05 January 2014

8 Golongan Manusia di Kolam Renang Awam

Salam peeps!

Thought today I would tell you a little bit of my adventure going to a public swimming pool. I am currently an active visitor to a public swimming pool in Putrajaya, at Presint 5. I am not sure of the name of the pool, but it is located just next to Pullman Putrajaya Lakeside. I started swimming last year, when a friend of mine, Syammil asked me to join him, konon-konon nak beriadah la.

We would swim once a week, but now I usually go there with my roommate.

Dekat public swimming pool, there are few people that you would notice. Well here goes.


1- THE AMATEUR SWIMMER

Golongan baru nak belajar berenang. Selalunya duduk terkedek-kedek dekat tepi, takut nak pergi tempat dalam. Yang ni selalu golongan manusia yang dah umur 20-an, tahap usia abam-abam muda, tapi tak pernah belajar berenang dengan proper. Mereka biasanya datang dalam kumpulan kecil 2-3 orang kerana segan datang seorang diri. (kalau malu, baik malu ramai-ramai. Ye dok.) Dalam kumpulan amateur swimmers, selalunya ada sorang tu yang kurang amateur dan menjadi jurulatih tidak rasmi kumpulan tersebut.
“Kau kena tendang betul-betul kaki tu.”

“Ambil nafas pakai mulut, hembus dalam air guna hidung”

“Waktu dalam air kau kena confident. Tujuan goggle tu bagi kau confidence supaya kau nampak waktu berenang”

amateur
Tak pandai berenang reti posing jadila. Kekekeke (Source)

2- THE PRO KIDS

Budak-budak yang umur tak sampai dua digit, tapi berenang mak aih dah gaya Michael Phelps (minus the drugs). Selalunya ditemani jurulatih dan rakan-rakan pro yang lain, masing-masing menunjukkan skill berenang peringkat Olimpik, sampai buat amateur swimmer ni malu lalu main dekat tepi-tepi je.

Pro kids selalunya boleh dikenali dengan aksesori berenang yang complete dan canggih, termasuklah pakaian khas tailor-made untuk mereka, goggle dan cap kepala beserta paddle tangan dan fin di kaki.

 
prokids2
Renungan tajam atlet muda (Source)

3- THE COUPLE

Daripada swimming, the couple lagi banyak touching. Yang perempuan selalunya akan menjerit-jerit over “Eeee takut! Aaaaa! Hihihi!” sambil si lelaki senyum control macho. “Sayang, takut buat apa...pegang tangan abang meh” padahal dua-dua ekor berenang dekat tempat takat buku lali je dan yang lelakinya tak pandai pun berenang. The couple selalunya tidak memandang manusia lain kecuali diri masing-masing.


attractive couple in swimming pool
“Awaa, saia taa kuadd” Source

4- THE HOLIDAY KIDS
Budak-budak takde kerja berusia lingkungan 13 – 17 tahun, datang swimming pool sebab cuti dan semata-mata cerita pasal social media. “Weh, hot jugak ko kan? Sampai 30 orang like gambar ko!” *dialog original, I overheard them once*

Holiday kids ni pun duduk dekat tepi kolam, rendam-rendam body. Tak mandi sangat pun, lagi banyak fooling around lepas tu borak kedai kopi. Aktiviti biasa mereka selain berbual ialah buat pertandingan tahan nafas paling lama. Mereka juga mengambil ruang kolam yang paling besar.
 
remaja
School’s out, biyatches! Moh penuhkan kolam renang! Source

5- THE ATHLETES
Athletes yang badan ketak-ketak, bila berenang laju serupa torpedo. Atlet ni selalunya cuba mendedahkan sebanyak mungkin tubuh untuk menunjukkan muscle-muscle yang katang dan berenang ke hulu ke hilir seberapa banyak dan seberapa laju mungkin. *nak show off lettew*

This does not require a picture. Google it yourself!

6- THE FAMILY

Bapak dan anak-anak pergi berenang, maknya duduk tepi je tengok. Maknya selalu buat kerja lain, jaga barang-barang sambil tengok suami dan anak-anak atas tikar. Time nilah dapat berehat sekejap dari menjaga anak-anak.

Aktiviti favourite maknya ialah bersembang dengan mak dari family lain sambil up-upkan family sendiri. “Anak saya tu dah pandai buat kuak lentang, anak awak pandai ke?” Lalu dibalas dengan: “Anak saya tak pandai sangat berenang, tapi periksa haritu dapat nombor satu.” Jawab mak family lagi satu sambil flip tudung.
 family
Maknya pegi amek gambor je. Bapak la kena jaga anak-anak Source
 
7- THE WHALE

Mereka yang berbadan XXL, tapi berenang dengan penuh cemerlang, tidak ubah seperti paus *this is a compliment, bukan kejian* The whale mempunyai kemampuan untuk membuatkan amateur swimmer berenang ke tepian apabila mereka berenang di tengah kolam, kerana mereka mempunyai kekuatan yang cukup untuk membelah lautan.

The female whale selalunya merupakan pemandangan yang tidak indah apabila memakai pakaian mandi yang seksi, sendat dan mampat dan membuat aktiviti warm up di tepi kolam.

whale
Kartun, but heck, you got the idea. Source

8- THE CREEPY OLDER GUYS
Golongan ini merupakan golongan paling aneh kerana mereka kelihatan seperti datang bersendiri tanpa kumpulan yang nyata. Creepy older guys selalunya mempunyai tattoo naga atau lain-lain haiwan buas di tubuh, dan lebih banyak tidak bergerak daripada bergerak, a la duduk dalam jacuzzi.

Creepy older guys tidak kelihatan sedang enjoy ataupun gembira berada dalam kolam, menyebabkan kita tertanya-tanya tujuan sebenar mereka datang.


pakcikBayangkan pakcik ni berenang dengan anda. Boleh bah kalau kau? Source
 
So guys, next time bila ke public swimming pool, watch out for these people. Kalau nampak ada golongan mereka ni, remember where you first learned about them. I am more than happy to say I told you so. Hehehe.


Adios and selamat beriadah!

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter