09 June 2019

Orion

Saya menghela nafas panjang, di atas tunggul kayu, tebing bukit di ladang universiti. Cuti semester masih berbaki beberapa hari, pelajar universiti tidak ada yang akan ke mari malam ini. Sesuai untuk saya bersendiri melayan perasaan.

Malam ini kerdipan bintang cemerlang tanpa lindungan awan gemawan. Buruj Orion masih terpampang di dada langit, bulan terakhir pada tahun ini. Ah, Orion yang sungguh misteri. Buruj yang dikenali manusia seawal tamadun - dari China ke Graeco Roman, ke tamadun Islam. Ketiga piramid Giza didirikan sejajar dengan jujukan bintang dari buruj Orion.

Perasaan melankoli, kecewa dan putus asa sedang bergaul dan amalgamasinya sedang menghenyak setiap pelusuk dada.

Saya memandang Orion buat kesekian kalinya, 'menjahit bintang menjadi buruj wajahmu' - bisik saya sendirian.

"Dalam hidup, kita mesti berani. Berani bukan untuk berlawan, tapi lebih penting berani untuk memilih. Untuk buat keputusan sendiri walaupun tiada siapa yang setuju dengan kita."

Kata-kata Abang terngiang di telinga.

"Kalaulah aku seberani kau, Abang." saya merenung jauh di kaki bukit. Ternampak ada cahaya berkembar dari lampu kereta. Saya sudah bersedia jika ada pengawal keselamatan datang menghalau. Kemasukan saya ke sini dikira menceroboh, sungguhpun saya alumni. Tapi malam semalam tidak ada sesiapa yang mengusir saya dari sini, saya positif malam ini tidak juga.

Silhouette gelap turun dari kereta, pintu ditutup di belakang. Cukup 2 langkah maju, dia berputar kembali. Tangannya diacu ke kereta dan lampu kereta berkerdip sekali.

Dia memandang sekeliling, saya tidak pasti jika dia mampu melihat saya dari sini, tapi dia mula bergerak menuju ke arah saya.

Melihat pakaiannya, saya tahu dia bukan pengawal atau pegawai universiti. Tidak mungkin ada orang lain yang datang ke sini malam-malam begini.

Saya segera bersembunyi di belakang pohon tunggal, darah mula memecut adrenalin. Perlahan-lahan susuk tubuh itu bergerak menuju ke arah saya dari kaki bukit, pelbagai tanggapn negatif mula terbentuk di pangkal minda. Saya tidak membawa telefon bimbit ke sini, jadi sebarang bahaya terpaksa saya hadapi sendirian.

Semakin lama, susuknya semakin jelas. Dari belakang pokok, saya berdoa dia tidak melihat saya dan saya berdoa dia tiada niat jahat untuk ke mari. Ketiadaan cahaya menyukarkan saya untuk mengamati wajahnya.

Dia berhenti beberapa langkah sebelum tiba ke pohon tempat persembunyian saya. "Ada sesiapa dekat sini?" tiba-tiba dia bersuara. Ini, suara yang cukup saya kenal.

Dengan penuh kehairanan, saya melaung dari belakang pokok. "ABANG?"

"YA ALLAH ADA PUN ENGKAU!" dia menjawab.

"ABANG BETUL KE KAU? KE AKU MIMPI?" saya kaget. Terpana.

"YELAH AKULAH! PENAT BODOH AKU CARI KAU!"

 Saya muncul dari sebalik pokok. Dari samar-samar cahaya, saya mendapat gambaran wajahnya.

"Ya Allah Bang. Buat apa kau dekat sini? Kau cari aku kenapa? Mana wife dengan anak kau?" saya bertanya bertubi-tubi, masih terkejut di skala tinggi.

"Wife aku ada dekat rumah, jaga anak. Kau punya cerita lah ni!"

"Apa pulak aku? Apsal kau ada dekat sini? Mana kau tahu aku dekat sini?"

Abang kelihatan sedikit tenang, mengambil tempat di tunggul kayu tempat saya duduk sebelum kedatangannya.

"Kau duduklah sini dulu, banyak benda nak cerita."

Abang mengarahkan. Saya mengambil tempat di depannya, di atas akar banir.

"Tadi, aku dapat call dari company kau. Dua hari kau tak masuk kerja. Kenapa?" Abang mula menyoal.

"Kenapa company aku telefon kau?" saya bertanya semula tanpa menjawab.

"Kau letak nama aku sebagai emergency contact."

"Ya Allah, haah Bang. Aku mati-mati terlupa. Haah aku letak nama kau. Weh, deorang call kau ke?"

"Haah. Deorang kata kelmarin lepas balik kerja takde angin takde ribut, tiba-tiba deorang tak dapat hubungi kau. Semalam kau tak masuk kerja, WhatsApp satu tick. Call masuk voicemail. Deorang dah takut apa-apa jadi dekat kau. Tadi pun kau tak masuk kerja, itu yang tiba-tiba aku dapat call dari HR. Dia tanya aku tahu tak kau dekat mana?"

Saya mendiamkan diri cuma. Abang meneruskan ceritanya.

"Aku cakap 'saya tak tahu Encik. Saya cuba contact dia dulu.' Aku call kau beratus kali semua masuk voicemail, WhatsApp, mesej pakai line. Tak masuk. Tak reply. Aku dah cuak. Aku call balik HR kau, bagitau 'saya cuba cari dia dulu. Telefon keluarga dia dekat kampung dulu tengok macam mana.' Aku mana ada nombor mak kau. Gigih aku cari friend list profile kau dekat facebook, PM ahli keluarga kau sorang-sorang. Semua pun tak tahu kau dekat mana."

Saya tersengih.

"Kau sengih apa? Kau ingat lawak? Kau tahu tak HR kau dah nak buat report polis hilang lebih 24 jam?"

"Alaa garanglah kau ni."

Abang tidak menghiraukan komen saya. Dia menyambung ceritanya.

"Aku siap mintak tolong Tuan Mazuan mintak polis tolong cek kereta kau kalau accident ke. Tolong cek dekat hospital ada mayat tak tuntut ke. Aku pun risau, aku tau kau tak pernah buat benda macam ni."

Saya mengetap bibir. Perasaan bercampur baur mula kembali.

"Abang, terima kasih. Aku appreciate kau. Tapi mana kau tahu aku ada sini?"

"Lepas balik kerja tadi, aku ambil anak dekat nursery, terus pecut cari kau dekat rumah. Housemate kau cakap kau keluar dari pagi tak balik. Aku tahu dah, kalau kau tengah ada benda tak kena, mesti kau akan datang sini."

"Kalau aku takde dekat sini?"

"Mungkin maksudnya kau dah mati, aku nekad nak buat report polis kalau aku tak jumpa kau dekat sini."

Kami berdua terdiam.

"Haah, dah dua hari aku tak datang kerja. Balik kerja haritu, lepas telefon aku habis bateri aku takde mood nak charge. Aku biar je macam tu. Semalam aku tidur je sepanjang hari, mula aku nak bagitau bos aku EL, tapi aku tengok phone takde bateri, aku takde mood nak buat apa-apa. Aku baring je tengok kipas berputar."

Saya mula bercerita. 

"Apa isu kau ni sebenarnya?"

Saya mendongak ke arah Orion.

"Mudahnya kalau aku seketul bintang di Nebula Orion. Aku hanya perlu bersinar."

Abang menjeling menunggu penjelasan.

"Tapi bintang satu hari nanti lepas habis bersinar, akan terbakar semua, jadi blackhole. Burnt out. Dan itulah yang aku rasa sekarang."

"Abang kau pernah terfikir tak, kenapa kita end up macam ni? Kenapa sistem kita ni satu perhambaan? Masa kita belajar dulu, kita ada cita-cita. Tapi sekarang kenapa cita-cita kita macam susah sangat nak tercapai?"

 "Aku taknak banyak. Aku just nak buat sesuatu yang aku suka buat. Aku tak larat hidup dalam keadaan macam ni. Aku rasa semua kewujudan benda-benda dalam dunia ni adalah pengikat kita kepada sistem ni, contohnya telefon tu. Betapa alat tu mengikat aku kepada tanggungjawab untuk berfungsi sebagai seseorang dalam komuniti ni dengan cara berkomunikasi dengan ahli-ahli komuniti yang lain, sedangkan aku tak rela. I don't know the right terms, and I might sound crazy here, tapi mall, rumah kita, matawang, keluarga kita, jalanraya, sistem kerajaan. Semua ni adalah satu cangkuk dalam rantaian besi yang akhirnya menjadi satu struktur rantai panjang yang menjerut kehidupan kita. And why are we still here? Why can't we say eff it all and move away, buat something else that is far removed from the whole system? Aku nak buat sesuatu on my own terms. Aku taknak terjerat dengan semua benda ni!"

Saya berhujah.

"Aku rasa isu dia ialah kau overthinking. Kau ada masalah yang bertimbun-timbun, lepas tu kau tak boleh solve semua sekaligus, kau nak dismiss semua benda serentak, kau salahkan sistem. Sistem macam tu, sistem macam ni."

Abang cuba membetulkan.

"Tak, Abang. Problem is bukan problem yang aku tak boleh solve. Thing is, aku dah penat selesaikan masalah. Aku habiskan masa dan tenaga, kudrat mental aku untuk solve one by one problem setiap hari, fikirkan solution. Yang aku tak larat ialah benda ni akan berulang. Esok aku kena selesai lagi masalah lain, Lusa masalah lain, tulat masalah lain. And I'm not even passionate about it in the first place. Like kenapa aku kena buat semua benda ni? Untuk gaji? Mana pergi semangat aku untuk 'make the world a better place?' Mana semangat aku konon-konon kerja aku membantu masyarakat?"

Telefon Abang berdering, tapi Abang segera matikan. Hati saya tersayat.

"Kita tak sama dah, Bang. Kau dah ada keluarga, prioriti kau dah lain. Kau dah jadi one of those laki berkeluarga bekerjaya, yang wamahyaya wamahmati untuk keluarga. Kita sekarang berdiri atas dua kutub, aku Utara kau Selatan. Kita takkan ada pendirian yang sama."

Saya mula bernada sayu.

"Kita tak pernah ada pandangan yang sama pun selama ni, kau mana suka setuju dengan aku!" Abang bertingkah.

"Tak, at least sebelum ni kita di pihak yang sama, cuma kita berbeza perspektif tentang sesuatu. Kali ni aku rasa macam kau main untuk team kau, aku main untuk team aku." Saya menjawab pantas.

"Tengok, betul aku cakap. Kau memang takkan setuju dengan aku."

Saya tergelak kecil.

....bersambung










No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter