12 January 2012

Tentang Pegar Lagi; Merah PADMA, Margasatwa dan Mara Bahaya

Feuerrückenfasan_(Lophura_ignita)

Kesian Si Pegar!

Salam peeps! Today I’m going to talk about burung/ayam pegar again.
I know, some of you might have gone bored about me talking about pegar invariably, but this is also an important issue of Malay language.

Semenjak daripada menulis entry tentang ‘harapkan pegar, pegar makan padi’, saya sering mendapat pertanyaan tentang benarkah pegar yang dimaksudkan dalam peribahasa itu? Ataupun mereka memang maksudkan pagar?

Lepas KOSMO! mengeluarkan petikan blog saya, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pun menafikan bahawa pegar yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa tu.

Sebab tak puas hati, saya buat kajian lagi mendalam tentang pegar (ala, Google je pun). Dan apa yang saya temui agak mengecewakan. Bukan kecewa sebab apa. Kecewa sebab mengetahui status sebenar burung pegar ni. Dan sebagai seorang pelajar Alam Sekitar, bagi saya penting untuk memberitahu pada dunia mengenai burung pegar ni.

Lophura ignita ialah nama saintifik untuk burung pegar, dan dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagai Crested Fireback Pheasant atau Crested Fireback, atau Vieillot’s Pheasant. Ia juga banyak dirujuk dalam bahasa lain, seperti Jepun (koshiakakiji: コシアカキジ), Norwegian (Gulhalefasan) dan dalam bahasa Indonesia, selain burung pegar, ia juga dikenali sebagai Sempidan Biru. Ia merupakan sejenis omnivor, dan mempunyai tabiat pemakanan seperti ayam. Burung pegar selalunya tinggal dalam hutan tanah pamah 200m pada paras laut, namun boleh ditemui sehingga ketinggian 1200m.

Pegar merupakan spesies burung yang berada dalam Senarai Merah IUCN, iaitu satu inventori komprehensif untuk merekodkan status konservasi spesies biologi di dunia. Senarai Merah diperkenalkan pada tahun 1963, dan menggunakan beberapa kriteria untuk menilai risiko kepupusan beribu-ribu spesies dan subspecies.

Dalam Senarai Merah, terdapat beberapa lagi pembahagian kategori, iaitu:

clip_image002
EX (extinct) pupus
EW (extinct in wild) pupus dalam habitat liar
CR (critically endangered) terancam kritikal
EN (endangered species) spesies terancam
VU (vulnerable species) spesies terdedah
NT (near threatened) hampir terancam
 Status burung pegar:
clip_image004

NT – hampir terancam

Sekarang ni, burung pegar dah termasuk dalam NT, iaitu hampir terancam. Setiap tahun, burung pegar hanya menghasilkan 5 biji telur ketika musim mengawan; iaitu antara Ogos dan September.

Burung pegar hanya boleh dijumpai di 5 negara dalam dunia yang fana ini; iaitu di Malaysia, Brunei, Indonesia, Myanmar dan Thailand. Ia sekarang jarang dijumpai di Thailand, dan tiada rekod yang jelas mengenai populasinya di Malaysia. Walaupun ia masih dikenali di Sabah, Kalimantan dan Sumatera, tetapi ia hampir pupus di Bangka. Myanmar pula langsung tidak mempunyai rekod mengenai pegar.

Disebabkan aktiviti pembalakan yang semakin menjadi-jadi, populasi pegar menjadi semakin kecil dan tren populasinya ialah menurun.

Di Malaysia, burung pegar dilindungi di Rizab Hidupan Liar Krau dan Taman Negara, di bawah Akta 76/72. Ia juga antara 280 spesies yang dilindungi daripada perdagangan dalam Appendiks 3 CITES.
Menurut Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, “dulu-dulu ayam ni banyak, dekat pinggir hutan tepi sawah, makan serangga perosak padi dan makan siput gondang. Itulah sebabnya dikatakan ayam pegar ni boleh menjaga padi. Selain dia makan serangga perosak seperti belalang, siput gondang dan juga ketam, ayam pegar ni juga makan padi...”

Selain itu, menurutnya, ayam pegar ialah “...sejenis burung, tapi orang kampung panggil ayam sebab saiznya sebesar ayam dan melata macam ayam dan boleh terbang macam burung”.

Pendapat Dr Nor Hisham menyokong bahawa pegar itu yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa Melayu itu, dan bukan pagar.

Tengok kawan-kawan. Saya rasa disebabkan kita tak pernah melihat burung pegar, sebab tu kita tak boleh nak bangkang kalau orang kata ‘Pagar’. Sebab kita sendiri tak kenal apa tu pegar.
Generasi saya pun dah tak tahu burung pegar tu apa, apatah lagi generasi yang terkemudian. Tak mustahil kalau burung pegar tu pupus nanti, sampai ke kiamat kita guna ‘harapkan pagar, pagar makan padi.’ Takde siapa yang akan betulkan kita. Sedih tak?

Sebagai pelajar Alam Sekitar, mestilah terasa betul apa yang selama ni pensyarah dan cikgu ajarkan. Rupanya kepupusan binatang pun berkait rapat dengan kayanya bahasa kita. Semakin banyak spesies pupus, semakin kurang perbendaharaan kata kita. Lepas tu kita main tibai perkataan ikut suka. Pegar jadi pagar, batok jadi batuk. Anak cucu kita lagilah tak tau apa-apa; deorang pun terima je; rupanya batuk dekat tangga tu buat kerja separuh jalan.

Tapi tak faham signifikasinya apa. Yang lagi sedih, DBP nafikan kesilapan mereka. Kalau macam tu, kita akan selalu kerugian. Bahasa kita kaya, tapi yang DBP suruh guna tu je yang kita boleh guna. Kalau deorang silap, deorang taknak mengaku pulak tu.

Oh, ada tambahan lagi.

Menurut sumber-sumber tertentu, sebenarnya banyak lagi perkataan yang tersilap diterjemah daripada Jawi ke Rumi.

Antaranya:
Tahukah anda apa maksud PADAM dalam peribahasa Merah Padam? Peribahasa yang betul ialah Merah PADMA.

Padma merupakan sejenis bunga teratai yang berwarna merah.

Kesilapan terjadi ketika menterjemah jawi kepada rumi.

فدم = PADMA.
- Dr. Ramzah Dambul.


(sekali lagi kredit kepada Rashid Rahman Hassan!)

Selama ni kita panggil merah padam. Tapi kenapa ‘padam’ pun kita tak tahu. Apa tu padam? Kenapa merah padam? Tapi kita terima bulat-bulat. Rupanya padma yang dimaksudkan. Merah padma; kemerahan seperti bunga teratai.

pink-lotus
Merah padma: Warna pipi kita bila kita malu…
 
Selain itu, tiada perkataan merbahaya. Yang ada ialah ‘mara bahaya’. Dan tiada perkataan mergastua. Yang ada ialah ‘margasatwa’. Sahabat saya di Indonesia yang menerangkan kepada saya berikutan daripada entry ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Terlopong jugaklah sekejap. Rupanya banyak lagi kesilapan Jawi kepada rumi. Persoalannya, bilakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengambil tindakan daripada asyik menafikan kesilapan mereka?
Nampaknya ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Dewan Bahasa dan Pustaka seolah-olah ‘melepaskan batok di tangga’, tak pernah nak kaji habis-habisan aspek Bahasa Melayu.

Oklah. Itu saja untuk kali ni. Jika anda rasakan entry ini ada pengetahuan penting untuk dikongsi, silalah share. Tak perlu mintak kebenaran. Tapi kalau taknak share pun takpe, saya tak paksa pun. Dan jika anda rasa ada lagi pengetahuan tentang kesilapan lain dalam Bahasa Melayu, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan kreditkan nama anda sekali; jangan risau.

Itu saja. Hingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan jumpa lagi!

bird
Save our forest. Save burung pegar.
This community service is brought to you by Uspot UPM.

13 comments:
Write curses
  1. Aku ada nampak orang bela spesis burung pegar ni kat kawasan perumahan aku. Tak tau la nama ia pegar. Aku belasah adik ayam kluk kluk (belanda) sebab lebih kuran serupa dan kakak merak sebab ekor tak kembang cam merak. Heh.

    ReplyDelete
  2. emmm...macam betul jugak...ada lagu m nasir lirik dia macam ni "ribu2 margasatwa"...sori tak ingat tajuk lagu...bila baca entri ni baru faham margasatwa tu apa

    ReplyDelete
  3. Angel Ina - lagu tanya sama itu hud-hud
    I wong - ada orang bela dah? nak bela jugaklah. haha.

    ReplyDelete
  4. cantik burung pegar tu eh
    memang tak pernah nampak
    tambah lagi benda baru

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikumm Bedaduz...

    Kaksu jumpa laman web ni, sebab entri harapkan pegar, pegar makan padi tu. Entri yg sangat sangat bagus.

    DBP, pada akak memang sepatutnya mengkaji semula banyak perkataan bahasa melayu yang mungkin suatu waktu dahulu, berlaku kesalahan tanpa disengajakan. Jangan cepat melatah, dan takut untuk mengakui kesilapan. Macam yg bedaduz cakap, akan banyak perbendaharaan kata yang akan pupus, seperti pupusnya burung pegar!

    Banyak pula bahasa orang putih, buleh dimelayukan.. tetapi bahasa melayu sendiri yang indah dibiarkan tunggang langgang!

    ReplyDelete
  6. TERRRBAAIKKKKK>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

    ReplyDelete
  7. merah padam memang cam tak kena je.. merah padma barulah nampak kerasionalannya. Sebab dah biasa, kita pun ikut je bulat-bulat. Lepas ni bolehlah pakai merah padma.

    Untuk merbahaya setahu saya memang tidak ada..tapi dipakai berbahaya dan kalau mengikut kamus mara bahaya dieja secara rapat marabahaya.

    ReplyDelete
  8. Salam..singgah kt sini sbb ada yang share..tq..kalo tak mesti tak tahu pasal pegar tu..yang batok tu..kalo tak silap mmg 'melepaskan batok di tangga' bukan 'batuk'..cuma,sentiasa membayangkan yang 'batok' tu adalah 'batuk'..

    owh,mmg ada perkataan mergastua ea..?mergasatwa memg tau ada sbb dlm lirik m nasir..dan rasanya perkataan 'merbahaya' memang tak ada dalam kamus dewan terbitan DBP sbb dalam bahasa melayu tak ada imbuhan mer-..yang betulnya, 'berbahaya'.. 'marabahaya' saya tak pasti.. cuma masyarakat kita je yang selalu guna 'marabahaya' dan 'merbahaya' even dekat papan tanda pun..

    ReplyDelete
  9. wahh byknya kesilapan,...DBP mmg kena ambil tindakan ni,...jgn gk sja,...bgus2,..thanks for ur info,..very nice,..tetibe rasa cam nak blajar bm balik,...heheh

    ReplyDelete
  10. Salah seorang blogger yang berjaya menaikkan nama blog dengan cara dan penulisan tersendiri. Syabas! Inilah yg dikatakan penulisan yang ikhlas dan pastinya pengikut yg ikhlas pun akan bertambah. Tahniah :)

    ReplyDelete
  11. komen dari fb:

    Ustaz Kay: ini sama dgn teks melayu lama yang ditulis semula oleh orang yang tidak reti arab, banyak perkataan yang salah diterjemah atau ditanda dengan '?'. dalam buku Undang2 Kedah contohnya, ada beberapa kesalahan yang hanya diketahui oleh mereka yg tahu bahasa Arab

    Ustaz Kay: sama sprt perkataan ikhtiar. maksud asal Arab ialah pilihan sendiri, tp org Melayu dah salah guna sampai jadi makna 'usahakan'.kalau dalam ilmu usuluddin, kefahaman cara melayu perkataan ini, boleh menjejeskan kefahamn yg sebenarny

    ReplyDelete
  12. 'merbahaya' ni sudah ditimbulkan dalam majalah Dewan Siswa masa saya sekolah rendah (awal 90-an) dalam ruangan pakar bahasa dgn nurin. Peminat Dewan Siswa masa sekolah rendah, hehe.

    Bahasa sememangnya penghubung antara generasi sekarang dengan generasi dahulu. Generasi muda turki contohnya, terputus hubungan dengan nenek moyang mereka disebabkan oleh pertukaran bahasa. Kita bernasib baik sebab masih kekal menggunakan Bahasa Melayu, walaupun rasanya membaca teks melayu lama hampir2 menyamai bahasa asing.

    ReplyDelete
  13. Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia dah hentikan buat penyelarasan perkataan dengan Pusat Bahasa Indonesia. tapi rasanya YoRais nak hidupkan balik hal2 penyelarasan nih.


    oh ya satu lagi yang buat aku tertanya.

    filipina, buntot = ekor
    indonesia, bontot = ekor
    malaysia, bontot = punggung

    siapa yang salah? siapa yang betul?

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter