08 November 2013

Can You Take Me Higher


I cringed. My face blossomed in crimson. There’s always this unease whenever people admit that they are one of the not-so-many readers of my blog.

Kenapalah orang baca blog saya? Though that question sounded very fake. Pura-pura sangat kan? Kahkah!
Saya blogger biasa-biasa je. Pemalas pulak tu. T.T Orang kata famous (konon-kononnya). Entah. Nak kata famous bukan orang ramai ingat pun. Setakat orang share satu post dah kata popular overrated sangat namanya.

Short update. Jadi sekarang saya masih belajar di UPM. Pascasiswazah.

Ramai tanya bila nak kawen? Bila nak kerja? Tapi hidup saya bukan biasa. (lol gedik).

I hate going with the flow, fulfilling people’s expectations. Hidup biasa-biasa. Saya ada milestone sendiri dalam hidup; nak berjaya, nak gembirakan mak dan abah, nak jadi anak soleh, nak jadi hamba Allah yang patuh, nak jadi manusia yang baik. Nak ada Ph. D sebelum umur 30.

Bukan taknak kawen atau kerja, tapi tiap manusia kan rezeki dan jodoh dah ditakdirkan? Kita serahkan benda-benda tu pada Allah. Kita berusaha gapai impian dulu.

Hari-hari makin tua, tapi kita je perasan muda. Anak sedara pun hari ni sorang naik setahun umur, esok sorang pulak naik setahun lagi. Hik3. Makin lama makin berusia, makin jauh atau dekat dari cita-cita. Itu persoalannya. Oh and saya ingat satu moment dalam PLKN, kami kena buat satu senarai 100 impian dalam hidup.

Masa tu kanak-kanak konon-kononnya, jadi saya pun banyaklah tulis benda entah apa-apa; nak discman, nak MP4, nak buat koleksi lagu mp3 la. Tapi lepas dah 5 tahun, rasa macam tah pape je cita-cita tu. Dah tak teringin dah pun.

Tapi ada lagi impian yang masih saya berniat nak tunaikan. Nak panjat gunung, nak tulis buku (though dah ada satu buku jadi co-author :D ). Nak jadi famous (hehehe).

Oh saya sebenarnya tengah menulis thesis. Masih dalam perjalanan mendapatkan segulung ijazah sarjana. Walaupun duit makin sengkek, banyak nak pakai duit. Masa makin suntuk, umur dah makin lanjut. Tapi orang lain ada yang lagi jauh perjalanannya. Tak boleh sesekali giveup.

Itulah serba sedikit update kali ni. Tahun ni tak produktif sebab malas. Kekeke. Lain tahunlah nampak gayanya nak update serius sikit.

P/S Saja buat tajuk lagu ni. Sebab tengah nak naik mood dengar lagu upbeat sikit.

*Can You Take Me Higher – Creed #np*

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter