30 April 2010

MAsALAH LAGI


Dia datang lagi. Kali ni kesannya; 2 hari menangis. As usual, things gone unexpected. But it was not inevitable, I saw it coming. Somehow, I just let myself get into the trouble again.

                Masalahnya sama je, saya tertekan sungguh-sungguh. Tapi kali ni paling dahsyat, kali terakhir saya tak henti-henti nangis masa form 1 dulu. Tak sangka dah besar ni boleh lagi nangis banyak-banyak. Lama dah tak nangis sebenarnya. Saya nak cerita sangat masalah ni kat orang lain, tapi rasanya susah sangat. Kang kalau cerita open sangat nanti segan pulak semua orang baca. Hahaha. Tunggulah saya cerita kat sesiapa yang sudi mendengar.

                Tapi saya harap sangat ada orang yang dapat faham masalah saya ni. Saya dah cuba selesaikan, tapi penyelesaian yang saya ambil mungkin akan menangguhkan kesan masalah ni, bukan menyelesaikan secara total. Tapi saya tak salahkan orang-orang yang terlibat, memang salah saya. Kepada semua kawan-kawan yang telah terlibat dalam masalah saya ni, saya mintak maaf yer, especially dekat kawan-kawan satu course…

                Saya terlampau childish dan tak jujur sampai keputusan yang saya buat tak matang dan menyusahkan orang lain. Kepada yang rasa-rasa faham, maafkan saya yer. Kalau yang tak faham bukak sem nanti saya citer. Tapi bukan masalah cinta yer ni… masalah lain…Tapi saya bahagia ada kawan-kawan yang supportive dan memahami, yang kalau saya bagitau masalah je semua ambil berat (sebenarnya suka jaga tepi kain orang kan..hahaha..).

                Cuma saya terfikir, agaknya berapa kali lagi saya akan hadapi masalah ni pada masa akan datang? Setakat ni memang la sekali, tapi saya harap takkan ada kali kedua bagi masalah ni. Harap-harap dapat jumpa orang yang berkenaan, mintak maaf dan setel cara baik. Ok? Walaupun saya akan kehilangan kawan baik dengan cara ni, saya terpaksa jugak berterus terang tentang kesilapan ni….

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter