. 

Al-Kesimpulan


Itulah sedikit sebanyak kisah terkandas buat Master ni. Mohonlah doanya supaya saya berjaya menyiapkan pengajian, tak mahu terkandas. Sebab dah tinggal submit correction je ni ha. Adoiii itulah. Lagi dekat habis lagi malas berganda-ganda. 

Sebab dah lama kan, semua orang tunggu update. Dah grad ke? Dah selesai ke pengajian? Diam je. Untuk yang masih menunggu nak tahu, inilah kisahnya.

17 September 2015

Malam Langit Permata

19 September 2015

Malamnya di dalam hutan belantara. Keadaan sekeliling gelap, cuma ditemani cahaya kosmik dari angkasa. Ketika itu saya belum memandang punca cahayanya secara terus, jikalau tidak nescaya sudah terlihat keindahannya; malahan dari pantulannya di atas bumi sahaja menerangkan suasana sehingga boleh terlihat samar-samar walaupun ditengah kegelapan hutan.  

Kami duduk di atas kerusi yang disusun menghadap layar putih berlantaikan tanah, berdindingkan udara panas hutan, berbumbung angkasaraya mengikut ambilan masing-masing. Pelajar ambilan 2000, 2001, dan 2002 disusun secara berkelompok. Suasana diam, hanya hingar bunyi serangga hutan; tiada perbualan yang tercetus walaupun kami sudah tidak bertemu lebih sepuluh tahun. 

Dalam hutan ini, kami semua kembali remaja. 

Saya mencari-cari kawan daripada batch yang sama, sehingga beberapa kali beralih tempat duduk. Tapi suasana yang tidak begitu cerah menyukarkan saya mencari mereka. 

Malam ini akan berlangsungnya upacara yang penting, gilang-gemilang. Seluruh planet sedang berkumpul untuk upacara malam ini, tetapi saya ingat-ingat lupa agendanya kerana untuk saya pula, ada upacara lain yang lebih penting. Malam ini Malam Langit Permata.  

Setiap cahaya sintetik dari lampu neon dan kalimantang akan dimatikan berperingkat pada malam ini untuk seluruh dunia menikmati langit malam dan cahaya bintang pada akhir malamnya. Dan kalau berjaya, lintasan meteor juga dapat diperhatikan. 

Sedang saya mencari rakan-rakan ambilan 2002, saya menerima mesej di whatsapp.

Gambar seorang lelaki dan wanita yang bergambar di hadapan banner bertulis “Majlis Perkahwinan Az dan Nisah” yang digantung di hadapan sebuah kedai. 

“Kau tolong nasihat sikit kawan kau ni.” Tulis mesej itu. Di dalam gambar, pengantin lelaki yang namanya ditulis di dalam banner bergambar dengan perempuan yang bukan bakal pengantinnya. Darah terasa berderau. Banner itu pula bukan tempatnya di situ. Tempatnya sepatutnya di majlis perkahwinannya.  

Terus saya berjalan meninggalkan kem kami, menelusuri denai kecil di tengah hutan ke arah lokasi gambar dalam telefon diambil tanpa toleh-toleh. Ketika itulah, saya terpandang langit. Langkah terhenti serta merta. Nafas sesak.

Ya Allah, cantiknya! Setiap butir bintang – berjuta-juta terlihat jelas, dengan setiap kerdipan berbeza warnanya. Ada yang kuning terang, jingga, putih, hijau malah magenta. Ada yang besar dan ada yang kecil. Dan cahaya biru ungu bimasakti seakan-akan awan yang melindungi bintang-bintang tersebut, dengan sedikit percikan cahaya warna merah. Beberapa biji meteor terbang melintasi langit malam, menambahkan seri malam langit permata. 

Walaupun masih ada lampu yang belum dipadamkan, langit sudah menjadi terlalu indah. Bayangkan kalau semua lampu di mukabumi sudah dipadamkan – saya terfikir sendiri. 

Malam ini, saya punya agenda sendiri. 

Kaki dihayun kencang. Saya tiba di kedainya hampir sekelip mata, masih teruja dengan keajaiban alam di luar. Ketika saya bertemu dengannya, dia sedang menggulung banner masuk ke dalam beg sandang. Tanpa perlu saya menegurnya, dari wajahnya saya tahu ada orang lain yang telah menegurnya dahulu, lalu mengganggu perasaannya.  

Yani, gadis yang bukan bakal pengantinnya cepat-cepat pulang ketika saya tiba, mengelak sebarang perbualan. 

Saya berdiri di belakangnya semasa dia mengemas.

Dia berpaling, dalam baju kemeja warna ungu berbelang seperti kali terakhir kami bertemu di majlis perkahwinan Ikram. Baju yang sama.

“Em?”
“Em.”

Tanpa perlu berbicara, bunyi sepatah yang bertukar di antara kami memancarkan perasaan. Saya telah mengerti apa yang terjadi dan dia mengerti kenapa saya hadir.

Malam ini kami telah berjanji untuk menyaksikan malam langit permata di atas puncak gunung di pinggir Central Park. 

Kami berjalan bersama, mungkin buat kali yang terakhirnya. Pada malam terakhirnya sebelum berkahwin, dia telah berjanji untuk berjalan dengan saya kali yang penghabisan. Mungkin, selepas ini – kami berdua sedari, kami tidak akan seakrab dulu. 

Kami menelusuri kaki gunung Central Park, di pinggirnya sebuah tasik dipagar batu-batuan besar yang tambah cemerlang di bawah sinaran sejuta bintang. Keindahannya bagai fantasi – mimpi yang tidak boleh ditandingi. Pada sebelah kiri kami, pohon-pohon hutan yang kelihatan penuh misteri dalam kegelapan dan bayang-bayang malam. Di hadapan kami, pendakian ke puncak, bintang-bintang terus bersinar. 

Sewaktu kaki kami melangkah semakin tinggi ke puncak, terdengar ketukan gendang dengan nyanyian yang asyik sayup-sayup di pinggir tasik. Semua orang nampaknya mempunyai cara mereka tersendiri meraikan malam gilang gemilang ini.

Kami tiba ke puncak dengan perasaan takjub. Semua lampu di mukabumi sudahpun terpadam, yang kini tinggal hanya cahaya alam. Pada langit permata, sejuta bintang berkerdipan. Semuanya tidak bersempadan, ke mana saja mata memandang, setiap sudut akan diekori cahaya bintang. Saya tidak pernah menyangka keindahan alam sebegini mengasyikkan. 

“Kau nampak tak tiga bintang menghala kiblat? Itulah 3 bintang yang membentuk pinggang Sagittarius, buruj aku.” Saya bertanya kepadanya beberapa bulan yang dahulu sewaktu kami berjalan pulang ke kolej sewaktu seluruh UPM bergelap. 

“Yeke?”
“Haah”

“Kau pernah tengok, in real life, langit macam dalam gambar dekat internet? Yang nampak bintang terang, yang ada nebula macam ada awan dekat bintang?” tanyanya pula. 

“Tak pernah.”

“Aku pernah tengok sekali. Dalam hutan waktu camping.”

“Cantik tak? Sebijik dalam internet tu ke?”

“Cantik. GILA! Sebijik!” bersemangat dia menjawab. 

“Aku teringin sekali nak tengok.” Kata saya. Sedikit cemburu. 

Malam ini, setelah seribu malam kami berbicara tentang Malam Langit Permata, akhirnya kami berdua menyaksikannya bersama. 

Kami turun semula ke kaki gunung Central Park ketika semua bunyi-bunyian telahpun mati, hanya tinggal cahaya beberapa jam sebelum sinar mentari pagi menjengah. 

Bersama pagi, pada fikiran saya – akan datangnya perpisahan. 

Kami berdua duduk di bangku depan kedainya, saling menghadap – bersemuka. Setelah menjadi saksi malam yang bersejarah ini, kami tidak mampu lagi melelapkan mata, malah belum mampu merasa letih. 

Kali yang penghabisan ini, setelah semua kata-kata dizahirkan antara kami pada hari-hari sebelum malam ini menjengah, kami menghabiskan jam-jam terakhir ini dengan sunyi.

Tiada satupun perkataan yang mampu keluar dari bibir, tetapi kesunyian ini memberikan kami ketenangan untuk mengenang kembali kata-kata yang pernah terucap. Tentang mimpi yang bakal berakhir, harapan yang semakin suntuk di hujung masa. 

Kami berdua meresap kesepian dinihari dengan sayu. Dia memandang saya dengan simpati, masih sukar menerima hakikat dia terlebih dahulu akan meninggalkan. Saya memandangnya dengan hati yang tersayat ngilu, pedih mengenang kesunyian setelah dia pergi nanti.

“Aku dah nak kahwin.” Katanya pada beberapa hari yang lalu. 

Bila dituturkan seperti itu, kedengarannya seperti mudah. Seperti air mengalir. Licin, laju, dan terus.

Dia tidak memaksa, tetapi saya tahu dia menantikan reaksi.

“Kahwinlah.” Jawab saya mudah, tidak mahu konfrontasi. Seneutral yang boleh.

“Kau takde girlfriend ke?” pertanyaannya yang tiba-tiba menjengah tanpa mengikut arah nada pertanyaan sebelumnya, tidak memaksa, tetapi mahukan penjelasan. Dia mahu mengetahui sejauh mana saya telah bersedia untuk kehilangannya.  

“Entah. Aku tak berminat” 

Dalam masa dia menelusuri masa depan, dia sempat khuatir kepada saya yang bakal ditinggalkan. Mungkin fitrahnya begitu, selalu merisau-risaukan sahabatnya. 

“Aku tak rasa nak bercinta.” Saya menjawab sejujurnya.

“Kau tak rasa ke macam kau perlukan pendamping, nak menemani hidup kau?”

“Apa, kau tak cukup ke sebagai kawan aku?” 

“Bukan maksud macam tu.”

Dia mengakhiri kata-katanya, tanpa menjelaskan.

Tiba pada jam ini, segala kata-kata yang masih bergantungan, sudah tidak bererti untuk bertemu jawapan. Kami masih berdiam, kerana kami tahu segala yang perlu diungkapkan tidak perlu dijelmakan dalam kata-kata. Kami mengenang malam-malam kami berbicara ke pagi, bertelingkah, bercakaran, berhujah, dan selalu bertemu konklusi yang tidak serasi. 

Tapi pada akhirnya yang kami temukan juga ialah kesimpulan bahawa setiap pertemuan akan bertemu perpisahan.  

Kini kami mengulangi semula malam-malam dahulu pada malam ini – bertemu, hanya diam. Larut dalam khayalan masa depan. Saya cuba menahan diri dari berkata-kata, kerana walau satu perkataan yang terkeluar sedang diempang dengan emosi, dan seandainya saya berbicara hatta sepatah, nescaya air mata akan mengiringi. Sungguh saya kepingin kepada saat kami berdua mentah, mencari erti kehidupan bersama. Meneroka sempadan dunia. 

Dan syukurnya, pada jam-jam terakhir ini, kami bertemu langit permata.
Setelah berjam-jam lamanya kami berdiam menikmati kehadiran masing-masing dalam sepi, dia memecahkan kesunyian. 

“Dah pukul 4. Pukul 7.15 aku dah kena ada dekat sana.” 

“Tunggu sekejap.”

Saya menghirup udara dingin pagi dalam-dalam, membiarkan setiap molekul bermain di setiap inci rongga paru-paru. 

“Kau ada nak bagitahu aku apa-apa?”

Pertanyaannya seolah-olah menikam, cuba mencari ruang terakhir untuk saya mempamerkan emosi yang sebenar-benarnya.

Saya menggeleng. Setitis air mata mengalir tanpa berjaya ditahan. 

“Allah pinjamkan kau pada aku sekejap.” Kata saya dalam hati cuma. 

Dia berpaling pergi setelah tersenyum pahit kali terakhir. Saya tahu dia risaukan saya, seperti selalu-selalunya. 

Dia tidak berpaling buat kali kedua. Segala empangan air mata sudah pecah pada detik ini. Daripada mata yang berkaca, saya melihat baju kemeja ungu hilang ditelan jarak.



10 September 2015

THE UMRAH

I couldn’t grasp the romanticization of the Kaabah when I was smaller. I couldn’t comprehend the sentiments and the people longing for Makkah – the foreign desert thousand miles away from home.



I couldn’t understand why it is so overwhelming for people to stand before the Kaabah in the Masjidilharam that they couldn’t help but shed some tears. 

Mekah is just a place, and Kaabah is just a building – that was what I thought when I was a kid.
But being before the Kaabah as an adult, seeing it with my own eyes now could I understand it all. 

For a sinner, being a guest of the Almighty in His Masjid, the land of the Prophet, I couldn’t stop feeling so lowly and cried. 

Now I understood it all. When I was a kid, I didn’t sin. I didn’t feel the burden to repent. 

Now, the sinner in me feels so ashamed for all the wrongdoings he had committed in his life that being a guest of God is not deserving of him. He does not deserve this reward. Thus he cried for feeling so unqualified, unfulfilling and unworthy while the sins he had done flashes before his own eyes while he looked at the Kaabah. In that moment he felt so lost, but ironically, he felt a sense of home. Of returning to a certainty he never thought he'd find.  

The Kaabah, the Masjidilharam and the city of Mekah is not just a place, he finally understood. It’s a home he never had.

24 August 2015

LELAKI

Bukan semua lelaki yang dikata berani
Suka mendabik dada, mencita kelahi
Yang dicabar; berlari pantang sekali

Ada lelaki yang mahu dikata berani
Menginjak jalan yang tidak kerap dijejak kaki

Ada lelaki, jiwanya berani
Kepada kekuatannya memilih sesuatu yang tidak betah lelaki lain pilih
Beraninya luar biasa menongkah arus, melintang patah
Kerana dia lelaki.

Ada lelaki yang hanya bertemu berani,
Pada akhir putus pengharapan dan mata yang menangisi takdir.

Aku juga lelaki. Harus berani memilih.
Harus keras memutus.
Harus tegar berdiri.
Harus mampu sendiri -

Kerana aku lelaki.

Bedaduz,
Putrajaya

12 August 2015

National Anthem



--





Tell me I'm your national anthem.
(Oh yeah baby bow down, making me so wow wow)
Tell me I'm your national anthem

(Sugar sugar how now, take your body downtown)

24 July 2015

Malam Kita Bentang Langit Permata

“Apa yang silapnya kita?” dia bertanya.

“Takde apa. Takde apa yang silap.” Saya mengelak.

“Tak, tak, tak. Aku tahu ada something wrong. Boleh tak kau tak payah pretentious. Kita jujur. Hati ke hati. Kalau kau respect aku sebagai kawan kau, kau kena jujur dengan aku.” Dia berkalih menghadap saya dari pembaringan.

“Hm?” dia berdengung sepatah, sebagai ekstensi pertanyannya sebentar tadi.

“Kalau kau respect aku sebagai kawan kau, kau takkan push aku. Kalau aku cakap aku taknak cakap, maka kau tak payah paksa aku bercakap.” Saya bertingkah.

Dia terdiam kelat. “Fine.”

“Ok, sorry sorry.” Saya mula mengendur. “Kau tanya apa tadi? Meh aku jawab.”

“Dah tak payahlah. Malas cakap dengan kau.”

“Weh janganlah macam ni. Ok aku salah. Aku admit.”

“Dah. Aku takde mood. Aku nak tidur.”

“Eleh tak payah. Bukan aku tak tahu kejap lagi kau layan whatsapp mesej gadis-gadis kan.”

“Ok, jawab. Apa silapnya kita?”

“Takde apa silap.”

“Kenapa kau mengelak dari aku? Kenapa kau taknak jujur dengan aku? Kenapa most of the time aku rasa macam aku ada buat silap dengan kau tapi kau taknak bagitahu aku? Dan bila aku cuba tanya, kau diam.”

“Apa kau mengarut ni gila. Kau nak emosi ni kenapa? Tenang saja. Kau ingat kalau aku tak puas hati dengan kau, aku diam? Kau lah orang paling aku maki kalau aku ada benda tak puas hati.”


“Kau ingat aku bodoh ke? Aku tahu ada benda kau mengelak nak cakap dari aku.” Dia membentak keras, separuh kecewa.

Saya menyelak selimut yang membaluti batang tubuh, kemudian berdiri. Saya berjalan ke peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air mineral. Perlahan-lahan saya meneguk air dari botol itu.

“Boleh aku jujur dengan kau?” saya bertanya sambil masih membelakanginya.

“Baik.” Jawabnya, pendek tapi yakin.

“Entah. Aku sebenarnya ada cita-cita. Bukan cita-citalah, mungkin mimpi. Aku nak jelajah dunia dengan kau. Aku nak teroka hidup dengan kau. Backpacking satu dunia, panjant gunung, navigate laut. Sebab despite the fact yang kau dengan aku selalu gaduh, aku sedar kau je yang faham aku. Kau je yang aku ada"

Saya berbaring semula di atas katil.

"Tapi tiap kali aku rasa macam aku dengan kau macam sangat rapat, kau buat aku rasa yang benda tu takde apa-apa. Kau macam tarik diri."

Saya menyarung selimut semula.

"Dan bila aku sedar masalah ni mungkin sebab aku yang expect terlalu tinggi daripada kau, yang aku tahu kau takkan balas balik, aku sedar yang benda ni semua masalah aku. Jadi aku takde sebab nak marah kau. Aku mengelak daripada kau sebab kalau kau yang pergi dulu, aku kena bersedia. Sebab aku tahu, dan aku tahu yang kau tahu; yang aku takkan tinggalkan kau, tapi kau yang akan tinggalkan aku dulu."

Saya memandangnya, menantikan jawapan.

“Kau kena sedar, tak semua orang akan stay dalam hidup kita. Kau dengan aku pun, rapat macam mana pun kena move on. Takkan selama-lamanya nak bersama. Betul tak?” dia membidas.

“Kan?” saya membalas sepatah, dengan soalan retorikal, skeptik.

Kami berdua terdiam. Dia mendengus, seperti marah. Atau mungkin juga keletihan.

“Kau marah aku ke?” dia bertanya, seperti mencari penilaian saya terhadap pendapatnya.

“Tak.”

“Kejap, jadi kau expect apa sebenarnya?” dia bertanya, ketagih penjelasan.

“Aku sedar yang expect tu satu perkataan yang terlalu besar. Aku dah lama berhenti expect. Aku dah lama sedar expectation aku tak mungkin dapat dipenuhi. Mungkin sebenarnya aku berharap. Yap, berharap. Itu je. Aku berharap yang apapun berlaku, kau dengan aku macam sekarang. Takde apa yang berubah. Aku tak expect – aku harap.”

“Maksud kau tak berubah macam mana?”

“Macam nilah. Macam sekarang. Bila aku balik bilik, aku tahu ada orang yang tinggal dalam bilik yang sama. Yang selamanya sahabat aku, bila aku ada benda nak bercerita dia boleh dengar. Kalau aku kecewa dia tahu. Kalau aku sedih dia boleh kata “Wey rilekslah, takkan sedih kot?” yang boleh buat aku gelak balik walaupun aku memang tengah down. Aku nak kawan yang tiap masa boleh aku cari, yang aku tahu apa pun jadi, bila-bila pun jadi dekat aku, dia akan datang tolong aku.”

“Tak, aku sedar benda kau cakap ni benda yang betul. Aku sendiri pun pernah je lalui, berpisah dengan member-member. Tapi aku cuma cakap dekat diri aku, takpe, ini semua perjalanan kau. Deorang semua ni macam persinggahan kau, dan setiap persinggahan ni deorang kasik bekal dekat kau, supaya kau boleh maju lagi teruskan perjalanan. Faham aku cakap?” Dia pantas meningkah.

“Hm, faham.”


“Memang sedih pun, berpisah. Aku faham perasaan kau. Tapi kau kena bersedia berdepan realiti.”



“Tengok, kau yang akan cakap dulu. Kau yang akan mention dulu pasal kena bersedia berpisah apa semua. Macam memang betul kau yang akan tinggalkan aku dulu.”



Dia gelak kecil. Separuh mengejek. Separuh geli hati.



“Mungkin sebab kau belum nampak lagi, benda apa kau kena hadapi dekat depan kau. Yang nanti bila kau lalui, kau tengok balik baru kau sedar semua orang yang kau jumpa ni adalah sebahagian dari perjalanan kau. Mungkin sekarang kau tak nampak, tapi satu hari nanti kau akan nampak. Dah kalau kata namanya perjalanan, memang keep on moving. Bukan permanent. Sentiasa bergerak. Semua orang ni sifatnya sementara.”

Saya terus diam memandang kipis siling yang berpusing ligat, sebelum bersuara semula.


“Memang betul. Aku tak pernah deny. Sebab tu aku kata aku berharap. Aku berharap yang aku tak perlu jadi macam semua orang. Aku harap perjalanan hidup kita boleh jadi berbeza. Kau tahu, kita tak perlu sama dengan orang lain. Aku harap aku dengan kau kawan sampai bila-bila.”

“Boleh jadi. Tapi…”


“Tapi?”



Dia mengenyeh-ngenyeh hidungnya kegatalan. Resdung menyerang barangkali.


“Entah.”


Kemudiannya kami sama terdiam, merenung kipas yang berpusing ligat, tanpa henti. Malam masih dingin di luar sedang kami sudah kehabisan kata-kata. Tapi pada saat kami menemui kebuntuan dalam berbicara, anehnya perasaan dan pemikiran kami mencapai satu persefahaman. Dia mengerti maksud saya dan saya mengerti maksudnya.


“Weh.” Saya memanggilnya.

“Apa?”

“Kau tahu tak. Aku tak tahu kalau ada makna ke apa. Dan aku tak tahu kalau benda ni kau perlu tahu. Tapi ada sesuatu aku nak bagitahu kau.”

“Apa dia?”


“Malam pertama dekat Mekah masa aku pergi umrah haritu kan, sebelum bangun Subuh aku mimpi kau. Dan benda tu seolah-olah satu petanda yang buat aku rasa bahagia.”


Dia tersenyum gembira. “Yeke?”

Saya mengangguk.

23 July 2015

The Doctor Who Quits Medic School and Becomes an Engineer (2)

“And, and hear me. You either have a good voice, or you can learn languages easily.” I stared in wonder.

“Why can’t I have both?” I asked him, stuffing yet another skewer of sate into my mouth, just to water down the weight of words I just uttered. It was out of disappointment, or perhaps out of an angst emancipated from the failure to fulfil the destiny despite the assurance he provided me. “Why can’t I have both – or at least a decent voice?” I asked myself in full inferiority complex.

“This is not what I thought of you. This is what the numbers tell. It’s either; or or.” He told me, still his eyes trying to search mine, imploring for my confidence. I was not in comfort.

“Well, I don’t believe you. I’m sorry I’m a sceptic though.”

“I just lay it all on the table. This is what the numbers tell. And this numbers rarely make mistakes.” He stood his ground and the conviction he tried to pass as the naked truth.

Ancient fortune-telling

This whole point of simplifying me down into a set of numbers, and deciphering the numbers as my personality is a notion that I am not comfortable with. Worse yet, it did make me nervous. I’m afraid that somehow, all my secrets are actually within those numbers and he can really tell, or worse yet, I was predestined to have a certain personality, and this personality is actually signified, and can be understood physically from these outward traits – between the numbers, on the numbers and locations of my moles, the lines on my face and palms.


“You know what, if this is just another type of reading somebody’s fortune like the zodiacs, I’m totally not buying. I don’t believe in zodiacs.”

“This is different than the zodiacs. This is actually an ancient fortune-telling technique by the Egyptians. In fact, the zodiacs were based on this knowledge.”

“How would you know if it’s the truth?”

“I don’t know. Nobody knows for sure. But if you think this exactly is your personality, you would have the chance to rectify yourself.” I know that he was lying. He knows that this is the truth, that he was 100% confident in this method of fortune-telling, no doubts on his part.

“Epy, you are eccentric.”

He smirked playfully, as if he had me in his hands. As if I’m completely his subject. That, now, seemed like his initial intention, now culminating into this moment. He’s the magician, and I’m the mesmerized audience. He captured me in his moment of wonder; his act of magic. He wants to capsize me with his little parlour trick.

The Truth

“And do you think I have a good voice?” I asked, quite taken aback by my own words.

“It’s not like that. It means you have a voice for story telling; a voice that people would want to listen to. A voice that is so powerful it can change people’s heart. And, either that, or you are a good language learner. It’s either one.”

“I don’t think I have that voice. Maybe I am a fast language learner; but not the one with the good voice.”

“Well, I don’t know, I cannot tell.” Says Epy. “But now, you listen to me. You have to break through your bubble. Your primary numbers show that you are a leader; your leadership is so strong the numbers are repeating themselves. But unluckily, your secondary personality is what dragging your leadership. You are not confident.”

Those words weaken me. I could literally feel my heart sank. Confidence – always a personal issue for me.

“What you can do now – number 1: mingle around with people. Don’t be judgmental, be friends with everybody. This will help boost your confidence by time.”

Epy’s words made me think, always. There’s always some peculiarity in his words, so earnest and simple, yet was unspoken by other people. He was the only one who dared to tell me this.

3 years of our age gap proves that there are indeed, lots of incomputable differences.

I am now trying as much as I could to be a sponge, absorbing people’s wits and wisdom. These people will help guide me towards my destiny, albeit indirectly.

Good Bye

“People like you need people like me. You have leadership, while I have the social skills. I could help polish your leadership skills.” Epy exclaimed.

That sounded like a good plan, 2 months before, until he decided to leave too – just like Fahim.

Epy got so much going in his head that he worried so much. I tried comforting him, alleviating his fears, but he remains anxious all the time, always in an anticipatory unease, as if waiting for disaster to unravel.


“You could do nothing much, unless if we swap places.” He would tell me in a childish jester.

“It’s unfair; don’t leave me. We’ve still got things to do – together.” I would beg, and he would shake his head slowly in disapproval.

If he was really telling me the truth about my numbers, then why won't he listen to my pleas? Why won't my voice change his heart? Perhaps, it's the latter. I might be a fast language learner, but I don't have the quality of a good voice.

As much as I want it, I don’t understand him. I don’t understand his situation, his thoughts processes and his actions. I don’t get him, as much as I don’t get his Egyptian fortune telling skills.

The doctor who quits medic school and becomes an engineer – he is as unfathomable as his title. And now, another goodbye to bid.

Previous post: The Doctor Who Quits Medic School and Becomes an Engineer

06 July 2015

Alan and I


I met Mr Alan the other day, talking about his marriage, about him furthering his studies and about generally our service-provider-and-client professional relationship. 

Mr Alan is one of the best clients I’ve worked for, who honours practicality over formality and is a realist who sees the best way to do things without having to go through the unnecessary processes. 

“Orang Malaysia ni kan, dalam kontrak tulis punya bombastic. But tell me, can you achieve all those you write in the contract within 3 years? I don’t think so. The contract needs to be revised.”

That was his first comment on our contract that I received from him; the first time we met personally in his office. 

“If you ask somebody to prepare you a report, you should justify why you would need the document. Tapi orang kita suka suruh buat laporan, tapi bila you hantar laporan tu dia bukan nak baca pun. What for?”

Mr Alan’s wisdom is appealing to me. His thoughts virtually reflect mine, and I could tell that we follow the same thinking process.

Me, the lazy procrastinator who would only lift my finger when I could justify lifting it. And Mr Alan, the realist who minimizes tasks and selects the one he loved doing. Mr Alan is a well respected leader, who is loved and respected by his subordinates, the one with the most compassion yet with the highest level of commitment and drive.

I always condemn our clients for demanding this report and that report, which are rejected even when we had done them right and for small reasons that are too ridiculous to comprehend. 

Mr Alan hates that kind of bureaucracy and so do I. Everything should be simplified, according to him.

He’s going to further his studies means losing another great client who would back you up in meetings aka our very own warfare.
  
“Mr Alan, kenapa sambung belajar?” I asked him on our last meeting, anticipating some predictable answer from him. 

“I tak suka bekerja.” He replied instantaneously, without hesitation, and casually, without any sign of remorse. 

HAH! So do I!

“Cuba you fikir, benda apa yang seronok dibuat dan free? Belajar saja. I dah pening bekerja, dah 11 tahun 1 dekat sini. I memang tak suka bekerja.”

Mr Alan indifferently elaborated. And so do I – I agreed silently.

There is this childish manner of truth-telling in Mr Alan, and I’m glad he was comfortable to open up to me this side of him. You know, everyone in the working industry behaves like an adult; that they no longer laugh and think simple. Mr Alan is an exception. Always with a big smile, doesn’t give a damn on what people think, and yet, still loved by many. His naivety and childishness make me believe that him and me, (and Fahim too!) can work as a team. With those years of experience behind him, he is still that simple minded kid who dislikes being a slave of this crazy system. 

Sadly, people like us would forever be cast into the background; we would only be subjects of people who stood firmly by the system - the crazy, the workaholic, the bossy boss, the fussy clients.  Those who had lost their own childhood and now attempting to rob ours. 
I remember asking him about tying the knot: 

“Seronok tak kahwin Mr Alan?”

“Kalau tak seronok, buat apa kahwin?” he replied, with the same degree of childlike truthfulness. 

Truly, I simply love this guy. I could even imagine sharing a childhood together with him, playing congkak and tuju tin in the evening until our mothers call for us. 

But alas, the circumstances and the time we met are not right. He's the client and I am the service provider. We could not be friends outside this rigged system, because...complicated things. 





Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter