23 October 2011

OTAK KENA MAKAN DENGAN ULAT SEBAB MAKAN SUSHI


Ok, sengaja tulis tajuk dalam CAPS LOCK . Konon-konon nak curi perhatian.
Salam peeps.
Pernah dengar tak pasal Uncle dari Jepun bernama Shota Fujiwara? Oh, mestilah tak pernah. Kalau pernah dengar pun mesti tak ingat nama dia kan? Ini kisahnya pak cik Fujiwara.


otak berulat
“Otakku makananmu habitatmu”
Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.


Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!


Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu)
.”
maggot1
Nom nom nom! Sedak lajok boh make otok oghe!”
What? Saya sebagai MythBuster versi comel Malaysia memang tak percaya sangat kalau orang share benda ni.
Mesti tipu ni. Sekali lepas Google. Ohmaigoat. Cerita sebenar encik dalam gambar ni lebih dahsyat dari setakat otak berulat.
Ni cerita sebenar:
Pada suatu hari bulan Oktober 2002, seorang encik yang berumur 70-an ni telah mengalami kemalangan jalan raya yang tidak serius. Pasukan paramedik San Mateo County telah menyelamatkan Encik ni (sebab tu gambar dia terlantar atas stretcher) dan mengejarkan dia ke Hospital Universiti Stanford.
Deorang semua terkejut sebab otak dia dah terkeluar dan dah takde tempurung kepala. Tapi encik ni (namanya tak tau, tak dipublish) cakap dia tak dapatkan rawatan sebab tak rasa sakit. Dah sampai tahap lalat hijau (Phaenicia sericata) ambil kesempatan bertelur. Gee! Camni tak sakit otak dah keluar segala? OK, part ni yang orang silap ya. Bukannya dia makan sushi, tapi sebab dia kena kanser angiosarcoma. Kanser ni menyebabkan kulit kepala dengan tempurung dia terdedah, n sekaligus menyebabkan otak dia pun terdedah (macam pelik je ayat ni…). Anyways, sebab kanser ni, otak dia tak dilindungi oleh kulit dan tempurung kepala.
Lepas tu, bila dah terdedah, lalat pun hinggap la bertelur. Sama macam ayam goreng yang kita letak atas meja. Kan lalat suka hinggap. See? Lagi ngeri kan cerita dia daripada cerita makan sushi?
Pak cik ni dikejarkan masuk dalam bilik kecemasan, dan masa tu saiz lubang kat kepala dia ialah 15 x 17cm. Ulat-ulat tu semua divakum, dibubuh peluntur (yang cair) dan sebagainya untuk mengusir mereka pergi dari kepala encik ni.
Pak cik ni dibawak pulak ke pusat fasiliti khas untuk rawatan, tapi meninggal dunia 3 bulan kemudian. Kes pak cik ni kemudiannya diterbitkan dalam jurnal Neurosurgery pada tahun 2007. Kes ulat bertelur dalam kepala ni dinamakan human cerebral myasis dan sangat jarang berlaku.
So gambar encik ni bukan photoshop. Gambar ni memang betul dia ambil lepas pak cik tu dikejarkan dari hospital sewaktu kemalangan kereta. Tapi ini bukan gambar ulat daripada sushi, tapi dari lalat hijau. Ngeri dua kali. Satu, sakit kanser boleh terkupas kulit dengan tempurung kepala. Dua, lalat singgah lalu menternakkan diri.
Nah, puas hati dah?
Ni link untuk nilai sendiri cerita ni ya.
http://www.snopes.com/photos/medical/maggots.asp
http://urbanlegends.about.com/library/bl-brainworms4.htm

17 comments:
Write curses
  1. LOL to the one yang post cerita pasal ni. Kalau lah penyebab nya sushi, its weird japanese boleh hidup sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang korea dan jepan after makan sushi mereka ambil raw garlic, pembunuh cacing dalam ikan mentah

      Delete
  2. ngeri~~!!! huhuhuhu....

    tapi mnurut kajian owg putih, mkn mknn berasas ikan ni baik(xigt la msk ke x)

    terutamanya org JEWish n JePun...
    sbb ni gak la dorg kata org JEWish n jepun pndai2... huk3...

    ReplyDelete
  3. Wat de elf!!? Ewww.... sushi tetap sedap!

    ReplyDelete
  4. nasib baik... time bace post effect makan sushi tu, rasa plek je...takkan la kesan sampai camtu sekali...thx for da info .. :)

    ReplyDelete
  5. tegak bulu roma tgk gambar2 tu..eiii..sgt ngeri!

    ReplyDelete
  6. Aite,

    Ms memule bace bende ni org share kat fb, aku da rs SANGAT x percaya. dats y aku google n search for more info, n apa info yg i jumpa, mmg sama mcm ape yg ko post.

    and aku pun paste panjang berjela2 xplen dis WHOLE TRUE STORY kat org2 yg share bende tu kat fb. and semua pun mcm "oh ye ke? bukan sebab sushi?" siap ade org sound aku "ha, ko suke sgt mkn sushi kan? nampak ni kesan die? ptt la aku xsuke sushi, upenye ni la sbb die"

    ha, bile aku da balas balik dgn true story, masing2 diam pulak. heh. nk tego org, tp die sndiri pn amik bulat2 jek, cheh.

    so, thanks to u kerana share bout this.

    peace XD

    ReplyDelete
  7. sebenarnya, memang tak mustahil boleh terjadinya ulat dalam otak kalau makan sushi. sbb kalau kita makan ikan mentah yg ada parasite, dia blh bertelur & membiak dalam organ badan kita contohnya hati, mata, otak dll. tak semua ikan, hanya yg dah ada larva dlm daging ikan tu je la.. blh panjangkan lg research tu :)

    ReplyDelete
  8. well, org yg sebarkan email tuh ter konpius ngan 3 true story..
    1. Pakcik Kanser tuh

    2. Mmg ada kes parasit dlm Sushi... tapi ceriternyer cam ni,there's a woman ate contaminated sushi & rushed to hospital after complaining stomachache. ruper termakan Parasite yg xleh idup dlm badan manusia & it died & block her colon -- "Monster in Me"

    3. Kisah Pakcik jepun makan cendawan delicacy (luper nama dier, tapi mahal giler) yg menyebabkan dier ada penyakit kat otak.... sampai masuk journal medical

    ReplyDelete
  9. semalam baru je makan sushi
    gulp!!!
    rasa ngilu otak ni..
    fuh thanx sbb wat research btul2... :)

    ReplyDelete
  10. thank you thank you sangat ! sebab buat research psl case ni. dah bosan bila facebook tak abeh2 ada je yg share psl benda ni tanpa buat kajian betul2. terima kasih sangat :D

    ReplyDelete
  11. thanks so much for the post. next time kena hati2 jugak makan raw food ni..

    ReplyDelete
  12. thanks. sian pakcik ni..selama ni dok ingat sebab makan sushi..huhu

    ReplyDelete
  13. Untuk pengetahuan semua, otak tak boleh berkulat melainkan kalau dah tercabut dari awal sejak lahir ataupun ketika kemalangan sempat langau datang menjenguk.

    Bayangkan parasit mana ada telur. Mereka adalah kuman. Ulat kalau kita telan pun, sempat sampai kat perut jer dah kena hadam. Ni pernah ambil sains Tingkatan 2? Human Digestion system ataupun sistem pencernaan manusia.

    Troll pandai tak da ka?

    ReplyDelete
  14. Kemungkinan ulat@telur@parasit nak masuk dalam otak sgt susah, sbb otak ada satu membran menghalang benda2 ni semua masuk. dan membran tu sgt kecik. kalau ada org boleh buktikan air liur manusia boleh kering, saya akan buktikan otak manusia boleh berulat drpd makan sushi. boleh?

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter