Berikan aku
sejam lagi,
Sebelum
tamat kita berpatah hati.
Aku ingin
wujud dalam ruang terakhir yang mengisi hatimu
Maka
berikanku sedikit lagi waktu
Masa yang
berdetik pada saat dan minit
Denting-denting
terakhir pada jam yang melekap di dinding
Pada usia
yang manakah berlalunya masa
Dan titik
bilakah berlangsungnya seksa
Sedang kita
masih rawan dalam gemilangnya usia muda
Aku sedari,
pendeknya jambatan masa
Pernahkah
kau terfikir hakikat hayat dan nyawa
Emosi yang
bergelojak dalam jiwa
Keinginan
dan mahuku
Dan
singkatnya waktu
Pernahkah
kau terfikir, apa sebenarnya mahuku?
Gerak
langsung yang berlalu lesu,
Atau rentak
waktu yang laju berdesup
Apalah
maksudnya lagi perlahan atau laju, dalam detik-detik kita yang hujung?
Apakah lagi akhirnya
yang kita genggam dalam tangan, dalam hati, dalam senyum?
Kembalilah,
pada bila-bila saat yang kau mahu
Dalam laju
putaran dunia, dalam kejam ligatan usia,
Hanya
tinggal aku yang masih mahu menunggu
Yang diam
dalam malarnya waktu, penanti setia.
Pulanglah,
ke saat segalanya bermula.
Lewat musim
semi, dingin musim luruh.
Pulanglah
kamu, pulanglah ke pangkuanku.
No comments:
Write curses