Azan subuh mengejutkan kami. Hari ini kami akan kembali ke Padang.Yeay!!
Lepas subuh, kami yang kepenatan tidur kembali, Hakim dan Acap je yang
keluar mengopi. Rezeki pagi ni murah, sebab dapat bergambar sehingga
ke mercu puncak Kerinci di Tugu Macan.
Ni taichi ke silat ni? Belakang tu nampak puncak Kerinci siap ada asap lagi y'all!
Urat-urat kaki pagi ni semua rasa
tegang, nak naik tangga dari bawah lepas ambil wuduk pun kena perlahan-lahan
haha
Keheningan pagi Isnin kami dipecahkan oleh suara guru besar sekolah berucap
sewaktu perhimpunan dari pembesar suara di sekolah berhampiran. Oh terlupa,
hari ini hari Isnin. Rasa nostalgik mendengar ucapan guru besar. Adegan sekolah
dari filem-filem Indonesia bermain di minda.
Lepas breakfast, kami keluar ke kedai berdekatan nak minum teh angek. Semua
nampaknya dah jadi ketagihan teh selepas 5 hari bertualang di sini haha
Kami kemas beg semua. Seperti biasa. (urgh hypertension dah tengok beg.
Asyik2 kena kemas, asyik2 kena kemas )
Lepas beg semua dinaikkan ke atas van, kami pun bergerak semula menuju
Padang.
Perjalanan seperti hari pertama ketibaan kami, jalannya kadang bikin
melambung. Elsa Pitaloka masih bermain di dalam playlist. Cuma entah kenapa
hari ni ada kelonggaran, supir mainkan lagu-lagu pilihan kami. Barulah ada lagu
akak Mariah Carey, lagu-lagu kumpulan Exists. Lega sikit telinga guwe.
Semuanya lancar tapi waktu hampir tengahari, perjalanan kami tersekat.
Jalan yang basah kerana hujan menyebabkan sebuah lori tergelincir, dan di
sebelahnya sebuah lagi lori patah gandar. Tiada jalan lain, ini satunya jalan
menghubungkan kami ke Padang.
Inilah punca kesesakannya. Macet!
Tak dapat tolong dapat wefie jadilah hehuu
Ada antara kami turun nak bergambar, saya malas nak turun duduk je dalam
van penaddd. Dahlah berhenti tepi semak, bukak pintu van je terus masuk semak huhuhu
Untuk mengisi masa terluang, sementara menunggu jalan clear, siapa tah suggest
main game Pembunuh. First round je kita dah kena jadi pembunuh ciss haku dahlah
tak pandai berlakon watak jahat hewhew (serangan mata innocent). Tapi game kami
sempat seround je sebelum trafik bergerak semula.
Kami berhenti makan nasik padang (ramai dah jemu menghadap nasik padang)
dan solat. Perjalanan diteruskan lagi sampai malam kami berhenti untuk dinner
(nasik padang lagi!) dan tiba di Padang lebih kurang pukul 12. Kami check in ke
hotel backpackers yang tandasnya di luar bilik, kena berkongsi. Saya expect
macam dorm, tapi macam bilik hotel biasa. Selesa.
Sepanjang hari ni hidung gatal je, bila hembus hidung penuh dengan
warna-warna hitam debu gunung berapi dengan darah yang masih basah. Wuuu betapa
kejamnya kamu terhadap saya Hayati Kerinci
Walaupun penat, Acap dan Hakim ajak berjalan-jalan di sekitar hotel kami.
Iwan dan Daus dan gigirls je yang tinggal di hotel.
Menikmati jagung bakar pedas di Jambatan Siti Nurbaya
Kami berjalan di atas Jambatan Sitti Nurbaya yang merentangi Sungai Batang
Arau, menikmati jagung bakar pedas. Menariknya, gerai kecil jagung di jambatan
ini ada tertera dalam Google Maps.
Sepanjang makan, banyak kami bercerita dengan Andika. Especially berkenaan aktiviti-aktiviti
outdoor dan gunung-ganang di Indonesia. Tapi boleh pulak denai torlupo (tibaah
acah speaking Minang) nak tanya pasal misteri Gunung Kerinci. ralat betul.
Balik hotel je, tidur nyenyak. Yeay esok balik Malaysia! Tazabar nya rasa. Rindu
nasik lemak. Rindu keropok lekor. Rindu cuaca tropika #acah2 hahaha
Esoknya lepas subuh kami keluar breakfast sambil berjalan. Andika tunjukkan
gudang Belanda yang kini sudah kosong, bangunannya nampak usang tak berjaga. Melalui
kawasan pelabuhan dan bot-bot persiaran. Kawasan ni nampaknya ramai orang Cina,
ada tokong, rumah keagamaan etc etc tapi nama tokongnya nama Melayu like wudd
aneh sekali. Rumah Duka Himpunan Tjinta Teman nama tokong dekat situ.
Gudang tinggalan Belanda
Akhirnya waktu sarapan merasa jugak kami minum avocado coklat pagi tu.
Kami sempat juga ke Muzium Adityawarman, sebuah muzium menempatkan khazanah
Minangkabau. Dekat situ kebetulan ada sekumpulan makcik berbaju basiba Minang
tengah bergambar, apa lagi, kami photoshoot lah sekali. Excited lah dapat
bergambar dengan model baju tradisional Minang lol
5 tanda Rukun Islam bersama tante-tante berbusana basiba Minangkabau (kebetulan kami ramai pakai merah lol)
Muzium Adityawarman. Hakim bergambar di muzium nenek moyang beliau hewhew
Lepas balik hotel kemas barang semua, van sudah menunggu membawa kami ke
bandara Padang.
Sampai di airport, reunion semula dengan Naufal and family. Flight kami
pukul 3:50 petang balik semula ke klia2.
Begitulah akhirnya sebuah kisah petualangan di negara jiran. (Camtuh ending
antiklimaks haha!)
Waktu dekat bandara, nampak gunung Marapi dan Singgalang yang jauh lebih
rendah dari Kerinci. Terus rasa haish tak percaya. Aku berjaya mendaki Kerinci wehh.
Setelah lapan bulan planning, akhirnya.
Misteri Kerinci
Lepas balik, saya cari-cari pasal misteri Gunung Kerinci. Rupanya nama Tugu
Yudha tempat kami berhenti rehat sebelum ke puncak tu bukan saja-saja diberi
nama Yudha. Yudha tu ada kaitan kenapa Andika cemas waktu kabut tebal melanda
semasa kami mendaki.
Yudha Sentika seorang anak muda berusia 17 tahun ketika beliau mendaki
Gunung Kerinci pada tanggal 23 Jun 1990 bersama 6 orang lagi teman-temannya. Sewaktu
mereka dalam perjalanan turun, kabut tebal sedang melanda. Rakan-rakan Yudha
kehilangan jejak Yudha kerana jarak penglihatan yang sangat terhad,
menyangkakan Yudha telah terlebih dahulu sampai ke khemah.
Sewaktu mereka tiba ke khemah, mereka mendapati Yudha belum juga pulang. Pencarian
Yudha sehingga ke hari ini tidak membuahkan hasil. Yudha lenyap tanpa sebarang
berita.
Tugu Yudha dijadikan sebuah memorial untuk Yudha, Seorang Sahabat Yang
Tidak Pernah Kembali.
Malah, dari tahun 1983 sehingga sekarang, sudah terdapat 8 orang yang
meninggal dunia atau hilang tidak ditemui di Gunung Kerinci. Barangkali mengetahui
bahaya kabut yang tebal, Andika sama sekali enggan kami berpisah, risau kami
bertemu nasib seperti Yudha.
Sehari sebelum kami mendaki Kerinci pada 18 Ogos 2017, seorang pelajar
sekolah jatuh dan cedera parah di Shelter 3, juga dalam perjalanan turun.
MERDEKA DAN KERINCI
Sesuatu yang tak terduga, ialah tarikh yang kami pilih. Beberapa peristiwa
terdekat menjadikan petualangan kami lebih bermakna. Kami datang ke Indonesia sehari
selepas hari kemerdekaan mereka, dan kami pulang semula seminggu sebelum hari kemerdekaan
Malaysia.
Di puncak Kerinci, sewaktu bendera 2 negara serumpun berkibar suatu
perasaan persaudaraan terbit di dalam hati. Bahasa, kulit dan raut wajah kami
serupa, kita semua bersaudara. Petualangan ini mengajar kami (Or at least, for
me hewhew) ertinya menjadi duta kecil negara. Ketika kami turun dan mendapat
akses internet, barulah kami mendapat perkhabaran tentang isu bendera negara Indonesia
yang dicetak terbalik ketika Sukan SEA.
Saya percaya, sewaktu kami bertukar khabar, saling memberi semangat ketika
mendaki Kerinci sesama pendaki dari Indonesia, kami sebenarnya menghulur salam
perdamaian dan persaudaraan dari seluruh warga Malaysia. Moga kemesraan yang terjalin saat kami mendaki dapat memberikan keyakinan kepada warga Indonesia bahawa apapun terjadi, kita tetap bersaudara selamanya.
NOTA:
1- Lupa
habis nak bukak banner Kerinci dekat puncak! Sayang je penat-penat bawak banner
naik atas huhuhu
2. Air
Milo kotak dia tak seumpph Malaysia! Ke lidah kita lain hahaha. Dah terkurang feeling air kemenangan
3-
3. Guwe
enggak pernah mahu kembali lagi! Btw, orang Minang tak sebut guwe lo mas ni
semua hahaha
4. Sampai
rumah je, terus timbang berat. Ya ampun, berat guwe 110kg! Gimanaan ini sih! Cemana berat tiga
angka lepas mendaki ni huuu. Lagi pelik lepas turun gunung berat tak turun-turun. *sedapkan hati - ini semua lemak dah tukar jadi muscle ni * 5. FYI kami ambil insurans perjalanan takaful KIMB untuk ke Indonesia ni, walaupun dia tak cover hiking tapi dia cover perjalanan. Kalau nak tanya lanjut boleh komen di bawah
So itulah saja teman-teman cerita edisi untuk Petualangan Kerinci. Pengajaran
yang saya dapat ialah, untuk menjayakan sesuatu misi, planning itu sangat
penting. Program kami kali ni berjaya kerana perancangan dan disiplin sejak dari tahun lepas setiap bulan mengumpul duit. Alhamdulillah,
ternyata segalanya kini menjadi kenyataan. Keren!
Untuk teman-teman Petualangan Kerinci, saya dengan rendah diri memohon maaf
andai terlanjur bahasa atau perbuatan, tiadalah langsung terdetik niat untuk
menyakiti melainkan untuk bercandat bercanda mengeratkan hubungan hewhewhew. Terima kasih atas segalanya (next petualangan kita ke mana ini dong? hehe)
Sekian saja. Bertemu lagi kita dalam edisi outdoor seterusnya. Renung-renungkan
dan selamat beramal!
Best ending with misterious story..keep writing bad
ReplyDeletehehe thanks anonymous!
Deletesemeru plis!
ReplyDeletelet's let's :D
Delete