27 December 2016

Mengejar Malam Langit Permata

24 Disember 2016



Petang yang permai di sebuah tanah beriklim monsun tropika. Perjalanan kami ke Perlis menyusuri kotak-kotak bendang sawah menghijau saujana mata memandang di kiri dan kanan jalan, sambil menyaksikan mentari terbenam di hujung ufuk barat pada serakan cahaya 4 warna di dada langit petang terasa mengasyikkan. Petang jingga mula diganti kegelapan malam.



Lagu-lagu berputaran di corong radio menurut pilihan kami di Spotify. Irama padang pasir, rentak bass tekno, pop dan nasyid silih berganti. Tema pilihan lagu petang ini kelihatannya bebas mengikut kemahuan hati. “Kita pilih lagu yang jarang main dekat radio.” cadang Aizuddin. Kami setuju sukahati, tiada bangkangan. Pilihan lagu dimulakan dengan lagu Dirgahayu dendangan Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza, atas saranan Iwan. 

Pulang dari majlis perkahwinan Yunuss di Kuala Kangsar, saya mengikuti Hakim, Din dan Iwan mudik terus ke utara tanahair. Mereka akan terus memasuki Thailand dari Wang Kelian ke Satun, terus menuju ke Songkhla. Saya tidak dapat mengikut mereka ke Thailand, hanya boleh bersama sehingga ke Perlis. Tapi dalam waktu yang singkat itu, kami cuba meraikan detik-detik yang tersisa dalam ruang masa yang terbatas.  

Setelah kami mengambil Asyraf di Terminal Bas Kangar sekitar tengah malam, kami meneruskan tentatif kami ke Tasoh Lake Resort dekat Empangan Timah Tasoh. Selesai mendaftar di kaunter, kami terus ke tanah lapang di pinggir tasik dan mendirikan khemah. Carry mat dibentang di atas tanah, dan dua buah khemah saiz sederhana didirikan dengan pintunya menghadap tasik. Dengan bantuan headlamp kami berlima mengambil wuduk di gigi air. Airnya jernih, dengan gelora yang kadang dikocak puputan angin.

Kami mendirikan solat jamaq taakhir Isya dan Maghrib dengan Hakim sebagai imam. Dalam kepekatan malam, suara Hakim membaca surah Fatihah memecah sunyi, menjadi bunyi latar yang sayup menusuk ke dalam sanubari yang berselang-selang dengan bunyian jentera dari jauh dan bunyi kocakan air dari tasik. 
 
Selepas solat, kami bersalaman. Selepas menukar pakaian, kami berlima mula duduk di atas carry mat memerhatikan langit. Aizuddin sempat memuatturun aplikasi mencerap bintang, dan dengan bantuan telefonnya kami mengenalpasti buruj-buruj yang terpampang di dada langit malam.

Perlahan-lahan postur badan kami berubah daripada duduk kepada berbaring, sambil mata kami tidak lepas memandang langit dengan sebuah ketakjuban yang naif. Malam ini, kami membiarkan langit menjadi pentas, dengan bintang-bintang sebagai teraju utama persembahan. Impian kami paling terulung pada malam ini adalah untuk melihat meteor melintas angkasa malam – penyeri lakonlayar sebuah teater yang dibintangi alam – puitis.  

Sana'y iyong dinggin, bulong ng damdamin
Sana'y makamit ang langit na bituin
Aku berharap kau mendengar bisikan perasaanku. 
Aku berharap suaraku sampai ke bintang di syurga. 

Lagu Langit na Bituin – Bintang Syurga bermain di dalam neuron-neuron medial prefrontal complex dan serebelum ketika itu.

Perlahan-lahan juga ingatan saya menyusur kepada sebuah memori lama yang cuba dikambus kenangan baru yang tercipta. 

 “Sampai hati.” Terlucut dari bibir ketika kenangan itu datang menjelang. Sebuah memori lama tentang malam langit permata mengganggu gugat perasaan secara spontan. Saya membiarkan rasa itu menerpa seketika sebelum membiarkannya berlalu dibawa angin sejuk dari tasik. Barang yang lepas jangan dikenang.

“Kadang aku kagum macam mana orang zaman dulu belayar dengan panduan bintang.” Luah Aizuddin, membawa imaginasi kami larut membayang sketsa masa silam. Frasa ini menjadi titik tolak perbualan mendalam kami pada malam itu, langsung kami mula bercerita tentang asal usul keluarga masing-masing meredah samudera untuk tiba ke Tanah Melayu. Bunyian kocakan air mengkayakan imaginasi kami, membayang kapal yang dipukul gelombang pada waktu malam mencari arah ke hadapan hanya berpandukan buruj. 

Satu-satunya persamaan kami dengan nenek moyang kami barangkali ialah bintang-bintang di angkasa – kami melihat bintang yang sama mereka lihat beratus tahun dahulu ketika mereka mengemudi lautan mencari tanah di seberang dengan penuh pengharapan. Itu – menakjubkan sekali untuk ditafsir. Bahawa bintang ini tetap juga sama, hidup berjuta-juta tahun melepasi beribu-ribu generasi manusia. 

Kami melihat butir meteor pertama melintas malam langit permata ketika kami masih berbicara, pantas jari kami menuding lalu berteriak “ITU!”. Terhibur dengan penemuan kami, kami tertawa gembira. Apabila dibalut kegelapan, segalanya rasa sempurna. Terasa bagai tidak perlu difikirkan apa yang berada di luar lingkungan kegelapan, yang wujud dalam ruang ini hanyalah kami, langit dan sebuah tasik. 

“Bayangkan betapa besar alam. Segala ruang yang wujud; wujud dalam galaksi. Jadi maksudnya di luar galaksi ialah ketidakwujudan. Luar daripada sempadan galaksi, bagaimana ketidakwujudan itu wujud?” saya berfalsafah sendiri. Tiada jawapan yang nyata, hanya teka-teka.

“Kalau fikirkan, kenapa Allah ciptakan galaksi seluas-luas alam, tapi bumi hanyalah a small blue dot in the picture. Terlalu kecil. Segala sejarah manusia berlaku dekat bumi yang terlalu kecil ni. Jadi apa fungsinya Allah ciptakan bintang-bintang dan ruang angkasa yang terlalu luas ni semua kalau hari kiamat nanti, semua bintang ni akan berguguran dan musnah?” saya bertanya kepada Iwan.  

Iwan menjawab persoalan saya dengan perumpamaan seorang raja yang kaya. Istananya sungguh luas, tapi dia tidak memerlukan kesemua ruang itu. Kata Iwan, kebesaran istananya hanyalah untuk menunjukkan betapa besar kekayaan dan kekuatannya.


Allah menciptakan seluruh alam, tetapi hanya di titik biru kecil ini pentas untuk semuanya berlaku, kerana Allah ingin menunjukkan betapa besar kekuasaanNya melangkaui planet ini jauh sehingga ke penghujung angkasaraya. Allah menciptakan seluruh semesta tetapi hanya menggunakan bumi untuk menempatkan seluruh sejarah kita, dan selebihnya – bintang, nebula, Milky Way, galaksi, ruang angkasa yang tidak terbatas hanyalah sebuah tanda kebesaranNya. Saya terdiam, ketakjuban pada skala yang lebih tinggi.  

Selepas meteor yang kelima mencoret langit pada malam itu, kami mulai surut. Sambil diselimut kegelapan dan angin dingin malam, kocakan air dari tasik mendodoi lena kami ketika kami berlayar menuju alam mimpi. Malam yang indah ini, barangkali akan berlangsung hanya sekali, tinggal menjadi memori. Seperti juga mereka yang pernah melihat bintang yang sama di angkasa, kita akan pergi jua, hanya tinggal bintang yang setia melihat sejarah kita dari langit. 


18 December 2016

Changes

Yunuss got married today. Only a few weeks ago we met during GEMA meeting. I recall him embracing all of us before we parted ways, predominantly because the next time we met he's no longer a bachelor. Gee this feeling is strange. Seeing somebody’s life changed right before your eyes, especially when that somebody is a close friend.

In fact this month is all about changes – the first month I started my life as a 27 year old lad. My Lumia 1320 broke down and it couldn’t be started. I went to the Mines to get it repaired, only to find out that the Microsoft store on the 4th floor has been closed – for good. It started off as a Nokia shop, with the Nokia blue signboard hanging above the entrance. It was where I bought my first smartphone – the Lumia 800.

I bought my third Lumia phone there as well earlier this year; the 1320 when it has been converted into a Microsoft store. Black backdrop, with the Microsoft logo in the center. The day before yesterday I went there and another different shop was in its place - totally unrecognizable signboard.

It is unnerving to learn that the Nokia legacy has been killed off totally. Nokia has always been shoved aside by the competition, but it was always an option albeit an unpopular one. Now it’s just gone – Nokia phones are not even a choice anymore. That is sad, I was hanging on to the hope that one day it would make a comeback and I will stay loyal until that day comes. Guess the second coming will not happen anytime soon.

The nearest Microsoft store right now is in Petaling Jaya, and Lord knows when it will be closed.
All the troubles aside, I went to Alamanda to buy a new phone. Samsung Galaxy J3 is just RM259 with one year contract with Digi, and judging from my current financial situation, this is a deal breaker since the retail price for the phone is currently at RM599. I could save at least RM200 after buying all the accessories and paying whatever thingamajig they put in the fine prints.

So I went to change my current Celcom simcard to a 4G one. I’ve been with this simcard for more than 9 years, it still keeps the most important SMS’s within. Another change for me. Gee my eyes teared a bit just by remembering the messages. One congratulations from Bonda after I won Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang back then in 2009, a Selamat Hari Lahir message from a crush, a good luck SMS from an old friend. 

So I am now an Android and a Samsung user; both were what I had tried to elude as soon as the smartphone war exploded. It felt so mainstream and common. I hated Android complicated OS, Windows Phone was using a minimalist approach. But like kak Sarah tweeted at me “It’s just about changes. Not about android nor iphone nor windows”. I guess I’m just scared of the unknown. 



Starting from last week, I’ve moved to a new workplace. Our company managed to secure a tender at another site, so I will no longer be around at my current office all the time. I had to divide my time between the two sites, and as much as I wanted to grow as a person career wise, sometimes sacrifices are hard to be done. 

My Iranian housemate is leaving the house soon as his contract with the owner will end by this 25th December. It’s either me leaving the house, or I’m staying here as the new head of the house by signing a new contract with the owner. I chose the latter.

Now I’m staring outside of my window, thinking how amid all of that’s happening, I feel so lonely inside. I feel like all these changes are chipping away my sanity, that after all in my life that’s changed, what is left of me? 

Then I realized that all my writings deal with loneliness. Oh wait, or is it just because I write only when I feel lonely? lol

This is all about changes, like kak Sarah said. Nothing personal, just business.

Abseiling di Lata Charok

Assalamualaikum dan selamat hujung tahun!

 Pic faveret trip kali ni!

Kali ni nak bercerita pengalaman ber abseiling di Lata Charok pada minggu lalu, 10 Disember 2016, hari Sabtu. Saya pernah sepanjang hayat dua kali je abseiling, pertama dekat PLKN dulu, keduanya dekat Sungai Pisang tahun lepas. 

Kali first gila buat outdoor. Dengan kasut tercabut tapak bagai waktu nak turun, tapi start daripada nilah baru konpiden sikit nak join outdoor

Jadi kira ni kali ketiga lah nak abseiling. Yang ajak kali ni Afiq (lagi! Hehehe). Mula ingat minggu ni nak balik rumah sebab cuti 3 hari, tapi sebab berlaku peralihan kontrak dekat site pada malam Ahad, dan Isnin pulak kena bersihkan ofis, terpaksalah stay. Jadi sebab Sabtu nya tak buat apa, saya pun ikutlah pergi abseiling ni.

Ingatkan Bukit Chorocho tu aktiviti last tahun ni, sekali ada pulak Lata Charok punya aktiviti abseiling ni. *haishh bila nak tutup buku ni lol*

Jadi seperti biasa, Irsyad driver, ambil saya dekat rumah. Irsyad kata lepas Subuh dia ambil saya, kebetulan pulak sepanjang malam sakit perut. Waktu Irsyad datang tu still dalam toilet lagi lol
Dalam pukul 7 lebih, kami mulakan perjalanan. Kali ni Irsyad bawak coursemate dia yang bernama Jack follow. Jack ni dah biasa dah mendaki, dia ada kumpulan apatah Northern Hikers ke apa namanya lebih kurang untuk pendaki dari utara tanahair. 

Kami bertiga je satu kereta kali ni. Amar, Afiq, Saiful, Baie dengan Husna satu kereta lagi dari Subang.

 
 Dalam hiduppp ini..arungi semua cerita indahku...saat-saat remaja yang terindah, tak bisa terulanggg
Gicchew fefeling remaja


Kami jumpa dekat R&R Genting Sempah, kereta lagi satu tunggu sebab kami tak tahu jalan. Lepas tu kami pun bergerak sekali sampai ke Janda Baik. Dekat Janda Baik sebab kelaparan, kami breakfast dulu.

Afiq dengan Amar pun memperkenalkan kami dengan kawan-kawan baru dan keluarga Afiq yang ikut sekali trip ni. Sebenarnya trip ni trip keluarga TNB, and salah sorang daripada deorang iaitu Mak Yang ialah ibu saudara kepada Afiq dan Amar. Jadi kira kami yang bujang trang trang ni parasite menumpang laa kumpulan TNB ni *nak cukupkan orang kot*

Keluarga TNB ni kebanyakannya ibu-ibu dan ayah-ayah yang anak-anak baru meningkat remaja. Yang paling kecil pun dalam umur 6 tahun kot. 

Kami parking tu dekat kawasan chalet, belakang chalet tu ialah pintu masuk ke Lata Charok. Nyamuk dia ya ampunnn banyak namateyyy

 Pendakian dimulakan

Kena hiking jugak dalam 30 minit nak ke Lata Charok tu. Dahlah tak habis sakit perut lagi. Bila dah sampai je, sebab sakit perut, saya pun lari ke sungai dekat sebalik batu. Lepas dah sudah tu, boleh pulak terjatuh sebab batu licin, habis kasut tercampak. Bila ambil kasut tu, tengok-tengok stoking dah takde kena hanyut dengan sungai. Cari-cari dekat sekitar tu dah takde. Huuu amende malangnya nasibku. Dahlah stoking Bata yang mahal tuh, dua pasang 19.99 hengget tahu. Sepasang dah hilang dekat YYBTN. Sepasang lagi hilang dekat sini.

Lepas tu tak pakailah stoking sepanjang hari tu.

Bila naik dekat atas balik, semua orang tengah bersukaloka. Yang budak kecik tengah mandi sungai, Afiq and the geng tengah masak dekat dapur, yang lain pasang hammock, pastu consultant (kot panggil dia) tengah pasang tali abseiling dekat air terjun. Mak aih air terjun dia scary gila, Sungai Pisang tu kira playground budak-budak je kalau compare dengan air terjun Lata Charok ni.

 Oh anok anok tak meghaso mandi laok, besaing main ghama-ghamas~~


Uncle Afiq dan Auntie Baie sedang memasak spaghetti carbonara


Sambil tunggu deorang pasang tali tu, kami pun makanlah. Yang bestnya bila trip dengan family ni, makanan banyak gilaaa. Ada nugget tempura, sandwich tuna dan telur, ayam goreng, tembikai, chocolate chip cookies. Belum kira spaghetti carbonara yang Afiq buat lagi. Sepanjang hari tu tak henti-henti mengunyah. Amar pun ceritalah yang Mak Yang nilah yang buatkan Amar nak join outdoor, sebab Mak Yang hadiahkan semua barang-barang outdoor dia dekat Amar waktu tahun 2009. 
 Yang lain tukang kerumun habiskan makanan lolz

Lepas dah siap pasang tali, saya dengan Amar ambil harness dengan helmet, nak mula ber abseiling. Lepas dah siap pakai safety gear semua, guide tu bagi taklimat. Nak naik dekat air terjun dari tempat kami berkelah tu boleh tahan kena hiking dia, padahal air terjun tu depan mata je. Dalam 5 minit jugak nak naik atas. 

 Siap sedia berjuang 
 Abam guide memberikan taklimat


Mula-mula yang pergi abseiling tu sorang akak tu, jangan memain akak tu anak dia ada yang dah habis UPSR ok. Akak tu ambil masa sikit sebab dia takut. Tapi serius weh memang air terjun dia tinggi dan menakutkan. Lepas akak tu turun, baru anak dia yang umur 12 tahun tu turun. Lepas tu hari dah start hujan.



 Inilah ghopenya air terjunnya. Dari bawah nampak rendah je, tapi serius tinggi namatey

Lepas adik tu turun, Amar pulak turun. Amar turun laju je, lepas tu dia pergi dekat tengah waterfall. Amar kata ni first time dia abseiling, tapi dia treat macam wall climbing. So dia kata kalau wall climbing takdelah takut sangat sebab dia selalu buat. Lepas Amar giliran saya. 

Waktu mula turun tu, abang tu suruh saya jatuhkan badan dulu, baru gerak kaki. Wah gila nak jatuhkan badan dulu dahlah jisim aku berat, kalau tali putus gimana an sih. Lepas tu bila kaki saya tergelincir dekat batu terus dia jerit ‘Jatuhkan badan dulu!’ dari atas. Waktu tu tangan dengan tak pakai gloves nya memang genggam kuat-kuat tali tu sampai nak luka. Ok, barulah saya betul-betul bagi badan turun dulu baru kaki. 

Perlahan-lahan turun muka dah nak pucat, lepaskan sikit tali, lepas tu jatuhkan badan, kaki perlahan-lahan melangkah ke belakang. Lenguh lah dekat lutut. Waktu turun tu ada tempat berhenti sekejap dekat batu. Masa tu rasa ‘OK, waktu sukar dah berlalu. Sekarang senang dah kot.’ Bila toleh, tudiaa cabaran sebenar belum bermula pun. Jauh lagi nak turun huuu nak nanges. 

Tapi takkan nak panjat atas balik, lagilah tak logic. Saya pun teruskan aja turun, jatuhkan badan, baru kaki. Tangan dekat celah ibu jari dengan jari telunjuk dah sakit sebab saya genggam sekuat hati tali tu, menyesalnya awaa tak bawaa gloves, kaki pun nak taknak je berdiri sebab ketar.Sebab saya takut masuk air terjun, saya turun ikut tepi batu je, taknak kena air. Takut weh air terjun dia deras gila.

Akhirnya sedar tak sedar dah sampai bawah. Waa gembira! Sampai bawah je saya lompat dalam air, lepas tu terus ke tepi sungai. Dekat tepi tu anak-anak semua excited nak pakai harness dengan helmet. Saya pun tolong adik tu sorang pakaikan harness. Weh budak ni umur berapa, aku umur deorang ni hingus pun lap dekat baju.

Yeay! Dah sampai bawah!

Sebab dah turun tu rasa lapar gila, saya pun baham spaghetti carbonara. Tak lama tu Afiq ajak naik dekat waterfall dekat atas lagi dari situ, kena hiking dalam 15 minit. Kami yang bujang trang-trang berlapan ni pun teruskan pendakian ke atas.

Sampai je air terjun tu ada kayu balak besar yang dah lama tumbang melintang dekat depan air terjun tu. teruslah kami berphotoshoot sampai lebam sambil Amar hidupkan api. 

 Dah sampai air terjun paling atas!

 Haish, kenapalah perut tu nak interframe. Buat malu je

Lepas puas berselfie wefie fefeling Malaysia’s Next Air Terjun Model, deorang berenam yang belum abseiling pun turun. Tinggal saya dengan Amar je, lepas tu Amar ajar macam mana nak hidupkan api bila kayu api basah. Walaupun Amar lagi muda, tapi pengalaman dia dalam outdoor ni memang luas gilos

 Pemenang gambar kontroversi trip kali ini!
"Biarpun seribu tahun air mengukir batu, kasih kanda pada dinda takkan berubah sama sekali!"
"Kasih dinda pada kanda bagai orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga..."

Lepas puas main api, kami berdua pun turunlah balik ke tempat berkelah. Sekali ada ramai gila manusia berbilang bangsa, ada India, Cina and even mat salleh dekat situ. Deorang datang nak mandi manda, lepas tu anak mat salleh tu dok main dekat hammock Afiq.

 Hammock nilah yang anak mat salleh tu dok main

Lepas tu ada sorang akak yang satu rombongan dengan mat salleh tu panggil anak mat salleh tu, tapi anak mat salleh tu buat bodoh je.

“Antonio, she’s calling you! Answer her!” mak Antonio marah sambil sikat rambut kakak dia. Sambil tu Antonio tu main henjut-henjut hammock si Afiq.

“Antonio, stop doing that!” tapi dia buat pekak je. Last sekali mak dia habis sikat kakak dia, mak dia hambat dia “OK, OK, I’m done!” Antonio cakap sebab takut mak dia marah.

“No, you’re not done!” pastu mak dia cubit telinga dia, tarik dia naik darat lol. Ingatkan mat salleh takde gunakan corporal punishment dekat anak-anak, oh rupanya ada lagi.

 Saya pun sambung makan dekat tepi sungai, lepas tu solat Zohor Jemaah dengan Amar atas batu. Afiq, Baie, Jack, Saiful, Irsyad dengan Husna baru nak mula abseiling. 

Lepas dah siap semua abseiling, kami pun bersiap-siap nak balik. Sekali rupanya ada celebration hari jadi Razzin, anak kepada Mak Yang. Rupanya Razzin ni umur sebaya Dadad, 8 tahun. Dadad bulan 11, dia bulan 12. Walaweh umur 8 tahun dah abseiling dekat air terjun, mampukah anda. Kita umur 8 tahun dulu memang jangan haraplah mak bapak nak kasi buat aktiviti outdoor. 

 Happy birthday adik Razzin!
 Ni ha gambar adik Razzin tengah abseiling dekat air terjun. Dahsyat tak

Lepas tamat celebration, kami pun pulang ke kereta sambil perjalanan balik tu menyanyi suka hati. Macam-macam lagu kami buat koir, lepas tu kasut si Saiful pulak boleh cabut tapak. 

Tinggalkan kasut dekat sini buat penanda jalan lol memori semua ni


Kami ingat nak balik, tapi Mak Yang ajak kami dinner sekali. Kami pun pergi ke chalet yang deorang dah tempah, dekat-dekat tepi parking nak panjat Nuang. Kami pun mandi manda dalam sungai beramai-ramai. Maigadd rasa macam jadi budak balik waktu tu hahaha

Lepas solat Asar semua, kami pun makan malam. Makan lagi weh best gila! Lepas makan, makan. Lepas makan, makan. Muahaha 

Ada nasik lemak, nasik goreng, ayam goreng, jemput-jemput, err dan macam-macam lagilah. Lepas kenyang, kami pun berundur diri lol #dasar


Ini mimpi silam sebuah zaman bahagia
Bila redup awan merundung cahaya suria
Wajah pucat pasi dititis air langit
Lecah di kaki; lumpur di kulit. 

Kami berhenti solat dekat masjid kampong Janda Baik, lepas tu terus shoot balik masuk Karak. Kami sempat singgah beli buah berangan dengan jagung dekat R&R Genting Sempah, lepas tu terus menuju ke area Bangi/Sepang nak balik rumah.

Oh, itu sajalah nak cerita kali ni. *malam tu kena kacau huu ingatkan dalam kereta tak kena kacau jadi balik tu OK lah. Sekali kena jugak kacau pukul 5 pagi malam tu sobs3*  

Rasanya ini jelah kot aktiviti outdoor untuk tahun kewangan 2016 ni ewah. Harap-harap dah takde dah lepas ni dah nak tutup buku lol. Kepada Mak Yang dan Kak An yang pemurah dan baik hati, ada trip lagi jemputlah kami hewhew. Sedap na Mak Yang dengan Kak An masak. Kepada Razzin, selamat hari jadi nak. Besar nanti jadilah orang yang mencintai alam sekitar ecewah. 

Itu saja. Bertemu lagi kita di entry yang seterusnya. Assalamualaikum dan bye!

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter