Bila usia kita sebagai seorang lelaki dewasa dah mencecah 25 tahun, perasaan kita pada banyak benda mula jadi berbeza. Semuanya jadi seakan-akan lain, pemikiran kita yang dulu dibentuk daripada pengalaman-pengalaman lama mengalami anjakan, sikit demi sikit. Banyak hal yang dulu kita fikir kita takkan buat, kita terpaksa buat. Cara berfikir pun jadi makin berbeza berubah ikut peredaran usia.
Antara perkara paling penting yang akan menjadi persoalan penting lepas usia setengah dekad lagi nak cecah 30 ialah hal-hal berkaitan persahabatan.
Waktu remaja-remaja sampailah dekat U dulu, setiap masa dengan kawan. Tiap hari bersama rakan sebaya, sampai pengaruh rakan sebaya tu faktor paling utama dalam isu-isu sosial. Dari bangun pagi mandi sama-sama, pergi kelas naik bas sama-sama, makan sama-sama, balik kolej sama-sama, bila malam tidur bilik yang sama. Bila ada program join sekali sama-sama.
Tapi bila dah bekerja, terasa sangat nak jumpa kawan-kawan kita ni sebenarnya macam nak buat appointment dengan menteri. Susah sangat. Dan tanpa kita sedari, semakin lama perhubungan kita semakin menjauh - merapuh.
Setiap kali nak makan sama pun kena rancang setiap segi; jarak, tempat, masa, kenderaan, kelapangan. Untuk make it work kena letakkan usaha tinggi, seolah-olah persahabatan tu bukan benda normal, tapi komitmen gila yang sangat susah nak dikekalkan.
Ajak makan malam je, kena tengok orang ni free ke tak, rumah jauh ke tak, ada program lain ke tak, penat ke tak. Bila kali kedua ketiga susah jugak nak jumpa, last sekali kita give up, kali keempat tak payah jumpa teruslah. Belum lagi kira yang cancel appointment lepas kita dah sampai.
Satu lagi benda yang orang-orang bujang bila keluar sama-sama, akan ada kawan-kawan yang dah ‘bertunas’, lalu perbualan tu akan jadi macam sedikit awkward.
“Haritu keluar dengan tunang aku...”
“Tunang aku cakap....”
Dan macam biasalah, selalunya ajakan kita akan ditolak atas sebab tunang.
“Tak boleh keluar minggu ni, tunang aku ajak pergi tempat lain.”
“Sorrylah, aku busy minggu ni. Buat persiapan tunang.”
Kita tumpang gembira kawan-kawan dah naik satu takat lagi, tapi ada masanya kita rasa kita teringin luangkan masa dengan dia macam dulu.
Dulu kita percaya yang ‘apa-apa pun yang berlaku takkan mengubah persahabatan kita.’ Tapi bagi masa sebulan dua je, semua dah jadi tak sehaluan.
Actually bila dah usia 25 tahun, hakikat penting yang kita kena fahami ialah kita hanya akan jumpa kawan-kawan tertentu bila dia kahwin nanti. Dan kita akan bertemu dengan dia sekali lagi bila kita kahwin nanti. Itupun kalau bertuah. Ada yang harapan nak jumpa tu sama tipis macam nak jumpa bigfoot.
Kita kena fahami bahawa dalam usia sekarang ni, sahabat tu bermakna orang yang kita akan contact kadang-kadang, dan bukan setiap hari macam dulu. Dulu nak berbual lama dan panjang, datang bilik kawan sembang sampai pagi. Boleh bersembang pasal banyak benda, lepas tu masing-masing terlelap. Yang mana dan atas lantai, atas lantai. Kalau tuan bilik banyak bantal boleh bagi sebutir dua.
Tapi sekarang, agak-agak kalau kita seminggu mati pun takde siapa kawan yang tahu.
Cuba bila kita ada masalah, dulu terus datang bilik kawan cerita, luahkan segala-gala. Tapi sekarang, cuba imagine kalau ada masalah, kawan mana yang kita fikirkan dulu? Nak bukak phone, nak whatsapp atau mesej pun kena fikir seribu kali berbaloi ke tak masalah tu nak diceritakan. Bila semak senarai nama dalam list kawan-kawan, kita dah tahu daripada 800 kawan tu sorang pun kita tak boleh nak luahkan perasaan.
Itulah hakikat hidup manusia yang menyedihkan. Bila kita fikirkan semua ni, rasa macam kehidupan ni sesuatu yang kejam. Ataupun jugak, expectation kita yang terlampau tinggi.
Tapi itulah yang kita kena lalui. Life goes on.
Penyelesaiannya satu je: move on. Cari hobi. Tulis buku. Buat apa-apa benda yang boleh buat kita lupa yang semuanya dah tak sama.
Sama ada kita tahu cepat atau lambat, tetap akan berlaku. Kita bersedia atau tidak, akhirnya terpisah juga.
sedih pulak baca entry ni. Cuba membayangkan masa depan. Rupanya mcm ni.
ReplyDeleteinilah hakikatnya. nak taknak kena terima. kadang2 kita je semangat nak kekalkan persahabatan, tapi org lain dah tak begitu :(
Delete