28 November 2013

Selamat Hari Lahir, Bedaduz (Part 1)


26 November, tarikh lahir saya. 2 hari sudah. Jadi tahun ni umur saya dah masuk 24 (masih muda remaja, hehehe).

Seperti biasa, saya expect setiap tahun takkan ada orang sambut, which is totally fine. Sebab bila dah lama sangat kita expect benda tu berlaku tapi tak berlaku, lama-lama kita sendiri jadi lupa (cecece. Ayat sedih...)mio2

Sebenarnya mula dari minggu lepas, saya kerja partime dekat sebuah universiti swasta (nama terpaksa dirahsiakan ;P). Nak buat macam mana, dah takde duit nak hidupkan roadtax dengan insurans kereta. Roadtax mati pulak harijadi saya. Haritu accident dengan motor, insurans kena reset semula jadi harga full.

Dengan kereta lama tak servis, asek pau duit mak dengan abah (malu malu tutup muka)min05, asek takde duit je. Terpaksa lah menebalkan muka menghinakan diri buat kerja partime admin dekat U swasta tu.
Masa harijadi saya tu, 26 November tu mintak la dekat bos esoknya (27 November) nak cuti. Sebab ada interview dekat fakulti veterinar dan lepas interview tu kena ikut Dr pergi sampling. Sekali, kena maki dengan boss tu.

Saya dah cakap dengan dia, saya tak boleh kerja setiap hari Jumaat sebab ada kelas undergrad saya kena supervise. Dan saya tak pernah guna software yang dia suruh saya belajar guna. Tapi dia nak jugak amek saya. So below are the dialogue between us:

Me: “CL, tomorrow I wouldn’t come. I need to help my supervisor handling a field trip.”
Terus bulat mata dia.

Boss: “How frequent would this be?”

Me: “I don’t know. Apart from those Fridays I couldn’t come, every two weeks I have meetings and presentations. Which means on those weeks I would be off for two days.”

Boss: “Waahhh! You said you cannot come on Fridays I close my eyes. Now you say you cannot come two days a week, then how? I’m looking for a person who can work, you know!”

Me: “But I’m still studying. I still have those responsibilities as a student.”

Eh eh. Dah aku kerja part time je, bukannya kontrak. Takkan expect aku datang tiap hari kot.

Boss: “Yes, but you didn’t mention when I called you the other day!”

Dah haritu dia call sekali, lepas tu diam je. Tak dengar hujung pangkal berita dia nak ambil saya bekerja ke tidak. Minggu depannya baru HR call balik confirmkan dengan saya. Mana kita tahu masa tu semua details nak cerita. Dah ingat kalau dia taknak amek sudahlah. Tak perlu story every little detail.

Lagipun dia kata kerja partime. Partime of course lah maksudnya kau tak payah kerja 8 to 5. Partime, bukan full time. Dia yang expect melampau-lampau. Dia tak mention pun masa call tu dia suruh saya datang tiap hari. At least dialah yang kena explain “Kerja awak kena datang tiap Isnin sampai Jumaat. Tak ada cuti.” Tapi dia cuma explain lingkup tugas je.

So saya dengan baik hati dan rendah dirinya menjawab:

“I”m totally fine if you want to look for somebody else to replace me. I don’t think I can commit to this work the same way you expected me to.”

Dahlah besday saya kena (almost) pecat. Masa tu rasa macam “Do you know it’s my birthday and I still choose to come here to work my ass off for you instead of being among my friends and family to celebrate it? And now this is how you repay me? You ungrateful old maid!”

Jadi lepas tu dia terus hantar email dekat HR. Mintak carikan pekerja lain. (Eleh, dah desperate la tu sampai kena ambik aku kerja haritu. Kau ingat ada orang ke nak kerja sini kalau partime kerja macam fultime?)
Sebenarnya dah dengar partimer-partimer lain cakap yang kerja saya paling berat antara deorang semua. Deorang semua datang ikut suka, sebab deorang macam staf sokongan.

Tapi saya pulak bawah unit akademik yang berat, iaitu kena buat jadual untuk student macam staf tetap. Saya dapat task yang level sama macam fulltime employee. Jadi sebab tu saya tak boleh cuti selalu, kena datang tiap hari. Kalau saya takde, kerja deorang tak complete.

Dah kalau berat sangat cakap jelah nak kerja kontrak. Kerja partime bukan macam tu.
Tapi staff dia sebenarnya semua baik-baik. Takde masalah apa, semuanya buat kita rasa cepat nak sesuaikan diri. Supportive. Kalau saya bukan partime, memang seronok kerja dekat situ.

Jadi dipendekkan cerita, saya pun pulanglah petang tu. Tapi takdelah lara pun, hanya mula rasa menyampah nak pergi kerja. Motivation down. Selama ni kita ingat dia appreciate the fact that kita sanggup korbankan thesis writing, sanggup datang tiap hari kita available buat kerja2 office boy, sanggup commute tiap hari.

Dahlah kena keluar pukul 7.30, drive kereta, parking dekat sebelah MINES, lepastu jalan kaki pergi KTM, lepas tu naik train tukar LRT dekat Bandar Tasik Selatan. Sampai tempat kerja dah 8.30. sampai je dah letih badan peluh-peluh.

Balik pun patah balik jalan yang sama. But whatever, saya tak rugi apa-apa. Saya partime je pun.
Sampai je dekat kolej, tetiba Ikram mesej.

“Jom makan Seoul Garden!” masa tu baru masuk Maghrib.

Sebelum tu saya yang mesej dia, bagitau dia kalau harijadi 3 hari sebelum dan selepas, makan Seoul Garden dapat free. Birthday Ikram 2 hari sebelum birthday saya. So tu agaknya dia excited. Ingat kami dua worang boleh kasik kau tim makan free.

Saya pun excited-lah jugak. terus google nombor telefon Seoul Garden MINES. Tanyalah dia betul ke kalau harijadi dapat makan free?

Lepas tu dia kata apa? Kena daftar membership. Berapa ringgit?
“!@*&!#(!#)(+ ringgit!”

“Sorry, I couldn’t hear you!” *bunyi belakang dekat Seoul Garden bising gila. Orang makan macam pelarian Somalia*

“!*&(!&#*! Ringgit for a year, !*&!(*#*(!)#)+ for lifetime membership!”

“Ok, gotcha! So I have to pay for the membership first?”

“You have to bring 5 friends also and show membership card. 5 people pay, got 1 person free.”

“If 2 persons birthday?”

“!(Y&*!&#(*!#)” *tah nokhalal apa dia sebut. Bunyinya bisinglah alahai*

“OK! Thank you!”

Pastu call Ikram balik.

“Ikram, dia kata kena daftar membership dulu. Mahallah tak mampu!” *dengar macam dia cakap one year membership RM30. Mahallah tu! Bukan selalu pun makan Seoul Garden dalam setahun! P/S: mungkin salah dengar :D*

“Dah tu camne?”

“Ginilah. Kita gi Jusco Balakong nak? Pergi karaoke Greenbox. Kalau birthday dapat free buffet. Makan macam-macam ada!”

Jadi saya pun book lah terus Greenbox tuh. Sekali seorang je dapat free untuk satu bilik karaoke. Jadi kami datang berlima, sorang je dapat free walaupun birthday saya dan Ikram minggu yang sama (Sebab haritu birthday saya, Ikram mengalah kasik saya free. Yang budak lain Ikram yang belanja.*dahlah tak dapat free masa besday, kena belanja orang lain pulak :D)

Dipendekkan cerita, dengan mengejar masa sebelum pukul 9 nak dapat student rate, dengan call sekor2 semua tak angkat, akhirnya malam tu dapatlah kami semua sampai sebelum pukul 9 melantak macam pelarian Somalia dekat karaoke Greenbox (buffet dia seriously sedap, dan murah *student price RM26++ kalau bukan birthday. kalau birthday FOC!!)yoyo52

Sampailah malam tu kami pun pulanglah dengan riang ruka suka hati.

Balik tu, mengingatkan esok interview, dan lepas interview tu fieldwork dengan budak undergrad pergi landfill, saya pun buatlah solat hajat. (Bukan nak tunjuk alim ye. Cuma nak cerita ) xp3
Antara benda yang saya doakan ialah:
1- Doa berjaya dalam interview.
2- Kalau kerja esok bukan rezeki saya, maka tunjukkanlah rezeki saya di mana
3- Murahkanlah rezeki saya
4- Berikan saya kekuatan untuk menyiapkan Master secepat mungin
 
Itu antara isi kandungannya. Ada banyak lagi hajat yang diminta, tapi yang atas ni yang main point.
Jadi, keesokannya, jadilah antara hari paling menarik sepanjang saya hidup....

(Bersambung)

2 comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter