09 July 2012

First Day di UM


So now I’m at UM. Untuk Seminar JPA hari esok dan lusa.

Mula-mula sampai, I didn’t have any planning to update my blog, but since there were many things happening from when I first wanted to come here and until the very minute I wrote this, then I decided I should commemorate this in my blog.

Mula-mula nak pergi tadi je dah masalah. Nak jumpa supervisor, nak jumpa junior, nak hantar attendance, nak setelkan penginapan dekat sini, nak call JPA, nak cari transport, nak cari driver, nak kemas barang, nak pakai baju apa masa seminar. Dahlah call JPA tak angkat-angkat. Dia bagi 5 nombor, satu pun tak angkat. Padahal waktu pagi kot. Tengahari lepas lunch call pun tak angkat.

Gelabah! OK, last resort tengok dekat twitter siapa yang online. Thank God ada potential driver yang online. Tanpa segan-silu I immediately asked kalau-kalau boleh dia tolong drive hantar pergi UM. Since transport dah ada, tapi driver yang takde. Alhamdulillah, mujur beliau sudi. Untuk privacy, mari namakan beliau Abang Ep.

Setelah melalui pelbagai pancaroba, dalam pukul 3 kami pun bergerak dari UPM. Abang Ep bawak kawannya, Abang Tem (dinamakan demikian demi privacy). Sebab Abang Tem tau jalan. Then kami tau nak pergi UM, tapi tak tau celah mana kolej 12 ni.

Lepas tu guna GPS masuk gate belakang. Langsung kena tahan dengan Pak Guard. Pak Guard tu suruh tinggal lesen memandu saya. And I was like; ‘apekah?’

Pak guard kata gate bukak sampai pukul 8 je, jadi kena keluar sebelum pukul 8 nak ambil lesen balik. Dia kata gate belakang untuk kereta yang ada sticker je. Oh cemerlang sungguh. Manalah kami tau gate mana yang kena ada sticker mana yang tak perlu. Bukan ada dalam GPS pun benda-benda camni. Anyways, saya katalah ‘saya nak masuk kolej 12 ni pak cik!’

Lepas tu Pak Guard tu jawab ‘lah, awak nak masuk kolej ke? Kenapa tak cakap? Ha, tak payah amek pas pelawat. Boleh masuk boleh masuk!’ Lepas 10 minit kot bertekak dengan dia.

Lepas tanya arah, kami pun bergerak semula ke kolej 12 @ kolej Dr Nazrin Shah (hebat nama kolej sini..)
Lepas tu satu masalah pulak nak cari entrance masuk kolej, entah di mana. Akhirnya pusing sekali nampak entrance terus masuk. Saya pun turun cari pejabat pentadbiran. Mujurlah ikut signboard jumpa. Dan-dan nampak budak-budak PASUM tengah ambik gambar dengan rambut palsu yang ala-ala badut sekor-sekor. Of all days… Pastu deorang macam baru habis kelas, dengan tie baju kemeja segala bagai.

Nak mendaftar tu beraturlah kejap. Lepas isi borang dengan kak Farah yang saya dah kontek sebelum datang tadi, dapatlah kunci bilik dekat tingkat 1 Blok A. masa nak daftar masuk, saya tanyalah kalau ada bilik kosong, tapi dia kata bilik kosong tu ada ‘something’. Tak boleh bagi masuk. Saya pun OK jelah. Tapi bilik yang saya daftar ni dah ada sorang daftar.

Lepas tu cari Abang Ep dengan Abang Tem dekat parking. Angkut barang masuk bilik. Sesat jugak nak cari bilik dia sebab salah wing. Lepas tu kami jumpa bilik, saya pun ketuk pintu bilik. Kunci dah ada tapi sebab courtesy reasons, saya ketuk kasi dia bukak. Bukak-bukak tengok bilik nampak bilik penuh, takde ruang untuk sorang lagi. Dalam bilik ada 2 orang, tapi yang daftar sorang. Aiseh, dah agak dah. Mesti ada yang ‘aihong’. Hihihi. Macam biasalah. Awkward tu jangan cakaplah. Dah deorang memang penghuni sini kan, saya pulak tetiba datang menumpang.

Dan dekat sini dah rasa macam first day masuk asrama. The anxiety yang buat kita rasa kenyang walaupun perut kosong, the feelings yang merasakan kita akan ditinggalkan.

I bid both my drivers goodbye dengan merasakan tiba-tiba overly attached dekat deorang. Muahaha! Tiba-tiba macam nak ikut deorang balik. Pediaa kan? Padahal hari ni baru first time jumpa Abang Tem.

Then I called my friend budak UM, suruh dia datang. My main reason to call him bukan sebab nak dia datang, just sebab nak curi masa untuk bagi ruang dekat deorang absorb the shock.

Lepas tu masuk bilik, bual-bual sikit-sikit. Kenalkan diri. Gee, what a strange feeling. Then I asked myself, sekarang ni kita rasa janggal dengan orang yang kita baru kenal. How long does it take for a stranger to be a friend? Berapa lamakah baru kita rasa selesa dengan seseorang?

Lepas tu saya mintak kawan saya password WiFi UM, tapi dia tak reply. Sebab saya desperately perlukan internet hari ni, saya pun subscribe Daily Broadband Celcom yang kena cas lima hengget tu. Dan-dan la lepas dapat mesej ‘Successfully activated broadband’ kawan saya mesej ID dengan password dia. Damn! Rupanya dia habis kredit, dia mesej pun guna nombor lain. Aigo~

Lepas tu dapatlah meluahkan sedikit perasaan awkward dekat twitter. Ingatkan internetnya laju, lepas dah sampai malam ya ampun. Video YouTube yang seminit pun dekat 20 minit baru siap loading. Guano? Lepas tu saya nak semayang Asar, pergilah toilet. Sepanjang-panjang jalan ke toilet bau macam taik kucing. Dalam tandas dia takde tempat amek wuduk yang spesifik, tapi adalah paip. Tengah-tengah amek wuduk, rasa air hujan menitik atas kepala. Lepas habis amek wuduk tengoklah dekat atas mana lubangnya air hujan masuk, rupa-rupanya paip najis bocor. Air najis yang menitik. And I was like ‘What the hell, MAN! WHAT THE HELL! Of all days, OF ALL DAYS! FUUUUUUUU”

Then petangnya lepas habis mandi, keluar dari bilik air je…..‘cepek!’. Terpijak benda lembut. Macam makanan. Patah balik, tengok, taik kucing. WAAAAA! What the hell, man! What the hell!
Patah balik bilik mandi basuh. Takpe, sabar na. sabar. Dugaan orang merantau (feeling sangat padahal tak sampai 2 marhalah pun merantau)

Anyways, lepas Maghrib deorang ajak keluar. Keluarlah kami ke kedai makan agak jauh juga. Makan nasik kukus. Mintak 2 nasik lebih dengan dada, satu nasik biasa dengan dada. Yang sampai pulak satu nasik lebih dengan dada, satu nasi lebih dengan peha, satu nasik biasa dengan dada. Sebab saya menghormati tuan rumah, saya kasik dia bahagian dada, saya amek peha je, walaupun lapar. T.T

Nasik kukus dia biasa-biasa je, kebanyakan nasik bungkus yang saya makan lagi sedap dari nasik dia.
Then baru je start makan, tiba-tiba secebis timun yang diselaputi sambal belacan dan butiran nasik berkuah kari yang saya gigit jatuh atas seluar saya. And I was like ‘WHAT? Besok nak pakai seluar ni!’ Berkari setompok dekat seluar. Termenung seketika dekat kedai makan tu.

Makan-makan lagi, lepas tu salah seorang dari ‘roommate baru’ saya gigit ayam. Tiba-tiba nasik yang lekat dekat ayam tu terpelanting dekat seluar saya. What the eff man? Dekat betul-betul sebelah tempat yang sama timun tu terpelanting. Habis berkari sekitar kawasan tu. Takpe, sabar na. Sabar. Tuan rumah. T.T Lepas tu kami pun bual-buallah pasal U masing-masing.

Then tiba-tiba dia kata nasik kukus yang kitorang tengah makan tu harganya lima hengget. And once again, I was like “Whaddehel man? Nasik yang peha kecik ni RM 5?” then my ‘new roommate’ cakap “Yang kau punya RM6, sebab nasik tambah”. I literally terbeliak serta merta. RM 6 untuk nasik kukus? And I thought kakak Kelate dekat Sri Serdang tu charge lebih masa dia naik harga nasik kukus dari RM3.50 ke RM4. Silly me.

Deorang siap cakap apa tau “Kitorang suka makan dekat Padang (sebuah food court yang dekat dengan UPM) sebab dekat situ murah dan banyak lauk.” And I was once again like “You kidding me right? Sejauh-jauh UM nak datang UPM sebab makanan murah? And kitorang setiap hari komplen takde tempat nak makan.”

Lepas tu deorang siap cerita deorang datang Sri Serdang nak jilid thesis sebab murah. Dari UM nak datang UPM sebab nak jilid thesis dan semata-mata nak makan? You man, deserve my respect.

Saya pun puji la bilik deorang cantik, kolej deorang sangat besar, ada lif bagai, bilik deorang ada beranda. Lepas tu deorang cakap ni kolej paling eksklusif dekat UM sebab paling baru dibina. And I was like “Kolej eksklusif air najis menitik? Bilik sempit macam tu?”

Tanya deorang harga sewa bilik. Tau berapa? RM 6.50 sehari. Satu sem dalam RM1000. OK, selama ni dekat UPM kami kena bayar RM5.50 sehari pun dah komplen. Ni satu sem RM1000. Mahal gila! Dekat UPM maksimum budak undergrad bayar hanya RM500, tak sampai RM600 pun.

Balik-balik bilik depan-depan entrance ada orang berjoget-joget.This is strange. Takde dewan ke kolej ni kan kena praktis tarian dekat tempat orang lalu lalang. Anyways, itu bukan satu masalah.

Itulah pengalaman sepanjang hari pertama dekat kolej 12 UM. Barulah mengerti betapa bersyukurnya duduk UPM selama ni. Alhamdulillah. Kita je selama ni selalu kata U lain hebatlah canggihlah, walhal semua balanced kot. Takde U yang sempurna, dan takde U yang sangat teruk. Oh, takde niat nak mengutuk UM. LANGSUNG. Takde nak kata UPM perfect. Cuma this is what I feel first time dekat sini.

Itu sajalah. Nak tidur awal malam ni, esok kena bangun awal. (Mujur ada rommate, dia kata boleh tumpang dia. Fakulti tu setengah jam kalau jalan kaki T.T)

Assalamualaikum peeps. Good night =D

13 comments:
Write curses
  1. wahhh.lama tak dengar 'aihong' tu.hehe.

    ReplyDelete
  2. cik fara budak UPM ke? hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klaka la pula baca. Habis seluar kene sambal.. Hahaa, ekslusif lah sgt kolej 12 tu,, huuhu

      Delete
  3. hahhaaa.. saya bersyukur duk UPM>..love upm

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha! once UPMers, always UPMers! sayang upm ketat2! kekeke

    ReplyDelete
  5. abang ep & abang tem la sangat..hahahaha

    ReplyDelete
  6. bangga jadi ex-student UM despite all flaws :)

    ReplyDelete
  7. Bab makanan tu memang tak dinafikan. Kolej aku punya makcik cafe bagi harga ikut mood. Contoh la harini aku makan nasi+ayam+sayur 4 hengget. Esok menu yang sama tetibe jadi 4.50 or worst 5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nota kaki: wifi kolej 12 lembab sebab paling ramai student. Member aku paling gumbira bila budak PASUM cuti

      Delete
  8. Baru ko tau um yang sume orang bangga2kan tu camna hahaha mahal giler ennnn yuran kolej 12 tu
    -ex12-

    ReplyDelete
  9. Baru ko tau um yang sume orang bangga2kan tu camna hahaha mahal giler ennnn yuran kolej 12 tu
    -ex12-

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter