06 January 2012

Fofulerkah aku?

Hari ni (5 Januari) Kosmo! terbitkan entry blog saya berkaitan kesilapan dalam peribahasa Melayu;
Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi dan melepaskan BATOK di tangga. Saya punya terkejut sampai berlari-lari melompat-lompat bila ada orang mesej (okey tipu). Saya terkejut jugak, sejak post pasal ‘pegar’ tu, blog saya dapat views beratus ribu. Dalam tempoh seminggu je, lebih suku juta orang sampai ke blog saya. Terkejut! Dan followers meningkat lebih 3 kali ganda, termasuklah jumlah komen dah sampai 200++ (!!).

Apa pun, terima kasih kepada semua yang membaca dan berkongsi pengetahuan baru sama-sama. Terharu! Rupanya ramai orang sama macam saya; yang baru tahu tentang pegar ni. Tapi dalam seronok-seronok ada jugak benda yang menggusarkan hati saya dan jugak yang membuat saya terkilan.

Pertamanya, Kosmo! tanpa usul periksa telah menerbitkan entry tersebut ke dalam surat khabar mereka tanpa pengetahuan saya. Sejujurnya, saya tidak kisah kalau nak share pengetahuan kepada semua, tapi Kosmo! menerbitkan nama penulis blog saya sebagai Izad Shah; iaitu rakan kepada rakan saya (Rashid Rahman Hassan). Walapun agak terkilan kerana kredit diberikan kepada orang yang salah, itu agak menggembirakan saya sebabnya bermaksud nama saya masih private dan belum diketahui. Hehehe...

Kemudian Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka menyanggah kenyataan yang dibuat mengenai burung pegar. Katanya ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ ialah peribahasa yang betul, dan tidak mengandungi apa-apa kesilapan dari segi maksud. Dari segi bahasa, ia ialah satu kiasan.

Dan walaupun beliau mengakui ‘batok’ ialah perkataan yang betul untuk ‘batuk’, beliau menegaskan bahawa perkataan ‘batuk’ perlu digunakan.

Dalam hal ini, saya sebagai manusia yang baru belajar sedikit terkilan. Bukanlah maksudnya saya rasa terlampau pandai atau tercabar kerana kenyataan beliau, tetapi saya berasakan kenyataan beliau tidak telus. Walaupun mengakui perkataan ‘batuk’ itu silap, beliau masih menegaskan perlu dieja demikian walaupun hakikatnya itu akan mengelirukan generasi yang baru belajar Bahasa Melayu. Sedangkan kami yang ‘tua’ ni pun dah lama terkeliru. Katanya, Bahasa Melayu tidak silap ketika diterjemah daripada Jawi kepada rumi, tetapi keadaan sedemikian berlaku kerana pelarasan vokal A dan U.

Tentang ‘pegar’ pula, dia tidak bersetuju ia merujuk kepada burung, tetapi menegaskan ialah ‘pagar’. Walaupun begitu, saya optimis bahawa kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan perkara ini. Dalam hal ini, saya melihat kenyataan beliau sebagai satu mekanisme pertahanan untuk mengelakkan Dewan Bahasa dan Pustaka ditempelak orang ramai sekiranya mereka mengakui bahawa mereka telah terkhilaf dalam beberapa aspek Bahasa Melayu.

Memandangkan peribahasa itu telah digunakan berpuluh tahun, tentulah beliau tidak akan mengakui berlakunya kesilapan kerana jika tidak, mestilah orang ramai akan mempertikaikan kerja DBP sehingga bertahun-tahun gagal menyelesaikan masalah yang mudah dan membuatkan masyarakat dalam keadaan keliru dalam tempoh yang lama.

Keduanya, privacy saya menjadi semakin berkurangan. Sebelum ni, saya banyak post perkara-perkara yang peribadi hanya untuk bacaan kawan-kawan dan keluarga. Walaupun saya post semua blog entry saya ke facebook dan ramai yang share, keadaan sebelum ni agak terkawal. Tapi bila kaunter dah melebihi 200,000 (ehem ehem, saja nak emphasize jumlah views..hehe), entry-entry yang lama pun tiba-tiba ramai yang komen.

Itu OK lagi (walaupun agak segan), tapi yang tak seronok, bila ada orang yang maki-maki saya. Ada menghamburkan kata-kata kesat, memperlekehkan saya. Wah, naik kepala nampak? Mujurlah saya penyabar orangnya, dan saya hanya mampu tergelak bila deorang marah. Rasa macam saya pulak yang troll deorang semua. Hahaha! Pulak tu, ada yang siap cakap ini kali terakhir baca blog saya. Lain kali taknak baca dah. Sedih sedikit di hati (Ok, tipu. Tak sedih pun…).

Dan kemudian, orang-orang yang saya tak kenali mula add saya di facebook. Mula rasa seram dekat situ! Entah siapa-siapa je add saya. Kenal dekat dunia nyata pun entah ya entah tidak.

Dan orang-orang yang saya tak sangka share link blog saya di twitter dan facebook. Popular sangat! Tapi dekat situlah mula rasa hilang privacy. Sebab saya letak gambar dekat header, jadi rasa macam semua orang kenal saya. Tapi saya tak kenal deorang semua! Jadi sedikit paranoid dari situ. OK, maybe orang cakap saya perasan ke apa, ingat dah popular sangat ke. Tapi saya jadi terkejut sebab memang tak sangka orang ramai akan baca blog saya. Sebelum ni saya tulis untuk kepuasan diri sendiri je, jadi tak kisah sangat orang baca ke tak. Jadi bila ramai baca mestilah takut.

Ketiga, tak sangka lepas ramai share blog saya, ada orang yang mempelawa saya menulis buku motivasi. Saya berasa sangat teruja dan terharu sebab ada jugak orang sudi mempelawa saya jadi penulis (speech out menang award, - ok mengarut), sebab antara impian saya masa kecik dulu ialah nak jadi novelis. Saya berminat jugak, tapi saya tak rasa saya cukup layak nak memberi motivasi. Tapi belum sempat nak contact dengan editor buku tu, shoutmix box kena disable dekat blog. Ceh! Hancus harapan!

Keempat pulak ialah perkara yang menggembirakan saya; dan bukan membuatkan saya terkilan atau gusar. Dalam penulis-penulis komen, ramai yang berterima kasih atas perkongsian ilmu, menggalakkan saya menulis lagi dan teruskan menulis.

Ada yang menangis ketika membaca entry saya... #mylistofawesomethings. Terharu! Seriously speechless bila ada orang bagitau saya macm tu. Selama ni ingatkan menulis blog ni just nak luahkan apa yang terbuku; tak sangka orang lain boleh merasai emosi kita jugak. Semuanya membuatkan saya berasa lebih bersemangat dan bertanggungjawab dalam menjadi seorang blogger; Seorang Budak U. Terima kasih anda semua!

 
clip_image002
Saya pun hampir menangis…
 
Itulah yang saya nak cakapkan edisi ni kawan-kawan. Lusa saya dah start final exam, so doakan yang terbaik untuk saya OK? Amin!~~ See you, Assalamualaikum!

7 comments:
Write curses
  1. sabar je lah ye. mesti bangga cikgu kat KK dulu kan. siapa eh cikgu BM korang? :)

    ReplyDelete
  2. cikgu Rusni, cikgu Rosliza, cikgu Zuber...

    ReplyDelete
  3. patutlah nama tu rase lain je.. ape da Kosmo ni. sebab tu kadang2 malas nak percaya berita di akhbar kita.

    *abaikan org yg dengki kamu tu. teruskan perjuangan. cewah! All the best bro!!

    ReplyDelete
  4. Ehem ehem. Be the best bro! Keep it up. Bab troll tu memang agak membengangkan aku. Sakit hati jer. Aku malas nak terlibat dalam tu.

    Bab DBP, aku dah agak akan jadi begitu. Al-maklum la DBP tak cukup tenaga pekerja. Aku faham benda tu sebab kawan aku yang kerja budak bahasa memang susah nak dapat elaun bila bab sastera ni. Jadi tak boleh salahkan DBP. Apapun mereka perlu lakukan kajian lebih lanjut mengenai peribahasa kita supaya generasi akan datang faham maknanya atau nanti menjadi hanya hafalan semata-mata.

    Harapkan orang-orang, orang-orang makan padi.

    ReplyDelete
  5. Salam sahabat.

    Aku suka entry harapkan pegar, pegar makan padi. Being a journalist, that is an eye opener especially to us. Bagus kau ni for sharing such info.

    I think a police friend posted your blog on his fb. terbaek bro!! Well done.

    DBP? I lost hope on them eversince they decided to include awek. Hahahah.

    You take care and teruskan menulis!! Salam to your family.

    ReplyDelete
  6. Wassalam sahabat.

    Hehe. thx a bunch. i honestly don't know the right words to say, just thanks. =)

    It's quite surprising since I've been to your blog a few times before, I even referred your blog to write an entry. =)

    insyaAllah, I will never stop writing, and I'll send your regards to my family.

    thanks a bunch!

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter