Bukan semua lelaki yang dikata berani
Suka mendabik dada, mencita kelahi
Yang dicabar; berlari pantang sekali
Ada lelaki yang mahu dikata berani
Menginjak jalan yang tidak kerap dijejak kaki
Ada lelaki, jiwanya berani
Kepada kekuatannya memilih sesuatu yang tidak betah lelaki
lain pilih
Beraninya luar biasa menongkah arus, melintang patah
Kerana dia lelaki.
Ada lelaki yang hanya bertemu berani,
Pada akhir putus pengharapan dan mata yang menangisi takdir.
Aku juga lelaki. Harus berani memilih.
Harus keras memutus.
Harus tegar berdiri.
Harus mampu sendiri -
Kerana aku lelaki.
Bedaduz,
Putrajaya
Bedaduz,
Putrajaya
No comments:
Write curses