30 April 2010

Sehari di Rumah...

10:00 – Anak sedara berlari-lari dekat tempat saya tidur. Mula nak buat tak layan sebab ngantuk, tapi sebab deorang main mouse saya, cepat-cepat bangun dan main ngan anak sedara.

11:00 – Sorang anak sedara iaitu Dadad ditinggalkan, sebab yang lagi dua dah bawak keluar. Yang sorang ni takde siapa nak jaga, jadi dia stay rumah dengan saya berdua je.

11.45 – Dadad mengamuk sebab tak dapat main keyboard sebab saya halang masa main facebook. Saya mandikan dia tapi dia peluk kaki saya. Dia taknak lepas. Saya mandikan jugak la. Habis basah seluar saya. Time pakaikan baju, dia mengamuk. Saya sembur bedak dekat badan dia, dan pakaikan pampers jenama Fitti secara paksa. Dia mengamuk-ngamuk, sampai saya tak sedar pampers pakai terbalik. Masa saya buat susu dia, dia mengamuk lagi sebab tak sabar. Mujur lepas bagi susu, dia terus tidur. Masa dia tidur, saya mandi dan akak saya balik.

12:00 – saya berehat sekejap je.

1:00 – kemas rumah, tolong mak masak nasik, lauk dan sebagainya. Mak mandikan Dadad semula sebab pampers dia bocor pasal pakai terbalik. Tolong basuh baju, basuh pinggan, bagi makan itik dalam kandang, kucing dalam sangkar, panjat pokok betik. Kemas semula baju yang nak bawak pergi Kuala Gandah. Sambil-sambil tu, tolong jaga dan main dengan anak sedara. Sembahyang Zohor.

5:00 – habis buat kerja rumah semua. Tengok episode 9 Samantha Who? Season 2. Tengok episode 19 n 20 The Arrival sampai tidur.

8:00 – buatkan air Sunquick untuk abah. Mandi. Tengah sembahyang Maghrib, anak sedara nangis. Dadad pukul Aha dengan lori mainan. Makan nasik.

9:30 – Tengok Penunggu Gunung Raya.

10:30 – Main internet….sampai la saya menaip cerita ni…

P/S: disebabkan anak sedara saya main mouse ni, elok pulak scroll dia..hari tu rosak sebab saya terpijak…

2 comments:
Write curses
  1. funny ur ank sdara... erk? panjat pokok betik?? ada hikmahnya ek ank sdara main mouse... ur life sangat happening... unlike me xda siblings, lagi2 sunyi...

    ReplyDelete
  2. funny ur ank sdara... erk? panjat pokok betik?? ada hikmahnya ek ank sdara main mouse... ur life sangat happening... unlike me xda siblings, lagi2 sunyi...

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter