22 September 2015

Our Little Chat

+ Kau tahu tak apa maksudnya uSpot?

# University Hotspot kan? Ke UPM Hotspot? Tak pasti.

+ Bukanlah. U tu stands for ubiquitous. Ubiquitous tu maksudnya macam omnipresence. Setiap tempat dia ada. 

# Oh yeke. Bukan Universiti ek? Tak salah aku university.

+ Haah. Atau mungkin jugak dua-dua. Boleh jadi. Ok2. Tahu tak apa beza obvious dengan oblivious?

# Obvious maksudnya ketara-lah. Oblivious aku tak pasti.

+ Oblivious maksudnya tak tahu. Contohnya, he’s obviously oblivious to the fact that oblivious means not knowing. Macam kau.

# Lol!

+ Lol.

I miss this kind of conversations. So much it aches my heart. 

P/S: I hate growing up. 

21 September 2015

Kami Sudah Tidak Berbicara Tentangnya

Saya cek dalam sistem SGS pagi tadi status pengajian Master. Sudah semester 9.

Hai sepatutnya kena hantar pembetulan thesis sebelum 11 September 2015 untuk konvo tahun ni, tapi tahulah pemalas nombor 1. Nak bukak balik thesis lepas viva tu punyalah malas tak payah cakap. Bila bukak je, tenung lama-lama. Tangan nak bergerak menaip kekok semacam. 

Mesti ramai pelik kan, kenapa dah sampai sem Sembilan (9)? Bukan Master habis maksimum 6 semester ke? Panjang sangatlah ceritanya, sampai malas nak cerita. Ada yang dulu masuk sekali Master dengan saya, sekarang dah sem berapa PhD. Dah konvo master, beranak pinak. Sambung PhD sudah. 

Saya nak cerita kisah budak-budak Master yang sekapal dengan saya. Yang belajar-belajar Master sampai dah semester masuk dua angka tak habis-habis lagi. 

Perjalanan Semester Pertama


Buat Master full research ni masa first sem takdelah nampak gila sangat, setakat buat literature review, improve method tak nampak lagi bahaya di tengah jalan. Tapi bila sampai satu tahap kita dah sangkut, tak tahu nak buat macam mana, ramai yang give up tengah jalan tak sempat sampai hujung. 

Ada yang masa buat labwork/carry research, rasa okay je. Tapi bila dah masuk buat writing tiba-tiba lah tak reti buat discussion, lepas tu elaun dah habis, terpaksa cari kerja. Lepas tu sebab busy berkerja, thesis tak bersentuh, terus hilang kisah buat Master.

Ada yang selamba buat labwork, tapi bila dah habis tak reti buat calculation. Lagi best rupanya untuk dapatkan result, tertinggal satu parameter, tak buat labwork. Nak repeat balik labwork macam tak sanggup, dah sem 4. Tup-tup diamkan diri, mohon defer semester, terus hilang buat selama-lamanya.

Salah Siapa?


Sebenarnya tak tahulah nak salahkan siapa bila buat research tak berjalan ni. Sebabnya postgrad/pascasiswazah ni dah tak sama macam buat first degree. Full research bererti menghambakan diri buat kajian, lalu teknik menulis, teknik buat research semua kena mentaliti research; bukan mentaliti degree. Dah takde belajar untuk exam dah atau tiru meniru. Dah tak boleh. Semua belajar untuk hasilkan produk kajian. 

Kawan-kawan yang terkandas buat Master ni, bila dia sangkut dia takkan bagitau kita. Sebab dia stress. Mula-mula dia jauhkan diri, then satu hari tiba-tiba hilang. Tengok dekat lab takde, bilik dekat kolej berkunci. Lepas seminggu dua baru tahu dia dah balik kampung halaman, itupun sebab dia bagitahu supervisor dia. 

Bila nak balik U semula? Semua orang tak tahu. Itu fasa pertama.

Fasa kedua, dekat media sosial; blog, facebook, twitter, instagram dah tak bercakap pasal buat research. Dulu kemain, setiap kali masuk lab check in, upload gambar sampel. Masa pergi fieldwork excited letak dalam instagram. Lepas tu dalam blog setiap 2 minggu cerita pasal buat Master. 

Bila terkandas je semua diam. Dekat facebook suam-suam kuku, dekat twitter dah tak cerita pasal Master/thesis/research, dekat instagram gambar biasa-biasa. Dekat blog pun dah tak cerita dah pasal research. Cerita pasal kehidupan biasa je. Tapi takde pun cerita status pengajian Master, berjaya ke. Selesai ke. Kita pun dok tertanya-tanya apa dah jadi.

Lepas tu bila kita mesej susah benar nak balas. Bila kita call gitu-gitu je bercakap, tapi selalunya tak jawab langsung. Sebab dia taknak kita update pasal research dengan dia. Dia stress. 

Bencana Media Sosial


Fasa ketiga, tiba-tiba dia aktif semula dekat media sosial. Aktif jual insurans, emas, saham. Tiba-tiba je kan. Dah diam sekejap, tiba-tiba aktif menjual insurans. Maksudnya dah beralih kerjaya lah tu. 

Bila kita selidik tanya kawan-kawan rapat, semua tak tahu status pengajian masing-masing. Rahsia. Sebab dah kalau taknak cerita mana nak tahu. Kadang tu sedih jugak, kawan-kawan rapat terputus hubungan sebab segan status pengajian tak selesai. 

Itulah kisahnya sambung pengajian ni. Ramai dah terkandas, geng-geng saya sendiri pun ramai dah taknak jawab bila tanya “Kau bila nak habis?”. Soalan sentap tu tahu. Karang elok tengah makan terus bergenang air mata tak lalu makan lepas tanya. Soalannya macam tanya perempuan yang single umur 30 tahun bila nak kahwin. Sensitif!  

Orang pun pelik, susah sangat ke buat Master ni? 

Tak tahulah. Sebenarnya bergantung pada motivasi dan kewangan. Dan jugak beberapa faktor lain. Kalau motivasi takde, memang susah. Tapi bila dah bekerja tu, selalunya peluang menghabiskan Master tu agak gila susahnya. 

Kewangan pulak sebab selalunya sambung Master ni umur dah pertengahan 20an, kalau tak kahwin pun tanggungjawab pada keluarga dah kena pikul. Perbelanjaan dah macam orang besar, tapi pendapatan masih level student. Jadi nak buat macam mana, stress jugak dari segi kewangan. 

Last-last cari kerja lain, tinggalkan Master terbengkalai. 

Al-Kesimpulan


Itulah sedikit sebanyak kisah terkandas buat Master ni. Mohonlah doanya supaya saya berjaya menyiapkan pengajian, tak mahu terkandas. Sebab dah tinggal submit correction je ni ha. Adoiii itulah. Lagi dekat habis lagi malas berganda-ganda. 

Sebab dah lama kan, semua orang tunggu update. Dah grad ke? Dah selesai ke pengajian? Diam je. Untuk yang masih menunggu nak tahu, inilah kisahnya.

17 September 2015

Malam Langit Permata

19 September 2015

Malamnya di dalam hutan belantara. Keadaan sekeliling gelap, cuma ditemani cahaya kosmik dari angkasa. Ketika itu saya belum memandang punca cahayanya secara terus, jikalau tidak nescaya sudah terlihat keindahannya; malahan dari pantulannya di atas bumi sahaja menerangkan suasana sehingga boleh terlihat samar-samar walaupun ditengah kegelapan hutan.  

Kami duduk di atas kerusi yang disusun menghadap layar putih berlantaikan tanah, berdindingkan udara panas hutan, berbumbung angkasaraya mengikut ambilan masing-masing. Pelajar ambilan 2000, 2001, dan 2002 disusun secara berkelompok. Suasana diam, hanya hingar bunyi serangga hutan; tiada perbualan yang tercetus walaupun kami sudah tidak bertemu lebih sepuluh tahun. 

Dalam hutan ini, kami semua kembali remaja. 

Saya mencari-cari kawan daripada batch yang sama, sehingga beberapa kali beralih tempat duduk. Tapi suasana yang tidak begitu cerah menyukarkan saya mencari mereka. 

Malam ini akan berlangsungnya upacara yang penting, gilang-gemilang. Seluruh planet sedang berkumpul untuk upacara malam ini, tetapi saya ingat-ingat lupa agendanya kerana untuk saya pula, ada upacara lain yang lebih penting. Malam ini Malam Langit Permata.  

Setiap cahaya sintetik dari lampu neon dan kalimantang akan dimatikan berperingkat pada malam ini untuk seluruh dunia menikmati langit malam dan cahaya bintang pada akhir malamnya. Dan kalau berjaya, lintasan meteor juga dapat diperhatikan. 

Sedang saya mencari rakan-rakan ambilan 2002, saya menerima mesej di whatsapp.

Gambar seorang lelaki dan wanita yang bergambar di hadapan banner bertulis “Majlis Perkahwinan Az dan Nisah” yang digantung di hadapan sebuah kedai. 

“Kau tolong nasihat sikit kawan kau ni.” Tulis mesej itu. Di dalam gambar, pengantin lelaki yang namanya ditulis di dalam banner bergambar dengan perempuan yang bukan bakal pengantinnya. Darah terasa berderau. Banner itu pula bukan tempatnya di situ. Tempatnya sepatutnya di majlis perkahwinannya.  

Terus saya berjalan meninggalkan kem kami, menelusuri denai kecil di tengah hutan ke arah lokasi gambar dalam telefon diambil tanpa toleh-toleh. Ketika itulah, saya terpandang langit. Langkah terhenti serta merta. Nafas sesak.

Ya Allah, cantiknya! Setiap butir bintang – berjuta-juta terlihat jelas, dengan setiap kerdipan berbeza warnanya. Ada yang kuning terang, jingga, putih, hijau malah magenta. Ada yang besar dan ada yang kecil. Dan cahaya biru ungu bimasakti seakan-akan awan yang melindungi bintang-bintang tersebut, dengan sedikit percikan cahaya warna merah. Beberapa biji meteor terbang melintasi langit malam, menambahkan seri malam langit permata. 

Walaupun masih ada lampu yang belum dipadamkan, langit sudah menjadi terlalu indah. Bayangkan kalau semua lampu di mukabumi sudah dipadamkan – saya terfikir sendiri. 

Malam ini, saya punya agenda sendiri. 

Kaki dihayun kencang. Saya tiba di kedainya hampir sekelip mata, masih teruja dengan keajaiban alam di luar. Ketika saya bertemu dengannya, dia sedang menggulung banner masuk ke dalam beg sandang. Tanpa perlu saya menegurnya, dari wajahnya saya tahu ada orang lain yang telah menegurnya dahulu, lalu mengganggu perasaannya.  

Yani, gadis yang bukan bakal pengantinnya cepat-cepat pulang ketika saya tiba, mengelak sebarang perbualan. 

Saya berdiri di belakangnya semasa dia mengemas.

Dia berpaling, dalam baju kemeja warna ungu berbelang seperti kali terakhir kami bertemu di majlis perkahwinan Ikram. Baju yang sama.

“Em?”
“Em.”

Tanpa perlu berbicara, bunyi sepatah yang bertukar di antara kami memancarkan perasaan. Saya telah mengerti apa yang terjadi dan dia mengerti kenapa saya hadir.

Malam ini kami telah berjanji untuk menyaksikan malam langit permata di atas puncak gunung di pinggir Central Park. 

Kami berjalan bersama, mungkin buat kali yang terakhirnya. Pada malam terakhirnya sebelum berkahwin, dia telah berjanji untuk berjalan dengan saya kali yang penghabisan. Mungkin, selepas ini – kami berdua sedari, kami tidak akan seakrab dulu. 

Kami menelusuri kaki gunung Central Park, di pinggirnya sebuah tasik dipagar batu-batuan besar yang tambah cemerlang di bawah sinaran sejuta bintang. Keindahannya bagai fantasi – mimpi yang tidak boleh ditandingi. Pada sebelah kiri kami, pohon-pohon hutan yang kelihatan penuh misteri dalam kegelapan dan bayang-bayang malam. Di hadapan kami, pendakian ke puncak, bintang-bintang terus bersinar. 

Sewaktu kaki kami melangkah semakin tinggi ke puncak, terdengar ketukan gendang dengan nyanyian yang asyik sayup-sayup di pinggir tasik. Semua orang nampaknya mempunyai cara mereka tersendiri meraikan malam gilang gemilang ini.

Kami tiba ke puncak dengan perasaan takjub. Semua lampu di mukabumi sudahpun terpadam, yang kini tinggal hanya cahaya alam. Pada langit permata, sejuta bintang berkerdipan. Semuanya tidak bersempadan, ke mana saja mata memandang, setiap sudut akan diekori cahaya bintang. Saya tidak pernah menyangka keindahan alam sebegini mengasyikkan. 

“Kau nampak tak tiga bintang menghala kiblat? Itulah 3 bintang yang membentuk pinggang Sagittarius, buruj aku.” Saya bertanya kepadanya beberapa bulan yang dahulu sewaktu kami berjalan pulang ke kolej sewaktu seluruh UPM bergelap. 

“Yeke?”
“Haah”

“Kau pernah tengok, in real life, langit macam dalam gambar dekat internet? Yang nampak bintang terang, yang ada nebula macam ada awan dekat bintang?” tanyanya pula. 

“Tak pernah.”

“Aku pernah tengok sekali. Dalam hutan waktu camping.”

“Cantik tak? Sebijik dalam internet tu ke?”

“Cantik. GILA! Sebijik!” bersemangat dia menjawab. 

“Aku teringin sekali nak tengok.” Kata saya. Sedikit cemburu. 

Malam ini, setelah seribu malam kami berbicara tentang Malam Langit Permata, akhirnya kami berdua menyaksikannya bersama. 

Kami turun semula ke kaki gunung Central Park ketika semua bunyi-bunyian telahpun mati, hanya tinggal cahaya beberapa jam sebelum sinar mentari pagi menjengah. 

Bersama pagi, pada fikiran saya – akan datangnya perpisahan. 

Kami berdua duduk di bangku depan kedainya, saling menghadap – bersemuka. Setelah menjadi saksi malam yang bersejarah ini, kami tidak mampu lagi melelapkan mata, malah belum mampu merasa letih. 

Kali yang penghabisan ini, setelah semua kata-kata dizahirkan antara kami pada hari-hari sebelum malam ini menjengah, kami menghabiskan jam-jam terakhir ini dengan sunyi.

Tiada satupun perkataan yang mampu keluar dari bibir, tetapi kesunyian ini memberikan kami ketenangan untuk mengenang kembali kata-kata yang pernah terucap. Tentang mimpi yang bakal berakhir, harapan yang semakin suntuk di hujung masa. 

Kami berdua meresap kesepian dinihari dengan sayu. Dia memandang saya dengan simpati, masih sukar menerima hakikat dia terlebih dahulu akan meninggalkan. Saya memandangnya dengan hati yang tersayat ngilu, pedih mengenang kesunyian setelah dia pergi nanti.

“Aku dah nak kahwin.” Katanya pada beberapa hari yang lalu. 

Bila dituturkan seperti itu, kedengarannya seperti mudah. Seperti air mengalir. Licin, laju, dan terus.

Dia tidak memaksa, tetapi saya tahu dia menantikan reaksi.

“Kahwinlah.” Jawab saya mudah, tidak mahu konfrontasi. Seneutral yang boleh.

“Kau takde girlfriend ke?” pertanyaannya yang tiba-tiba menjengah tanpa mengikut arah nada pertanyaan sebelumnya, tidak memaksa, tetapi mahukan penjelasan. Dia mahu mengetahui sejauh mana saya telah bersedia untuk kehilangannya.  

“Entah. Aku tak berminat” 

Dalam masa dia menelusuri masa depan, dia sempat khuatir kepada saya yang bakal ditinggalkan. Mungkin fitrahnya begitu, selalu merisau-risaukan sahabatnya. 

“Aku tak rasa nak bercinta.” Saya menjawab sejujurnya.

“Kau tak rasa ke macam kau perlukan pendamping, nak menemani hidup kau?”

“Apa, kau tak cukup ke sebagai kawan aku?” 

“Bukan maksud macam tu.”

Dia mengakhiri kata-katanya, tanpa menjelaskan.

Tiba pada jam ini, segala kata-kata yang masih bergantungan, sudah tidak bererti untuk bertemu jawapan. Kami masih berdiam, kerana kami tahu segala yang perlu diungkapkan tidak perlu dijelmakan dalam kata-kata. Kami mengenang malam-malam kami berbicara ke pagi, bertelingkah, bercakaran, berhujah, dan selalu bertemu konklusi yang tidak serasi. 

Tapi pada akhirnya yang kami temukan juga ialah kesimpulan bahawa setiap pertemuan akan bertemu perpisahan.  

Kini kami mengulangi semula malam-malam dahulu pada malam ini – bertemu, hanya diam. Larut dalam khayalan masa depan. Saya cuba menahan diri dari berkata-kata, kerana walau satu perkataan yang terkeluar sedang diempang dengan emosi, dan seandainya saya berbicara hatta sepatah, nescaya air mata akan mengiringi. Sungguh saya kepingin kepada saat kami berdua mentah, mencari erti kehidupan bersama. Meneroka sempadan dunia. 

Dan syukurnya, pada jam-jam terakhir ini, kami bertemu langit permata.
Setelah berjam-jam lamanya kami berdiam menikmati kehadiran masing-masing dalam sepi, dia memecahkan kesunyian. 

“Dah pukul 4. Pukul 7.15 aku dah kena ada dekat sana.” 

“Tunggu sekejap.”

Saya menghirup udara dingin pagi dalam-dalam, membiarkan setiap molekul bermain di setiap inci rongga paru-paru. 

“Kau ada nak bagitahu aku apa-apa?”

Pertanyaannya seolah-olah menikam, cuba mencari ruang terakhir untuk saya mempamerkan emosi yang sebenar-benarnya.

Saya menggeleng. Setitis air mata mengalir tanpa berjaya ditahan. 

“Allah pinjamkan kau pada aku sekejap.” Kata saya dalam hati cuma. 

Dia berpaling pergi setelah tersenyum pahit kali terakhir. Saya tahu dia risaukan saya, seperti selalu-selalunya. 

Dia tidak berpaling buat kali kedua. Segala empangan air mata sudah pecah pada detik ini. Daripada mata yang berkaca, saya melihat baju kemeja ungu hilang ditelan jarak.



10 September 2015

THE UMRAH

I couldn’t grasp the romanticization of the Kaabah when I was smaller. I couldn’t comprehend the sentiments and the people longing for Makkah – the foreign desert thousand miles away from home.



I couldn’t understand why it is so overwhelming for people to stand before the Kaabah in the Masjidilharam that they couldn’t help but shed some tears. 

Mekah is just a place, and Kaabah is just a building – that was what I thought when I was a kid.
But being before the Kaabah as an adult, seeing it with my own eyes now could I understand it all. 

For a sinner, being a guest of the Almighty in His Masjid, the land of the Prophet, I couldn’t stop feeling so lowly and cried. 

Now I understood it all. When I was a kid, I didn’t sin. I didn’t feel the burden to repent. 

Now, the sinner in me feels so ashamed for all the wrongdoings he had committed in his life that being a guest of God is not deserving of him. He does not deserve this reward. Thus he cried for feeling so unqualified, unfulfilling and unworthy while the sins he had done flashes before his own eyes while he looked at the Kaabah. In that moment he felt so lost, but ironically, he felt a sense of home. Of returning to a certainty he never thought he'd find.  

The Kaabah, the Masjidilharam and the city of Mekah is not just a place, he finally understood. It’s a home he never had.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter