Ok, sengaja tulis tajuk dalam CAPS LOCK . Konon-konon nak curi perhatian.
Salam peeps.
Pernah dengar tak pasal Uncle dari Jepun bernama Shota Fujiwara? Oh, mestilah tak pernah. Kalau pernah dengar pun mesti tak ingat nama dia kan? Ini kisahnya pak cik Fujiwara.
Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).”
Mesti tipu ni. Sekali lepas Google. Ohmaigoat. Cerita sebenar encik dalam gambar ni lebih dahsyat dari setakat otak berulat.
Ni cerita sebenar:
Pada suatu hari bulan Oktober 2002, seorang encik yang berumur 70-an ni telah mengalami kemalangan jalan raya yang tidak serius. Pasukan paramedik San Mateo County telah menyelamatkan Encik ni (sebab tu gambar dia terlantar atas stretcher) dan mengejarkan dia ke Hospital Universiti Stanford.
Deorang semua terkejut sebab otak dia dah terkeluar dan dah takde tempurung kepala. Tapi encik ni (namanya tak tau, tak dipublish) cakap dia tak dapatkan rawatan sebab tak rasa sakit. Dah sampai tahap lalat hijau (Phaenicia sericata) ambil kesempatan bertelur. Gee! Camni tak sakit otak dah keluar segala? OK, part ni yang orang silap ya. Bukannya dia makan sushi, tapi sebab dia kena kanser angiosarcoma. Kanser ni menyebabkan kulit kepala dengan tempurung dia terdedah, n sekaligus menyebabkan otak dia pun terdedah (macam pelik je ayat ni…). Anyways, sebab kanser ni, otak dia tak dilindungi oleh kulit dan tempurung kepala.
Lepas tu, bila dah terdedah, lalat pun hinggap la bertelur. Sama macam ayam goreng yang kita letak atas meja. Kan lalat suka hinggap. See? Lagi ngeri kan cerita dia daripada cerita makan sushi?
Pak cik ni dikejarkan masuk dalam bilik kecemasan, dan masa tu saiz lubang kat kepala dia ialah 15 x 17cm. Ulat-ulat tu semua divakum, dibubuh peluntur (yang cair) dan sebagainya untuk mengusir mereka pergi dari kepala encik ni.
Pak cik ni dibawak pulak ke pusat fasiliti khas untuk rawatan, tapi meninggal dunia 3 bulan kemudian. Kes pak cik ni kemudiannya diterbitkan dalam jurnal Neurosurgery pada tahun 2007. Kes ulat bertelur dalam kepala ni dinamakan human cerebral myasis dan sangat jarang berlaku.
So gambar encik ni bukan photoshop. Gambar ni memang betul dia ambil lepas pak cik tu dikejarkan dari hospital sewaktu kemalangan kereta. Tapi ini bukan gambar ulat daripada sushi, tapi dari lalat hijau. Ngeri dua kali. Satu, sakit kanser boleh terkupas kulit dengan tempurung kepala. Dua, lalat singgah lalu menternakkan diri.
Nah, puas hati dah?
Ni link untuk nilai sendiri cerita ni ya.
http://www.snopes.com/photos/medical/maggots.asp
http://urbanlegends.about.com/library/bl-brainworms4.htm