16 January 2019

Selamat Tahun Baru

Mimpinya sebuah puncak, berdiri di sana memerhati lampu neon jingga dan kehijauan di dinding konkrit.

Betapa lama, dalam penghabisan dekad ketiga menuju yang keempat. Semua impian mencair dan mengabur kepada mimpi-mimpi kosong dibatasi ruang waktu yang semakin mampat.

Tapi kita tetap juga mahu bermimpi, berlari. Kita tetap juga mengilas pandang ke belakang, mencuri-curi sedikit keanak-anakan dan kenaifan, mahu terus berasa bahawa sebenar-benarnya kita bukanlah dewasa, hanya usia yang berbeza angka.

Tapi kita semakin juga kelewatan, menuju penghabisan dalam iri sendiri. Kita mahu pulang, tetapi kehidupan tidak pernah mengizinkan kita kembali.

Selamat tahun baru, dekad baru. Semoga aku tidak pernah hilang dari diriku.

1 comment:
Write curses
  1. amin....moga diriku juga tidak kehilangan jiwa ketika diriku tiada bersama...

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter