01 July 2011

Interview FSTEP part 2

I: So sekarang awak baru sebulan grad. Cmne awak nak batalkan kontrak dengan JPA? Awak fresh sangat lagi!

S: tapi saya tak suka terikat. Walaupun saya ada kontrak, doesn’t mean that saya tak boleh start career saya sendiri. Saya tak rela dikongkong. Saya mesti ada inisiatif sendiri. Taknak tunggu orang suap.

I: Kami faham. Kami jugak banyak kali mengalami situasi ni. Kami nak amek budak JPA kerja, tapi deorg dah ada kontrak. It’s not only unfair to u, tapi untuk kami jugak! Berapa banyak budak yang kami lepaskan sebab ada kontrak. (time ni nada deorg dah lain. macam kecewa)

I: Awak takde cuba apply untuk kerja dengan kerajaan?

S: Saya dah isi borang SPA. tapi tulah. takde lagi berita.

I: kami faham masalah awak. tapi kami pun ada masalah yang sama. kami tak boleh letak awak dalam situasi double jeopardy.

S: -----

I: cuba awak terangkan tentang diri awak.

S: saya seorang yang caring, baik hati dan bersemangat waja.

I: so lebih kepada EQ side la…

S: Well, IQ saya…

I: Yes2, saya tau (dia potong saya cakap3coolangry). Awak memang cemerlang akademik. Yes, yes.
S: (fine. tau pon. hahaha!)

I: OK, awak sekarang, memang lah cemerlang, saya nampak awak boleh buat, tapi awak still takde advantage untuk internship ni berbanding budak2 yg lain. deorg dah 3 taun kot belajar finance, actuarial science, business admin. Macam mana awak nak level up dengan deorg? Awak langsung takde kaitan dengan bidang ni.

S: Walaupun saya takde degree dalam bidang perbankan n saya takde pengalaman 3 tahun dalam course banking, doesn’t mean deorg lebih bagus dari saya. Saya kuat fight, saya seorang fast learner dan saya takkan mengaku kalah dengan deorg. Walaupun masa 6 bulan tu pendek, saya sanggup berjuang untuk belajar ilmu baru dan menjadi lebih baik daripada deorg semua! (berapi gila!) Saya akan buktikan bahawa saya boleh buat internship ni, dan buktikan pada cik bahawa saya memang sesuai dipilih (masuk bakul angkat sendiri).

I: walaupun awak cakap awak fast learner, apa jaminan 6 bulan ni awak boleh jadi sebagus deorang? 6 bulan terlalu pendek berbanding 4 tahun deorg belajar dekat U. Yes, we have no doubt awak terer Statistik segala macam, tapi come on ar babe (yang ni saya reka sendiri, dia tak cakap pun come on babe), awak boleh ke kalahkan deorg?

S: (damn! apa lagi nak cakap ni?) Saya rasa saya buktikan banyak kali saya boleh achieve great things in my life. Saya sanggup belajar, n saya jugak ada basic jugak walaupun basic yang hampeh. Saya yakin dengan ability diri saya.

I: (masih tak puas hati)

I: so let’s move on to your bapak punya kerja. Bapak awak noreh getah?

S: Ha’ah.

I: bape luas tanah dia

S: dalam 15 ekar.

I: huyo. banyak tu. kayalah awak. getah sekarang harga mahal. semalam harga dia 12 dollar sekilo.

S: (senyum. tak tau respons yang seswai perlu diberikan)

I: I tell you, kalau tanah you, berapa luas tadi?

S: 15 ekar…

I: Ha, kalau 15 ekar, dalam 500 pokok, dalam sebulan bole dapat RM10,000! Banyak tu. Kenapa awak tak keje je dengan bapak awak? Awak tau tak, RM10,000 tu lagi banyak dari gaji kitorg yang keje bank ni. Kalau saya ada tanah, saya tanam je getah!

S: Em, tapi nak toreh getah kena guna teknik betul. Kalau salah potong, nanti pokok tu luka! Lagipun ayah saya yang menoreh pokok sorang.

I: Awak cakap awak terror. Masuk utan segala bagai. Bole tahan cabaran la, bole masuk sungai la. Takkan belajar noreh getah tak boleh?

S: (Terkesima) Tapi ayah saya tak bagi noreh getah. Dia tanak anak2 dia noreh cm dia (masa ni tetiba rasa sedih teringat Abah. rasa menghargai pengorbanan Abah…) Ayah saya tanak anak2 ikut jejak langkah dia. (alasan semata2. teknik digunakan untuk membuatkan interviewer percaya kita betul2 perlukan kerja ni)

I: Lah, awak dengan degree Environment boleh membantu ayah awak dekat ladang. Dengan cara nilah awak buktikan degree Environment bukan kerja bidang Environment je. lagipun saya rasa kerja Environment lagi related dengan ladang daripada kerja bank. Saya rasa awak boleh cari jalan untuk manage ladang, tolong ayah awak. Dapatkan keuntungan. Getah sekarang is gold! Ada awak buat? (nampak interview mula rasa saya tak perlukan job ni. sebab ada alternatif yang lebih baik)

S: (Masa untuk menipu!) Ada. Bila cuti je saya tolong ayah saya kutip getah. Pastu tolong jual. Setiap kali cuti saya tolong dia. (tipu gile kot. tak penah nolong Abah…). Saya tak dapat tolong dia time belaja jelah.

I: And ayah awak tak perlu buat semua kerja. Dia supervise jelah pekerja dia.

S: Dah penah buat. Dulu dia upah pekerja Indonesia, tapi deorg buat kerja cincai. Nak cepat siap. Pokok getah luka. So ayah saya dah tak bagi orang lain noreh getah.

I: Tak kisahlah. Suruhlah ayah awak ajar deorg betul2.
Pastu entah camne sembang2, masuk bab industrial training.

S: Saya dulu praktikal dengan gajah. Dari pagi sampai malam jaga gajah. Malam2 bagi dia susu. So ini sekali lagi membuktikan saya seorang yang kuat fight n bekerja keras.

I: Awak cakap awak seorang fighter. Apa perlawanan paling awak fight sepanjang awak hidup?
S: (Mak aih. apa ni? napa tanya mcm ni?)  Saya rasa masa saya masuk debate dulu kot. Kitorg dpt menang nombor 2 sebab kitorg fight gila2! (Hezy, Deenie, Rash, Su et al. I tumpang u guys punya achievement ya!)

I: That’s it? Setakat lawan debate je?

S: (Mak aih mak cik ni! Nape begitu particular) Em, masa mak saya ditimpa kemalangan, saya jugak telah fight untuk siapkan final year project saya. Masa tu cuti, saya dok UPM nak siapkan FYP. pastu mak ditimpa kecelakaan. ada masanya saya nak balik temankan mak, tapi terpaksa siapkan FYP jugak.

I: So apa yang awak fight? Camne konflik mak awak accident dgn FYP awak boleh bertembung?

S: sebab masa tu saya depressed. Masa mak saya perlukan anak2 dia untuk menjalani treatment, saya takde untuk bagi sapot. Instead, saya kena siapkan FYP dalam keadaan tertekan. so saya fight balik perasaan tension tu dan siapkan FYP saya. n hadiahkan degree saya untuk mak saya.

I: Ok, n awak punya FYP tak boleh buat dkt rumah ke?
S: (sahlah deorg ni bukan org sains. mana boleh. rumah saya takde lab la) Tak boleh. sebab saya kena gunakan plot yang memang sedia untuk cultivate cacing dekat UPM. n setiap hari kena cek pH tanah, kelembapan. kalau tanah tak cukup lembab, kena siram air.

I: So, FYP awak pasal apa?

S: nak rawat sisa kumbahan menggunakan cacing. bila cacing tu diberi makan biosolid tu, dia akan remove heavy metals.

I: and, species apa awak guna? species biasa atau species yang lain?

S: bukan jugak spesies local. satu tu spesies Tigerworm. Eisena fetida. Lagi satu spesies redworm, Lumbricus rubellus. Saya guna dua spesies nilah.

I: Sewage sludge tu sludge dari mana?

S: Indah Water Konsortium.

I: Means sludge dia mengandungi…

S: em, sisa najis…

I: Human feces lah kan?

S: haah. najis manusia.

I: So kenapa awak tak mintak kerja Indah Water?

S: (kenapa dia tanya soalan ni? Purke?) sebab saya baru sebulan grad (cik puan oi!). So takde masa lagi. tapi dalam masa terdekat saya akan apply la. Takkan saya sempat nak anta resume kat sume company. (ingat aku robot ke?)

I: Okla. (Pastu deorg saling berpandangan n angguk2) Awak ada nak tanya apa2?

S: em. xde da. cuma nak cakap yang saya sangat berharap saya akan diberi peluang menonjolkan bakat saya. Saya jugak nak cakap saya sangat excited nak join program ni, walau apapun yang cik cakap.

I: (angguk2. “lantak ko la. sapa suruh kontrak ngn JPA, dah kitorg xnak amek ko”, kata mereka (agaknyalah) dalam hati.)

S: Ok, bubye, kawe nok tubik dulu deh! Timo kasihlah demo sudi mendengar!

I: Samo2. g lekah tubik.

End of story.

MORAL:
1. Scholar JPA akan hadapi masalah bila nak apply private sector

2. Jangan limitkan kerjaya pada satu bidang. Be open minded n fight sehabis mungkin untuk satu keje time interview, walaupun kije takde kaitan dengan Degree.

3. Ada benda yang kita tak nampak pada diri kita yang interviewer nampak dan point at. Walaupun kita tak dapat kerja, tapi still kita akan belajar new things bout ourselves yang kita tak pernah perasan. Macam saya, baru saya sedar kata2 interviewer ttg menoreh getah. Dari kerja bank tension mcm deorg, baik tolong Abah noreh getah!

4. Lepas join satu2 interview, secara tak langsung pengalaman dan pengetahuan bertambah. Jangan kecewa bila fail interview. Kalau nak kecewa pun sekejap je. Pastu cari balik kerja lain. At least dah ada pengalaman baru dan jumpa kawan baru.
Itu saja peeps this time! Besok nak balik kampung halaman, nak start babysit Akmal. Bubye uols!

11 comments:
Write curses
  1. Aku rasa JPA scholars zaman sekarang ni takdak la susah sangat nak masuk private sector (especially banking industry sebab aku pun dari sana). aku & kawan-kawan aku pun under JPA scholarship dan masih lagi selamat bekerja di private companies.kitorang dapat interview SPA pun masa masih kerja dekat bank.kalau kau buat baik masa interview tu insyAllah kau dapat la kerja kat gov.macam kitorang ni ari tu fail (ada yg sengaja fail sb nak sambung belajar lagi) so sampai sekarang JPA/SPA takde panggil untuk kerja.nanti kalau ada interview aku suggest kan bila diorang tanya kau ada bond dengan siapa2 ke tak kau cakap je kau under JPA scholarship tapi kerja tak tetap lagi.aku pun tak tahu tapi setakat ni bila aku praktis macam tu aku dapat je secure job dekat bank.
    cuma nanti bila kau dah puas kerja dengan private companies ni kau apply la kerja gov.


    *just giving my 2 cents.

    ReplyDelete
  2. Stumbled @ your blog. Teringat dekat my own interview experiences. You can try to apply to work with sime Darby, related sedikit dengan your studies. Also, if Ada minat kat banking, try Khazanah trainee program... Apa pun decide, what you like and want first, then go for it... All the best!

    ReplyDelete
  3. Nyonya: tapi FSTEP ni kena ikat kontrak 2 taun..hu3..keje bank ada kontrak jugak ke?
    Luxembourg: Dah apply dah..hu3..

    thanx for pndgn anda berdua!

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya! susah jugak ye nak apply keje ni

    ReplyDelete
  5. thanks bro for the nice story.. :) I enjoyed it from the 1st part until the end... it gives me confident to face coming interview....

    ReplyDelete
  6. excuse..ur frend hezy..is she from UPM?debater right?hazirah aqilah ramli ke?coz she is my fren..huhu

    ReplyDelete
  7. so,did you mane to pass the interview?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pass =) tapi Alhamdulillah, good experience

      Delete
  8. huarghh, i have been shortlisted to go for fstep interview this coming Friday. takutnya :(

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter