07 November 2020

UPDATE SENDU

 Ya lama juga berkira-kira nak menulis apa dalam blog, tapi sudahnya mood jugak yang disalahkan. Padahal malas.

 

Sabtu harini, dekat pejabat. Ya carutlah daku teman-teman. Diam-diam pergi ofis sebab banyak sangat kerja, audit tahun 2019 tengah menekan-nekan kewarasan dan ketenangan diri.

 

Saja je nak bukak blog sekejap, nak tengok kalau ada komen baru. I'm very bad at replying comments actually, sama jugak lupa nak balas mesej, balas tuid, balas DM. Selalu dah balas dalam minda, tapi rupanya jari tak menulis. Surprisingly ada new blog update dari kakasarah, Keon. Aku ingat bila aku takde masa nak update orang lain pun takkan update jugak. Lupa yang dunia ni doesn't revolve around me.

 

Tapi paling tanjat tengok Nano update. Wehhhh gilak 6 tahun sudah last hapdet, tiba-tiba ada update baru. Lalu itulah trigger aku pada hari ini untuk menulis, kata Nano dalam her latest entry (I paraphrase independently) membaca entry-entry lama untuk mengimbau memori dulu, untuk mengingat diri kita bagaimana ketika itu. Menulis tu lebih daripada untuk orang lain membaca, adalah untuk diri sendiri yang baca.

 

Lalu itulah yang saya jadikan pegangan petang-petang ini, tatkala sambil buat kerja, sambil reply WhatsApp keluarga yang kini di Kuantan, (Isnin ni ada operation mak dekat Hospital Kuantan), sambil-sambil reply mesej Naja (in the future I would forget what was our conversation, but future self nanti refer ya WhatsApp tarikh ni) saya mencuri sedikit masa untuk mencoret bingkisan untuk dikenang diri masa hadapan nanti. 

 

Sabtu, 7 November 2020. Oh lepas tulis tarikh ni baru teringat birthday Aha harini! Brb nak wish birthday. 

 

(10 minutes later) 


Esok birthday Akmal pulak. Both are my nephews. Aha 11 tahun, Akmal 10. Dan harini juga, PKPB diumum akan disambung 4 minggu lagi dari 9 November ke 6 Disember 2020. Maka hilang juga plan nak bercuti-cuti Malaysia. 

 

Sekian saja update sendu dari saya. Sekian melaporkan dari Majlis Bandaraya Subang Jaya (baru upgrade y'alll sebelum ni perbandaran saja) your favourite blogger montel, Bedaduz. Bubye

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter