Serdang, 24 Mac – Timbalan Naib Canselor Akademik dan Alumni Universiti Putera Malaysia hari ini mengumumkan penutupan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) UPM berkuatkuasa pada 15 April 2011. TIndakan tersebut diambil setelah melakukan penilaian yang teliti terhadap kesan sistem tersebut kepada pelajar.
Menurut TNC, beliau dan kumpulan pengurusannya mengumumkan penutupan sistem LMS setelah mendengar khabar angin mengenai penutupan laman web sosial terkemuka facebook yang kononnya akan ditutup pada 15 Mac lalu.
“Kami mendapati gimik untuk menutup facebook telah mencetuskan satu fenomena yang menarik di kalangan penggunanya. Ia telah mengakibatkan wujudnya pelbagai respon, positif dan negatif yang akhirnya menjadi satu berita besar yang mengakibatkan facebook semakin popular.
Jadi pihak kami berpendapat mengumumkan penutupan LMS akan membuatkan LMS akan lebih popular di kalangan pelajar UPM.” ujar Ketua Unit IT UPM, Dr Zalzana Kamariah sewaktu ditemubual di Restoran Jamek Sri Serdang.
Menurut beliau lagi, dengan mengumumkan penutupan sistem LMS, pelajar-pelajar akan lebih kerap membuka LMS untuk mengetahui kesahihan berita tersebut. Ini akan menaikkan lagi ranking UPM sebagai universiti yang paling banyak menggunakan LMS dan sekaligus menandakan UPM sebagai universiti yang celik IT.
“Sebelum ini, kami sudah banyak mengadakan promosi untuk menaikkan penggunaan LMS sebagai alat pembelajaran luar kelas antara pensyarah dan pelajar, tetapi masih gagal untuk menaikkan jumlah pageview LMS. Mungkin dengan cara ini, kami akan dapat menarik pelajar untuk membuka LMS.”
Untuk mendapatkan respon pelajar, pihak kami telah menemubual beberapa orang pelajar di Putera Foodcourt. Shamsir Salim (bukan nama sebenar), pelajar Fakulti Sains menunjukkan perasaan sedih ketika ditanya mengenai pendapat beliau. “Bagi saya, sistem LMS lagi hebat dari facebook. Adakalanya, saya ketagih untuk log in ke sistem LMS dan bermain, er, permainan online dalam LMS tersebut, seperti 'Plants vs Zombies’, ‘Angry Birds’, dan ‘War of Warcraft’.
Website yang begitu canggih tidak seharusnya ditutup!” ujar beliau. Ketika ditanya adakah beliau tahu mengenai apakah itu LMS, beliau hanya tersenyum malu.
Sementara itu, Chan Sow Lin, pelajar tahun akhir Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi mempunyai pendapat yang berbeza. '”Bagi saya, kalau ditutup LMS, akan menyebabkan pelajar menjadi murung. Saya juga ketagih untuk membuka LMS, sebab LMS ada aplikasi yang menarik seperti forum dan juga kalendar. Di forum, saya boleh mengumpat bersama rakan sekelas yang tidak ingin membuka akaun facebook.
Dengan aplikasi kalendar, saya boleh melihat hari mana boleh ponteng, hari mana tidak boleh. Sekiranya ditutup, saya risau saya akan hilang pedoman hidup dan mungkin saya akan menjadi murung.” terang Chan.
Sementara itu, dalam kenyataan rasmi, pihak Pro-Pa bersetuju dengan tindakan tersebut. “Kami sudah lama tidak menyokong penggunaan sistem yang canggih dalam mengendalikan hal ehwal pembelajaran.
Kami risau dengan adanya sistem LMS, ada pihak yang akan memanipulasi dan mencuri data peribadi pelajar seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, dan juga keputusan peperiksaan. Kalau pelajar cemerlang takpe jugak, kalau pelajar yang corot result sebab asyik politik je, takke malu namanya?” antara keratan faks yang pihak kami terima daripada pihak Pro-Pa. “Seperti penggunaan e-voting, kami juga sudah lama membantah penggunaan LMS. Kami risau sekiranya wujud agenda Yahudi dalam pelaksanaan sistem tersebut.”
Laporan asal: – Bernana-
7 Habits of Highly Effective People
4 days ago
LAME... :P
ReplyDeletehahaa..mengarut jerk
ReplyDelete