15 February 2010

Birthday Saya yang Paling Best….

Saya dilahirkan pada 26 November 1989, hari Ahad. Saya tak penah celebrate birthday saya sekalipun sepanjang hayat kecuali masa umur saya genap 16 tahun. Anyways, yang saya nak cerita ialah masa besday saya yang ke-20 tahun lepas…Inilah kenangan besday ter-best yang saya penah experience…



Semuanya bermula pada 16 November 2009; 10 hari sebelum besday saya. Pada tepat pukul 8:17 pagi tu, saya dapat mesej yang berbunyi begini:



“Assalamualaikum tahniah kerana terpilih sbg salah sorng pemenang anugerah perdana ypp. Majlis pd 23/11 mlm oleh pm penginapan di hotel concord kl. Surat akan dihantar sila jawab dpt hadir atau tidak dgn kadar segera. Drp pn salmah (pengurus yayasan pelajaran peladang)”


Saya yang baru bangun tidurnya keluar bilik melompat-lompat. “Mak, Aman menang, Aman menang!!” saya berteriak (eceh!) Mak saya tanya la, menang apa? Saya pun bagitau la menang Anugerah Perdana YPP tu….Owh, Mak pun senyum panjang. Sebab Mak la saya dapat anugerah ni; Mak ahli peladang kawasan. Syarat untuk permohonan Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang tu ialah merupakan anak ahli Peladang. Hari tu masa nak memohon pun Mak yang pergi PPK Temerloh mintak cop pengurus.


Saya pun reply la pada Pn Salmah “Saya akan pergi”. Lepas tu dia terus reply : “Ok tq surat nk email ke fax?” Saya fikir la, email cepat sikit kan? Dah tak sabar nak tengok surat tu: “Email”


Saya pun mula berkhayal….masa isi borang dulu dia cakap dapat RM4000…saya dah terbayang laptop, nak bayar yuran dah 2 sem tertunggak, yang dah dekat RM3000 tu…. yelah, saya mana ambik PIPTiPu…tak rela berhutang sampai umur 40++….

Sekarang pulak tengah guna PC Kak Long yang RAM setengah gig, memori 80GB saja...Lepas tu dah terbayang, PM yang sampaikan anugerah tu, mesti masuk TV, hehehe…malam tu pun ajak De pergi wireless dekat Old Town, nak cek email. Tengok-tengok, eh takde pun email tu. Saya dah rasa macam Tipah Tertipu dah. Takpe-takpe, saya positif, esok mesti sampai email tuh. Mestinya laa. Potong jari kalau takde jugak.

Besok tu Abengah pulak hantar ke PPK Temerloh. Mujur la surat untuk parents saya ada dekat situ; Puan Salmah baru faks. So rasa la kebangsaan, eh kebanggaan kan…pastu pergi dekat CC, oh ada pun email tu…Puan Salmah baru hantar. Saya pun print surat tu. Dia cakap memang PM akan rasmikan. WOW!! Saya pun rasa excited gila. And dia cakap, ada 16 pemenang seluruh Malaysia…Kiranya saya salah seorang la kan. Alhamdulillah Syukran. Dah la dapat duduk Hotel Concorde, sebilik 2 orang. Semuanya ditanggung. Best wooooo….

Seminggu lepastu, 2 hari sebelum majlis tu (21 Nov), Puan Salmah mesej lagi:

“Salam. Jangan lupa pakaian untuk majlis anugerah perdana (siswa: kemeja lengan panjang, tali leher kasut hitam tq.”


Besoknya, Ahad 22 Nov, Pn Salmah mesej lagi:
“Salam. Confirm esok hadir. Penginapan parents dah settle ke kat mana? Nanti bedaduz sebilik dgn syukri wakil johor.”


Saye pun macam terfikir… “wakil Johor?” maksudnya saya wakil Pahang la? Wow, pemenang peringkat negeri tu…seronoknya! Saya pun bagitahu family saya, Mak dengan Abah paling bangga sekali…

Petang tu, kami pun berangkat ke KL…malam tu carik baju kemeja, tie, kasut kulit hitam, seluar slack hitam dekat TESCO….aduh, dah hari kebesaran, mesti la nak pakai benda2 baru, ye dok? Hehehe…Esoknya pagi-pagi bukak TV, dia cakap PM pergi New York daa…maksudnya PM takde la malam nanti…saya dah hilang sikit excited…sempat jugak saya berdoa dia balik sebelum malam ni. Huhuhu. Petangnya, saya pun check-in dekat Hotel Concorde, family saya hantar…Kak Long drive. Deorang sempat la masuk bilik hotel tu, bilik 401…anak sedara saya Dadad seronok betul merayap atas lantai bilik tu….dan peristiwa yang kelakar pun berlaku tak lama tu…
Masa family saya keluar nak balik, saya pun ikut sekali keluar bilik. De cuba tahan pintu, tapi dah terlambat… “KPEK!” pintu tu terkunci, kad tu saya tak bawak keluar. Huhuhu. Sempat la Kak Long makin hamun. Dahlah saya berkaki ayam. Mujur la tak lama tu, si Syukri wakil Johor datang tepat pada masanya. Dia pun datang dengan parents dia, parents dia dah book satu bilik dekat Concord tu.

Anyways, dapat la akhirnya saya masuk bilik tu tanpa menggadai maruah…petangnya, ada briefing dekat Renaissance. Majlisnya dekat Renaissance, tidur dekat Concorde. Sebab Concorde murah sikit kot. hewhew. Petang tu berjalanlah kami anak-anak itik pulang petang dari Concorde ke Renaissance dipimpin ibu itik Pn Salmah. Masa dekat attendance list, nama saya atas sekali. Hmmm, saya macam dah terfikir something yang best, tapi macam tak mungkin pulak kan. Lepas tu budak-budak lain yang ambil anugerah tu pun cakap mesti saya yang ambek anugerah tu pertama sekali, sebab nama saya atas sekali. Saya sengih jelah. Oh ya dan jugak baru tahu, pemenang pertama je dapat RM4000. Cisss…ingat semua dapat sama duit. Rugilah kalau tak menang nombor satu hu3.

Malam tu, masuk dewan je, Pn Salmah dah guide ke tempat duduk saya dekat meja makan. Saya pun pergi la, and saya sempat tengok Buku Program atas meja tu.

Saya terkejut gila, dekat Buku Program tu tulis nama saya atas sekali, dan sebelah nama saya, dia tulis “PEMENANG UTAMA”!!!!

WAH!!! Saya nak menjerit!!!! Terus jantung rasa macam nak pecah dup dap dup dap! Saya pemenang peringkat kebangsaan, bukan peringkat negeri!!! Patut la nama saya atas sekali atas attendance list, lepas tu bilik saya 401, bilik yang first sekali! (Pemenang anugerah lain bilik deorang belakang lagi). Benda yang saya fikirkan akhirnya menjadi kenyataan. Sayalah pemenang utama anugerah ni peringkat kebangsaan!

Pastu saya duduk meja yang first sekali, dan tempat saya dia dah mark “1”. Maksudnya pusingan meja bulat start dari saya. Bangganya la!!! Si Syukri pulak duduk sebelah saya, dia cakap “Kaya la ko pasni dapat RM4000!” Yelah pemenang utama je dapat RM4000, Syukri dapat RM3000, (yup, dia pemenang kedua) dan yang ketiga RM2500. Pemenang peringkat negeri RM2000 sorang. Fuyoooo hepi gila masa tu!
Dekat meja sebelah tu, Mak cakap dengan parents Syukri “Tak sangka pulak menang!! Dia call Peladang, tanya boleh hantar borang lagi ke tak? Masa tu dah tarikh tutup. Orang Peladang tu cakap, tarikh tutup dilanjutkan.”


Kat meja sebelah 2, Mak ckp ngan parents Syukri “x sgka plak mnang!! Die call Peladang, tanye bole anta borg lgi ke x? Mase 2 dh trikh tutup. Pastu org Peladang 2 ckp, trikh tutup dilanjutkan. “

Tak lama tu pengurus PPK Kuala Krau datang dekat saya; ucapkan tahniah. Dia tanta mana parents saya – saya tunjuk meja sebelah. Dia pun pergi greet parents saya, pun ucapkan tahniah. Katanya kami sama kampung; dia bangga sebab orang Temerloh menang anugerah tu tahun ni.

Akhirnya tibalah masa nak mengambil anugerah tu dari Dato’ Noh Omar, sebab PM tak dapat datang.

Masa nak ambik anugerah tu, dia sebut, “Mendahului senarai penerima anugerah tahun ini, anak ahli PPK Temerloh, Pn Nor Azani Haji Sulaiman!”

Besoknya hari Selasa 24 November saya pun balik rumah. Tengah on the way tu, Siti call. Dia cakap duit JPA dah masuk RM5300…wah, saya dapat duit lagi! huhuhu so jumlah terkumpul RM 9300 dalam masa dua hari.

Besoknya, 25 Nov, sehari sebelum harijadi saya, saya keluar dalam Utusan Malaysia, bawah tagline “CEMERLANG”. Gambar saya jelas terpampang tengah ambik award tu dari Dato’, tapi muka saya pandang kamera; dia pulak pandang saya. Hahaha. 2 hari lepas tu barulah sambut harijadi saya pada 27 hb Nov, sekali dengan ulangtahun pertama anak sedara saya, Dadad. Kira celebrate sekali la.

Fullscreen capture 09092014 203202
Kerek tak daku taknak pandang muka Menteri? Hewhewhew

Masa Raya Haji tu, semua orang yang datang Mak tunjuk gambar saya dekat Utusan. Deorang pun tumpang bangga sekali hehe. Lebih kurang seminggu lepas tu, saya pun fly ke Korea bawah Program Mobility Pelajar, UPM tambah lagi RM 3000… Jumlah terkumpul RM12300 dalam tempoh kurang dua minggu. Inilah Birthday saya yang paling best!

P/S: Jangan tanyer saye watper dgn sume duit 2….skg nih dh tggl bape ratus jerk….
CEMERLANG – UTUSAN MALAYSIA 25 Nov 2009

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter