18 December 2011

Berputus-putusan

 
Entah. Sejak semalam masih gundah memikir. 2 keputusan yang berat pada satu masa. Apa yang perlu diputuskan pun saya tak tahu. Orang kata patutnya masa macam ni kita buat istikharah. Biarkan Allah putuskan untuk kita. Sebelum buat istikharah saya nak fikir dulu, dan berharap saya dapat ilham.
Masa tu saya tengah makan nasi goreng dekat Restoran Said Ali (mahal gila kot! Kononnya exclusive la tu! Nasi goreng paling murah RM5.50..) Tiba-tiba dapat mesej:
“Ko Ngan bro nk duk umah sewa x?? Ak de mmbr nk housemate.”
Eh. Tak disangka-sangka. Waktu macam ni datang pertanyaan yang mendebarkan. Dah lama cari rumah sewa, tapi tak jumpa. Tiba-tiba bulan jatuh ke riba. Saya tanya balik dekat dia pasal rumah tu. Dekat mana, rumah siapa? Berapa pulak sewanya?
Lepas tu dia jawab: “Umah mmbr ak..ak rse kat area masjid upm..die skrg duk 2 org ke. Then bf ak nk masuk..so jadi 3 org. Umah tu 4 blk..so kl korg masuk lagi 2 org la kot..5 org sewa 700sbln..dlm 150 sorg la lebih kurang..masuk next month.”
Saya reply: “Oh yeke.jap.6t ak bncg dgn bro ek.hu3.bila last bole bg jwpn?”
“Next week ak nk gtau kwn ak tu blk..discus la dulu.hehe”
Lepas tu terus fikiran saya melayang. Hari semalam jumpa lagi kawan saya yang hantar mesej tu. Namanya Titi (bukan nama sebenar).
Katanya rumah tu complete. Rumah teres setingkat, dekat dengan UPM. Ada TV + Astro, katil, tilam, dapur, peti ais. Bilik ada 4, so saya akan kongsi bilik dengan Bro, dapat bilik besar. Sewa dalam RM200 sebulan, termasuk segala bil.
Saya dengan Bro pun mula menilai pilihan yang kami ada. Sekarang ni kami dua-dua takde tempat duduk yang tetap. Masing-masing menumpang. Internet free, air dengan elektrik pun.
Tapi nama pun menumpang. Rasanya kurang selesa walau segalanya complete. Rasa macam ada sesetengah benda kita tak selesa nak buat.
Ini adalah peluang keemasan untuk ada rumah sendiri (walau sewa je pun...) Tapi masalahnya saya pulak takde transport. Duit pun takde, macam mana nak keluar menyewa. Gaji entah bila nak masuk, asyik problem je dengan fakulti, dengan sekolah siswazah. Aigo.
Kalau takde tranposrt, nanti saya kena bergantung harap pada Bro, nak pergi mana-mana. Bukan setakat menyusahkan dia, saya pun akan susah sekali. Kalau dia takde, saya pun patah kaki. Kalau saya duduk luar kena pertimbangkan pulak keselesaan dengan housemate baru, keselamatan barang-barang. Risiko banyak.
Pulak tu, internet takde. Housemate yang lain semua dah kerja, jadi deorang tak kisah takde internet. Kami ni pulak student, so internet tu memang keperluan nombor satu. Dari segi ni, duduk kolejlah pilihan terbaik.
Masa ni rasa saya memang berat. Saya ni jenis yang susah nak buat keputusan, semua benda orang tanya tak tau. Entah, tak tau boleh ke tak. Hmmm... masih keliru.
Lepas tu semalam saya hantar email dekat Supervisor. Terus dia call saya petang tu, katanya “Head project suruh convert awak jadi Ph.D. Dia nak awak terus kerja untuk projek ni. So awak kena tambah lagi setahun la, and then awak akan dibayar RM1800 sebulan bawah geran ni. Apa kata awak?”
Mula rasa macam happy, dapat buat Ph.D terus. Tapi saya cakap : “Hmm, tak taulah Dr. Boleh tak saya tengok paperwork projek ni dulu?”
Dr kata: “Ok, banyak ni. Dalam next week la saya bagi.”
“OK Dr. Terima kasih.”
Saya rasa hati berbunga. Tapi takut. Macam tak mampu pulak nak buat Ph.D terus. Saya bukannya pandai sangat duduk dalam lab, buat labwork segala bagai.
Saya tanyalah pendapat kawan-kawan. Deorang semua neutral. Kalau nak convert kena lebih kuat usaha, kena banyak progress, kena rajin (which semuanya bertentangan dengan habit saya...), kata mereka. Ish. Dahlah tak bagitau Mak dengan Abah lagi. Tak tau camne nak cakap.
Then kalau convert boleh mintak myPhD, so boleh dapat RM2300 sebulan. Kalau tambah dengan duit geran, boleh dapat RM4100 sebulan. Banyak tu!
Lepas tu saya fikir, kalau saya dapat RM4100 sebulan, boleh duduk luar, lepas tu angkat MyVi ke, VIVA ke satu. Oh, tak pun Swift seketul. Camry second hand pun OK. Tak payah fikir susah-susah. Nak lagi best, duduk dekat Bangi ke, Bandar Seri Putra ke, Taman Equine ke, sewa rumah RM1000 situ tapi dapat dua tingkat. Ajak member lain sekali, tapi saya bayar share banyak sikit, sebab saya tuan rumah. Best tak? Tapi persoalannya, “MAMPUKAH AKU?” Karang kalau takde progress, mati.
Mesti kena hentam dengan Head Project. Lepas tu setiap minggu kena meeting dengan lecturer hebat-hebat, dari UM dengan SEGi College. Mesti kena present dengan penuh karisma. Aigo. Takut…
Tapi ni peluang keemasan nak lompat Master. (Peluang keemasan nak duit banyak. Oh, sangat tamak!)
 
 
clip_image001
Inikah? atau…
 
 
 
 
 
 
 
clip_image002
Yang ini?
 
 
 
 
 
 
 
 
1273223596_92167532_1-rumah-teres-1-tingkat-siap-kabinet-untuk-dijual-melayu-1273223596
Yang inikah? ataupun…
 
 
 
 
 
 
 
 
 
putra-teres-pandangan-sisi
Yang ini?
 
Keliru. Masih keliru. 4 pilihan, 2 jawapan. Nak menyewa luar atau duduk dalam? Nak buat Master je atau nak buat PhD? Tolonglah bagi pandangan. Kalau buntu jugak, istikharah lah pilihan utama sekarang ni...
 
LiveJournal Tags: ,,






























































8 comments:
Write curses
  1. tenet, nape tak duk dalam?nape nak sewa kat luar?

    ReplyDelete
  2. Pertama, solat istikhorah itu wajib jadi pilihan utama sambil kita mencari jawapan.

    2. Pasal rumah tu, akan datang hanya selepas menetapkan keputusan nak ke phD. Kalau tak, tersekat la kat mana2 tu.

    3. Semoga Allah memberi jawapan yang tepat kepada kamu. Kita manusia hanya berserah setelah berusaha.

    ReplyDelete
  3. nan: sbb dok dalam dah penuh. so xde tmpat kosong. aku menumpang je skrg, x byr sewa pon

    izham: pilihan yg berat...hu3...insyaAllah aku akan buat istikharah...

    ReplyDelete
  4. salam,

    totally pendapat peribadi semata-mata:

    master vs phd
    it depends, apa cita-cita awak, nak keje di bidang education atau keje di syarikat luar? phd lebih bermakna kalau awak bekerja di universiti tetapi, kalau awak bekerja dengan company luar, pelajaran dan pengalaman semasa bekerja lebih bernilai. depends jugak pada minat, some people hilang minat untuk sambung belajar once dah masuk alam pekerjaan. so, selagi rasa boleh buat, why not grab peluang yang ada. setahun adalah jangka masa yang pendek. supervisor hanya bagi peluang pada orang yang dirasakan boleh buat. have faith in yourself. kalau saya berada di tempat awak, saya akan ambil peluang tu. besides, tiada apa yang senang dalam dunia ni.

    tentang rumah, kalau rasa mampu bayar, lebih baik menyewa di luar rather than menumpang. ini jugak bergantung kepada keputusan yang dibuat sama ada nak convert masters kepada phd atau tak. Kalau confirm nak buat phd, lebih baik menyewa di luar, ada privacy sendiri, boleh bayar broadband. one decision can lead to another.hehehe

    p/s: boleh beli basikal je. murah + sihat :D

    sincerely,
    silent reader

    ReplyDelete
  5. tq silent reader for your comment!

    tapi dah ada basikal dah. tak larat nak kayuh. hu3. n then bila sampai fak peluh2, nak jumpa org lain segan. hehe.

    anyway, nice opinion! thx a lot!

    ReplyDelete
  6. peluang yg ader jgn dilepaskan..bkn sume org dpt peluang mcm awk ni..

    ReplyDelete
  7. Kalau bab rumah, rumah boleh pilih yg mana kita selesa, plus, kalau rumah itu untuk masa depan kita terus.beli je yg terus selesa untuk kita dan keluarga.sebab rumah makin lama makin mahal. so kalau setakat duduk rumah untuk study dlm jangka masa setahun better sewa yg murah2 je dulu.
    kalau bab kereta pulak, beli yg mana mampu.pakai murah2 je dulu pun okey, kemudahan utk kemana2 tu dah ada.sebab rm4100 sebulan tu belum kita fikir duit makan, minyak dan commitment lain yg mendatang. lagi2 buat PhD banyak juga pakai duit untuk printing semua tu.
    untuk pilihan study, selalunya apa yg terbaik utk kita datang hanya sekali/ tak selalu.hidup kan ibarat roda? :) so grab it.Tak semua yg senang itu senang.tuhan selalu menguji umatnya mengikut kemampuan umatnya sendiri. belum cuba belum tahu kn? :)
    Just an opinion. A right choice is depends on you :) all the best brada!

    ReplyDelete
  8. okay, saya nak tanya. if u sambung phd, u still can get both myphd scholar + grant money ke? selalunya kalau dah ada myphd scholar, sv takkan sara student dengan grant money dah. lebih baik duit tu buat beli equipments. kalau memang sv still nak bagi, rm4100 sebulan, takyah pikir dahlah, grab ajelah phd tu... just from my humble opinion..:) good luck!

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter