21 January 2014

Game of Thrones



Salam peeps and a very good day. I have a question to ask you. Tahukah anda pada tahun 2012 dan 2013 TV show manakah yang paling banyak dicetak rompak? Glee? How I Met Your Mother? Vampire Diaries? Breaking Bad? Lost? Supernatural?

Jawapannya ialah: Game of Thrones!
 


Most probably tak ramai pernah tengok show ni, sebab dekat Malaysia memang tak tayang pun. Neither in ASTRO nor in free TV channels, sebab cerita ni penuh dengan violence dan nudity (bogel dan lucah). (Tahun lepas baru start tayang dekat HBO Astro)

Tapi dekat US dan UK, Game of Thrones mengungguli carta siri terbaik 2012, tempat keempat dalam siri terbaik sepanjang zaman dari IMDB (walaupun mendapat bintang tertinggi – 8.9/10).

Mula-mula saya tak minat pun cerita ni, tapi bila baca review online dekat satu blog tu yang kata cerita ni sangat unexpected dan best, saya pun macam interested nak tengok. Lepas tu apa lagi, piratebay la, download Season 2. Season 1 saya dapat dari senior.

Masa cuti raya tahun lepas, habis saya pulun cerita tu sampai habis. Dan memang betul, cerita ni sangat best dan unexpected dan kejam dan gore dan boleh buat kita menangis dan tension. Jalan cerita dia memang tak pernah tengok sebelum ni dalam mana-mana cerita yang ala zaman medieval (note: medieval ialah term untuk describe genre macam cerita Merlin, 300, Gladiator, Rome, Spartacus dan yang sewaktu dengannya).

Walaupun cerita ni namanya ada perkataan Game, actually dia berdasarkan siri buku George RR Martin, A Song of Ice and Fire.

Game of Thrones mengisahkan perebutan 4 buah keluarga untuk merebut takhta kerajaan Westeros. Setiap keluarga mempunyai kekuatan masing-masing (macam 4 buah rumah dalam Harry Potter) yang saling bermusuh. Terdapat jugak keluarga lain dalam cerita ni tapi fokus utama musim pertama ialah kepada 4 keluarga ni, sebelum konflik takhta merebak ke keluarga lain.
GAME OF THRONES AWARD WINNING OPENING CREDIT

SINOPSIS

Cerita Game of Thrones ni terdapat tiga timeline yang bergerak serentak, iaitu di Westeros yang melibatkan pergolakan kerajaan, di The Wall yang melibatkan kemunculan makhluk mistik, dan di Dothraki yang melibatkan kebangkitan kuasa seorang puteri terbuang untuk menuntut takhta.

Di Westeros, Lord Stark, daripada keluarga Stark dipilih menjadi Hand of King kepada King Robert daripada keluarga Baratheon setelah kematian Hand of King sebelum itu, Lord Arryn. Untuk menjadi Hand of King, beliau terpaksa meninggalkan kotanya, Winterfell dan menetap di ibu kota Westeros, King’s Landing untuk berkhidmat kepada raja. Beliau membawa bersama dua anak perempuannya, Sansa dan Arya.

Tiba di sana, Lord Stark dapat mencium beberapa konspirasi yang melibatkan ratu iaitu Cersei daripada keluarga Lannister. Akhirnya beliau dapat membongkar kegiatan tidak bermoral Permaisuri yang bersumbang mahram dengan kembarnya sendiri, Jaime sehingga melahirkan tiga orang anak luar nikah yang disangkakan istana dan rakyat jelata sebagai anak kandung suaminya, Raja Baratheon.

Setelah kematian King Robert, anak luar nikah Cersei, Joffrey diangkat menjadi Raja kerana dianggap sebagai anak Raja yang sebenar. Sewaktu ingin menurunkan Joffrey dari takhta, Lord Stark telah ditangkap dan dianggap sebagai pengkhianat lalu dihukum bunuh. Setelah kematiannya, anaknya, Robb Stark mengetuai tenteranya untuk membebaskan wilayah utara daripada cengkaman Westeros sekaligus membalas dendam terhadap keluarga Lannister.

Adik mendiang King Robert, Stannis dan Renly bergaduh sesama sendiri untuk menuntut takhta kerana mereka beranggapan mereka yang paling layak menjadi Raja memandangkan King Robert tidak mempunyai anak melainkan anak-anak luar nikah Cersei dengan kembarnya yang disangkakan anak King Robert.

Pada masa yang sama, di seberang Narrow Sea, anak Raja yang terdahulu sebelum Robert, Daenerys Targaryen mengumpulkan kekuatan sendiri untuk menuntut takhtanya setelah ayahnya, Mad King mati dibunuh pada pemberontakan 13 tahun sebelumnya. Keluarga Targaryen merupakan keluarga penunggang naga sehingga beberapa ratus tahun sebelum kisah ini bermula. Ketika permulaan siri ini, naga dianggap sebagai haiwan mistik yang sudah pupus.

Daenerys Targaryen walau bagaimanapun, setelah kematian suaminya yang dicintai berjaya menetaskan 3 telor naga yang dibakar dengan mayat suaminya.

Di The Wall pula, Jon Snow, anak luar nikah Lord Stark berhadapan dengan makhluk mistik seakan zombie yang dikenali sebagai White Walkers yang muncul sewaktu musim sejuk dan akan menghuru-harakan seluruh kerajaan Westeros, selain terpaksa berhadapan dengan ancaman orang gasar yang cuba menceroboh.

Keluarga dalam Game of Thrones

STARK
House-Stark-game-of-thrones-20596053-1600-1200

Description: Keluarga Stark menghuni kawasan utara Westeros, iaitu Winterfell, dan dianggap sebagai penguasa kerajaan utara. Keluarga Stark, seperti orang utara yang lain, menyembah Tuhan kuno (the Old Gods of the Forest), iaitu tuhan yang tidak lagi disembah oleh penduduk selatan Westeros. Mereka memelihara weirwood, iaitu pohon suci agama mereka yang tidak boleh dipotong. Pohon itu dipercayai sebagai pelindung mereka dan antara penyebab kekalahan mereka apabila mereka berperang di tempat selain utara dikaitkan dengan pohon itu yang telah pupus di tempat lain.

Ketua: Eddard (Ned) Stark, setelah mati digantikan anaknya, Robb Stark

Lambang: Serigala direwolves

Motto keluarga: Winter is coming.

Ciri-ciri: Rambut perang gelap dan bermata kelabu. 

Kekuatan: setiap 5 orang anak Stark dan seorang anak luar nikahnya, Jon Snow mempunyai seekor serigala (direwolf) yang akan melindungi dan menjaga mereka, sama seperti Digimon. Robb, mempunyai serigala bernama Grey Wind, Sansa – Lady (Lady mati dibunuh Lord Stark atas arahan Cersei Lannister), Arya – Nymeria (Nymeria dihalau Arya ke dalam hutan kerana dikhuatiri akan dibunuh Cersei Lannister), Brandon – Summer, Rickon – Shaggydog, dan Jon Snow – Ghost, satu-satunya direwolf berwarna putih
.
dire-wolves

 
ghost-and-jon-snow-game-of-thrones-direwolves-25439873-1280-720
Jon Snow dan Ghost, the white direwolf

Sinopsis keluarga: Keluarga Stark menguasai daerah utara Westeros dan melindungi Westeros daripada ancaman orang gasar di luar tembok. Keluarga Stark terlibat dengan konflik takhta apabila ketua keluarga mereka, Ned Stark dibunuh atas arahan raja. Robb Stark, anak pertama Ned Stark mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Westeros dan menabalkan dirinya sendiri sebagai King in the North. Kerajaan Stark dianggap sebagai protagonis Game of Thrones, tetapi keluarga yang sangat bernasib malang. Mereka menunjukkan contoh orang-orang yang bermoral dan berakhlak terpuji selalunya akan ditewaskan terlebih dahulu.

House_Stark_and_retainers
Seluruh keluarga Stark sebelum satu-satu dibunuh *spoiler alert!*


BARATHEON

House-Baratheon-game-of-thrones-20596029-500-375

Description: Keluarga Baratheon menguasai kerajaan Westeros melalui pemberontakan Robert Baratheon menggulingkan Dinasti Targaryen.

Ketua: Robert Baratheon. Setelah kematiannya takhtanya menjadi rebutan antara adik-adiknya, Stannis dan Renly.

Lambang: Rusa jantan

Motto: Ours is the fury

Ciri-ciri: Berambut hitam

Kekuatan: Askar yang ramai

Sinopsis keluarga: Robert Baratheon mengetuai pemberontakan menggulingkan raja, dan berkahwin dengan Cersei Lannister kerana terhutang budi dengan sokongan kewangan daripada keluarga Lannister sewaktu pemberontakan. Malangnya, isterinya curang dengan kembarnya sendiri dan melahirkan anak luar nikah seramai 3 orang yang disangkakan sebagai anak-anaknya.

House-Baratheon-house-baratheon-30936727-1002-702

Apabila Robert meninggal dunia, adik-adiknya merebut takhta kerana tidak mengakui keturunan anak Robert yang dilahirkan Cersei. Keluarga Baratheon bersifat ganas, dan saling berbunuhan antara adik beradik untuk mencapai cita-cita politik. Jumlah askar yang ramai merupakan kekuatan utama mereka.
 
 
TARGARYEN
 
House-Targaryen-game-of-thrones-20596041-1600-1200

Description: Keluarga penunggang naga dan mampu menahan kepanasan. Keluarga yang berjaya menyatukan 7 kerajaan di Westeros kepada satu kerajaan melalui perang dan naga, tetapi akhirnya ditamatkan dinastinya kerana kekejaman Mad King, raja terakhir daripada keluarga Targaryen yang mengakibatkan pemberontakan Baratheon

Ketua: Viserys Targaryen, setelah dibunuh hanya tinggal sorang waris, iaitu Daenerys Targaryen

Daenerys_and_Viserys
Viserys dan Daenerys Targaryen, the last two remaining heirs of Targaryen

Lambang: Naga kepala tiga

Motto: Fire and Blood

Ciri-ciri: Berambut putih dan bermata ungu, boleh menahan kepanasan

Daenerys-Targaryen-game-of-thrones-23107710-1600-1200
Daenerys Targaryen setelah berjaya menetaskan telur-telur naganya

Kekuatan: Setelah melarikan diri daripada Westeros, waris terakhir Targaryen, Daenerys berjaya menetaskan tiga ekor naga yang dibakar dengan mayat suaminya dan seorang wanita ahli sihir

Sinopsis keluarga: Keluarga Targaryen semuanya mati dibunuh Robert Baratheon sewaktu pemberontakan, termasuk anak kecil. Hanya dua waris yang terselamat, iaitu Daenerys dan abangnya, Viserys. Viserys mengahwinkan Daenerys kepada Khal Drogo, pemimpin Khalasar yang menunggang kuda dengan harapan Khal Drogo akan membantunya menakluk semula Westeros.

Ketamakan Viserys mengundang maut apabila dia dibunuh dengan dituang timah cair ke kepalanya akibat cuba mencederakan Daenerys. Tidak lama kemudian, Khal Drogo, suami Daenerys diberi racun dan berada dalam keadaan koma. Pada masa yang sama, anak Daenerys yang berada dalam kandungannya mati disihir ketika cuba memulihkan suaminya dan anaknya dilahirkan dengan keadaan bersisik seperti naga.

Daenerys akhirnya menekup muka suaminya dengan bantal untuk menamatkan penderitaan suaminya, lalu membakar mayat suaminya dengan wanita yang menyihirnya bersama dengan tiga telur naga yang dikatakan sudah tidak boleh menetas.

Drogo_Dany_Wedding_Day
Hari perkahwinan Khal Drogo dan Daenerys

Setelah api tersebut padam, hanya tinggal Daenerys bersama tiga ekor naga yang berjaya ditetaskannya daripada telur-telur itu, dan dia diberi gelaran Mother of Dragons. Dengan tiga ekor naga tersebut, Daenerys cuba kembali menakluk Westeros.

Dany_and_Dragons_S3E7
Daenerys bersama 3 ekor naganya yang sudah besar (sikit)

LANNISTER
House-Lannister-house-lannister-24540076-1600-1200

Description: Keluarga yang sangat berpengaruh kerana kekayaan yang melimpah ruah. Keluarga Lannister penuh dengan muslihat dan tipu helah (nama pun dah bunyi macam sinister), namun kekayaan mereka banyak kali menyelamatkan mereka daripada terbunuh

Ketua: Tywin Lannister

Lambang: Singa berbulu emas

Motto: Hear me roar

Ciri-ciri: Berambut emas, bermata hijau

Sinopsis keluarga: Keluarga antagonis yang dibenci ramai. Mereka mempunyai kekayaan dan banyak memainkan peranan dalam Game of Thrones kerana harta mereka. Keluarga mereka menyokong pemberontakan Baratheon, namun waris yang menaiki takhta selepas kematian Robert kesemuanya adalah anak Lannister, akibat kegiatan Cersei yang bersenggama dengan kembarnya sendiri.

Keluarga Lannister dipimpin oleh Tywin Lannister, dan mempunyai tiga anak, si kembar Cersei yang menjadi Permaisuri dan Jaime Lannister, dan adik bongsu mereka, Tyrion Lannister yang bantut. Tyrion Lannister dibenci seluruh keluarganya kerana cacat dan ibunya meninggal dunia akibat melahirkannya.
 house_lannister_by_pozsy-d3k922m
Tywin, Cersei dan kembar aka kekasihnya, Jaime; dan Tyrion


Perang dalam Game of Thrones dimulakan oleh keluarga Lannister yang cuba membunuh anak keempat Stark, Brandon yang secara tidak sengaja melihat Jaime dan Cersei bersumbang mahram. Jaime mencampak Brandon ke tanah lalu mengakibatkannya lumpuh separuh badan. Kejadian ini mengakibatkan keluarga Stark merasa curiga terhadap keluarga Lannister, lalu sedikit demi sedikit permusuhan berlaku sehingga tercetusnya perang antara keempat-empat keluarga ini.

So peeps. That’s all for this entry. Kalau nak tengok cerita ni, please berhati-hati sebab cerita dia banyak part tak senonoh (gore, darah, sex) tapi put those aside and you will have a very excellent show to watch. Yang best tentang Game of Thrones ialah tak boleh predict langsung apa yang bakal berlaku, sebab watak utama dia pun kena bunuh sekelip mata macam tu je. So tak tahu apa bakal berlaku.

Cerita ni boleh tengok sekali je, sebab dia requires a great deal of emotional strength to watch. Lepas habis tengok memang rasa penat gila. Selain cerita yang best, Game of Thrones juga memenangi beberapa anugerah untuk lagu tema dan kredit pembukaan yang awesome.

Anyway, please enjoy the show. Salam.Open-mouthed smile

6 comments:
Write curses
  1. Maaf. Saya tak menonton kisah ini. Terlalu banyak adegan yang tak senonoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adegan yang tak senonoh tu skip terus ke bahagian senonoh ;)

      Delete
  2. wah rajin awak tulis. dah sampai part anak King Robert dijumpai? dia tukang besi tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah2. ada dalam gambar keluarga Baratheon dkt atas ni :D

      Delete
  3. cerita nie best giler .. x sabar nk tgk new season.

    ReplyDelete
  4. Sinopsis yg sgt baik. Astro HBO ada tayang crita ni tapi censored, of course.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter