Saya memulakan bicara ketika Abang masih khusyuk menonton TV.
“Apa dia?”
“Siapa Aishah?”
“Kawan jelah” mukanya berubah serta-merta.
“Kau tak baik doh, Abang. Mainkan hati perempuan.”
“Ya Allah, kau dah kenapa? Kami kawan jelah!”
Saya diam. Sambil mulut mengunyah keropok. Enggan menaikkan kemarahannya lagi.
“Bang, aku nak cakap ni lagi satu. Kau jangan marah ye.”
“Apa dia lagi kau ni? Aku simbah kuah sambal ni karang!”
“Apsal kau tak cakap dengan mak kau kau dah nak bernikah?”
Dia diam. Saya juga – menunggu jawapan daripadanya.
“Kau suka sangat kan nak korek rahsia aku!”
“Lepak la. Kita kawan lama kot. Takkan benda macam ni kau nak rahsiakan jugak dari aku?”
Dia masih diam.
“Semalam mak kau telefon aku. Nangis-nangis dia Bang. Dia kata kau lama tak balik. Abah kau pun dah rindu. Kurang-kurangnya kau telefon la dulu.”
“Abah aku rindu aku? Hahaha. Besok nak kiamat ke?”
“Bengong. Dah mak kau kata gitu. Aku ulang amanat dia je.”
“Kau tak faham. Kau suka nak cakap benda yang kau tak tahu. Kau tak payah lah nak tunjuk pandai sangat macam semua benda kau boleh bagi pendapat! Aku semak betul dengan kau!”
“Tunjuk pandai apa? Aku tak cakap apa-apa pun! Dah kau pandai sangatlah sakitkan hati mak kau? Kau ingat aku kisah sangat pasal keluarga kau? Aku tak heran langsung. Mak kau yang telefon dulu!”
“Dah kau nak marah baliklah?”
“Yelah. Marahlah! Aku kawan kau pun kau nak berahsia kau nak kahwin. Pastu sekarang nak mintak tolong aku pulak. Suka-suki kau je! Bila nak mintak tolong reti cari aku, kalau tidak aku mati baru kau nak jenguk agaknya.”
Abang menung panjang.
“Aku cerita kat kau ni tolong rahsiakan tau.” Abang bersuara, sedikit nada putus asa.
“Pernah pulak aku bukak rahsia kau. Kata kawan dunia akhirat.”
“Berat la masalah aku…”
“Cerita jelah, macamlah masalah kau je yang berat.”
“Kalau aku taknak cerita boleh?”
“TAK BOLEH! Kau dah mintak tolong aku, aku dah setuju nak tolong, hak aku untuk tahu.”
Abang diam panjang. Tangannya perlahan-lahan menyuapkan baki keropok lekor ke dalam mulutnya.
“CEPATLAH OI CAKAP!”
“Apa dia?” Abang memandang, pura-pura tidak mengerti.
“Kenapa dengan keluarga kau? Kenapa kau marah dengan abah kau?”
“Janji kau taknak cerita dengan orang lain?”
“Aku nak cerita dekat siapa?”
“OK la, aku cakap. Aku percaya dekat kau je. Kalau orang lain tahu maka maksudnya kau yang cerita.”
“Iya. Tahu.”
“Abah aku suruh aku kawen dengan anak kawan dia.”
Mata saya membulat. Seakan tidak percaya.
“Aik, abah kau? Suruh kawen sekarang ni? Kau tengah belajar lagi kot!”
“Kawan dia nak pergi haji. Sebelum pergi dia nak tengok anak perempuan bongsu dia kawen dulu. Budak tu baru umur nak masuk 19. Tengah belajar lagi dekat UiTM.”
“Lepas tu?”
“Ayah aku desak aku. Ayah aku diktator macam Hitler. Kau taula kan aku dengan ayah aku tak berapa masuk sangat.”
“Mak kau?”
“Mak aku suruh aku buat pilihan sendiri. Dia suruh aku decide.”
“Jadi?”
“Tapi ayah aku tak boleh terima. Dia paksa jugak.”
“Dah kalau kau taknak kawen awal, kenapa kau nak menikah dengan si Shikin pulak tetiba?”
“Kalau aku ada bini takdelah ayah aku paksa kawen dengan menantu pilihan dia!”
“Ya ampun Bang!! Akal singkat betul kau ni! Sebab tu je? Benda bukan tak boleh setel! Petik jari je!”
“Kau tak kenal ayah aku!”
“Ikut suka kaulah. Aku tak masuk campur bab-bab ni.”
“Kata nak tolong aku!”
“Last minute baru kau cakap! Lepas tu aku pulak yang tersepit!”
“Kau tau tak, aku tak pernah berharap setinggi macam ni dekat kawan aku! Kau jelah orang yang boleh tolong aku!”
“Siapa kawan kau? Kita kawan ke? Aku tak kenal kau!”
“Siot je!”
“Kau nak mintak tolong aku kau bayarlah! Aku nak sepuluh ribu!”
“Boleh, rupiah!”
“Tak lawaklah. Lawak kau macam orang tua.”
“Nah ambek sambal!” tiba-tiba Abang mencelup jari-jarinya ke dalam kuah; lalu merenjisnya ke muka saya.
“Natang!” saya pantas mengambil mangkuk kuah, lalu menuangnya ke kepala Abang. Abang menolak, lalu kuah tumpah ke lantai.
Kami berdua ketawa spontan. Panjang. Berdekah-dekah. Hampir 20 minit juga kami tidak henti-henti ketawa.
“Dah tu Aishah siapa pulak Bang?” saya bertanya bila gelak kami sudah surut.
“Aishah minat dekat aku.”
“Lepas tu? Kau pun layanlah? Dah nak jadi suami orang pun menjalang lagi kan kau?”
“Haha. Siol! Takdela, aku muda lagi kot. Keluar setakat makan, tengok wayang tak salah kan?”
“Tapi kau tau Aishah suka kau?”
“Dia admit hari tu. Berdebar jugaklah jantung aku bila perempuan cakap benda tu straight depan muka.”
“Dia cakap macam mana?”
“Buat apa sibuk nak tau?”
“Saja. Tak baik doh, kau buat macam tu. Kalau taknak cakap taknak. Dia tau tak kau dah nak menikah?”
“Tak lagi.”
“Kau sengaja kan Bang? Kau memang suka nak buat koleksi perempuan keliling pinggang!”
“Bodoh la kau. Setakat kawan je takpe. Berkawan biar seribu, berkawen biar satu!”
“Kata kau hari ni. Besok kau kawen lebih satu siap! Aku tikam perut kau masa bersanding!”
“Aku pakai baju kebal!”
“Aku bubuh racun dalam lauk kenduri kau!”
“Aku buat majlis dekat hotel!”
“Ha, tengok! Kantoi dah pasang niat nak kawen banyak!”
“Hahaha. Mana ada! Aku menjawab apa yang kau cakap je!”
“Dah tu? Dah kalau kau nak berkahwin satu cakap jelah dengan Aishah. Ke kau nak aku cakapkan?”
“Buat apa pulak kau nak menyibuk? Tak payah nak ambil kisah hal takde kaitan dengan kau.”
“Tengok kau. Punya angkuh. Kalau kau boleh hidup sorang-sorang tak payah ajak aku datang, Bang. Kau hidup bawah tempurung kau diam-diam.”
“Aku bukan katak. Tak duduk bawah tempurung.”
“Kau bukan katak, kau rendah lagi dari katak. Telur katak kot kau.”
“Ek, telur katak ek? Telur katak lagi rendah dari katak?”
“Dah tu kau nak jadi apa? Penyu? Cacing tanah? Khinzir? Bagi kau telur katak sudah. Peringkat paling hina untuk seekor katak.”
“Kau kalau cakap dengan kau sama tahap macam cakap dengan tapak kaki aku. Takde manfaat langsung.”
“Aku kalau cakap dengan kau rasa macam cakap dengan babun buntut merah. Rasa macam bodoh.”
“Kau pernah kena tikam dengan babun buntut merah?”
“Err, kau pernah makan tapak kaki?”
*bersambung…
kesian aisyah.. tp kalau kawin tanpa restu org tua pun, tak ok, kan..? ni kisah benar ke, cerpen je..?
ReplyDeleteberdasarkan kisah benar =)
Delete