Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

23 October 2016

The Deep Web

Kami berkumpul bertiga, tiga penjuru pada sebuah meja sisi empat.

"In this night and at his hour,
We call upon the ancient power..."
Yunuss membentangkan sekali lagi kisah para anbiya', sebuah hadis sahih yang belum pernah didengari kami, hampir pada tahap tersembunyi. Malam ini, bicara kami terus ke dalam, menggali ke suatu sejarah lampau tentang anbiya'; Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang pernah menjejak kaki di bumi. Bahkan kisahnya lebih panjang lagi menjangkau ke prasejarah; jauh sebelum wujud rekod bertulis, jauh ke zaman-zaman purba; sebelum Nabi-nabi dilahirkan lagi.

Kisah tentang dua orang sahabat Nabi yang melihat lukisan-lukisan wajah para Rasul Allah yang disimpan rapi dalam pintu-pintu misteri di Rom, yang direkod di dalam hadis sahih, sehinggalah ke kisah Nabi Adam menghadiahkan 40 tahun dari umurnya kepada Nabi Daud.

Kami duduk pada bucu membentuk segitiga. Antara deruan nafas kami direntang udara panas, bicara berlangsung syahdu. Kami tidak juga mengerti apakah kesimpulan atau pengajaran yang bakal kami raih, tetapi sepanjang pertualangan kami, sedikit demi sedikit kisah mula tersingkap.

Kami berpendapat, pertemuan ini dirancang Ilahi, sesungguhnya. Pada detik ini, pada bulan ini, pada tahun ini - pertemuan ini telahpun tertulis, hanya kini teremansipasi kepada realiti.

Kami sedikit rengsa mengapa tidak dipertemukan lebih awal. Tetapi sesuatu yang harus berlaku, perlu berlaku pada waktunya. This point of time.

"Aku tertarik dengan sejarah Nabi, kerana setiap kali aku baca mengenai kisah-kisah Nabi, semuanya akan berkait semula kepada sejarah kita - bangsa Melayu." Yunuss berbicara.

"Malu, sejarah kita lebih tersimpan oleh orang asing. Kalau tengok dalam filem Queen of Langkasuka, Raja Ahmad Ghafur Shah, dari Pahang dah pandai bermain senjata api. Waktu Puteri Ungu membidik sasaran pakai busur, Raja Ahmad Ghafur tembak pakai pistol. Kenapa dalam buku sejarah bangsa Melayu hanya dikatakan berperang dengan lembing, tombak dan keris, sedangkan sejarawan luar bersetuju sebulat suara pertarungan Portugis dengan Melaka adalah sengit kerana kedua-dua pihak berbalas tembakan senjata api." saya menghujah.

"Yup, zaman tu senjata api kita dah ada nama pun." celah Yunuss.

"Lela Rentaka. Malah ada bukti yang dulu ada kilang mencairkan besi untuk membuat senjata api dekat lembah Bujang. Kenapa kita tak diajar benda ni semua dekat sekolah?"

"Bangsa Melayu gugur atas dasar pengkhianatan. Jatuhnya Melaka kerana ada duri dalam daging. Kalau tidak peta Melaka jatuh ke tangan Portugis, tak mungkin Melaka akan jatuh."

"Orang Melayu tahu tak, waktu membina kota A'Famosa, waktu Portugis tak cukup batu bata, deorang robohkan makam-makam sultan Melaka."

"Aku nak tahu, apa daily log orang zaman dulu waktu kejatuhan Melaka. Apa yang orang Melaka masa tu fikirkan masa Portugis mula menjajah Melaka. Apa yang deorang buat, apa yang deorang fikir? Kenapa kita takde rekod semua ni?" Aizuddin pula memulakan ceritanya.

"Macam aku pelik kenapa waktu zaman kejatuhan Turki Uthmaniyah dan Mustafa Kamal Attaturk merampas tampuk kuasa, menukarkan Turki sebagai tamadun Islam kepada negara sekular. Aku pelik kenapa rakyat dia tak membantah?" Aizuddin meneruskan hujah.
 
"Lepas aku tengok dokumentari, rupanya waktu tu sebab Uthmaniyah ni tamadun dia besar, banyak bangsa. Dekat ibu negara tamadun Uthmaniyah deorang dah biasa dengan orang asing yang pelbagai budaya, jadi bila kerajaan Uthmaniyah tukar menjadi sekular, deorang dah biasa dengan unsur-unsur hedonisme."

"The thing is, benda ni semua recorded. Kenapa sejarah kita takde semua rekod ni? Seolah-olah bangsa kita bangsa yang dipadamkan sejarahnya."

"Yup, sejarah kita memang seperti sengaja dipadamkan."

"Kenapa?"

Kami membentang teori-teori sulit mengapa sejarah bangsa Melayu yang diajar di sekolah begitu memalukan, seolah-olah bangsa Melayu bangsa yang bangsat - hanya pandai kerja-kerja perkampungan - nelayan, bertani. Buku sejarah yang dikeluarkan kementerian fokus kepada isu-isu remeh, sedang permata sebenarnya terbenam dalam lumpur, langsung dibiarkan cahayanya terus malap.

Akhirnya generasi muda hanya merasa malu dipanggil Melayu apabila Melayu hanya dilompokkan dengan konotasi negatif - pemalas, tidak menepati masa, bodoh, kalah berperang, berperang pakai keris lawan dengan senapang Portugis, mana nak menang. Betapa memalukan. Tetapi lebih menyedihkan apabila kementerian tegar dengan naratif sejarah mereka - dalam buku teks masih kekal menulis bangsa Melayu bangsa yang alah, hanya pandai menjadi kuli dan menoreh getah, dicabul berkali-kali oleh penjajah.

Sungguhpun ada usaha untuk memperbetulkan kembali yang sebenarnya, nasib sejarah kita dibiarkan kepada 3-4 orang penulis buku teks yang sudah mangli dengan menyamakan Melayu sebagai kaum pedih tragis yang mangsa dalam semua keadaan, naratifnya disambung pasca merdeka sehingga perlu dibantu dengan subsidi dan kuota-kuota khas. Langsung tiada kebanggaan.

"Banyak lambang kebanggaan kita. Piramid terbalik yang dijumpai di perairan Jepun. Ukiran di Candi Borobudur." Kata Yunuss.

"And there's a theory yang firaun berasal daripada perkataan 'perahu'. Emas-emas yang dikeluarkan daripada bumi kita sehingga dikenali sebagai Suvarnabhumi. Mana pergi semua khazanah kita?" saya menyambung.

Terlalu banyak persoalan, tetapi tiada jawapan. Ini mendukacitakan kami.

"Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin pun kita hanya ada yang copy. Original nya dah dibawa keluar oleh Portugis."

Kami rengsa kepada setiap persoalan yang tiada jawapannya. Yang ada hanya permukaan, dalamnya bagai sebuah lautan gelap, begitu payah untuk disauh. Terlalu banyak misteri.

"Bad tahu pasal deep web?" tiba tanya Yunuss.

"Tahu."

"Pergi deep web pakai browser apa?"

"Tor. Kenapa?"

"Well, betullah tu. Dekat deep web ni semua benda tersembunyi ada."

"Deep web tu apa?" tanya Aizuddin.

Kami menerangkan kepadanya, deep web adalah jajahan internet yang tidak akan dicapai oleh Google. Seperti sebuah bongkah iceberg, facebook, twitter, Google dan segala-galanya berada hanya di puncak iceberg, yang lainnya bersembunyi di bawah laut. WikiLeaks berjaya menjelajah sedikit ke dalamnya, mencuri emel-emel sulit; child pornography juga berada di sana. Jajahan misteri ini terbentuk lapisan demi lapisan, semakin jauh ke dalam semakin gelap misterinya.

Saya memperkenalkan kepada mereka tentang konsep VPN, mengubah IP kita kepada server negara lain, seterusnya mengenkrip data yang bertukar untuk menyembunyikan identiti kita dan apa yang kita cari di laman sesawang. Aizuddin kelihatan teruja.

"Macam mana korang boleh tahu semua ni?"

"Just natural."

Yunuss mencapai pula buku dari almarinya. Kami membuka kisah lain tentang ilmu-ilmu. Kisah Asif Barkhiya yang boleh mengangkat mahligai Balqis dalam sekelip mata. Ilmu lipat bumi.

Kisah Bilal bin Rabah, yang sewaktu hayatnya di bumi, tapak kakinya sudah kedengaran di syurga. Kenapa sewaktu dada Bilal ditindih dengan batu panas, yang terkeluar dari mulutnya bukan 'Allahuakbar' ataupun kalimah-kalimah membesarkan Allah yang lain, tetapi hanya 'Ahad'? Mengapa 'Ahad'?

Tentang tentera Terracotta yang melindungi makam Maharaja Qin, yang setiap 10,000 mereka mempunyai wajah yang berbeza. Setiap daripada mereka mempamerkan huruf berbeza, kata Yunuss. Ilmu huruf.

Semakin malam berlabuh, semakin banyak informasi yang kami luahkan dan kongsikan. Kami tidak mempercayainya sepenuhnya, melainkan sekiranya disebut dalam al-Quran atau hadis. Tetapi ini sendiri membuka jendela kecil kepada sebuah lautan gelap tidak berdasar.

Sebuah deep web.






16 August 2016

ANJING


Ramadan lalu, saya menghadiri kuliah di Masjid Putra selepas selesai solat tarawih 8 rakaat. Kuliah tersebut disampaikan sempena Nuzul Quran.
 
Saya sudah lupa tajuknya, tapi maksudnya lebih kurang menjurus kepada keajaiban al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw. 

Kuliahnya menarik, tidak terlampau direncahkan lelucon, mahupun terlalu kaku. Ustaz Ravi bijak menggaulkan pengalaman peribadinya bersama-sama kajian saintifik dan dalil-dalil naqli untuk menarik perhatian pendengar.

Ketika sampai suatu pengajaran dalam ayat al-Quran tentang Islam membenarkan kegunaan anjing untuk berburu, Ustaz Ravi menyebut tentang anjing yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah anjing betina dan bukan anjing jantan.




Mengapa pula anjing betina yang digunakan untuk berburu, dan bukan anjing jantan?
 
Semuanya kembali kepada fitrah anjing betina. Menurut Ustaz Ravi, ada 3 kelebihan anjing betina berbanding anjing jantan.

Pertamanya, anjing betina mempunyai deria bau yang lebih sensitif berbanding anjing jantan.
Kedua, anjing betina lebih setia berbanding anjing jantan.
Yang ketiga, dan paling penting sekali, anjing betina mempunyai kesungguhan yang lebih tinggi ketika berburu, kerana anjing betina perlu mencari makan untuk anak-anaknya.

Sifat-sifat anjing betina yang disebut Ustaz Ravi bahkan mengingatkan saya kepada naluri yang sama pada manusia yang bergelar wanita. 

Deria yang lebih sensitif, kesetiaan kepada keluarga, dan keinginan untuk mencari sesuap nasi demi anak-anaknya. Ketiga-tiga ini menjadikan wanita lebih kuat berbanding lelaki, menjadi pemburu yang lebih tangkas, dan menjadikan mereka makhluk yang berani.

Begitulah, saya kira Tuhan mengajarkan bahawa seekor binatang haram yang kita anggap hina itu sama seperti kita. Wahai, betapa kita angkuh mendabik dada tidak mengerti bahawa makhluk yang lebih hina, yang tubuhnya dianggap haram itu juga sifatnya sama seperti kita, jika tidak terkadang lebih mulia.

Begitulah.


04 August 2016

Gunung Datuk – Road to Yong Yap Bubu Tok Nenek

Hai y’all. Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!

Kali ni saya nak cerita pengalaman mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan pada hari Sabtu, 30 Julai 2016 yang lalu. Pendakian ke Gunung Datuk ni ialah salah satu daripada siri latihan untuk ke Gunung Yong Yap – Bubu – Tok Nenek bersama geng-geng GEMA Selangor Backpackerz hujung bulan 8 ni insyaAllah. Disebabkan saya gataiiii sangat nak panjat YYBTN tu, maka terpaksalah dengar cakap Fareez untuk menghadiri beberapa sesi training mendaki dan memanjat di gunung-gunung sekitar Semenanjung untuk mempertingkatkan stamina dan kekuatan kaki, tangan dan sekaligus mengempiskan perut hewhewhew

Actually ni kali kedua panjat gunung ni, kali pertama 1 September 2012, 4 tahun sudah kurang lebih. 

Gambar 4 tahun lepas dengan Kelat | Kop | Gedil #maintaincomel hehehe

Gunung Datuk ni ialah puncak tertinggi daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan ketinggian 884 meter dari aras laut. Juga dikenali sebagai Gunung Rembau atau Gunung Datuk Rembau. Nama Gunung Datuk dikatakan berasal daripada Dato’ Perpatih Nan Sebatang yang mengadakan sebuah perjumpaan di gunung tersebut pada tahun 1372 bersama ketua-ketua suku untuk memilih pemimpin baru. 





Sehari sebelum mendaki Gunung Datuk ni, agak risaulah jugak sebab nak bertolak sebelum Subuh. Kalau tidur takut tak bangun, kalau tak tidur, letih pulak nak mendaki. Disebabkan saya memilih tengah-tengah, saya pun tidur lambat hukhukhuk. Esoknya dah tak cukup tidur T.T 

Paling risau mestilah nak memanjat gunung tu laratkah aku sebenarnya. Kali terakhir mendaki dekat Lata Medang, itupun daki-daki manja je (macam pelik je guna daki-daki)

Malam tu, saya cadang nak goreng mee hoon buat makan dekat puncak, lepas tu kena marah dengan Fareez. “Kau nak pergi berkelah ke nak pergi training?” katanya

Lepas kena marah tu, saya pun kata Oklah, goreng nugget jelah.  (Garang tau Fareez ni. Selalu marah kita. )

Pagi esok tu, terjaga pukul 4.20. bapak terkejut sebab nugget belum goreng lagi, barang-barang satu hapah tak kemas pukul 5 dah nak gerak dari rumah Fareez. 

 Lineup: Yunuss | Din | Naufal | Nazirul | Fareez | Me, the cutie (lol!) | Hakim | Ustad |

Terus bergegas dengan skil ninja saya ke dapur hidupkan api goreng nugget, sambil kemas barang lari keluar masuk dalam bilik sambil mulut berzikir-zikir panik. Berapa kali tah Fareez call dengan WhatsApp suruh bangun, siap hantar voice message bagai.

Lepas goreng habis sekilo nugget tak hagak, saya pun bergegas bawak kereta langgar traffic light merah semua hewhew demi menuju destinasi sambil mata belum habis celik. Pukul 4 pagi mana ada kereta ye dok, nak cepat sampai tak sempatlah nak ikut traffic light kekeke.

Sampai je rumah Fareez deorang semua dah tunggu dekat kereta MyVi si Hakim. 
Malu-malu.  



Lepas tu kami pun bertolak berlima satu kereta. Hakim drive, saya dekat depan (sebab montel kan, duduk belakang kang tak muat), Fareez, Yunuss dengan Naufal di belakang.


Tibah!

Kami pun bergeraklah dengan riang ria raya sampai RnR Seremban, berjumpa lagi 3 orang geng; Nazirul dengan Ustad Fairus satu kereta, dengan Aizuddin aka Izu (kot) aka Din kawan Iwan Nenek Kebayan Batu Maloi lagi satu kereta.

Dalam pukul 6.30 kami sampai dekat kaki Gunung Datuk, terus solat Subuh, buang apa yang tak patut, tukar kasut, pek barang semua, kami pun mula mendaki lebih kurang pukul 7.

Mula-mula tu konpiden lah jalan laju-laju, baru 50 meter jalan tu tetiba mak aih separuh nafasku hilang.

Dah mengah-mengah, saya pun jalan pelan-pelan. Lepas tu sekor-sekor potong naik ke atas. Mula nampak Yunuss hilang, lepas tu Ustad dengan Nazirul, lepas tu Din, lepas tu Hakim. Last sekali tinggal saya, Naufal dengan Fareez je dekat belakang huhuhu

Waktu tu dah mula slow down dah, dada macam tak cukup bernafas, jantung dup dap dup dap dengar sampai ke telinga. Tapi terpaksalah gagahkan diri nak panjat, walaupun ada secebis perasaan dalam hati fikir nak balik, penat, tak larat, aku menyesal semua ada, apa salahku diuji begini lol



 Lagenda Gunung Datuk menyebut, setiap 4 tahun seorang jejaka kacak berbaju merah akan tiba ke puncak Gunung Datuk. Siapakah jejaka kacak itu (hint: dia berbaju merah)

Mujur ada Fareez dengan Naufal je bagi semangat. “Come on, you can do it Bad!” dok ulang si Fareez. Saya pun dalam hati nak menjawab “Yes I know I can. Tapi lain kalilah, bukan harini huhuhu” tapi mujurlah sebab penat cungap-cungap nak bercakap pun tak larat hewhewhew

Tiap kali nak duduk je, Coach Fareez marah. “Duduk depan sana! Sini orang nak lalu lah!” Lepas tu time berehat je dia tengok jam. “5 minit lagi kita gerak!”

Wah penat woo! Tegas betul coach kita.

Setiap kali sampai checkpoint je, mesti dia bagitahu “Dah tak lama dah. Tak lama lagi sampai!” tapi sebab saya terlalu letih nak bercakap pun tak larat nak kata dia tipu huhuhu


7 Putera Kayangan dengan gaya bebas. Ewah. Naufal kata tunjuk tangan tuding jari ke kamera tu trademark GEMA, macam shoot cover album boyband. Saya pun ikutlah buat. Tah jadi ke tak hahaha


Yeay dah sampai puncak!  

 Coach Fareez bergaya dengan gelas buluh

Bila dah dekat-dekat sampai puncak, tetiba si Fareez berlari tinggalkan saya terpinga-pinga dekat belakang. Ciissss! Tinggallah saya dengan Naufal menghabiskan sisa pendakian kami hewwww. Tapi Naufal bagus sebab dia realistik, tiap kali dia kata nak sampai dia akan bagitahu sekali berapa ratus meter tinggal.Saya pulak dalam hati "Wah? Ratus-ratus meter? Awaa saia taa kuadd"

Lebih kurang pukul 9:05 minit, selepas lebih kurang 2 jam, sampailah jugak saya di puncak dengan penuh bangga dan letih (dan penuh taubat keinsafan hehuhehu). Weh waktu tu sungguh rasa macam ya ampun teruknya panjat gunung weh apsal aku rela nak memanjat ni taknak panjat dah sorry aku tak mampu


 Pernah tengok tak panda minum air guna straw buluh dia? Muehehehe #comel :P 
#janganjeles

Sampai-sampai je, deorang yang sampai awal dah siap masak air teh apa semua. Tanpa perlu dijemput, saya duduk ambil tempat, terus sambar cawan air teh haagitu. First time saya minum air teh panas dalam buluh (rasa dia agak payau). Lepas tu keluarkan nugget yang goreng sekilo tu dalam hati sempat cakap “tolonglah habiskan wehhh. Aku taknak bawak benda ni turun!” huuuu
Alhamdulillah habis, selamat bawak turun bekas kosong 



 Ostad kata "Nak amek gambaq dengan Bad, nak keluaq dalam blog!" Tercapai na hajat Ostad


 Ostad jelir-jelir lidah bakpe tuuuuu. Nakal tau muahahaha

Dekat atas puncak Gunung Datuk ni, ada satu kesan tapak kaki atas batu yang dikatakan sebagai tapak kaki Hang Tuah, kononnya Hang Tuah melompat dari Gunung Datuk dan sebelah tapak kaki lagi di Tanjung Tuan, ketika Hang Tuah mendarat. Nak sampai ke puncak kena mendaki 3 kali tangga, satu tangga biasa, satu tangga tegak mencanak 90 darjah, dan yang ketiga tangga zig zag nak naik ke batu puncak.

Jejaka Idaman Malaya pandangan depan. PM tepi untuk harga

 Jejaka Idaman Malaya pandangan belakang
 Jejaka Idaman Malaya pandangan sisi

 Jejaka Idaman Malaya tunjuk burung (??)

Lepas kami ambil gambar semua, tweet dan WhatsApp sumeorg nak bagitahu satu dunia berjaya panjat gunung, dalam pukul 10:30 tu pun kami turun. Bila dah turun ni bolehlah berlari-lari anak sebab dah tak mendaki aherherher. Dalam pukul 11:30 kami sampai dekat kaki gunung. Nak melepaskan penat (sebenarnya aku je yang penat, yang lain semua steady je hmmpphh), kami pun memakan kecendolan di restoran dekat kaki gunung Datuk. #carboloading katanya

 Nazirul, ni je gambaq hang aku dapat. Mintak mahap na tak sempat hang nak pose kungfu hahahha

 View Rombau dari puncak. 

 Ya ampun tak ikhlas gila muka amek gambar sebab matahari terik lol

Tengah-tengah makan tu, alamak tetiba dapat rasa tak sedap. Dapat rasa ‘benda’ tu ada. Saya bagitahu dekat Fareez, lepas tu buat dono jelah walaupun kejap-kejap dapat rasa meremang.  

Masa nak balik si Ustad dengan Nazirul ajak mandi dekat Ulu Bendol, tapi sebab malam tu ada open house dekat Ampang, rasa macam nak balik awal nak berehat tidur apa semua hahaha. Jadi saya pun mengikut kumpulan balik ke rumah Fareez.

Kami sampai semula ke Bangi dalam pukul 1:00 lebih kot, lepas tu ingat nak makan dekat open house kawasan kejiranan Fareez, tapi beratur sikit punya lama. Last sekali Fareez ajak makan rumah dia je, ada rendang katanya.



 The first one yang turun. Tangga dia serius gayat wehh. Abang baju kuning tu banyak tolong ajar sambil bagi motivation. Lepas tu dia pesan dekat saya supaya konsisten panjat gunung. Dia cerita ada sorang kenalan dia berat dari 116kg turun 74kg lepas 3 bulan berturut2 panjat gunung. Hmmm nak kata aku gemuk lettew



 Makan cendol #carboloading

Sebagai kesimpulannya, waktu tu dapatlah mengukur stamina memasing tahap mana. Cemana weh nak panjat Yong Yap - Bubu - Tok Nenek nanti kalau yang ni bawak load ringan pun mengah-mengah banyak kali berhenti huuu tatut. 

Mujur si Fareez bagi semangat, katanya semua orang boleh. Penat, semua orang pun penat. Takpe Coach, jangan risau. Saya takkan hampakan coach! *sambung jogging 10km*

Itulah nak cerita buat kali ni. Mohon ampun andai terlanjur kata@bahasa, niat nak bercandat bercanda merapatkan ukhuwah. Ehewah.

Assalamualaikum dan jumpa lagi dalam siri latihan yang seterusnya! 



P/S: open haus malam tu jumpa Eirzreen, roommate lama dekat MRSM Jasin yang dah literally 10 tahun tak jumpa hewhew

Roommates lama maintain cute hikhik

21 July 2016

USRAH

“Bad berminat ke nak join usrah?”

Tanya Yunuss (ya, dengan double S) kepada saya di atas bas perjalanan kami untuk mencandat sotong ke Terengganu. Beberapa minit sebelumnya, saya mengaku kepada Izwar, keinginan untuk berusrah rentetan daripada melihat gambar-gambar Izwar di facebook bersama rakan-rakan usrahnya yang menarik perhatian saya. Terus hasrat saya disampaikan oleh Izwar kepada Yunuss tanpa sempat saya menangguh jeda.

Saya senyum kepada Yunuss.

“Macam berminat.” Jawab saya pendek.

“Kalau berminat, nanti Yunuss bagi nama pada Abang Fauwaz.” Kami bertukar senyuman.

Beberapa minit sebelumnya, Yunuss mengedarkan karipap berinti padu kepada kami di belakang bas. Sesuatu yang mengharukan saya tentang bagaimana semuanya menuju ke detik ini merenggut pemikiran saya ketika itu.

Melihat Aqeel dan Naja yang bersebelahan sambil masing-masing menggenggam buku, Keon yang duduk dua kerusi berselang di hadapan, dan di sebelah kanan saya Pie dan Bintang sedang melayan perasaan, dan di kiri saya Zaidi sedang termenung ke luar. Kecuali kami sahabat bertujuh dan beberapa orang yang lainnya, kumpulan aktiviti lasak yang kami sertai merupakan sebuah bulatan sepunya kepada kumpulan usrah.

Usrah Dengan Aktiviti Lasak


Kelakar, tentu sekali. Saya yang begitu skeptical kepada segalanya yang bertentangan dengan kehidupan saya ketika ini, cuba seakan lari dari kehidupan sendiri. Menyertai aktiviti lasak, kemudiannya daripada itu cuba pula menyertai kumpulan usrah – kedua-duanya tidak betah saya kerjakan dalam kehidupan sehari-harian sebelum ini.


Saya mula menyertai aktiviti lasak kerana bosan dengan kehidupan yang menjadi semakin static. Kehidupan kini bermaksud apa-apa yang berlaku di luar lingkungan jam 8 ke 5.30 setiap hari, dan itu memberi terlalu sedikit ruang untuk mendefinisi kehidupan yang sebagaimana saya ingin wujudkan.


Kali Pertama Mendengar Perkataan Usrah


Perkataan usrah sesuatu yang agak asing buat saya, tetapi mendekati mereka daripada aktiviti lasak, mula saya mendengar perkataan usrah dan bulatan gembira berdering dan bergema dalam perbualan mereka. Ingatan saya dibawa kepada Izham tentang kisahnya menyertai usrah ketika tahun akhir pengajian ijazah.

Kata Izham, seringkali dalam doanya sewaktu itu disebut-sebut ingin dipertemukan dengan sahabat yang mampu membawanya ke syurga. Ini tentu sekali rentetan daripada kehidupan sosialnya (atau kami) ketika itu, yang secara halusnya boleh dikatakan sebagai sedikit berbeza. Kami berdua ulat buku, bibliomania. Penggila aliran alternatif – memblog, membaca, membuat kajian, manakala rakan kami di kolej yang sama majoritinya ahli sukan. Saya sungguhpun pernah mewakili kolej dalam sukan sofbol dan memanah, bukanlah seorang atlet yang tegar. Izham kepingin bukan setakat sahabat duniawi yang boleh berbincang perihal-perihal duniawi, tetapi juga sahabat yang boleh membawanya di akhirat nanti ke syurga.

Mendengar luahan Izham, saya tersentak. Pernahkah saya berdoa demikian? Tentu sekali tanpa perlu disoal, saya tahu jawapannya. Tidak, tidak pernah terlintas untuk saya berdoa dipertemukan dengan sahabat yang boleh membawa saya ke syurga. Perasaan saya disentuh sesuatu yang baru.

Izham diperkenalkan dengan sebuah kumpulan usrah di universiti secara tidak langsung tahun terakhirnya di universiti, yang membuatkan dia berasa doanya telah dimakbulkan Tuhan. Kata Izham, yang paling membuatkan dia selesa dengan rakan-rakan usrahnya yang baru adalah kerana mereka bukan daripada latar belakang keluarga yang Islamik – sesuatu yang beresonansi dengan kisahnya sendiri.

Mendengar kisah Izham yang teruja tentang sahabat-sahabat barunya, saya senyum tawar. Sedikit cemburu, walau tumpang gembira.

Izham menjadi berubah, kepada seseorang yang lebih baik, tapi tidak pernah dalam perubahannya dia meninggalkan saya yang masih di takuk lama. Dia sahabat yang baik. Dia masih juga seperti dulu, gelak tawa yang sama, kemesraan yang serupa, hanya kini dia lebih kerap mengingatkan saya tentang agama.

Banyak perkara sia-sia yang kami bualkan dahulu, kini digantikan dengan kisah-kisah yang baru, tentang idea, agama, adab, kehidupan dan akhirat. Izham sering mengingatkan hadis Nabi ‘Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.’ Dan apabila kami bertemu, Izham telah menyampaikan lebih dari satu ayat Nabi kepada saya.

Kadang dia berapi, tentang perjuangan Islam. Katanya, matlamat akhir bukan menjadi ukuran, yang lebih penting adalah usaha untuk kita menegakkan agama. Dan menjadi lebih baik dari segi keperibadian juga salah satu kaedah kita menegakkan agama. Maruah agama terletak juga pada maruah kita sebagai mereka yang memeluk agama. Walaupun begitu, tidak pernah dia mencemuh atau memandang rendah kepada mereka yang masih belum berhijrah, termasuklah saya. Tidak pernah dia menggunakan sesiapa sebagai contoh kepada hujah-hujah yang disampaikannya, kecuali yang baik-baik sahaja.


Mencari Hidayah


Saya tahu saya nakal. Dalam kehidupan berkali-kali tergelincir, dalam cuba terus berjalan di lorong yang lurus. Saya manusia yang lemah, walau selalu cuba menunjukkan wajah yang teguh, kuat. Dan hanya dengan mempunyai sahabat-sahabat yang mengelilingi kita menuju ke jalan yang sama, yang boleh memapah bila kita lemah, yang boleh mengangkat kita kembali setelah kita terjatuh terjelepuk, yang membuat kita menjadi kuat; kita akan terus mampu terus berjalan ke penghujung.

Mungkin juga pada malam-malam yang sunyi, ketika tiada berteman sesiapa dibalut kehangatan udara di rongga konkrit, saya ketagih teman. Teman menangis bersama, ketawa bersama satu-satu sudah membawa haluan masing-masing, kini hanya tinggal sendiri - dan memori. Mungkin persaudaraan usrah boleh membasmi kesepian dari menempel di dinding sanubari.


Ajakan Usrah


Beberapa hari setelah pulang dari mencandat sotong, saya menerima mesej pertama dari nombor yang saya tidak kenali, bertanya jika benar saya gerangannya yang ingin menyertai kumpulan usrah kendaliannya. Saya menjawab ya, sambil saya menerangkan kepadanya betapa saya tidak pernah menyertai mana-mana usrah, kecuali zaman sekolah dahulu, kurang lebih 10 tahun yang lampau.

Saya tidak pasti jika jawapan ‘tidak mengapa’ itu adalah jawapan standard, atau jawapan yang ikhlas memujuk, tetapi itulah yang dibalas kepada saya.

Beberapa hari kemudian juga Yunuss bertanya kepada saya jika ada orang yang menghubungi saya perihal usrah. Setelah menjawab pertanyaan Yunuss, saya berlaku jujur dengan Yunuss tentang kerisauan saya.


“Takpe, Bad jenis mudah masuk dengan orang.” Pujuk Yunuss.

Saya senyum sendiri. Mungkin juga begitu, mungkin juga itu hanya apa yang orang lain lihat.


Rupanya Mereka Juga Pernah Berusrah


Keon pernah mengikuti usrah juga sewaktu belajar di India. Keon seekor sumpah-sumpah, selalu mengubah dan beradaptasi warna kulit dalam kumpulan yang berbeza. Dalam kumpulan usrah, dia mengikut perwatakan usrah. Dalam kumpulan pemuisi, dia mengikut perwatakan pemuisi.

Begitupun, katanya, usrah banyak membantunya sewaktu di India. Ketika saya meneliti arkib di blognya, penulisannya beberapa tahun lampau jelas terpercik kata-kata yang berlingkar kepada aktiviti dan mentaliti usrah. Tetapi semakin lama, semakin menyusut sehingga hampir juga hilang.

Dalam berbicara dengan Keon tentang faedah menyertai usrah, Naja pula membuat kejutan, mengakui dia pernah menyertai usrah sewaktu di Universiti. Terkejut pula kami, Naja tidak pernah bercerita tentang penglibatannya berusrah. Tetapi setelah beberapa pertemuan, Naja merasakan dirinya tidak pantas berada dalam kumpulan usrah tersebut dan akhirnya dia meninggalkan kumpulan usrah tersebut (kerana dia disuruh menyampaikan sebuah tazkirah). Ya, usrah juga perlu rasa sebulu – sekufu.


Apakah Patut Diri Ini Sempurna Untuk Sertai Usrah?


Setelah dihubungi orang tersebut yang lupa memperkenalkan dirinya kepada saya, tiada paksaan untuk saya mengikut aktiviti usrah mereka. Saya berasa sedikit lega. “Takpe, Bad jenis mudah masuk.” Kata-kata Yunuss saya fikirkan dengan mendalam, kemudian fikiran saya menjadi caca marba dan tertekan, dalam merasa ingin membuktikan kata-kata Yunuss tentang saya sebenarnya benar, saya berkonflik dengan kerisauan untuk menyertai usrah sebagai seorang baru yang terlalu muda dan mentah dalam perihal persaudaraan slash brotherhood Islamik.

Tentulah lidah saya kelu untuk menyebut ana-anta, apatah lagi meluncurkan hadis-hadis Nabi dan ayat-ayat al-Quran tanpa melihat teks. Tapi kemudiannya saya memarahi diri sendiri, masuk usrah bukan maksudnya kau dah perfect. Maksud usrah sebab kau nak memperbaiki diri, menuju perfection.

Orang tersebut menghubungi saya ketika bulan Ramadan, kali keduanya. Ketika itu saya sedang memandu. Setelah membaca mesejnya, saya berniat untuk membalasnya setelah tiba di destinasi. Tetapi kerana saya juga manusia yang lupa, saya langsung lupa membalasnya, setelah perbualan kami ditimpa ke bawah oleh perbualan-perbualan lain. Saya hanya menjawab mesejnya dua hari kemudian, dengan sebuah permohonan maaf.

Katanya tidak mengapa, kerana saya terlambat dan saya telahpun terlepas sebuah upacara. Saya berasa sedikit bersalah, dan rasa bersalah itu tambah mendalam kerana pada masa yang sama, saya merasa lega pula terlepas daripada upacara tersebut.

Sehingga kini, belum lagi saya terima pelawaannya untuk bersua. Tapi sekiranya ada, mungkin saya perlu jadikan kata-kata Yunuss kepada saya sebagai mantra.



“Takpe, Bad mudah masuk.” Mungkin.


17 June 2016

Saya Perlu Menulis Malam Ini

Saya perlu menulis malam ini. Entah kenapa sewaktu air dari pancuran menimpa ke atas kepala membilas buih-buih syampu Dove dari kepala, saya tahu saya perlu menulis malam ini.

Hari ini sebuah hari yang panjang, bertambah lagi sebuah hari daripada setahun tempoh sepatutnya saya menghantar pembetulan tesis Master. Setahun, satu hari, for the record.

Tapi dalam tempoh setahun ini, yang menjadi karang-karangan adalah mata-mata yang pernah saya lihat, kemudiannya menyerlahkan cerita-cerita yang terbit dari belakang mata-mata itu. Mereka menuntut saya untuk menulis, untuk menghamparkan cerita mereka ke dunia, untuk menyulut lilin mereka dalam api sejarah.

“Kalau tidak berkahwin itu memalukan, kenapa tak harap saya mati je?” saya teringat sebuah kata dari Akak Eskrem yang saya baca dari twitter. Saya bertemu Akak Eskrem dua kali di dunia nyata, sebuah ekstensi pertemuan kami di alam maya. Pertama di Restoran Saba, Cyberjaya dan kali keduanya di Sakae Sushi, IOI City Mall. Mata Akak Eskrem bercahaya, dan di belakangnya sebuah cerita tentang seorang wanita yang pernah disakiti cinta.

Sewaktu kami bertemu kali kedua, Akak Eskrem bercerita tentang bekas kekasihnya. “I was in a toxic relationship” katanya sambil tangannya mengacau tofu campuran cendawan dan telur yang atasnya diletak telur ikan. Saya merenung ke pinggan sushi yang bertingkat di atas meja.

“I must’ve bored you.” Dia meminta maaf. Dia jarang bercerita tentang perhubungannya bahkan kepada sesiapa.

“It’s OK. I want to listen.” Dia kemudian menyambung bicara, walau berjeda penuh yakin. Dia bercerita dengan sejenis kekuatan yang lahir dari hati yang pernah pecah berderai, kemudian dibina semula – setiap kepingnya satu persatu. Tentang bagaimana seorang lelaki yang ingin menyimpannya tanpa sebarang tali, tapi melayannya bagai abdi.

“Every time we went out, I had to pick him up. And he hated me because he couldn’t control me.”


Akak Eskrem terlalu merdeka untuk menjadi hamba cinta. Usianya baru menginjak ke digit 3, mengundang amarah keluarga kerana masih sendiri, tanpa lelaki. Ibu bapanya merasa malu kerana dia memlih untuk berdikari. ‘Jadi kenapa tak harap saya mati je kalau hidup saya ni memalukan kamu?’ bentaknya walau hanya dalam medan maya, kepada sebuah ‘kamu’ yang hipotetikal, tapi tentunya maksudnya kepada ibubapanya. Pemilik Ijazah kelas pertama dalam bidang Biodiversiti, tetapi menolak tawaran menyambung pengajian pascasiswazah, sebaliknya memilih untuk bekerja dalam bidang sumber manusia.


“I want to get out from university as soon as I could.” Pendapatnya ketika saya bertanya.


Sewaktu kami galak bercerita, dia mengeluarkan sesuatu dari beg. “I know you’re a reader, so here’s something for you.” A.M Homes – May We Be Forgiven. Sebuah buku. “But why?” Saya mengambilnya dengan terkejut.

“Just something that I thought I wanted to do.”

“Thanks, though I doubt I would read this to the end.”

Pertemuan dengan Akak Eskrem juga seperti pertemuan dengan Keon, yang pertama kali bersua di alam maya merebak ke dunia nyata. Mata Keon garang, tapi belakangnya sebuah cerita tentang pemuisi yang juga pemimpi.

“I don’t want to be understood.” Lafaznya, menerangkan metafora dalam rangkap-rangkap puisinya – lapis-lapis yang melindungi maksud rumit sebenar firasat hatinya. “I’m afraid of being understood.”

Keon seorang introvert, doktor graduan India, setiap hari bergaduh dengan ibunya sementara masih menunggu panggilan penempatan ke hospital untuk housemanship. Dalam mindanya penuh sastera, sebuah kewujudan ambivalens bersama sifat saintifik doktor. Dia membawa saya bertemu Budi Citawan Hanafi Su, puteri Wan Hanafi Su, penggiat seni tanahair (kedua ayah dan anak), sebuah malam yang aneh di sebuah rumah seni kecil, tingkat 2 SS21/37, Uptown Damansara.

“PEREMPUAN, POLITIK KESUNYIAN DAN LAKI-LAKI!” jerkah Awang Gedut, menjerit kuat ketika sesinya mengalunkan puisi. Kami sama bahu terhenjut di celah audiens, kekejutan. Keon di atas lantai, saya di atas sofa. Dalam rumah seni kecil dengan hela nafas yang dielus kurang lebih 40 pasang paru-paru, kami berebut sisa oksigen yang wujud dalam atmosfera.

Udara hangat, lampu malap dan puisi diiring petikan string gitar elektrik mengalun kami dalam sebuah pengalaman baru yang keliru. Sewaktu pulang, Keon memeluk Budi. “Thanks for coming!” tutur Budi, girang.

Kami menaiki kereta saya yang dipanggil genderang kerana bunyi bising dari bearing di tayar belakang kanan yang belum dibaiki ketika itu, yang mengilhamkan Keon untuk menulis sebuah sajak. Tentang omboh, genderang dan siulan layang-layang – semua personafikasi dan metafora kepada komponen-komponen kereta dan bunyi-bunyian yang dihasilkan mereka.



Omboh sounds so ugly, it’s beautiful. Kata Keon sewaktu saya dan Naja bertanya rasional menggunakan perkataan omboh untuk piston.

Omboh is so ugly, it’s ugly. Saya membantah.

Naja juga pernah menulis tentang kereta saya. Jika kereta saya boleh begitu memberi inspirasi untuk penulis menulis, hey, tentu sekali saya akan tumpangkan lebih ramai pemuisi di dalamnya – saya pernah berkata kepada kedua mereka. Aneh sekali, dalam tulisan Naja tentang kereta saya ketika kami berdua menaikinya pada waktu dinihari berbual hingga ke pagi, ayat yang paling saya ingati ialah ‘A district of fools, population: two.’

Mungkin sekali dalam kependekannya terdapat sebuah makna yang sungguh signifikan. Tetapi sajak-sajak Naja seringkali mempunyai sesuatu untuk diingati, seperti ayat ‘Tahukah kau aku sedang menjahit bintang di langit menjadi buruj wajahmu?’ yang adalah suatu persilangan yang agung dan genius antara dimensi fantasi dan realiti.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter