28 February 2011

Fara Fauzana dan Kisah Hantu

25 Febuari 2011, Jumaat
Kami berekspedisi mula jam 7.00 petang, menaiki Perodua Kembara. Destinasi: Rembau. Kami berlima pada kali ini. Malam yang sesak di atas jalanraya, dengan hujan renyai2. Kesesakan paling teruk untuk keluar tol UPM. Persinggahan pertama di R&R untuk solat Maghrib.

25022011041
Di R&R
Tiba ke destinasi pada hampir pukul 10 malam. Makan malam di rumah kawan saya dan terus ke rumah yang “tersebut”.
25022011043
Keadaan waktu malam sejurus sebelum kami memasukinya
Rumah ini merupakan rumah keluarga milik seorang sahabat. Rumah ini bakal dijadikan homestay Kg. Gadong, Rembau. Siap didirikan pada 6 Syawal 1358 H pada hari Isnin. Sudah berusia lebih 50 tahun. Rumah ini terletak di sebelah rumahnya, dan dipisahkan oleh pintu pagar kecil.

Kami memasuki rumah ini hampir pukul 11 malam. Ibu sahabat saya itu membantu kami membawa peralatan tidur daripada rumahnya. Seperti biasa, kami menyediakan tempat tidur dahulu. Memandangkan masih tiada perabot, kami hanya melapik lantai dengan tikar plastik dan selimut tebal sebagai tilam. Kami tidur di bahagian dapur atas alasan dekat dengan tandas, walaupun ada antara kami yang tidak bersetuju.

Selepas solat Isyak, kami minum kopi dan bersembang kosong. Apabila berada dalam rumah yang begitu tradisional, mood dan perasaan kami begitu lain. Teruja dan sedikit seram.

Sewaktu menempuh hujan selepas keluar dari kereta tadi, Walkman Sony MP4 saya terjatuh ke lopak air, dan tidak dapat di’off’kan. Jadi saya biarkan ia terus memainkan lagu, supaya bateri habis.

Hampir pukul 1.30, masing2 sudah mulai mahu tidur, kecuali saya dan dua lagi sahabat. Sedang kami berbual2, terdengar bunyi pintu pagar bergerak, seperti bunyi buaian. Kami mendiamkan diri sebentar.

Seorang sahabat menegur “Bunyi apa tu?” Saya memarahinya spontan. Kemudiannya, seorang lagi tidur, kecuali saya dan sahabat yang menegur tadi. Kami membaringkan diri, tetapi rasa mata begitu sukar untuk tertutup. MP4 saya masih lagi memainkan lagu, menjadi satu2nya bunyi yang kami dengari ketika ini.

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi pintu pagar tadi. Apabila bunyi pintu pagar tadi berhenti, tiba2 pintu dapur diketuk kuat, seperti ada seseorang yang ingin masuk. Kami membatukan diri. Saya berasa begitu kaget, tetapi kami masih berdiam diri. Bunyi orang mengetuk pintu hanya sekejap, tetapi kuat.

Setelah itu, kedinginan dan kesunyian malam menguasai. Dalam masa 10 minit, tiada apa2 bunyi. Saya cuba menutup mata, sebelum pintu pagar berbunyi kembali, seperti bunyi buaian. Saya menunggu, kerana saya tahu ‘benda’ itu akan kembali.

P2250140
Tempat tidur kami di dapur yang kosong


Sebaik saja pintu pagar berhenti berbunyi, pintu dapur dihentam sekali lagi. Seperti ada orang merempuh daripada luar. Saya memandang kawan saya, kemudian mengangguk. Dia pun mengangguk, bermakna dia turut mendengar. Kemudian dia berbisik; “Tidur!” sambil jarinya dilekatkan ke bibir; isyarat menyuruh senyap. Saya berbaring sekali lagi, dan lagu dari MP4 saya masih bermain kuat.

10 minit kemudian, pintu pagar berbunyi sekali lagi, isyarat ‘benda’ itu mengganggu kembali. Saya sempat berharap supaya ia tidak akan mengetuk pintu dapur lagi. Sebaik saja pintu pagar berhenti berbunyi, pintu dapur  dirempuh kuat. Harapan saya tidak menjadi kenyataan.

Kali ini, kawan saya pemilik tuan rumah terjaga. Bunyi yang kuat tadi mengejutkannya. Melihat dia sudah bangun, saya pun bingkas duduk, dan mengejutkan seorang lagi kawan. 4 daripada 5 orang sudah terjaga. Saya menerangkan kepada mereka tentang bunyi yang saya dengari dengan bahasa isyarat; dengan niat tidak ingin menegur. Tetapi dia menyangka saya bermaksud pencuri. Segera dikeluarkan parang, sebelum saya menerangkan sekali lagi tentang perkara sebenar. Kami berdiam selama beberapa minit.

Selepas beberapa lama, dia bertanya sama ada kami ingin kembali ke rumahnya atau tidak. Saya mengangguk. Dia kemudian menghubungi ibunya, meminta membuka pintu untuk kami masuk. Tetapi ibunya terus datang ke rumah tersebut dan menjemput kami.

Kami lekas mengejutkan seorang lagi kawan yang masih tidur, mengemaskan barang dan terus pulang ke rumah sebelah. Kawan saya si pemilik rumah berbual dengan ibunya kemudiannya tentang rumah tersebut.
rumah
Rumah tersebut pada waktu siang. Bulatan merah ialah pintu pagar yang berbunyi; bulatan biru ialah pintu dapur yang diketuk.

P2250142
Pintu dapur yang diketuk daripada pemandangan dalam. Ciri unik pintu ini ialah ia dibahagikan kepada empat daun; 2 atas dan 2 bawah. Bahagian atas boleh menjadi seperti tingkap jika bahagian bawah dikunci

P2250136
Pintu dapur yang diketuk: pemandangan luar
P2250139
Perabot berusia puluhan tahun yang masih tersimpan dalam rumah tersebut. Dari kanan: radio, almari, almari dapur. Perabot yang lain sudah dibuang.

Antara perbualan kawan saya dan ibunya ialah; siapa yang tidur dibawah alang. Dan yang tidur dibawah alang pada malam itu ialah saya dan kawan saya yang diganggu! Patutlah kami berdua saja yang diganggu pada malam itu.

Menurut ibunya, orang yang tidur dibawah alang paling mudah diganggu, disantau, dan di‘hantar’, selain sukar untuk tidur. No wonder! Kali pertama saya mendengar penjelasan seperti itu.

Selain itu, kemungkinan besar ‘benda’ itu cuma dapat mengganggu dari luar kerana dia tidak dapat masuk. Setelah kami semua solat Isyak dan membaca ayat Qursi, dia tidak dapat masuk lagi ke dalam rumah itu. Sebab itu barangkali dia mengetuk pintu rumah kuat2. Kalau dia dapat masuk, mungkin dia akan mengganggu kami dengan lagi dahsyat!

Selain itu, adik kawan saya itu juga pernah melihat seorang wanita berpakaian putih duduk di bawah rumah, selain ayahnya pernah tertangkap gambar wanita berambut panjang sewaktu merakam gambar di sekitar rumah itu.

Kawan2 saya semuanya berharap supaya kami dapat tinggal lagi di situ, kerana mereka tidak terjaga sewaktu diganggu dan tidak mendengar apa2 bunyi aneh. Tapi saya yakin, sewaktu kami semua berjaga, ‘benda’ itu tidak berani mengganggu. Setelah semua mulai tidur, barulah dia mula menjalankan agenda. Kalau difikirkan logik, sepanjang kami berbual malam tersebut, langsung tidak ada apa2 bunyi. Sewaktu seorang demi seorang tidur, barulah dia berani mengetuk pintu. Dan kalau kami stay, mungkin dia akan mengganggu dengan lagi dahsyat!

Ada berani? Datanglah ke Kg. Gadong, Rembau untuk pengalaman eksklusif anda!

26 Febuari 2011, Sabtu.
Setelah malam yang menakutkan, kami tidur lena. Pada waktu pagi, kami semua melawat Istana Raja Melewar di Astana Raja.
P2250154
Istana Raja Melewar.
P2250160
Replika Batu Kasur seperti yang asal di Sumatera Barat. Batu ini merupakan salah satu ujian bagi anak raja di Pagar Ruyung. Batu ini akan dialas dengan daun jelatang yang sangat gatal dan anak raja akan tidur di atas batu ini selama beberapa malam sebagai ujian. Mereka akan diganggu dengan gangguan mistik selain merasa gatal yang amat sangat dan sesiapa anak raja yang berjaya dianggap sebagai layak menjadi raja.

Setelah melawat sekitar Istana Raja Melewar, kami sempat melalui beberapa kawasan yang dianggap keras oleh penduduk sekitar. Antaranya 3 rumah berjiran yang dikatakan keras yang terletak bersebelahan Masjid Batu.

P2250226
Rumah 1
P2250227
Rumah 2

P2250229
Rumah 3
P2250224
Masjid Batu yang terletak bersebelahan rumah2 berhantu tersebut

Ketika berjalan2 di sekitar kawasan ini, kawan saya menunjukkan arah rumah nenek Fara Fauzana. Baru saya tahu neneknya orang Rembau!

Akhir sekali kami singgah di kaki Gunung Dat0k. Tapi tak mandi pun, sebab tak bawak baju basahan.

P2250230
Kaki Gunung Datok.
Lepas tu kami pun balik. Dalam pertengahan jalan, kami singgah dekat Gerai Cendol Leman Dawi. Yang spesial gerai ni, kita bayar RM1.00, boleh makan cendol puas2. Boleh tambah sampai kenyang. 

N lagi satu, Pak Cik Leman Dawi akan menghiburkan pelanggan dengan menyebut fakta2 sejarah setiap negeri di Malaysia beserta keluasan setiap negeri dalam km2

Contohnya, dia tanya pelanggan dari negeri mana? n kalau pelanggan tu dari Melaka, dia akan sebut keluasan negeri Melaka, jumlah penduduk, n asal usul nama negeri Melaka. Hebat2!

IMG_2208
Cendol Leman Dawi!
Selepas itu, kami pulang semula ke UPM dengan seribu satu pengalaman baru… Itu saja ceritanya! Penat menaip!

10 comments:
Write curses
  1. suke cendol leman dawi..hahahhha

    ReplyDelete
  2. nantikan cerita hantu yg strusnya..hehehe! pastikan kamu flow blog ni supaya x terlepas crita hantu yg lebih dahsyat lagi!

    ReplyDelete
  3. cuak2... tak sanggup kene kacau mcm tu...adeh...

    ReplyDelete
  4. cuaknye aku baca citer ni...
    aku asyik terbayangkan yang ko akan letak gambar antu bsr2 kt page bwh skali spy sape2 yang baca akan terkejut gler...

    Nasib baik xde, Tenet.... haha...
    PS: ko org mane ek?? alang2 ko sentuh pasal N9 ni, tau x ade Program Citra Budaya Perpatih kt N9 ujung mggu ni... Info selanjutnye:

    http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=531505

    ReplyDelete
  5. Najah: kan? jantungku berdegup kencang waktu tu..mcm nak pecah..hu3!

    Ziera: aku nak letak da, tpi nnti org xnk plak bace blog aku lain kali...hahahaha!
    owh, ada program ye. hmm, btw, aku bkn org n9. aku org pahang. just aritu teman budak2 ni wat projek kelas pelancongan...

    ReplyDelete
  6. pe maksudnye tido di bawah alang..??alang 2 pew ye..??!! -_-'

    ReplyDelete
  7. nasib nenek tu tak smileee hehehehe

    ReplyDelete
  8. wah...student UPM eyh? hehehe menarik kisah kt sini hehehehe

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter