30 November 2025

SAYEMBARA MENULIS ANEKDOT MEMBACA DAN ALAM

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

 

Sebenarnya nak bercerita tentang sayembara menulis anekdot ni macam ada suatu perasaan segan. Tapi at the same time, bangga jugaklah hahahaha

 


YANG TERSURAT

 

Saya menyertai sayembara menulis ni sebab bila baca tajuk, tema dan syarat penyertaan, ehhh macam sesuai je dengan aku. Membaca dan Alam temanya. Untuk ahli-ahli NGO. Dalam fikiran waktu tu, hmm berapa ramai je kan penulis ni ahli NGO, dan berapa ramai je ahli NGO yang menulis. Saya fikir NGO tu macam persatuan-persatuan kebajikan. Lepas keputusan diumumkan, barulah tahu NGO yang masuk kebanyakannya NGO menulis, macam Ikatan Penulis Sabah, Persatuan Pustakawan Malaysia, Persatuan Penulis Johor. Saya pulak masuk bawah GEMA lah kan of course hahaha mungkin satu-satunya NGO aktiviti outdoor yang hantar penyertaan😁

 

Lepas tu bila dia kata kena menulis tentang membaca dan alam, eh rasanya sesuai dengan aku ni. Saya graduan jurusan Alam Sekitar. Boleh kira hiker jugaklah kan pernah selalu masuk hutan gitu #hikermontel. Dan anekdot yang perlu ditulis dalam lingkungan 300 sampai 600 patah perkataan, tak banyak sangat perkataannya, still doable. 

 

Cuma yang tricky sikit part brief dia 'pengalaman pertama membaca, dengan menyentuh unsur alam sebagai elemen penting dalam penulisan.' Adoiyai spesifik pengalaman PERTAMA membaca, dan perlu dikaitkan dengan alam. Macam mana kalau pengalaman pertama membaca tu tak melibatkan alam.

 

 Tapi macam satu percikan elektrik, saya terus tahu nak tulis apa dan bagaimana. Saya teringat novel pertama saya baca masa kecil yang betul membuatkan saya rasa kena dengan tema membaca dan alam ni.

 

Saya tulis last minute. Tapi bukan sebab over confident. Selama ni saya kira apa yang saya tulis dalam blog tu adalah satu anekdot, jadi saya menulis anekdot untuk sayembara ni saya layan macam saya menulis blog. Bila ada idea yang jelas, yang kita ada conviction laju je jari-jari kita menari di papan kekunci. Saya tulis sehari sebelum tarikh tutup 24 Oktober 2025, tapi saya hantar pada 24 Oktober 2025 tu. 

 

YANG TERSIRAT

 

Saya sebenarnya baca iklan sayembara menulis ni dekat posting ig story Amir Muslim. Amir ni lama dah saya follow sebab dia macam taiko bidang hiking ni kan. Start follow dia bila dia cerita kisah seram masa pergi hiking. 

 

Rasa masa saya menulis tu automatically, sebab masuk sayembara pun bawah GEMA kan, jadi anekdot saya secara tak langsung menjadi satu ode atau tribute kepada GEMA. Rasa mengungkap kembali perjalanan saya daripada pertama menyertai GEMA tahun 2016 mendaki Bukit Batu Putih, naik ke Gunung Kenderung dengan Fareez kena dera dari segi mental dan fizikal, pertama kali naik ke Gunung G7 (Yong Yap) dan menulis tentang mendaki G7 saya yang pertama dalam blog.

 

Saya rasa banyak ayat dalam anekdot saya itu adalah fragmen-fragmen yang saya pinjam daripada pelbagai sumber. Ada ayat dari lagu, ada frasa-frasa yang saya pernah jumpa dari sajak-sajak, ada ayat pinjam dari orang lain (lol thanks Keon) malah ada ayat daripada blog entry saya sendiri hahaha.

 

Anekdot saya ni, sebab saya tulis macam tulis blog, saya tak rigid sangat tulis tentang satu peristiwa. Takut juga penyertaan dibatalkan sebab sebenarnya bukanlah dalam format anekdot yang tulen, tapi saya yakin kalau kita menulis dengan jujur, mesej kita akan sampai. Menang atau kalah belakang cerita, yang penting karya kita tu adalah curahan sebenar emosi dan idea kita. 

 

Saya hantar penyertaan dekat salah seorang urusetia Dewan Bahasa dan Pustaka, En Nor Mohamad namanya. Lepas majlis penyampaian hadiah diumumkan, saya terjumpa akaun facebook En Nor Muhamad dan baru tahu dia jugak sebenarnya seorang hiker. 

 

Saya ada mesej jugak orang lain ajak masuk tapi tulah, sebab tajuknya spesifik Membaca dan Alam, ramai writer's block. Tak tahu nak tulis pasal apa. Dan ada jugak yang tak pasti deorang ni ahli GEMA tak lol ramai pernah menyertai program GEMA tapi tak pasti dah berdaftar belum, sebab nak hanatr penyertaan kena ahli NGO. 

 

KEPUTUSAN

 

Saya dapat panggilan telefon daripada En Fatah, urusetia DBP jugak masa tengah makan tengahari. Masa tu lebih kurang 2 minggu lepas tarikh tutup sayembara. Dia bagitau saya ialah salah seorang pemenang, tapi dia rahsiakan nombor berapa. Masa tu rasa macam, wow sekejap je dia nilai. Tak sampai 2 minggu dah putuskan siapa pemenang.

 

Sebab ada 13 pemenang (10 saguhati, 3 yang ada tempat) saya adalah menyimpan harapan untuk menang tempat bernombor. Tapi sebab ni sayembara pertama yang saya masuk, saya fikir mesti ramai lagi yang dahsyat-dahsyat kan. Mesti ramai lagi yang faham selok belok sayembara DBP, macam mana penilaiannya, siapa jurinya. 

 

Bila En Fatah masukkan saya dalam group WhatsApp pemenang sayembara, naaa terus rasa rendah diri. Dalam group tu, kalau Google nama masing-masing semua keluar tajuk-tajuk buku yang deorang tulis dan sayembara yang deorang pernah menang. Saya tengok nama Rohaidah Yon, bila Google banyak juga menang sayembara menulis. Nama Shield Sahran, penulis buku FIXI, yang belum habis taip namanya dekat search bar Google, dah keluar suggestion. Hafizuddin Ghazali,  penulis FIXI jua. Siti Wahida Amanullah, pemenang sayembara cerpen. Norshahkang, ramai mutual firends dengan dia sebab dia MRSM Langkawi, kami sebaya pulak, lepas tu dia sambung belajar UK. Pun penulis buku jugak.  

 

Jadi saya decide nak diam jelah dulu dekat situ, taknak engage sangat sebab segan. Kalau dapat saguhati pun OK lah sebab yang lain-lain semua hebat-hebat. Tak malu hahaha. 

 

Biarlah takde siapa kenal, nanti ambil hadiah diam-diam lepas tu post lah dekat media sosial. Tapi kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan.

 

En Fatah call saya hari Selasa, lagi 3 hari sebelum majlis anugerah. Katanya dia ada hantar surat ke presiden GEMA minta hantar wakil ahli, tapi belum terima jawapan. Dia minta saya hantarkan sekali lagi ke presiden GEMA dan ingatkan presiden untuk hantar ahli.

 

Jadi sebab kitonyo tak kenal presiden GEMA terkini, dulu presidennya Amar, saya post lah dalam group GEMA bagitau ada dapat surat daripada DBP dan tag Amar di situ. Saya tak baca pun surat tu, saya cuma bagitau ada surat dari DBP untuk tuan presiden. Lalu disusuli dengan pertanyaan Amar 'Dia tahu Bad GEMA ke?' Masa tulah saya bagitau, saya salah seorang pemenang sayembara. DBP minta hantar wakil untuk ahli NGO yang menang.

 

Dan disusuli dengan kekagetan semua bila dia kata dia minta 30 orang wakil. Aduh terus dada rasa senak. Ramailah tengok aku nanti hahaha ingatkan nak datang diam-diam je. Saya confirm balik dengan En Fatah, nak 30 orang wakil dari GEMA ya? Iya katanya dia bagi banyak kerusi untuk GEMA sebab pertamanya, GEMA baru berkolaborasi dengan DBP untuk pertandingan pidato minggu sudahnya, dan keduanya, ahli GEMA ialah salah seorang pemenang sayembara (sayalah tu).

 

Daripada nak ambil hadiah sorang-sorang, dah kena seru ramai pulak. Masa tu lagi 3 hari. Jadi stress sebab saya rasa bila dia mesej saya personal, termasuk tanggungjawab saya kena cari 30 orang tu lepas tu anxiety pulak bila fikir ada 30 pasang mata nanti tengok saya naik pentas urgh 

 

Dipendekkan cerita, saya pun menyeru the usual suspects, geng-geng bujang. Jan pertama sekali menyahut dan menkonfirmasi kehadiran, Syiemey pulak kesian juga seru dia dari Johor sebab minggu sebelumnya baru dia naik KL pergi wedding Irsyad. Oh speaking of which, saya ajak newlyweds Irsyad dan isterinya, tapi deorang ada appointment lain. Munir kata dia ada shooting, tapi kalau free dia datang. Imran nak datang, tapi dia kata sekejap je.

 

NAIB JOHAN

 

Alhamdulillah, dalam rasa percaya tak percaya, saya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua sayembara menulis anekdot ni. Kejayaannya memang kecil, tapi bagi diri saya impaknya terlalu besar. Pertamanya dipilih daripada kalangan penulis-penulis yang dahsyat-dahsyat. Bermakna, saya ada tempat bersama mereka. Dan keduanya, apabila sayembara ini diadili oleh Sasterawan Negara ke-15, Dato Rahman Shaari dan ketika sesi ulasan penghakiman, dia memetik dan menganalisa karya saya. 

 

 

Sejujurnya, saya rasakan seolah-olah keraguan terhadap penulisan saya melebur hilang sebaik saya mengenali tulisan saya yang dibacakan oleh SN di khalayak ramai. Pertama kalinya dalam hidup, saya rasakan karya saya diangkat terlalu tinggi, pada tahap yang saya tidak pernah mimpikan akan tercapai. Kritikan beliau meminjamkan legitimasi kepada bakat saya, kepada tulisan-tulisan saya. Dan itu membuatkan saya rasa benar-benar bersyukur.   

 

Tetapi yang benar saya rasakan ketika itu, betapa perjalanan saya bersama GEMA telah membawa saya ke sini. Melihat keterujaan rakan-rakan menyambut dan meraikan kemenangan saya - sama-sama hadir sewaktu hari Sabtu (pergi kerja pun saya tak seawal ni - kata Saidah) ada suatu perasaan yang tidak mampu saya ungkap. 9 tahun yang lalu, ketika saya melangkah keluar dari zon selesa, menyertai segerombolan anak-anak muda (ya muda sewaktu itu. sekarang masih muda) ke hutan-hutan, gunung-gunung dan ke lautan, betapa segala itu telah tertumpah ke dalam karya saya, dan memberikan kemenangan kepada saya. Untuk itu juga, saya rasa terlalu bersyukur.

 

Oh di penghujung majlis ada beberapa peristiwa berlaku yang boleh dijadikan anekdot. Salah satunya, rakan serumah saya, Irfan memperkenalkan diri kepada Dato Rahman Shaari dan dia menjawab 'oh pemenang tempat kedua? Yang GEMA Selangor tu?' Kelihatan kecil, tapi apabila diingati oleh SN terasa begitu terharu. 

 

Sekian. Ada masa saya tuliskan lagi beberapa halnya tentang sayembara anekdot ini. Jumpa lagi! 

 

 

 


 

 

 

 

 

31 October 2025

MENGHILANG DAN KEMBALI

 Terlalu lama. Terlalu lama rasanya tidak kemudi di sini, sebuah hiliran kali yang menghanyutkan kolek emosi. 

 

Dan ingin saya ceritakan, apa yang berlaku dalam sela masa selama saya berdiam dari sudut ini. 

 

Sejak Abah berpulang, setahun juga saya terpempan. Rasa seolah dunia terhenti, dan dalam persilangan garis masa dan ruang yang membeku, saya masih meratapi Abah. Masih ada rasa kesalan, mengenangkan hari-hari terakhir bersamanya di tepi katilnya, menjadi insan terakhir yang mendengar suaranya sebelum dia pergi.

 

Saya melepaskan dunia selama hampir setahun, kembali ke kampung halaman setiap 2 hujung minggu menemani Mak yang kini menjadi balu. Hiba masih menyerang dan menghenyak dada setiap kali tiba ke pusara Abah, berbicara dengannya seolah dia masih mendengar, sambil mengusap-usap batu nisannya dan membuang rumputan yang menjalar. Tanpa disedari, air mata mula bergenang di kolam mata. 

Saya kembali perlahan-lahan, mula aktif semula di dunia nyata, menyambung jalinan dengan sahabat-sahabat yang masih mengejar mimpi yang sama. Bertemu semula Irsyad dan Eirzreen bagaikan suatu anugerah Tuhan, bagaikan memujuk hati yang rawan kehilangan Abah. Tidak berapa lama Abah meninggalkan kami menuju ke negeri abadi, Irsyad dan Eirzreen masing-masing kehilangan ayahanda tercinta. 

 

Dalam waktu kami bersama, kami berbicara tentang kehilangan bapa kami, tentang erti merelakan dan emosi-emosi yang menikam dan merentap-rentap tangkai jantung sementelah kepergian ayah kami.

 

Kami bertualang lagi, tapi kali ini seiring usia dan masa, kami kembali dengan intensiti yang jauh lebih rendah. Jika sebelumnya pertemuan kami harus berlaku dalam lingkungan gunung dan hutan belantara, sewaktu adrenalin menjalar dalam kapilari darah, kami kini memerhati alam dari sudut selamat. Kami lebih betah tinggal di chalet dan mengunjungi air terjun, sungai dan tasik tanpa perlu bermalam-malam menghilangkan diri ke dalam hutan, menikmati hutan dalam nyaman dan tenang, dengan secangkir teh di tangan, dan berlatarkan asap arang yang membakar daging yang diperap lada hitam.

 

 Menuju dekad seterusnya dalam kehidupan, barangkali kami lebih tenang. Banyak persoalan masa muda yang tiada jawapan, kita biarkan bergantungan, tidak lagi ternanti-nanti sekiranya akan terungkai dalam kesimpulan yang konkrit. Kematangan barangkali, merelakan apa yang berlaku tanpa perlu lagi dipersoal bagaimana dan mengapa, ke mana seterusnya. Kami juga suatu hari nanti akan berpergian juga, tidak ada gunanya meneka-neka sesuatu yang tidak pasti. 

 

Saya juga perlahan-lahan, mengagumi seni daripada jendela yang berbeza. Dulu penulisan adalah medium terutama untuk saya melampiaskan inspirasi yang terbit daripada pengalaman, kini video dan audio juga termasuk dalam cara-cara saya bercerita. Saya perlu terus pragmatis, fikir saya. Tahun 2016 dulu tahunnya saya mengambil anjakan paradigma, serasa seekor phoenix bangkit dari abu, daripada api bangkit menjulang sebagai sesuatu yang baharu. Kini beranjak hampir sedekad, saya rasakan masanya telah tiba untuk terus mencipta semula diri dalam iterasi yang berbeza. 

 

Begitulah sekian tulisan pada kali ini, hanya sekadar ingin berkongsi kepada sesiapa yang masih sudi membaca dan meniliti. Semoga kita berjumpa lagi seterusnya.  

  

08 October 2024

Lata Charok: Again X Tanjong Hills

LATA CHAROK

 6 years, before I am here again. The colours of nature are as beautiful as ever - the turbid cloudy brownish stream, translucent water droplets suspending in the air, the greens emerging from the crack of stones on the slippery slope. The morning here felt a tad drowsy; a serene state obscured from the concrete jungle. 

 

A fallen log punctuates the landscape, a runway stage crossing the river like a bridge to another world. This is the center stage; where the spotlight falls -  the beacon of light beaming from above while the waterfall is the backdrop sight and sound. Imran and Afiq would climb onto the wood, posing, modeling, just basking in the atmosphere of forbidden surrealism. 


I was here 6 years ago, and it still felt like yesterday. This was a part of my initiation to what was to become my new destiny. Ropes used to straddle the stream of the waterfall where I abseiled down the waters, my fear of heights reverberated. Now the ropes are no more, the stones are silent, as if not letting on any kept secrets. 

 

The outside world is sprawling, encroaching further into the pristine jungle. We remained connected to our telco service providers, 4G no less. Roofs of buildings can be seen as soon as you stick your head out of the jungle canopies. We sustained some injuries from the nature trying to reclaim what was theirs - the tracks are now covered with thorny veins, some of the tracks have disappeared altogether underneath the undergrowth - no traces of human interruption observable. 


We were forced to move out once our collective presence was known. 


TANJONG HILLS

 

Underneath the shrouds of banana leaves, we found our oasis. The lazy stream was just 10 steps away, yet the real tranquility lied where we lay down. There were a makeshift table, two flip chairs, one tent, two picnic sheets, and the panoramic sky just before our eyes. The melancholic evening couldn't even get to our emotions, even when the yellow-orange glow was painting everything it touched with its acidic hue.  

 

The night arrived while we were busy doing whatever. We cooked our dinner - grilling Korean-marinated tenderloin cutlets, brewing matcha lattes and dicing carrots and salads into little cubes.

 

We talked, joked and played cards with reckless abandon; just having fun like there were no worries in the world. More than happy, I am grateful to be here. I can do this every other week, I thought to myself. I have a newfound love for these people. I loved our conversations, big and small. I love the fact that for some time in the fleeting world, we were invincible. Untouchable. We tasted glory in the air and it was delicious.

 

'We are now at the age of heaven's dwellers' Imran said almost nonchalantly, relating to our current age - 33. Imran taught me how to determine the qiblat using the Orion constellation earlier when the darkness fell and the stars and moon shone brightly in the Janda Baik night sky. I was amused. 


Imran was anxious of staying here tonight, he didn't want to leave his mother alone. 'Can I offer you some words of wisdom?' I asked.  'Don't let the chance to create memories pass you by. You will never know the true value of memory until after it happens. Don't go back yet.' A few rounds of card games and a bottomless round of drinks lulled his determination to take off. 

 

There were laughter, there was this understanding that we were forever young that tomorrow can't take away today, that our time here might be fleeting, yet the memories sketched into our minds make us immortal. How can something as simple as just being, could mean so many things at once?


Tomorrow was not promised, but today we lived. And lived; indeed we did.


 





09 July 2024

LUMIA, BUIH KENANGAN

Tahunnya 2018. Atau mungkin lebih awal dari itu.


Itulah kali terakhir, aku menerima SMS daripadamu. Aku tidak tahu apa yang berlaku dahulu, perbualan kita terhenti atau WhatsApp mengambilalih tali bebenang komunikasi.

 

Suatu masa dahulu, ada canda. Ada amarah. Ada bahagia. Ada rindu yang berselirat pada buih-buih mesej di skrin telefon. Tegar aku dengan Windows Phone, kental dengan relik sejarah.

 

Telefonku berhenti berfungsi tahun itu. Aku berfikir aku boleh melepaskan kapal kertas di arus sungai, akan kukejarnya di hadapan. Setelah kapal kertasku hanyut, aku lalu terlupa terus di mana. Bagai mana. Seperti apa. 

 

Memori denganmu seperti itu. Sejarah kita yang disimpan sebuah peranti zaman purba, tidak lagi dapat dibuka. Sudah hanyut terus dari hulu. Kadang kurindu juga, membaca suaramu atas tulisan. 6 tahun kita tidak bersua, kukira kau suka dengan susunan ini. 

 

Aku tidak pantas untukmu. Untuk mengemis sebuah pertemuan denganmu juga aku cukup malu. Cukuplah aku dihukum wajahmu yang kerap kali terlintas di mindaku, dan mengenang detik-detik dulu sudah cukup untuk melunaskan rindu. 

 

Walau kita dapat bertemu empat mata, antara kita sudah kehabisan kata-kata. Apa yang aku mampu tanyakan padamu? Bahagiakah kau? Sihatkah? Apa yang boleh aku tawarkan kepadamu? Aku...tiada apa. 


Dan akhirnya aku mengerti, mengapa aku menulis lagi tentangmu kali ini. Bahawa di hujung rasa ini, yang berubah adalah nada. Dulu aku menulis tentangmu dengan keghairahan penuh murka, dengan luahan rasa yang membuak-buak dalam dada. Suaraku penuh dendam, tulisanku tentangmu adalah percikan-percikan api yang tidak kenal erti tenteram.


Betapa kini yang sebenarnya aku rasa ketika mengingatimu, hanyalah ketenangan. Aku menerima keadaan kita pada hari ini, seadanya. Bahawa hidup kita ini dalam keterasingan, adalah suatu ketentuan jua. Bahawa aku tidak lagi merintih, dan kau tidak lagi perlu menoleh. Tamatnya pertemuan kita dahulu, mungkin juga untuk selamanya. Aku telah berdamai dengan itu. 


Sekali lagi, kuucapkan salam damai kepadamu. Masa depan nanti, bila nadaku telah terubah lagi oleh waktu, akan kulawati lagi daerah silam kita, mengenangnya dalam rona-rona warna yang berbeza.


12 November 2023

Hospital, Abah dan memori-memori (final)

10 November 2023

There were few hints at first and I was too stubbornly optimistic to acknowledge them.

Malam tadi Abah muntah. Banyak. Segala isi perut daripada susu yang kami masukkan selang 3 jam terkeluar semula.

Saya tanya pada nurse, perlu bancuh semula ke nurse? Nurse kata tak payah dah. Nafas abah pun dah laju. Kita bagi pakcik puasa dulu satu hari. Abah dan pakcik di katil sebelah dihentikan makanan. Ada beberapa hints di situ, tapi kesemuanya ditepis dengan anggapan, kali ini sama seperti sebelum-sebelum ini. Abah akan kembali stabil dan akan kembali kepada pangkuan kami seperti selalunya. Abah sentiasa pulang, berjaya lari dari tahanan wad. 

Kita lupa bahawa kematian hanya perlu menyentuh kita sekali untuk menang, walau kita pernah 999 kali mengalahkannya.

Pagi tadi oksigen abah menjunam ke paras bawah 90%. Hanya 88%. Apabila menatap skrin, saya hanya berfikir oh bekalan oksigen perlu dikuatkan lagi untuk kembali ke paras selamat. Ya stubbornly optimistic.

Nurse melihat saya tenang, seraya berkata 'boleh dah panggil adik beradik. Oksigen abah 88% dah'. Hint yang seterusnya. 

Untuk apa? saya tertanya sendiri. Tapi sementelah dari itu, oksigen Abah terus menurun. Ada sampai ke 79% hingga kekal bermain di peratus 81 ke 83. Ini bahaya, pada fikiran saya.

Saya menyeru adik beradik dalam group keluarga. Oksigen Abah dah makin drop. Mana-mana yang jaga Abah lepas ni bacakan Yasin. Masih ada kedegilan di situ, berfikir bahawa selepas ini jalan untuk kesembuhan adalah panjang, tapi tentu ada. Mesti ada. Masih berfikir akan ada giliran-giliran menjaga Abah lagi selepas ini. 

Tapi segalanya berubah pada kelakuan nurse. Mesin bacaan tekanan darah dan paras oksigen dibiarkan terus terpasang di tangan Abah mengambil bacaan setiap masa, sedangkan semalam hanya sejam sekali bacaan diambil. 

Jantung saya mula gugup. Adik beradik tiba seorang demi seorang. Melihat paras oksigen dan tekanan darah Abah makin berkurang, semua mula mendapatkan Abah. Pak cik saya menyuruh mula membaca Yasin, saya katakan telah dua kali saya membacanya malam tadi sebelum tidur dan pagi tadi. Tapi apabila Abengah menyuakan surah Yasin ke tangan saya, realiti mula menapak. 

Tapi tamparan kebenaran yang sebenarnya tiba, apabila saya bertanya sekali lagi kepada nurse, perlukah membancuh susu Abah pagi ini dan nurse mengatakan, hari ni tak perlu bagi makanan dah. Pakcik dah start nazak sikit. 

Wait what? Apa maksud nazak sikit? Ya Allah maksud nurse Abah takkan kembali pulih? Semua hint yang diberikan akhirnya make sense. Susu tak payah dibancuh lagi, sebab badan abah dah tak terima makanan. Abah memuntahkannya semula. Oksigen dan tekanan darah dipantau setiap masa sebab Abah sudah tidak stabil, bila-bila masa saja boleh merudum bacaannya. Nurse meminta dipanggil adik beradik semua, sebab masa Abah sudah suntuk. 

Rasa tidak percaya. Tidak logik. Mana mungkin? Malam tadi dalam jagaan saya, abah marah-marah 'Mohlah kita balik!' gesa Abah. Saya menenangkannya 'Abah belum sihat lagi. Kenapa Abah nak balik?' 

'Abah dah tak daya!' ya Allah kalau saya tahu waktu itu adalah antara kalimah terakhir yang terbit dari bibirnya. 

Malam tadi, nurse mendengar bunyi nafas Abah seperti berkahak, lalu diambil tiub untuk menyedut kahak di kerongkong Abah. Abah marah apabila merasa tajam tiub itu menyentuh mulutnya. Abah memegang tiub itu dengan tangannya, tidak dilepaskan. 'Jadilah! Nak membunuh!' 'Tampor kang!' diugutnya nurse dengan jerkahan. Saya tertawa lucu dengan telatah Abah sambil memegang tangannya kuat-kuat, menahan abah daripada menghalang tiub masuk ke mulutnya. Tidak mengerti itulah antara kali terakhir saya akan mendengar suaranya, atau menggenggam tangannya seerat itu. 

Abah menggigit tiub dengan giginya apabila tiub dimasukkan ke dalam mulut. 'Pakcik jangan gigit!' rayu nurse. Akhirnya nurse berjaya memasukkan tiub itu di celahan gigi Abah yang rongak. Masih saya tertawa lucu, begitu comel Abah. Esok akan saya ceritakan kepada Abah sewaktu dia sudah sihat, betapa saya terhibur melihat gelagatnya ketika dia sakit. 

Pagi ini segalanya sirna. Dr tiba untuk rondaan pagi, memaklumkan kepada kami dengan bahasa yang paling halus, bahawa harapan untuk Abah telah tiada. Ubat-ubatan yang diberikan untuk menyembuhkan Abah akan dihentikan, kini ubat yang diberikan hanyalah untuk melepaskan Abah pergi tanpa kesakitan. Makanan dan air juga akan dihentikan, badan Abah sudah tidak berupaya memprosesnya. 

Kami perlu merelakan Abah pada kali ini. Saya terasa buntu. Benar, kaki tidak terasa menginjak bumi. Otak rasa berhenti berjalan, semuanya terus masuk ke mod autopilot. Kami sekarang hanyalah menunggu jantung Abah berhenti berdegup. Tiada apa lagi yang kami boleh lakukan.

Minyak dan krim sapu yang kami sapukan untuk melegakan Abah tidak lagi mampu mengurangkan kesakitannya. Makanan kesukaannya kini tidak lagi dapat dijamah olehnya.

Di mesin kardiograf, jantung abah masih mengepam darah, adakalanya terhenti sebelum bergerak semula. Denyutan nadi abah melemah. Semua organ dalaman abah sedang berhenti berfungsi satu demi satu. Tiada setitis air kencing abah di beg urinal, tanda buah pinggangnya sudah tidak boleh memproses air, kuman sudah merebak ke seluruh organ dalaman. 

Kami kebingungan. Malam tadi sepertinya ada harapan. Malam tadi Abah masih minta saya membawanya turun dari katil, dia ingin berlunjur di birai. Masih lagi sempat memarahi nurse, masih mampu menyebut namanya sendiri bila ditanya oleh nurse. 

"Tarik tangan Abah. Abah nak turun!'
'Tak boleh Abah. Abah tak larat.'
'Tariklah tangan Abah! Abah tahulah macam mana gayanya!' 
 
Saya menarik kedua tangan Abah untuk mendudukkannya. Apabila saya melepaskan tangannya, Abah kembali terbaring ke belakang. Saya memintanya berehat dulu, esok kita cuba semula. 

Terngiang-ngiang suara Abah malam tadi. Walau sudah lemah masih degil ingin duduk, masih ingin hidup seperti sediakala.


Dalam masa beberapa jam, keadaan Abah telah merosot. Kami semua mengusap-ngusap tangannya, mengelus lembut pipinya, membelai dahinya yang sudah tua, menyentuh kakinya yang sudah tidak akan berdiri lagi. 'Abah. Abah...' Setiap dari kami mengambil peluang untuk bersama dengan Abah, mendakapnya antara kali-kali yang terakhir.

Sewaktu tengahari, kami yang lelaki memutuskan untuk ke masjid untuk solat Jumaat manakala adik beradik yang perempuan dan Mak tinggal di sisi Abah, bersedia dengan sebarang kemungkinan.
 
Sewaktu memandu pulang, saya memusing jauh ke gerai nasi kukus di Petronas Simpang Songsang, tempat di mana saya dan Abah berdua pernah singgah dahulu ketika pulang dari menghantar Abah ke klinik. Inilah kali kedua saya di kedai ini, kali pertama bersama Abah dulu, kali kedua kini berseorangan, mengagau kembali memori dengan Abah di sini. Perut tidak terasa lapar, hanya diisi untuk memberi tenaga. 
 
Saya kembali ke hospital setelah solat Jumaat, keadaan masih sama. Saya mula menelan hakikat pahit bahawa Abah tidak akan bangun semula. Bahawa ayat-ayat yang disebutnya malam tadi, itulah kali terakhir saya mendengarnya bersuara. Genggaman tangannya itulah kali yang terakhir dia memegang tangan saya. Saya merasa sedih. Tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih untuk membesarkan saya. Tidak sempat meminta ampun atas segala kesalahan saya terhadapnya. Tidak sempat memeluknya erat-erat sewaktu dia masih sedar.

Daripada lubang jarum di tangan Abah, keluar cecair daripada ubat-ubatan yang tidak boleh diproses tubuhnya, sehingga basah tilamnya.

Mak menemani Abah di sisi katil dari pagi tadi, tidak berganjak. Mak tidak menangis, hanya menatap Abah dari kerusi roda. Ada suatu keredhaan dalam diri Mak. 

Mak lebih realistik dari segi logistic. Mungkin untuk menutup pedih hati sendiri, mak berpaut kepada ketenangan dalan merencana. 'Kemaskan barang-barang abah. Pinggan cawan tupperware yang tak pakai bawak balik. Abah dah tak makan dah.' Mak kedengaran acuh tak acuh, tapi dalam hati Mak ada badai yang melanda.

 
11 November 2023

Sewaktu berumur 9 tahun, ketika kami melawat Abah sewaktu Abah bekerja di Kuala Lumpur. Di Jalan Pekeliling sewaktu bas bergerak meninggalkan stesen ketika kami ingin pulang ke Temerloh. Abah melambai kami dari luar bas, mengikut bas bergerak sehingga keluar ke jalan besar. 

Kami melambai-lambai Abah dengan sedih. Ketika itulah saya berdoa kepada Allah dalam diam, matikanlah kami sembilan beranak sekali, supaya tiada antara kami yang akan tertinggal di atas dunia, sepertimana kami meninggalkan Abah bersendirian di terminal. 

Dari itu, saya mula beranggapan doa itu ada kemungkinannya termakbul. Mungkin suatu kejadian akan meragut kami semua. Kesemua sembilan orang sama-sama melangkah pergi dari dunia, tiada seorang pun tertinggal di sini.

Abah masih bertahan setelah ubat dihentikan, tapi keadaannya semakin merosot jam ke jam. Kami membahagikan giliran 3 jam dua orang untuk menjaga abah, sekiranya apa-apa berlaku dalam giliran kami, kami akan memaklumkan adik beradik lain dengan segera. 

Saya mengambil giliran pukul 3 pagi hingga 6 pagi dengan adik bongsu saya. 

Pukul 1.56 pagi, saya sudah bangun dan menyiapkan diri, bersolat tahajud 2 rakaat. Tidur sekadar untuk melepaskan lelah. Sejak pagi semalam, saatnya nurse memaklumkan abah sudah nazak sikit, perasaan saya - kosong. Badan bergerak tetapi kepala dan perasaan menerawang ke dimensi lain. Kami berkumpul kini hanya untuk menanti suatu ketentuan - pemergian Abah.
 
Perasaan menunggu Abah untuk pergi buat selama-lamanya. Terasa suatu beban bagai dada dihenyak. Ya Allah betapa gelapnya.
 
Pukul 3 kami bergerak ke hospital. 

Sepatutnya kami menggantikan giliran Abengah dan Cik Abang (gelaran untuk isteri Abengah) tapi mereka berdua tidak mahu meninggalkan Abah selepas giliran mereka tamat. Mereka mahu terus bersama Abah kerana denyut nadi Abah semakin perlahan. 

Sebaik tiba di katil Abah, bacaan tekanan darah dan nadi Abah tidak menentu. Selama ini saya fikirkan gambaran di drama hanyalah satu hiperbola, graf di mesin yang perlahan-lahan memberi bacaan mendatar. Tetapi realitinya begitu jua. Mesin tidak berhenti berkelip lampu merah dan berbunyi amaran, menandakan bacaan vitals Abah sentiasa di paras bahaya.

Kami bergilir-gilir membaca Yasin, membisikkan kalimah Lailahaillah di telinga Abah dan memeluk Abah dan membelainya perlahan-lahan. Kami tahu perpisahan akan tiba bila-bila masa. Saya mengucup-ngucup tangan Abah, tahu tangan itu tidak akan lagi menyentuh saya. Dengan kudrat tangannya itulah Abah membesarkan kami, menoreh getah, berbakti kepada tanah. Memandu kami ke sekolah, asrama. Saya mengelus-ngelus pipi Abah dan dahinya, mengucup-ngucup pipi dan dahinya dan menatap wajahnya dalam-dalam. Ya Allah matanya tidak lagi akan terbuka selepas ini. Badan Abah sudah mula sejuk.

Graf kesihatan Abah kini benar-benar terlalu mendatar, terlalu sedikit pergerakan. Bila-bila masa saja, ketentuan itu akan tiba. Saya mengambil mushaf al-Quran dan mula membacakan Yasin. Biarlah kali ini saya membaca terus dari lembaran-lembaran naskhah al-Quran, sebagai peneman Abah di hujung-hujung hayatnya.

Pukul 4.42 pagi dalam selang alunan bacaan Yasin, abah telah pergi buat selama-lamanya. Graf mendatar di paparan skrin, tiada lagi denyutan nadi. Telah terhenti degupan jantung Abah. Tamatnya riwayat Abah. Hanya dengan begitu, Abah, telah tiada. 
 
Abah menghembuskan nafas terakhirnya dengan begitu tenang, seolah-olah masih tidur di perbaringan. Dengan demikian juga, separuh belahan jiwa saya pergi. Sebelah sayap saya telah patah. Sebahagian raga saya telah mati.

Abah selalu berkata kepada Mak, dia takut mati bersendirian. Pada waktu malam, dia enggan membenarkan Mak pergi dari sisinya. Pada penghujung hayatnya, Abah akhirnya pergi ditemani kami. 

Dan akhirnya juga saya temukan, doa yang saya ungkapkan ketika berumur 9 tahun di terminal bas itu, tidak dimakbulkan Tuhan.







20 October 2023

Day #2 Writing Challenge: Executive Lounge

(for future reference) 

Orang selalu fikir bila pergi airport, nak tunggu sampai boarding tu duduk je dekat kerusi sampai kematu punggung. Kini tidak lagi! (this is not a commercial)

Dulu-dulu saya pun fikir ehhh bestnya boleh duduk Executive Lounge dekat Airport. Boleh baring boleh mandi boleh charge telefon dengan selesa. Tapi tak pernah terdetik nak betul-betul pergi, sebab fikir mesti tak mampu, mesti untuk first class passenger je.

Sampailah masa pergi Langkawi tahun 2019. Flight kami nak balik KL petang dalam pukul 4 gitu kot tapi pukul 12 lebih kami dah dekat Airport lepas checkout hotel. Lama kan nak menunggu. Tiba je terdetik hati nak tanya dekat Executive Lounge berapa charge kalau nak masuk.

Surprisingly, masa tu takde charge masuk, cuma kena beli makanan je. Tak silap makanan dia paling murah RM20, nasik ayam. Starting daripada tulah berlakunya anjakan paradigma. Tak delah harga kayangan Executive Lounge ni. Kalau bayar RM20 boleh duduk atas sofa, boleh charge telefon, tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai, tak perlu risau beg kita kena rembat. Berbaloi sangat kan. And then tak perlu pun first class ticket. Ticket biasa pun boleh masuk. 

So starting dari tu, bila ada flight yang terlalu lama masa menunggu, saya pun menjinak-jinakkan diri dengan idea Executive Lounge.

Minggu lepas saya kena pergi ke Kelantan untuk site visit. Dengar je nama Kelantan terus rasa yihh beratnya. Sebelum ni pernah site visit dekat daerah kecil yang memang terpaksa drive tidur semalam, tempat site visit kali ni pulak dekat Kota Bharu.

Bila ambil kira cost, masa, tahap kepenatan dengan jarak tempat site visit dari airport, saya pun buat keputusan ambil pesawat ke sana. Kapal terbang paling awal ada waktu pagi sebelum subuh, jadi sempat pagi tu bergerak ke klia2 tak payah tidur dekat Kelantan. Naik flight pun lebih kurang sejam gitu lah. 

Cuma sebab nak tiket murah kan, eh this happens exactly 2 days sebelum MYairline gulung tikar. Waktu balik saya ambil tiket pukul 9.25 malam MYairline. Site visit pulak habis tengahari. Pukul 1 tengahari dah habis. Nak menunggu flight balik klia2 lagi 8 jam. Kawan dekat KB nak ajak lepak pula takde.

Pagi tu sempat borak dengan abang Grab pasal tempat-tempat menarik di KB. So saya adalah buat short itinerary berdasarkan suggestion dia sementara menunggu boarding flight malam tu.

Cumanya yang pertama, nak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain kena naik Grab sebab kalini tak drive. Total spend untuk Grab haritu je dah RM50 lebih. Dah macam tak berbaloi. Cuma untung pergi Nasi Ulam Cikgu, sebab dekat sini banyak tourist attraction yang tak perlu naik grab jalan jauh. Ada Istana Jahar, Muzium DiRaja, Kompleks Kraf.

Lepas lunch saya naik Grab menuju ke sana, dah habis lawat tempat tu semua, baru pukul 3 petang. Fikir punya fikir, nak pergi semua tempat kena ambil grab, akhirnya saya pun decide untuk terus ke airport KB menunggu flight 9 malam.

Dekat airport masa solat rasa macam nak lepak surau je, tapi bila fikir lama sangat, saya lepak kedai makan. Kedai makan ni pulak adoiyai harga makanan semua kayangan sebab dekat airport. Maggi pun RM10. Air secawan pun RM5. Saya pun fikir eh carilah Executive Lounge sini. Kalau dok kedai ni pun habis puluh-puluh ringgit.

Saya ronda-ronda aras bawah airport, macam takde pun Lounge. Dekat Google ada nampak tapi tak sure masih beroperasi tak. Yang pelik tengok dekat Google lounge dekat airport KB ni bawah seliaan Universiti Malaysia Kelantan. Bila bukak Facebook page dia, baru nampak post dia last bulan 8. Eh macam bukak lagi ni.

Tapi rupanya kena naik aras atas, kena lalu departure. Maksudnya lepas dah masuk departure tak boleh keluar dah. I was like oh okay lah aku pun takde tempat lain nak pergi. 

Tapi bila nak lalu pintu ke departure tu, pegawai tu tanya waktu flight. Saya tunjuk tiket flight 9.25 malam, saya bagi tau nak masuk ke Executive Lounge dekat tingkat atas. Dia kata saya kena ke pejabat MYairline untuk dapat pelepasan. 

Oh ok. This is new. Saya pun berjalan lah ke hujung airport ke pejabat MYairline (to think back of it, mesti staf-staf tu sekarang dah takde kerja kan. Kesian pula). Staf sana hantar mesej kot dekat bos dia, then dia kata dah boleh masuk ke departure. Saya pun kembali ke departure. 

Pegawai yang menjaga pintu departure melepaskan saya masuk, tapi pegawai kastam yang menjaga mesin Xray tu ragu-ragu. Mana staf MYairline? Dia tanya pada pegawai departure yang melepaskan saya. Setelah diterangkan oleh pegawai pintu tu, dia pun melepaskan saya. Later on bila berborak dengan staf Lounge, baru saya tahu, AirAsia dengan MYairline je yang nak masuk departure kena ada staf yang jaga. Sebab policy hand carry luggage yang strict. Jadi staf deorg akan cek. 

Kalau naik MAS dia akan lepaskan je naik. 

So lepas naik je eskalator ke atas nampaklah Karya Executive Lounge Universiti Malaysia Kelantan terpampang. Kalau tengok harga normal online RM50, tapi di kaunter dia kata harga RM29.90 saja. Oh wow ini lagi berbaloi. 

Ada 3 jenis menu dia tak silap. Satu, yang boleh pilih satu je. Yang ini ada satu hidangan carbohydrate macam nasi goreng, spaghetti, mee. 2 lagi free flow, which are air minuman dan dessert.

Masuk-masuk je saya nampak peti sejuk penuh air kotak dan air tin. Saya tanya dia boleh ambil ke air dalam tu? Kena bayar lain ke? Dia kata tak payah yaalll boleh je amek free flow. Astaga.

Saya order spaghetti Arabiatta, dengan air teh. Air panas yang kita order pun semua free flow, boleh minta dia sediakan takde limit. Saya ambil port sofa dekat celah-celah tempat tersembunyi. Lega rasanya dapat melabuh punggung dekat kerusi empuk. Charging port pun banyak. 

Masa tu ada sorang je lagi guest dekat lounge ni. Lagi syok. Tenang je. 

Baru pukul 4. Ada 5 jam lagilah lebih kurang sebelum boarding. Kerusi empuk boleh baring, toilet ada dekat dalam. Tak perlu berebut. Ada surau lagi dekat dalam Lounge. Lepas tu atas meja dia ada jajan-jajan, free flow juga. Nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan 😆 semuanya tak sampai RM30. 


Cut story short, flight saya delay dari 9.25 ke 10.45. Mungkin tanda-tanda MYairline nak melingkup dah kot time tu huhu

Anyways lamalah duduk situ sampai lounge tutup 9.30 malam. Barulah saya duduk luar tunggu waktu boarding. Kenyang ya rabbi ya masa tu. Dah tak terminum dah air tin dia, air kopi air teh semua dah minum. Siap tapau air mineral dia sebab kan bila dah lalu departure kita tak boleh bawak botol air dah. Kira ada lounge ni cheat code nak melepasi sekatan botol air. 

In conclusion, please yalls jangan pergi kalau Airport tu ada lounge. Biar je kosong. Sebab kalau yall pergi nanti ramai orang dah tak best huhu.

That's all from me today. Jumpa lagi next entry bye-yeeee

19 October 2023

Day #11 Writing Challenge: Hari kedua di HosHAS

Harini start bercakap dengan waris di katil sebelah abah. Katil belah kiri belum sempat ditemubual dah checkout. Berjaya lolos dari hospital petang tadi.


Waris katil sebelah kanan abah orangnya dari Maran. Nampak anak lakinya menjaga seorang, justeru ada suatu rasa faham kepada keadaan mentalnya. Saya bertanya di mana ayahnya. Keseluruhan katilnya tiada di sebelah. 

Katanya dibawa ke dialisis. 

Ayahnya menghidap kanser. Buah pinggangnya sudah gagal di tahap 5. Perlu di dialisis. Saya menggelarnya adik nampak seperti masih di bangku sekolah. Tapi dia membetulkan saya, katanya sudah habis belajar.

Penat. Begitulah satu perkataan yang boleh menceritakan peri keadaan menjaga pesakit di hospital. Malam tadi lebih 24 jam saya di hospital, masih memakai pakaian yang sama dari pagi semalam dari rumah di Putrajaya. Bererti lebih 24 jam juga tidak mandi. Tidur sekejap-sekejap atas kerusi di tepi katil. 

Mengendalikan Abah bukan mudah. Teringat kata-kata cikgu Zarina masa darjah dua dulu, orang tua nanti dia akan kembali jadi macam budak kecil. Tak boleh berjalan, terpaksa pakai lampin, makan bersuap, tiada lagi rasa segan atau malu. Begitulah rasanya menjaga Abah. Harini saja 4 kali Abah melepaskan hajat.


Saya pulang sebentar petang tadi, sekadar untuk mandi, makan tengahari, membasuh baju kotor yang dibawa pulang lebih 500km dari site visit di Johor Bahru. Walau sudah kembali ke kampung lebih 24 jam, belum lagi boleh merebah badan di atas katil melunjurkan kaki. Kerana berjanji bahawa kepulangan ini bukanlah cuti, terpaksa juga melunaskan tugasan-tugasan kerja pejabat.


Sementara saya di rumah, kakak menemani Abah di hospital. Anak-anaknya Boboiboi kuasa tiga ditinggalkan di rumah mak. Bertambah pula tekanan melakukan kerja di komputer. Anak-anak saudara sama-sama ingin membantu katanya. Habis ditekan-tekan papan kekunci sambil saya menyiapkan kerja.


Anak saudara saya yang kedua dari adik beradiknya rasa bosan ditinggalkan ibunya, mula tantrum. Mula-mula mengugut ingin mencampak telefon saya, kemudian ingin membuang beg saya di luar rumah. Setelah mengugut tiada duit raya akan diberikan kepadanya tahun hadapan, dia mengambil pisau ingin menikam dadanya sendiri. Ya dramatis sungguh anak saudaraku (seperti bapa saudaramu jua) gara-gara kebosanan ingin menikam diri sendiri (I have video proof BTW totally going to bring this up once he's old enough to cringe from past behaviours). One cracked screen protector and a bag of Chupa Chups lollipop later, barulah berjaya ditenangkan anak-anak saudara. 


Dalam pada diserang dua hala oleh anak-anak sedara, sempat jugalah menyiapkan tugasan sekadar mana yang kritikal. Walau ikut perjanjian asal sepatutnya lebih lagi, tapi itulah. Perjanjian asal tidak termasuk Abah ditahan di wad. Terpaksa menyiapkan kerja ala kadar.


Sekarang di sebelah Abah di wad. Abah sudah lama tidur. Masa yang ada saya gunakan untuk mengejar 15 post Writing Challenge. #ambitious. Penat. Sangat penat. 


Pak cik di katil sebelah sudah kembali dari dialisis. Abah bangun sekejap tadi, ingin bercakap dengan mak. Soalan pertama Abah "Anak-anak siapa yang balik?" aduhai meruntun. Begitulah ibu bapa kita pada masa tua, menghitung hari-hari kepulangan anak ke pangkuan. Ada ketakutan juga kita nanti bagaimana? Moga Allah permudahkan.


Besok masih ada komitmen kerja pukul 3 petang, ada online session dengan supplier. Tapi macam perlu cancel je. Not in the right mind nor have the time for a meeting.


Ada satu soalan menerpa di minda, paraphrasing Dan Brown dalam buku Digital Fortress - "Who takes care of the caretakers?" (OG line - who will guard the guards?) 


Orang telefon kita tak tanya dah tidur ke belum, makan ke tidak, OK ke tak mental? Semua tanya "Abah macam mana dah?" so far boleh lagi I think tapi I can totally see macam mana caretakers orang tua ni boleh burnout.

So yeah. Itu jelah untuk harini. Apa-apa tambahan kita update besok ya. 

Day #10 Writing Challenge - Hospital Abah dan memori-memori (2)

(langkau 10 bahagian Writing Challenge)
*menulis pada pukul 11.30 malam di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah* 

Keriuhan group WhatsApp keluarga membawa kepada mesyuarat tergempar adik beradik kami tentang topik yang sangat berat-mak dan abah bagaimana sekarang?

Dua bulan yang lalu, bengkak di kaki abah semakin membesar. Sayalah yang membawa abah ke hospital setelah pulang dari masjid waktu maghrib pada malam Sabtu. Mengangkat abah ke dalam perut kereta sendiri satu tugas yang getir, kerana abah sudah tidak mampu mengampu beratnya sendiri. Penat mendukung Abah dari katil ke kerusi roda, seterusnya dari kerusi roda ke kereta, kakinya langsung tidak memberi kerjasama. 

Tepat sewaktu azan Isyak berkumandang, tayar bergolek. Teringat malam itu, hanya berfikir Abah hanya akan dirawat dan diberi ubat, tetapi doktor merumuskan masalah Abah lagi serius dari yang kami fikirkan. Thrombosis - salur darah Abah di kaki tersumbat.

Abah ditahan di hospital pada malam itu, dan keluarga kami terus diuji. Abah sebelum ini walau perlahan, mampu mengurus dirinya sendiri. Kini Abah berdiri sendiri pun tidak betah lagi.

Sebelum ini hanya ada La untuk melihat-lihat Abah dan Mak, masak lauk tengahari, menyediakan hidangan di atas meja untuk Mak dan Abah makan pada waktu malam, menjemur dan mengangkat kain di ampaian. Mak dan Abah boleh berjalan walau dengan bantuan tongkat.

Kini tidak lagi. 

Abah tidak mampu lagi berjalan sendiri ke tandas. Harus ditolak atas kerusi roda. 

Kami bercakaran. Berhujahan dalam mencari kata sepakat. Pada akhirnya diputuskan (dengan penuh kontroversi) ada satu kitaran 10 minggu untuk menjaga Mak Abah. Abengah akan mengambil 4 minggu sewaktu pulang dari offshore, manakala baki 6 minggu akan diambil kami berenam yang lain. Bermakna setiap kami yang bekerja perlu mengambil tempoh cuti seminggu sewaktu giliran kami, tiada kompromi.

Giliran saya setelah dipersetujui, jatuh pada minggu kedua kerana tarikh yang tidak kritikal untuk tugasan kerja. Ada perbincangan yang panjang dengan majikan, bahawa saya memohon bekerja dari rumah dan bukan cuti sewaktu giliran saya. Bermakna tugasan-tugasan kerja masih perlu disiapkan walau di kampung.

Dan giliran tersebut bermula pada hari ini. Rabu 18 Oktober 2023. Sengaja saya susun jadual giliran saya supaya bermula pada hari Rabu dan berakhir pada hari Selasa, kerana tidak mahu satu minggu berderet tidak bekerja. Sekurang-kurangnya kedua-dua minggu saya akan masuk ke pejabat. 

Dan seperti kali terakhir saya menghantar Abah ke hospital, takdir saya Abah perlu ditahan di wad. Pada kali ini, tekanan darah Abah terlalu rendah - 4.5 (what's the unit here, I'm not sure). Dr mengesahkan ada luka di usus Abah, tapi Dr perlu memasukkan kamera untuk menentukan lokasinya. Sepatutnya pada hari ini Dr hanya mengambil bacaan mingguan darah Abah. Kini tersekat kami di sini. 

Dari pukul 8 pagi tadi Abah di hospital, semalam redam dalam tangis air mata mengkhabarkan kepada Mak untuk menyiapkan bajunya untuk ke hospital hari ini, katanya tidak akan kembali lagi. Mak apabila terlihat gambar jarum branula di leher Abah semakin berjujuran air matanya membayangkan yang tidak-tidak (bukan-bukan, tapi dengan cara orang Sabah menyebutnya). Tangan dan kaki Abah bengkak, tiada tempat lagi untuk Dr memasukkan jarum. 

Begitulah update ringkas tentang menjaga Abah. 20 minit yang lalu baru diumumkan Abah akan dihantar ke wad dan warisnya (saya) dimaklumkan melalui pembesar suara, kerana saya tidak dibenarkan menemani Abah sewaktu menjalani rawatan di zon kuning. Tadi sempat melihat Abah dimasukkan darah, melihatnya pun dah gelap mata, mabuk. Can never be a doctor, for sure. 

Ya dari 8 pagi sampai 11 malam di sini. Malam saya baru saja akan bermula sekarang. Menjaga Abah di wad sehingga dibenarkan keluar. Wish me luck guys. 

06 October 2023

Day #1 Writing Challenge: Rinjani

 to kakasarah and Naja: Talk is cheap people. Stop talking, start writing!



Saya baru balik dari Rinjani bulan lepas. Hampir seminggu menghabiskan masa di pulau Lombok, hanya untuk mendaki. Gunung Rinjani ialah gunung kedua yang saya daki di negara seberang, selepas Gunung Kerinci tahun 2017 dulu. Coincidentally, Gunung Rinjani ni jugak gunung kedua tertinggi di Indonesia selepas Kerinci (imma pretend Carstenz Pyramid di Irian Jaya tidak wujud), well at least gunung berapi kedua tertinggi lah di Indonesia, pada ketinggian 3726 meter dari aras laut.


Sebetulnya, rasa nervous tu takdelah teruk sangat, tak macam masa pergi Kerinci dulu. Dulu sebab kali pertama nak mendaki gunung di negara orang, tak tahu bagaimana. Kalau berlaku kejadian tak diingini, bagaimana. Nak travel ke negara dia satu cerita, nak travel dari Airport ke homestay satu hal, nak mendaki gunungnya satu hal. Nak kena fikir pakaian, peralatan, insurans, passport, ehhh segala macam lah. 


Tapi bila dah kali kedua ni macam lebih bersedia mental. Yang tak bersedianya, isu dengan passport (🤫). Nak kata nervous naik Rinjani ni tak sangat. Sebab dekat Rinjani ni money talks baby. Kau malas nak jalan? Haaa ada ojek boleh naik sampai checkpoint 2. Kau malas bawak beg? Apedehal upah sajoh porter. 3 hari 2 malam load dia angkat. Kau malas bawak ration? Settle. Semua dah include dalam pakej. Sekali dengan kerusi healing dengan tilam dia angkut naik haa. Tak larat jalan masa nak keluar? Ada ojek jugak lagi haa. Pendek kata asal ada duit, semua boleh di Rinjani. 


Berangkatlah kami ke tanah seberang pada hari Jumaat 15 September 2023, Fareez hantar saya ke klia2. Semata sebab nak pergi Rinjani ni saya beli Phone baru okay. Angkat dekat Digi plan 36 bulan Samsung S23 Ultra (#followersperlutahu #humblebrag) 


Sebetulnya phone terakhir saya beli masa tahun 2020. Rasa cukup 3 tahun boleh dah upgrade lagi-lagi memikirkan kegunaan kerja kan. 



Waktu Lombok ni sama dengan waktu Malaysia, to be precise, macam Sabah Sarawak. Pukul 5 petang dia macam 6 petang Semenanjung. 


Not sure how to approach writing about Rinjani, tapi yang saya nak highlight ialah kehilangan dan kerosakan benda-benda penting masa di Rinjani. 


Waktu hari kedua kami lepas turun dari puncak di Danau Segara Anak, kami mandi di kolam mata air panas. Saya tumpang baju basah dalam beg Syiemey, beg tu ditinggalkan luar khemah. Waktu tu dah penat kan takde teringat nak sidai ke apa. Secondly, ada porter jadi fikir baju basah takpelah nanti masuk dalam beg, porter bawak turun 🤭


Esok pagi tu masa nak mengemas barang, Syiemey tak jumpa beg tu. Dah puas tanya semua orang, semua orang yang nampak beg tu last dekat luar khemah kami. Konklusinya, sebab dekat danau tu tiada haiwan yang cukup besar mampu mengangkat beg tu, hanya ada satu kemungkinan iaitu manusia.


Paling sedih, baju saya dalam tu ialah baju YYBTN 😭😭😭 baju oren yang dok pakai sepanjang hiking trip dari tahun 2016 lagi. Terasa macam sebahagian dari identiti sebagai seorang pendaki hilang. Dengan seluar hiking dalam tu yihh baru beli tak sampai setahun pakai.


Keduanya, strap pinggang dekat beg saya yang bagi porter bawak tu pecah. Sama jugak dah 7 tahun hiking tahun ni jugak kehilangannya. Sedih sebab kita jaga dari dulu. So conclusion yang saya dapat masa tu ialah porter ni tugasnya angkat barang dari Point A ke point B, tapi samada barang tu kondisinya sempurna atau tidak, itu jatuh nombor dua. Tapi takpelah saya redho je. Cuma memikir macam mana nak ganti. Ada ke kedai sparepart Karimor dekat Malaysia?


Sepanjang bersembang dengan Kakasarah on trek, semacam ada bau-bau persaraan dah hinggap lol mungkin ini masanya melepaskan kerja-kerja mendaki ni ke generasi pelapis (ada ke pelapis????) Kira barang-barang yang hilang ni macam satu petanda lah masa persaraan dah tiba. Gitu. 

 Bye bye baju YYBTN. You are sorely missed

Anekdot lain di Rinjani - ya sangat lawa. Better dari Kerinci in terms of the view. Sebab view dia pelbagai jenis dari treknya yang panjang. 


Sepanjang-panjang ke puncak sampai keluar ke pintu rimba, pelbagai view dihidangkan. 



Ada benda-benda lain nak dicerita, tapi writing challenge 10 hari kan so kena ration-ration biar cukup 10 hari. Ok itu saja update untuk Day 1 writing challenge. Kembali ke Kakasarah dan Naja 🤣


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter