11 January 2012

Saya pun baca blog kamu....

I’m sick of all the insincere, so I’m gonna give all my secrets away
- One Republic, Secrets
Makan tengahari di tempat yang luar biasa. Di tengah Fakulti Alam Sekitar. Bersendirian. Dengan sebungkus polisterina Nasi Goreng Ayam Special.
Sewaktu mengipas-ngipas lalat yang tidak segan, Doktor Pengerusi dengan kakak Master lalu. “Hai Syed, dah popular pun makan nasik bungkus ke?”
Fuuuussssshhhh. Deruan darah hangat naik ke muka. Sekali lagi dia menggagapkan saya. Kepalan nasik hampir meletus dari mulut; gigi gagal mengunyah.
“Mana Doktor tau?” saya senyum kekambingan.
“Saya pun baca blog kamu!”
Doktor naik atas tangga; senyum selebar Sungai Pahang. Akak Master belakang dia pandang saya; pun senyum sekali.
Speechless! Kantoi sudah!

LiveJournal Tags:








2 comments:
Write curses
  1. Nasib baiklah setakat ni kawan2 aku jer baca blog aku. Heh. Kalau SV aku baca... aku tak tau la apa dia nak bandingkan aku dengan FYP aku nanti. hahah.

    ReplyDelete
  2. Salam Adek,

    Harap lepas ni bawak tupperware utk tapau food ya..kan pelajar Alam Sekitar..jgn la pakai styrofoam/polisterina, please.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter