Pernah tengok kalau budak kecik jatuh, lepas tu kepala dia benjol. Atau jatuh lepas tu kaki dia luka berdarah. Tahu tak apa benda pertama orang akan cakap? Selalunya orang akan kata “Mana parents budak ni? Tak reti jaga anak ke?”
Budak ni menangis sebab salah anda. Semua salah anda. SEMUANYA.
Dan bila parentsnya mengamanahkan anaknya dijaga anda, maka anda adalah pihak bertanggungjawab yang perlu menjawab persoalan itu. Kalau budak tu cedera, jatuh, luka, menangis, semuanya salah anda. Pernah tengok kalau budak tu bergaduh dengan budak lain? Kalau dia MENcederakan anak orang lain itu ialah salah anda. Kalau dia DIcederakan anak orang lain pun, salah anda.
Dalam menjaga budak-budak ni, segala apa keburukan atau bencana yang berlaku, adalah 100% salah anda. Sebab logiknya, budak-budak ni mana berakal sangat. Kita yang berakal matang nilah yang bertanggungjawab atas segala kelakuan dia, walaupun kadang-kadang kita sendiri tak termampu. Dan bila anak-anak tu berperangai tak elok, kita disalahkan sebab kegagalan mendidik mereka. Sedih tak?
2. WAKTU DIA BERJAGA = WAKTU DIA BERMAIN
Sepanjang dia berjaga bermaksud itulah waktu dia bermain. Kalau masa tu anda tengah mandi atau tengah masak makan tengahari atau tengah solat, kalau dia tengah berjaga bermaksud anda kena bersedia kalau dia kacau anda untuk ajak bermain.
Kalau anda masih tidur masa dia jaga? Bersedialah kalau dia kacau anda tidur, sebab kanak-kanak punya logik, kalau dia nak main, tak kisahlah awak nak main atau tidak, awak KENA main dengan dia. Kalau dia terjaga pukul 6 pagi dan terus nak main tumbuk-tumbuk, kalau awak tidur lagi tunggulah dia datang tumbuk muka awak.
Berpura-pura sakit? Heck, budak kecik punya gigitan sakit gila wei!
Masa masak, basuh baju, basuh pinggan, kalau dia berjaga maksudnya semua benda ni kena tinggalkan untuk menjaga dia bermain. Dan paling penting, selagi anak-anak jagaan anda berjaga, bermaksud anda tidak ada waktu berehat, LANGSUNG.
Lepas dia tidur, barulah officially dia dah berhenti main. Kalau tidak, masa mandi dan makan dia jugak dikira sebagai waktu bermain. Kalau dia bermain masa makan, sila tahan air mata untuk sapu nasik dan lap air yang dia tumpahkan.
3. BERSEDIA UNTUK DISERANG DAN DIPUKUL TANPA WARNING
Tahukah anda bagaimana Boboiboy mengubah kehidupan kanak-kanak? Kalau anak jagaan anda pernah menyebut “BOBOIBOY KUASA TIGA!” itu bermakna kehidupannya telah berjaya diubah Boboiboy.
Tahu tak bila kehidupan anak jagaan anda telah diubah Boboiboy, bermakna kehidupan anda juga telah diubah Boboiboy. Sebab Boboiboylah anak jagaan saya semuanya asyik nak main bertumbuk je.
Anak jagaan saya bila bermain semuanya akan bertumbuk dan bergumpal menggunakan serangan Boboiboy. Dan tahu tak, bila dia bertumbuk, dia akan memukul sekuat hati? Dan walaupun budak tu umur dia baru 3-6 tahun, tetap terasa bisa dan sakit kalau dia pukul muka atau badan kita. Tak percaya, pergilah cuba ajak dia main Boboiboy.
Thanks Boboiboy for ruining my life.
Tapi kena ingat semula, kalau anda cedera sebab kena pukul dengan anak jagaan anda, silalah rujuk nombor 1 semula. SEMUANYA SALAH ANDA. Siapa suruh lambat defend diri sendiri masa dia menyerang dengan mainan?
Speaking of menyerang, selalunya mereka menyerang kita tanpa amaran atau ajakan formal. Terus serang hendap. Tiba-tiba datang tumbuk muka kita sambil menjerit “TANAH PELINDUNG!”
Ataupun lari-lari pukul kita dengan penyangkut baju sambil jerit apa-apa nama serangan yang dia ingat dari Boboiboy – “KERIS PETIR! LARIAN LAJU! ANGIN TAUFAN! HARIMAU BAYANG!”
I am not ashamed that I have to run lintang-pukang masuk bilik daripada mereka sebab takut tercedera.
4. KREATIVITI MENJADI JADI
Bermain dengan anak jagaan membuatkan otak sentiasa terpaksa berfikir untuk macam – macam benda. Ada anak yang suka dengar cerita hantu, jadi kita sentiasa kena fikir cerita hantu untuk cerita dekat dia. Ada yang tanya macam – macam benda yang kalau kita layankan, rasa macam nak tergelak. Soalannya walaupun simple, selalunya mencabar pemikiran. Dan ada yang bila bermain, otak kita kena kreatif nak bagi dia interested.
Oh kalau dia ajak main Boboiboy macam mana? Kita kenalah keluarkan jugak serangan kita. Kata otai minat kartun. Kartun kita tengok kan lagi banyak dari dia. Surprisingly, inspirasi kita datang daripada sumber yang kita tak jangka.
Marilah belajar serangan yang saya gunakan untuk menentang Team Boboiboy.
Panahan Suci: Serangan menggunakan jari untuk mengejar dan mencucuk pinggang anak jagaan. Diilhamkan dari Angewomon, Digimon. Kedua-dua tangan dibentukkan seperti ingin melepaskan panah (rujuk gambarajah) dan jari telunjuk tangan kanan akan dilepaskan seperti panah dan sambil itu, bolehlah berlari mengejar anak jagaan. Aksesori tambahan boleh menggunakan lidi menggantikan jari telunjuk untuk anak panah.
Santen Kesshun: Kuasa pertahanan untuk menangkis serangan Keris Petir. Kedua-dua tangan didepankan untuk menyerap serangan anak jagaan sambil menyebut mantera “HINAGIKU! BAIGON! LILY! SANTEN KESSHUN! AKU TOLAK SEMUA INI!” atau untuk menjimatkan masa, terus menyebut “AKU TOLAK SEMUA INI!” Pertahanan ini boleh diperkuatkan dengan menggunakan bantal di hujung tangan. Kadar keberkesanan hampir 100%. Diilhamkan dari kuasa Shun Shun Rikka watak Inoue Orihime, anime Bleach.
Beruang Bayang: diinspirasikan daripada serangan Fang dalam Boboiboy; Harimau Bayang. Tapi sebab dah takde harimau, teddy bear pun jadilah. Serangan ini menggunakan teddy bear terdekat yang paling besar yang paling senang dicapai, dan digunakan untuk mengejar anak jagaan dan menggomolnya menggunakan beruang supaya dia tak boleh melepaskan serangannya. Bila ada lebih satu teddy bear digunakan, serangannya dinamakan Beruang Bayang Combo.
Bebola Api: Serangan menggunakan bola mainan untuk dicampak ke anak jagaan (tidak berniat untuk mencederakan, cuma supaya mereka melarikan diri daripada terkena bola). Diilhamkan daripada serangan Agumon dalam Digimon.
5. KANAK-KANAK ADA KONSEP PEMILIKAN HARTA SENDIRI
Kanak-kanak memiliki konsep pemilikan harta yang sangat berbeza dengan orang tua. Konsep mereka: mainan aku = mainan aku,
mainan kau = mainan aku,
mainan yang aku tengok = mainan aku.
Kalau pergi shopping mall atau pergi rumah orang lain, bila dia nampak mainan yang dia berkenan maksudnya mainan tu dah jadi hak milik dia. Cubalah pujuk dia cakap mainan tu orang punya, mesti dia tak kisah sebab dia tak faham konsep pemilikan harta orang dewasa. Lepas tu jaga-jaga, selagi dia tak dapat selagi tu dia akan merengek. Kalau tak beli mainan tu pada waktu tu jugak, sampai balik rumah dia akan mengamuk. Kalau dalam kereta, dia akan tendang dashboard dan campak mainan dalam tangan dia dekat cermin kereta.
Kanak-kanak jugak takde konsep pinjam, bila dia dah dapat dia akan anggap immediately harta dia. Mind you, bila dia dah dapat mainan tu, dia bukan nak main, tapi dia akan jahanamkan benda tu, piece by piece, sampailah benda tu jadi sampah yang totally useless. Yeah, kids are weapon of mass destruction.
6. TIDAK WUJUD MASA PERIBADI
Semua benda yang awak suka buat masa peribadi dah tak wujud. Awak suka dengar muzik? Baca buku atau majalah? Suka tengok movie? Suka berhias bila sorang-sorang? Percayalah, kalau awak dah jadi babysitter, semua benda ni cuma tinggal impian.
Bila nak baca buku je, budak ni datang ajak main. Bila tengok movie dekat laptop, budak ni datang tekan-tekan keyboard. Itupun kalau awak ada masa curi-curi rehat. Kebanyakan masanya memang takkan ada masa langsung walaupun sekejap untuk buat benda yang anda suka.
Kalau budak-budak ni tidur sekalipun, awak kena kemas rumah yang dia kotorkan, basuh botol susu dia, basuh baju dia yang dia dah kotorkan masa main, basuh lantai yang kena kencing dia lepas dia habis mandi sebab tak sempat pakaikan baju dekat dia dia dah kencing dulu. Oh dan jugak kena masak. Kalau tak, awak nak makan apa?
Ataupun konon-konon awak kunci pintu bilik taknak bagi dia masuk, ingat berkesan ke? Selagi kita tak bukak pintu selagi tulah dia akan tendang pintu sampai nak kasik pecah. Memang takde istilah waktu peribadi lagilah. Ingat dalam tandas tu kira masa peribadi? Of courselah tidak. Kadang-kadang anak-anak ni tau kita tengah mandi lagilah dia nak masuk jugak sebab nak ajak kita main air.
Tapi apa-apapun, paling penting bila menangani anak-anak ni ialah kasih sayang. Setiap kali kita fikir kita nak marah, tapi bila kia fikir kasihnya kita dekat anak-anak ni, kita pendamkan je rasa marah. Kalau kita tak sayang, penyabar macam mana sekalipun kita mesti tangan tu nak je naik.
Dan paling best bila kita datang bawak nasik dalam pinggan, semuanya datang dekat kita mintak kita suapkan. Kalau kita suruh dia makan sendiri, dia taknak. Nak kita jugak suapkan. Itu tandanya dia pun kasihkan kita.
So peeps. I hope this sharing might help you guys yang tak pernah tahu azab dan seronoknya menjaga anak-anak kecik. Renung-renungkan dan selamat beramal
wow..detail..
ReplyDelete;) mestilaa. hehehe. excited kalau cerita psl penjagaan budak2 ni :D
Delete