23 February 2011

PRK = bullshit = menyusahkan

PRK ta’ habis2 lagi ka?

Kenapa la kamu semua ni sudah macam gila. Sudah2 la, jangan jadi manusia tak berotak. Setiap tindakan manusia disebabkan sesuatu, bukannya membabi buta. Kamu menentang dengan cara kamu, dan kamu menghalalkan cara kamu dengan nama Islam. Tetapi kamu sendiri mencemarkan perjuangan kamu dengan mengenepikan sifat-sifat dan sunnah Nabi, serta pedoman daripada ayat-ayat al-Quran. Kamu menafsir agama melalui perasaan, bukan akal.

Sekarang kamu mogok berjam2, TNC n VC kamu jadikan sasaran. Kenapa kamu begitu biadab? Kalau dalam keluarga kamu, adakah kamu akan mogok depan rumah mak ayah kamu kalau kamu tidak setuju dengan keputusan mereka? Keputusan mereka berasas, bukan seperti kamu yang gila politik. Kamu semua tidak malu dengan masyarakat. Wartawan2 datang, menerbitkan berita palsu dengan mendengar lidah kamu yang berdusta.

Sudahlah saudara2 seagama, mari kita renungkan kembali tanggungjawab kita yang sebenarnya kepada agama dan bangsa. Kenapa kita wajib menuntut ilmu dalam Islam? Itulah sebenarnya pegangan kita di sini, bukan menjaja politik untuk autonomi yang mengarut. Itu sudah jauh terpesong. Janganlah berpolitik dengan biadab, Nabi pun tidak pernah kurang ajar dengan org kafir, tetapi kamu sesama Islam ingin menghancurkan saudara kamu sendiri.

Kamu katakan agenda Yahudi menebarkan sayap ke setiap ceruk dunia, tapi kamu sendiri melabelkan diri kamu dengan nama yang memisahkan kamu dengan saudara kamu. Kamu sendiri meletakkan label untuk diri kamu supaya kamu menjadi berbeza. Sedangkan kamu sendiri akui agenda Yahudi itu ingin memecahbelahkan umat Islam.

Sudahlah ye kawan2. Bersurailah daripada BHEP tu. KAMU MENYUSAHKAN SEMUA ORANG! Lepas ni, nama UPM jadi busuk, pensyarah2 universiti luar xnak datang UPM, masyarakat pandang serong pada mahasiswa. Semua sebab kamu. Dan kamu masih ingin mengaku kamu membawa Islam? Cerminkan diri sendiri.

-Respon kepada pelajar Pro-M yg berdemonstrasi di depan Bangunan Pentadbiran UPM-

1 comment:
Write curses
  1. Biarlah tenet. Kita maju dengan usaha kita jerla. Aku memang tak suka cara diorang dan aku memang declare aku anti pro-M. Aku tak la sokong pro-A lak...

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter