10 November 2018

KL FABOLOUS FOOD HUNT 2018

Assalamualaikum dan hai-yee! 

 Fabulous

Kali ni saya nak bercerita pasal pengalaman pertama menyertai KL Fabolous Food Hunt 2018 di Dataran DBKL pada hari Sabtu 20 Oktober yang lalu. Walaupun dah 2 minggu berlalu, belum sempat lagi nak update dengan busy memanjang 2-3 minggu ni agitu

KL Fabolous Food Hunt ni ialah acara tahunan yang kalau baca namanya dah tahu melibatkan makanan. Dia kira macam explorace lah, tapi task dekat setiap tempat ialah makan, makan dan makan. 

Mulanya dapat poster tentang event ni dari group WhatsApp, jadi saya pun post lah ke dalam group bobois pulau. Tak sangka dapat sambutan menggalakkan, adalah 8 orang nak join, terus dapat 2 group. 

Lama dah kami daftar untuk event ni, 17 Ogos lagi. Beberapa hari sebelum berlangsung acara, baru tahu Naufal dengan Yunuss pun masuk jugak, sekali dengan geng-geng MPP UiTM deorang. Jadi keseluruhan 3 group lah kami waktu hari kejadian. Kami tubuhkan satu WhatsApp group khas untuk food hunt ni untuk perbincangan dan koordinasi strategi. 

Nama group saya Foodpandai, a twist for Food panda lol, group Naja The Muntakedara, mula ada Mas Asyrof Maskan tapinya sebab hal kerja, mas terpaksa menarik diri digantikan oleh Bintang. Team Naufal pulak Namanya Maut, dianggotai Naufal, abam Yunulis, serta Amin dan Syam. 

TEAM 049 – FOODPANDAI
TEAM 105 – MAUT
ME!
Ostad Fairus
KimT
Reenreen
Naufal
Yunuss
Amin
Syam
TEAM 151 – THE MUNTAKEDARA

Naja
Syiemey
Bintang
Din-senpai


Pagi kejadian, lepas subuh tu terus dah saya gerak ke Cheras, park dekat LRT ambil train menuju Masjid Jamek, tempat pertemuan kami. Masa tu dok gelabah sebab bangun-bangun pagi je KimT kata dia dah naik train, tapi sampai Masjid Jamek saya sorang je ada lol. 

Dalam 15 minit menunggu, baru sampai Din-senpai dengan KimT, kebetulan deorang naik train sama tapi lain gerabak. Dalam kami berbual-bual, tiba-tiba nampak Yunuss melambai dari seberang jalan. Yunuss buat isyarat makan, kami pun seberang menuju Yunuss. 
 
Reunion
 
Kami bergerak ke Dataran DBKL, berjumpa dengan Naja, Ostad, dengan Syiemey yang bergerak dari Setia Alam, tak lama jumpa deorang Bintang sampai. Kami terus sarapan dekat mamak dulu, acah-acah training last minute lah.

 
 2 rakyat Malaysia, sorang rakyat J

Lepas siap breakfast semua (KimT belanja, Allahu mulia hati KimT), kami bergerak semula ke Dataran nak mendaftar dan dapatkan goodie bag, T-shirt dengan tag nama.  

Waktu dekat pendaftaran baru jumpa dengan Naufal, Syam dengan Amin. Lepas mendaftar kami menyorok kejap nak tukar baju dekat celah-celah bangunan lol

Lama jugak nak tunggu mula acara. Dekat pukul 11 baru start, hari pun dah panas terik. Mula-mula dia buat warmup session dengan Celebrity Fitness, tapi sebab dah panas ramai yang bersenam bawah khemah je, tak sanggup kena matahari *kami masuk foodhunt, bukan skin cancer run. Gitu*

 
Top dancer dari Top Glove. Awasss

Sebelum dia lepaskan kami, kami kena ambil passport dulu ikut nombor kumpulan. Dia bahagikan setiap 50 kumpulan kepada satu barisan. Kumpulan saya kena berbaris dekat garisan pertama, sebab nombor kami 49, tapi barisan kami paling slow sebab dia panggil satu-satu nombor. Nombor 49 dah lah kedua last huhu

Lepas dapat passport, kami ada masa beberapa minit untuk teliti soalan sebelum masa flag off. Keseluruhan ada 8 checkpoint, dan setiap ahli kumpulan cuma boleh makan maksimum di 2 checkpoint. Untuk mengetahui di mana lokasi setiap checkpoint kami, kami kena selesaikan teka teki dekat dalam sampul surat. Di setiap checkpoint, kami dikehendaki untuk makan dan berwefie, serta upload gambar wefie ke instagram dengan hashtag nama kedai dan #klffh untuk mendapatkan cop di passport. 

 
049: FOODPANDAI

Selain 8 checkpoint tersebut, kami kena setelkan 3 task sampingan, iaitu kena ambil wefie dekat 3 tempat berbeza – pertama dalam LRT/MRT dengan penumpang yang pakai baju warna sama dengan kami, kedua dekat depan River of Life, KL dan yang ketiga dekat dalam bas RapidKL dengan 2 orang penumpang bas. Kesemua wefie tu mesti di-upload ke dalam facebook dan dapat 25 likes.

Kami 12 orang ni berkumpul sambil semua cuba selesaikan teka teki nak tahu nama restoran yang kami kena pergi. Tapi think tank utama kami pagi tu ialah Din-senpai, Reenreen dengan Yunuss. Yunuss ability dia cepat decipher ayat teka teki, senpai kekuatan dia ialah pengetahuan am yang luas, Reenreen pulak geospatial ability dan mapping untuk pinpoint satu-satu lokasi. 

Disebabkan kami tak perlu pergi ke checkpoint (CP) ikut turutan, kami pilih tempat terdekat untuk memulakan perlumbaan. 


CP5 – 7TNine

“Located in Chow Kit which is near. Seven T9, this restaurant name, sound similar”
 


Kedai yang dimaksudkan ialah 7Tnine dekat Chow Kit, which is in running distance from Dataran DBKL. Mula je kami dah terjatuh dalam perangkap permainan, iaitu pilih tempat yang dekat sebelum pergi ke kawasan luar KL. 

Kami pilih tempat ni sebab paling dekat dan strategik untuk ke CP yang lain, jadi lepas setelkan yang ni boleh terus pilih mana-mana tempat yang lebih jauh.

Kami dengan penuh semangat berlari ke 7Tnine tu, lalu Jalan TAR semua, tengah-tengah panas terik pulak tu. Awasss panas gila habis terbakar. Bila sampai je kedai tu, naa, penuh! Semua kerusi penuh dengan peserta food hunt tengah tunggu makanan. Nampak tak, semua orang fikir benda yang sama? When you think like everybody else, you could only achieve the same thing like them.  

Ahli kumpulan yang lain tunggu dekat luar, peserta yang kena makan je duduk dalam. Untuk CP ni, Reenreen yang take over untuk makan. Kami dekat luar terus rancang strategi nak bergerak ke CP seterusnya. Pengangkutan awam je boleh pakai, Grab tak boleh. 

Kedai ni pulak, tak boleh nak cater semua peserta, makanan tak cukup. Menjerit-jerit jugaklah Reenreen mintak makanan lol. Tengah tunggu makanan, Reenreen ajak kami keluar kejap untuk wefie. 

Dekat 7Tnine ni, kena habiskan makanan berupa kari meatball dengan roti nan. Reenreen laju naudzubillah makan. Dua tiga kali ngap dah habis. Si senpai pulak menjerit-jerit panggil Naja lepas dah siap task sebab tak jumpa Naja dekat mana bahahaha

Lepas siap dapat cop, (Reenreen dengan jari lekat-lekat kari lagi sampai melekat dekat kertas passport lol) kami terus berlari ke stesen MRT untuk ke CP seterusnya. 

CP8 – Serindib Restaurant & Bar

“An old name of Sri Lanka” restaurant & Bar, it’s called. Search for one name that ends with B, you shall. Located somewhere along Jalan Tun Razak, another clue for all.

 

Dalam otak saya fikir, mesti nama kedai ni Ceylon, nama lama Sri Lanka. Sekali rupanya Serindib, senpai yang paling awal decipher (berapa banyak da nama lama Sri Lanka). Kedai ni terletak di Gtower, dari checkpoint sebelumnya kami kena naik MRT. Berlari-lari jugak kami dari CP berlari ke MRT. Dalam MRT kami berjaya setelkan task pertama, iaitu bergambar dengan orang yang baju sama dengan baju kami. 

Disebabkan kami semua pakai baju food hunt yang warna hijau daun pisang tu, susah kot nak cari orang yang baju sama dalam MRT. Mujurlah Yunuss panjang akal. Kebetulan Yunuss pakai baju hijau daun pisang jugak pagi tadi sebelum tukar baju food hunt, dan baju tu dia bawak dalam beg. Dia mintak tolong sorang adik perempuan tu pakai baju tu dekat luar, lepas tu gilir-gilir bergambar dengan kami 3 kumpulan.

Maceh banyak adik. Jasamu kukenang

Kami sampai dekat stesen Ampang Park dan berlari masuk ke Gtower. Sebelum masuk kedai, kami wefie siap-siap. Waktu tu ada kumpulan lain tengah wefie dekat depan kedai, kami selamba je halau-halau lol #kiasu 

Kali ni saya offer diri untuk makan, dia cop dekat tangan sebagai tanda. Kumpulan The Muntakedara, Naja yang makan, kumpulan Maut pulak Syam. Duduk dekat meja, Reenreen terus jerit suruh waiter hidang *Reenreen memang mode competition on habis lel* waiter bawak keluar makanan yang dibalut daun pisang. Selak je daun pisang tu, nasik goreng cina. Meh. Hagitu *tak tahu nama apa nasiknya. Tapi rupa macam nasi goreng cina*

Saya pun mula makan. Tapi ya ampun, rasa dia sangat bland dan kering. Takde pulak sambal tumis nak makan dengan nasik ni. Memang makan bersulam air lah, nak memudahkan proses menelan sambil cuba mengawal gag reflex anak tekak. Naja lagi extreme, air kosong tu dia curah habis atas nasik, pastu dia makan. 

Sumbat masuk je sudu dalam mulut don’t care. Kunyah dua kali, telan. Kunyah tiga kali, telan. Reenreen di belakang sambil gosok-gosok bahu “Yes, you can do it Bad! Sikit lagi sikit lagi!” 

Kalau bukan sebab food hunt ni pun, nasik goreng ni memang tak boleh nak enjoy sangat sebab rasa dia tak kena dengan selera. Lepas habis suapan terakhir masuk mulut, kami terus dapatkan cop di passport dan berlari ke luar. Tak habis kunyah lagi makan tu dah berlari, mujur tak termuntah. 

Untuk ke next CP, paling mudah naik teksi, jadi dekat luar Gtower kami terus tahan mana-mana teksi yang lalu. Ada teksi yang tak berhenti, ada yang dah bawak peserta lain. sampailah sorang uncle ni berhenti, kami pun dengan pantas, tuntas dan cergas masuk ke dalam teksi. Dah duduk dalam teksi je, sekali “weh, Fairus mana?” bertanya kami sesama sendiri.

Allahu, Ostad dekat dalam kedai lagi ha. 

Terus kami call Ostad. Ostad pun berlari-lari mengejar. “Tadi hangpa keluaq ikut pintu mana?” tanya Ostad lol. Dia tak nampak kami keluar dari kedai

Masa dalam teksi, baru saya sedar saya belum habis lagi mengunyah nasik goreng dalam mulut. Uncle driver kami bagitahu, kumpulan The Muntakedara naik teksi yang charge premium - kereta Exora. Selesa memang selesa, tapi harganya dua kali ganda harga teksi kami.

CP6 – RGB Coffee


"A coffee place is the next location you need to go. The name is associated with a “COLOUR SYSTEM”. A clue you need to follow it’s always “peaceful” here."

 

Antara banyak-banyak tempat yang ni je yang saya boleh teka. Peaceful – maksudnya damai. Jadi kedai ni terletak dekat Damai. Bila kami cari cafe dekat Damai, kami jumpa beberapa cafe, tapi yang paling tepat ialah RGB Cafe – red, green and blue, iaitu sejenis colour system. 

Daripada Serindib, kami ke sini naik teksi. Reenreen duduk depan, saya KimT dengan Ostad dekat belakang. Lepas borak-borak dengan uncle teksi tu, dia dah tahulah kami tengah bertanding. Reenreen tengok semua lokasi seterusnya dan semuanya hanya boleh diakses pakai teksi. Kami mintak uncle ni tunggu sementara kami setelkan makan dekat CP. Sampai depan kedai kami terus selfie dan upload ke instagram. 

Saya secara rasminya jadi tukang upload semua gambar task dan gambar wefie dekat checkpoint. 
Kali ni, Ostad offer diri sebab ingatkan makan benda-benda macam desert, nama pun coffee house. Coffe house ni memang rupa macam cottage, siap ada laman. 

Sekali kami sampai je, dia bagi nasik goreng telur mata weh. Nasik goreng lagi! Kata coffee house, nasik goreng is the best that you can come out with? Camtuh kecewa. 

Kami sampai je, nampak Naufal tengah start makan. Kumpulan The Muntakedara, si Bintang yang makan. Sebab nasik goreng ni susah kan nak telan terus, Ostad agak struggle nak makan laju-laju. Katanya nasik ni berempah sangat. Lagipun dah Ostad, mestilah makan dengan tertib dan mengikut sunnah kunyah 44 kali kan hagituuu

Si Reenreen dah nampak restless, siap tolong potongkan telur lagi untuk Ostad. “Lagi 2 sudu je!”
Naufal dah habis makan, kumpulan Maut dah bergerak. Sebelah kumpulan kami, ada kumpulan yang datang kemudian, sorang akak tu cepat gila makan macam lama tak jumpa nasik. Ostad tergamam tengok akak tu. Kumpulan The Muntakedara pun dah gerak, tinggal kami je. 

Dekat sini dia sediakan ais kosong dengan air serai madu free flow. Sementara menunggu Ostad menelan, sempatlah saya minum secawan dua. Haus mencekik nasik goreng dekat Serindib tadi belum hilang, makan pun tak sempat proper. 

Lepas Ostad siap je suap nasik terakhir, kami terus ambil cop dan berlari ke teksi.

CP7 – Fish Bowl

"The next location is in a Plaza, ‘Kadar Ia’ you’ve got to re-arrange the word to be able to find it. If you like to eat fish, it best served in a bowl. Enjoy!"

 

Yang ni pun saya blur tempat apa namanya. Plaza Kamdar ke? Senpai jugak yang berjaya jumpa, Plaza Arkadia.

Dalam teksi, Ostad belum habis mengunyah nasik dari RGB Coffee tadi. Nak menyampai ke sini, jalan dah mula jam. Mujur uncle teksi kami pandai shortcut. Dia turunkan kami dan bagitau dia tunggu dekat depan. 

Turun je, terus berlari Reenreen. Allahu penad awaa nak mengejar

Tak perlu nak cari jauh pun, sebab nampak ramai peserta food hunt dah berkampung dekat kedai tu. Mula ingat kedai ni akan jual seafood, dah terbayang sup panas ketam hewhew kalau makan macam tu, saya ingat nak offer diri.

Rupanya masuk je, dia hidangkan salad weh. Apa niiii dah 3 kali dah makanan tak kena expectation. Nama punya grand fish bowl lah coffee house lah, tapi hidang semua makanan harian je. 

Masa dekat pintu masuk, saya ternampak satu group lain punya passport. Dah ada 6 cop, tinggal lagi 2 je. Wehhh gilaaakk kami baru CP keempat. Saya pun tegur dia “weh banyaknya!” dia pun senyum “Banyak kan? Banyak kan? Jangan jealous!” ciss berlagak haha

Sebab taknak motivasi terganggu, saya fikir dia ni mungkin belum siap lagi task kena wefie semua tu. Baru siap checkpoint je. Saya pun tak boleh bagitau ahli kumpulan yang lain, takut deorang pun demotivated. 

Sebab KimT je belum makan, jadi kami biar dia take over makan ni. Group Muntakedara si senpai yang makan. Rupanya senpai makan lebih sopan dari Ostad hewhew

Dekat sini, urusetia edarkan semula air mineral, macam tau-tau je air semua dah habis. 

Dekat depan group kami, ada satu group tu tak habis makan pun, dia terus chow ambil cop. Lepas dia dah berjaya dapat cop dan dah selamat beredar, baru urusetia cari. Itu pun lepas kami report dekat urusetia #kiasu hewhew

Lepas kami dah habis nak keluar, senpai belum habis makan lagi. Keluar je, Reenreen berlari lagi menuju teksi. Aduiii beghak nanang

CP4 – Real Food


"Go to Mont Kiara, search for Makanan Sebenar. See you there!"

 

Yang ni mudah je nama kedai, Real Food. Kami pun masih ikut uncle teksi yang sama. Masa ni teringat brother yang dah setel 6 CP, nak ke CP ketujuh. Terfikir jugak cemana boleh pantas sangat? Kami ni kira lambat dah ke? Ahhh persetankan. Yang penting kena terus bersemangat sampai ke penghujung pertandingan. Jangan fikir orang lain.

Sampai dekat Real Food, berlari lagi. Penad weh foodhunt ni bukan kena kuat makan je, kena jugak kuat kaki nak berlari-lari laksana seekor kuda. Sampai ke kedai, kami terus wefie. Kalau ikut turn, dah cukup 1 cycle semua makan, jadi cycle kedua ni mula balik dengan Reenreen.

Tapi bila dekat kaunter, Reenreen tanya “makan apa checkpoint ni?” orang tu jawab “vegetarian” terus Reenreen pass. “Kau makanlah Bad. Aku takleh lah vegetarian!”

Jadi saya pun take over challenge ni. Sampai dekat meja, ada beberapa orang tengah tunggu makanan. Makanan sampai je, quinoa semangkuk. Of all food, dia kasi quinoa? Ni dia panggil real food? Gituh emosi kejap. Ni pun karbohidrat, dah dua-dua kali task saya dekat CP makan carb. Weh mana makanan sedap weh harini? Tanya guwe di dalam hati

Si Syiemey pulak wakil kumpulan dia makan dekat CP ni. 

Susah jugak nak telan quinoa ni sebab dia sebijik sebijik. Quinoa ni sejenis bijirin, dia kena rebus dulu nak masak. Quinoa yang kami kena makan ni dia gaul dengan kobis dan rempah, dititiskan perahan lemon. Nak telan terus sampai terbatuk-batuk. Terpaksa jugak makan bersulam air. Masuk quinoa sesudu, teguk air. Terus glup! Telan semua macam ikan tilapia. 

Brader yang duduk sebelah saya pulak macam dah mental walaupun makanan belum sampai. Dia macam nervous, dok membebel-bebel takut tak boleh telan makanan dekat sini, walaupun makanan belum sampai lol

Siap je masuk suapan terakhir, kami terus mendapatkan cop dari petugas dan terus berlari keluar menuju teksi uncle. 

CP2 – Kasbah Restaurant


Located in Bangsar, definitely a nice place to dine. When you remove K from the name ‘Negeri Di Bawah Bayu’ you can find.

 

Kami ke CP seterusnya sambil saya belum habis mengunyah quinoa dalam teksi. Duduk dalam teksi sejuk-sejuk aircond tu rasa macam malas je nak turun balik berpanasan lari-lari huhuhu

Kedai seterusnya ni terletak dekat atas bukit, restoran Arab. Waktu kami sampai tu, group Yunuss dah siap nak beredar. Reenreen kali ni offer diri untuk makan, makanannya ialah nasik daging yang dibalut daun anggur. Entah apa tah nama makanannya. Kali ni memang laju, Reen sedut je daun tu semua lepas tu telan. Saya baru je upload gambar wefie kami dia dah siap, terus kami berlari keluar ke teksi. 

Si Naja pulak struggle nak telan nasik tu. Lepas tengok instastory yang Bintang upload, tengok muka Naja tengah tahan nak termuntah lol

CP 1 – Wayback Burgers


"A burgers place is where you need to locate. Read Yaw from behind, Back, now the clue is perfect. 86 is your lucky number"

 

Mula kami ingatkan ni Subway. Tapi Yunuss kata Subway tu sanwic, bukan burger.
Lepas cari balik dekat maps, rupanya Wayback Burgers, tapi ada beberapa stor dekat sekitar KL. Lepas search ‘Wayback Burgers 86’, baru dapat tahu tempatnya dekat Wisma Lim Foo Yong, kedai no 86.

Kami sampai je dekat CP ni, dia tak bagi makan terus. Kena kumpul semua ahli kumpulan baru boleh masuk untuk makan.

Dan dalam banyak-banyak CP, yang ni makan paling sedap. Alaa nyesalnya tak amek yang ni haha
Si KimT take over makan dekat sini, makan burger. Dahlah panas-panas lagi, bau sedap pulak
Dekat sini ahli kumpulan yang lain boleh ambil air sejuk yang dia hidangkan. Banyak cawan jugaklah saya minum, air manis, sejuk pulak lagi. Kami dah berlari dekat 2 jam dah masa ni. Penat teruks weh.

Hakim makan takdelah laju sangat, tapi tak slow sangat. Lepas siap, kami ambil cop menuju ke CP terakhir.

CP 3 – Halab Restaurant

Literally the Middle East restaurant located some where in Star Hill. I am sure, when you re-arrange the name and say it twice, a spider will appear. Find the 2nd. 


Kami sampai ke CP terakhir ni dekat pukul 2. Kedai ni ialah CP kedua restoran Arab untuk foodhunt edisi kali ni. Sampai je, dekat depan kedai ada dua orang tengah bergaduh angkat kerusi nak hempuk kepala masing-masing. Weh hari ni jugak ke nak bergaduh haha.

Kami biarkan je, masa tu nak cepat habiskan foodhunt. Mula Reenreen nak makan, tapi bila tunjuk tangan dia dekat petugas urusetia, dah dua kali cop, dia terus tak bagi. Jadi Ostad kena makan lagi sekali dekat sini, sebab yang lain semua dah cukup 2 kali.

Ostad duduk terus makan kebab. Yang ni pun nampak macam kureng menyelerakan hewhew
Ostad seperti biasa, nampak berusaha nak makan laju, tapi gag reflex dia kuat sangat nampak struggle nak telan. Kumpulan Yunuss si Naufal yang makan, dia pun nampak struggle jugak nak telan. Siap je Ostad masuk cebisan kebab terakhir, terus kami lari ke kaunter ambil cop.

Siap je dia cop, terus kami menjerit kuat-kuat sebab dah setel semua checkpoint. Lol *sambil tu psycho group lain*

Kami masuk semula ke teksi, nak setelkan dua lagi task, iaitu bergambar dengan 2 orang dalam bas rapidKL dan wefie dekat depan River of Life. Dua-dua gambar kena dapat 25 likes.

Kami bergerak semula menuju Masjid Jamek dan bayar pada uncle tu RM90 sebelum keluar.

Berlari-lari weh. Memula masuk bas rapidKL tu mintak izin abang drebar tu. Terus dia kata “Ni kali ketiga dah harini.” Lol!

Kami bergambar dengan sorang akak dan sorang lagi dengan abang Bangla.

This is definitely the last time ever I would board a bus and take pictures with random strangers lol

Lepas habis bergambar terus berlari ke River of Life. Dahlah tak sempat lagi nak upload gambar waktu tu, bayangkan sambil berlari tengah terik, sambil nak upload gambar tag ahli kumpulan bagai.. Dalam terik-terik matahari pulak tu ya Rabbi bila ingat balik kagum jugak tak pitams waktu tu. 

Siap je berwefie kumpulan dekat River of Life, kami berlari terus ke Dataran DBKL. Saya dah mengah-mengah dah, ketinggalan dekat belakang. Ahli kumpulan yang lain fit-fit, saya sorang je fat-fat. Kami sampai ke CP9 kebetulan sekali dengan group Yunuss. CP9 ni ialah checkpoint untuk dia verifykan cop-cop kami semua. 



 
 Nampak tak peluh2 semua tu? Baru lepas sprint. Weiii ni memang senyum paksa habis weeii 

Sampai je, gambar tak cukup 25 likes lagi weh nak habiskan permainan. Terus kami hantar link semua dalam group WhatsApp, share dekat fb semua rayu likes huhu teringat waktu masuk Explorace dekat Batu Maloi. Lepas tu group yang sampai sebelum kami pun tak cukup 25 likes jugak, last sekali kami bertukar-tukar likes. Dia like gambar kami, kami like gambar dia.

Cukup je 25 likes, dapat cop terakhir, terus kami pergi ke kaunter pendaftaran. Kumpulan kami ialah kumpulan ke 26 yang menamatkan foodhunt, dan kumpulan Yunuss kumpulan ke 27. Yeay! Dapatlah kami dua kumpulan hadiah wang tunai RM200, balik modal. Yuran pendaftaran haritu pun RM200. Kami punya kumpulan sampai pukul 2.30, kurang lebih 3 jam setengah masa untuk setelkan semua CP.

Tempat ke 30 last dapat hadiah, kumpulan Naja pulak nombor 33. 3 tempat je tak sempat.
Siap je dapat nombor, kami pergi ke surau nak solat sementara tunggu kumpulan lain sampai dan upacara penyampaian hadiah pukul 4.30.

Lepas siap solat semua, dapat lunch. Boleh pilih nak pizza ke nak burger. Kumpulan kami pilih burger *sebab mengidam tengok KimT makan Wayback Burgers tadi lels*

Sebab hari nak hujan, dia cepatkan sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. 

Cabutan bertuah paling menyeksakan ialah dapat penyertaan free untuk masuk food hunt ni tahun depan lol tahun depan kena melalui azab ni lagi *kami ramai pakat tahun depan taknak masuk dah*
Ada jugak hadiah jam outdoor, TV bape inci tah, Celebrity Fitness membership, dan tiket penerbangan AirAsia ke beberapa negara. Total kumpulan masuk tahun ni ialah 174 untuk kategori terbuka, kira ok lah kami dapat nombor 26, 27 dengan 33 untuk peserta kali pertama kan *Kecuali group Yunuss yang pernah join sebelum ni*

 
 No 26

 
 No 27

No 33. Eh 🙊

Kumpulan pertama sampai pukul 1.20 petang, satu jam 10 minit lebih awal berbanding kami.  

Lepas tamat je penyampaian hadiah tengah-tengah hujan tu, kami terus bergerak ke Kampung Baru, nak makan lol. Malam tu pulak kami lepak lagi, dengan Afiq dekat Donutes Damansara. Dekat sini sebenarnya tempat makan paling best harini berbanding makanan sepanjang foodhunt harini.

 6 keping papan dan seketul kusyen

KEY TAKEAWAY

1. Foodhunt ni pretty straightforward, takde task yang boleh menyebabkan berlakunya lagging atau kejutan dekat setiap checkpoint. Kena makan makan dan makan je. Jadi group pertama takde halangan yang boleh menyebabkan dia ketinggalan *jealous*

      2. Pilihan makanan tahun ni ialah tema international, tahun-tahun lepas ada yang makanan Melayu jadi ada laksa, sate, etc etc. And honestly speaking, makanan dia tahun ni semua tak sedap dan tak mengenyangkan lol kecuali Wayback Burgers. Mungkin dia nak start promote makanan sihat kot

      3.Start pukul 11 sebenarnya mengazabkan. Time matahari tengah terik kena berlari-lari bawah haba KL. Tak mahu dah


So that’s all peeps yang berlaku sepanjang foodhunt ni. Kepada yang tolong like gambar kami sehingga kami berjaya mendapat tempat, terima kasih daun keladi. Lapyu banyak-banyak, lain kali like lagi.

Tengoklah tahun depan, kalau rajin dan ramai nak join, saya join. Ostad memang tobat dah nak masuk lagi, dia takleh makan laju-laju haha. Kalau takde geng, tak maulah join kali kedua haha

Bye and assalamualaikum. XOXO










No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter