I was minding my own business that fateful Monday,
11th Mei 2015.
Tiba-tiba dapat mesej dari Hafis dekat
facebook.
“Ingat lagi Yus?”
“Ingat. Kenapa?”
“Dia baru meninggal petang tadi. Lung
infection”
Saya terkesima. Tersentak.
Pada waktu yang sama, muzik bermain di
earphone:
“I don’t know what I’m saying, but I’m praying
for you...”
Entah kenapa, walau tak begitu rapat dengan
Yus, air mata saya berlinang. Sungguh, saya tidak pernah tidak sedih mendengar
perkhabaran orang yang meninggal dunia. Terasa haru, tidak kira sesiapa. Kematian
itu sifatnya sentiasa tragis dan menggigit. Suatu perpisahan yang terpaksa, pemergian tanpa galang ganti.
“Dia baru kawen kan?” saya bertanya pada
Hafis, masih dalam nada terkejut.
“Yup, baru kawen. Wife dia pregnant 4 bulan
rasanya.”
Kali kedua pada petang itu hati saya rasa
tersayat. Saya mencari nama Yusrizal pada kotak carian. Pada profile
facebook-nya sudah penuh dengan ucapan selamat tinggal dari kaum keluarga dan
sahabat handai.
“Yus, cepat benar kau pergi.”
Allahyarham memang baik orangnya. Apabila
teringat tentang allahyarham, saya hanya mampu teringat yang baik-baik sahaja.
Tidak ada memorinya yang tidak baik pada ingatan saya.
“Allah ambil orang baik-baik dulu.”
Kata Uji sewaktu saya mengkhabarkan kepadanya
kematian Yus.
Saya mati punca. Cepatnya Allah ambil hambaNya
dari kalangan kita. Saya dan Yus sebaya. Kami hanya berkenalan selama dua
minggu, sewaktu dia menumpang kuarters sewaktu saya berpraktikal di Kuala
Gandah. Yus dan Abang Hafiz, daripada Universiti Malaysia Terengganu menumpang
di kuarters kami untuk projek tenggiling mereka di sekitar kawasan Rizab
Hidupan Liar Krau.
Walau tempoh perkenalan kami terlalu singkat,
saya merasa selesa dengan Yus kerana dia seorang yang baik. Suara Yus sebijik
seperti Dato’ Fadzilah Kamsah – kuat dan yakin. Seorang yang kuat bergurau dan
merendah diri, tidak pernah bibirnya muram tanpa senyuman.
Dia ada menjemput saya ke majlis
perkahwinannya, tapi tidak saya hadiri. Tidak saya sangka, kalau saya
menghadiri majlisnya itu, itulah kali terakhir saya akan berjumpa
dengannya.
“Semoga abang
tenang dekat sana..tunggu sayang dengan baby di syurga yer abang...al Fatihah..”
Sewaktu
membaca tulisan isterinya itu, saya terbayangkan
anaknya yang bakal lahir tanpa sahutan azan daripada seorang ayah. Saya menjadi
sebak tiba-tiba.
Selamat
tinggal, Yus. Tiada doa dapat aku panjatkan selain kau dikasihi Allah
sebagaimana Dia mengasihi orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
No comments:
Write curses