Kalau saya cakap dekat awak semua, ada sesuatu yang tidak betul dalam perhubungan kita sekarang, macam mana awak nak jawab?
Saya suka awak semua, saya suka kita bersahabat. Tapi ada batas-batas tertentu yang awak langgar, sampai saya rasa makan hati. Saya tahu saya pun jahat, saya pun ada langgar batas-batas tertentu dalam berkawan. Saya sedia ditegur. Tujuan saya tulis macam ni bukan nak burukkan awak, sebab saya pun bukanlah sempurna. Cuma ada baiknya saya cakap terus terang. Kita kan kawan?
Awak #1:
Dulu awak pakai tudung. Saya suka tengok awak dulu. Awak cantik. Pandai. Bila pakai tudung nampak lagi sempurna. Awak contoh wanita Muslimah yang cemerlang. Belajar tinggi-tinggi. Tapi entah kenapa, awak mula bukak sikit-sikit. Lama-lama terbang habis tudung. Dulu pun kita tak rapat, so bila awak dah berubah saya tak berani tegur. Tapi awak pulak makin galak semacam post gambar-gambar awak yang dah tak bertutup.
Bukanlah saya nak cakap saya ni alim atau warak sangat, tapi saya suka lagi perempuan bertudung. Bukan maksunya saya nak cakap perempuan tak bertudung jahat. Tidak terlintas sekali fikiran macam tu. Sebab saya tau ramai je perempuan tak bertudung yang baik, dan kemudian berhijrah pakai tudung. Yang berlaku pada awak yang jarang saya tengok. Dan saya jadi malu bila gambar awak keluar dekat page saya. Sebab dulu awak tak bagi saya tengok walaupun sehelai rambut, sekarang ni free2 je awak kasi tengok seluruh rambut awak sekali dengan leher, bentuk tubuh, dan sebagainya. Kalau awak terbaca ni, saya nak cakap yang saya masih berharap awak akan berhijrah semula nanti. Saya optimis dengan awak. Saya optimis dengan kekuatan awak untuk berubah.
Awak #2
Selama ni saya jaga hati awak, saya tak suka cakap dekat awak pendapat sebenar saya tentang awak. Kalau ada peluang, saya cuba tegur. Tapi saya tak pernah fikir saya lagi hebat atau baik bila menegur. Sebab saya pun jahat jugak. Tak sempurna. Tapi kadang-kadang awak tak faham ada benda saya tak suka tengok awak buat. Awak ingat saya boleh terima, saya open minded. Tapi saya nak cakap dengan awak nanti boleh bawak bergaduh. Saya tak boleh terima benda yang awak buat tu! Walaupun saya nak sangat bagitau benda yang awak buat tu salah, tapi macam mana nak bagitau tanpa buat awak terasa malu dan menjauhkan diri dari saya?
Dan saya rasa benda yang awak buat walaupun seronok untuk awak, tapi sebenarnya tengah menzalimi diri sendiri. Sebagai kawan, mana boleh saya tengok awak menjahanamkan diri sendiri? Kawan apa saya ni kalau biar awak hanyut? Kawan-kawan awak ramai yang menyokong perbuatan awak, tapi saya antara yang tak boleh. Sebab kawan-kawan awak semuanya ada waktu senang, bila awak susah siapa yang awak cari?
Awak #3:
Kadang-kadang sifat tak jujur awak buat saya makan hati. Kadang-kadang rasa awak tikam belakang. Banyak benda tentang awak yang awak taknak bagitau saya, tapi awak bagitau orang lain dulu yang akan bagitau saya jugak akhirnya. Sampai saya rasa jadi kawan awak macam takde value. Macam saya orang paling asing untuk awak. Kadang-kadang orang tanya saya, “Dia tak bagitau dekat awak ke pasal benda ni?”
Mana saya tau, awak tak pernah cakap pun. Rasa segan sebab orang lain mesti fikir saya ni teruk sampai awak taknak cakap pasal benda-benda tertentu dengan saya. Saya boleh simpan rahsia, tapi awak anggap saya ni ancaman pada awak. Macam mana saya tak makan hati? Sedangkan kita kawan rapat. Segala tentang saya, saya akan cakap pada awak dulu. Supaya kalau orang lain tanya awak pasal saya, awak tak rasa terpinggir. Tapi malangnya awak rasa yang sebaliknya. Mungkin itu bermaksud saya seorang je yang nak berkawan tapi awak...?
Banyak benda awak tak puas hati dengan saya tapi awak taknak cakap, tapi awak cerita dekat orang. Lepas tu orang tu sampaikan pada saya. Tak ke menjatuhkan maruah saya? Maafkan saya sebab cakap macam ni, tapi saya dah makan hati. Saya pun tau awak ada makan hati dengan saya, tapi saya dah cuba jadi yang terbaik sebagai kawan kepada awak. Kalau saya terlepas cakap, saya tak pernah bermaksud nak menyinggung. Tapi bila awak maki saya, itu rasanya sangat pahit.
Awak #4:
Awak suka nilaikan apa yang orang cakap sampai saya tak selesa bercakap dengan awak. Awak perhatikan semua orang, lepas tu cuba kelaskan mereka ikut pandangan awak. Siapa yang baik ikut pandangan awak, siapa yang buruk. Kadang-kadang apa yang mereka buat, saya pun buat. Jadi awak buat saya rasa tak selesa, macam awak kutuk saya depan-depan. Awak pun banyak bagi nasihat, tapi awak tak boleh anggap apa yang saya buat, saya tak fikir. Awak akan selalu bagi nasihat seolah-olah saya tak tau apa yang saya cakapkan. Awak cakap “Awak tak boleh cakap macam tu!” pada saya, tapi sebenarnya saya tahu apa yang saya tengah cakapkan. Kalau saya tegur awak pasal kesalahfahaman awak, awak mesti taknak mengaku salah dan keadaan jadi lagi buruk. Saya pun tak suka bertikam lidah. Bukanlah maksud saya saya tak suka dengar nasihat awak, tapi cara awak menasihati saya membuatkan saya jauh hati. Saya macam jadi fobia nak jadi diri saya depan awak, sebab nanti awak akan simpulkan saya ni jenis orang macam ni atau orang macam tu yang mempunyai masalah dengan pegangan hidup awak.
Awak semua, maafkanlah saya kalau terasa. Sesungguhnya saya ni pun hanyalah hamba Allah yang mempunyai hati perut dan perasaan. Saya tau saya pun ada kelemahan dan kekurangan sana sini. Saya JAHAT. Kalau disenaraikan dekat sini, memang banyak keburukan saya. Tapi biarlah saya menegur dengan cara ni, awak pun silalah tegur saya kalau ada kekurangan. Tujuan saya menulis bukanlah untuk membuka aib, atau memalukan, hanyalah dengan niat yang ikhlas kerana Allah Taala. Sekian.
P/S: Awak #1 hingga #4 bukanlah menjurus kepada mana-mana individu, sebaliknya setiap satunya ialah kumpulan-kumpulan orang tertentu. =]
aku terasa...
ReplyDeletethere's a lil bit of everybody....including myself....
ReplyDeletedear! suke. nak share lah :)
ReplyDeleteCik Pikah, sharelah. saya izinkan...
ReplyDelete