25 March 2011

Gempa Bumi Thailand

earthq1

Pusat Gempa Bumi

Sewaktu sibuk mengupdate blog, tiba2 terbaca status kawan di facebook. Gempa bumi di Thailand? Betul ke Siam kena gempa?

Cepat2 saya bukak Yahoo! News. Sungguh ada. Ya Allah! Benar sungguh janjimu! Masa dekat kiamat makin banyak gempa bumi!

Gempa bumi magnitude 6.8 skala Richter melanda Thailand, 69 batu dari utara Chang Rai, 772 km dari Bangkok dan hanya beberapa kilometer dari Mae Sai, Myanmar pada pukul 9.56 malam, 24 Mac 2011. Pusat gempa ini digelar Segi Tiga Emas dan merupakan kawasan berbukit tempat tanaman candu.
Chang Rai terletak di sempadan Thailand dengan Laos dan Myanmar.

Saksi melaporkan gegaran dapat dirasa sejauh Hanoi di mana orang ramai dipindahkan daripada bangunan tinggi. Gegaran juga turut dirasa di Myanmar. Di Luang Nam Tha, Laos, gegaran turut dirasai. Di Thailand, gegaran berlangsung selama 3 minit, memberi petanda yang cukup tidak baik.

Seorang saksi yang tinggal di Chiang Mai, 205 km dari sempadan tersebut mendakwa rumah jirannya roboh dan terdapat retakan di jalan raya.

Menjelang pukul 11 malam, gegaran susulan masih berlaku di sekitar kawasan tersebut. Gegaran susulan berukuran sekuat 4.8. Kecederaan pertama dilaporkan terjadi ke atas seorang wanita yang dihempap syiling rumahnya ketika sedang tidur nyenyak ketika gegaran selama 10 saat itu berlaku.

Walaupun jika dibandingkan dengan kawasan lain gegaran di Thailand ini dikira rendah, tetapi memandangkan kawasan tersebut tidak pernah dilanda gempa, ia menyebabkan keadaan dikira SANGAT berbahaya.

Setakat ini, memandangkan tiada media bebas di Laos dan Myanmar, laporan rasmi tentang keadaan sebenar gempa cuma akan dapat diketahui 10 jam selepas kejadian berlaku, iaitu melalui pihak berkuasa.

3 comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter