23 August 2016

Bukit Kutu Tutu - Road to YYBTN

Assalamualaikum dan hai y'all!


Entry kali ni adalah siri ketiga yakni entry terakhir mengenai latihan ke Yong Yap Bubu Tok Nenek (YYBTN), sebab kami akan naik YYBTN hujung minggu ni y’all lagi 4 hari hewhewhew takuuuut awaa


 Tangan mesti tunjuk ke kamera. Trademark katanya


Latihan terakhir YYBTN ini diadakan di Bukit Tutu Kutu, Kuala Kubu Bharu pada 14 Ogos yang lalu. Tapi awasss jangan tertipu, nama je Bukit, tapi sebenarnya ketinggian Bukit Kutu pada altitud 1053m menyamai gunung, malah lebih tinggi berbanding Gunung Datuk (884m) dan Gunung Kerunai (1000m) yang saya pernah panjat, dan beberapa puluh gunung lain di Semenanjung.

Pendakian Bukit Kutu ni merupakan pendakian saya yang keempat dalam tempoh 3 minggu. Maksudnya setiap minggu saya panjat satu gunung, kecuali minggu saya panjat K2, panjat dua puncak terus. Dahsyat jugak, pertama kali jugaklah saya panjat gunung berturut-turut dalam masa sebulan tak pernah-pernah buat sebelum ni hehuhehu.

Bukit Kutu ni letaknya di Kuala Kubu Bharu. Kalau nak panjat Bukit Kutu ni, nanti akan jumpa satu persimpangan. Ke kanan menuju Lata Medang, dan ke kiri menuju Bukit Kutu (ke terbalik? Eh sorry tak ingat pula hewhewhew). Lata Medang saya pernah pergi dah haritu dengan Fakhrul, Afiq, Amirul and the gang, Bukit Kutu ni kali pertama nak pergi.

Ikut perancangan asal, latihan di Bukit Kutu sepatutnya berlangsung selama 2 hari 1 malam, 13 Ogos tu ada berkhemah dekat Sg Pertak bersama ahli GEMA Selangor Backpackerz dan malamnya ada sesi perkongsian mengenai persediaan memanjat gunung, esoknya baru mendaki ke puncak Kutu, tapi disebabkan 13hb tu saya dah janji dengan Keon dan Naja nak jumpa, tambah pulak hari tu akad nikah manager waktu malam dekat Cheras, jadi saya hanya dapat datang pada 14hb pagi untuk panjat Bukit Kutu.

 "Wow, cantiknya kaki dia!" kata Amar sambil menunjuk ke kakiku hewhewhew

Petang 13 hb tu, sepatutnya saya kena attend akad nikah manager dekat Cheras, tapi disebabkan akad nikah tu diawalkan ke sebelah pagi dan rumah manager malamnya semua orang dah berehat baring segala bagai, jadi malam tu suami manager nak belanja kami makan dekat luar. Bos kami pilih nak pergi Chemistry dekat Bangi. #carboloading lah kita ya. Lepas drop Keon di KTM Serdang dan drop Naja di cafe hipster apa entah namanya, saya pun menuju ke Chemistry.

Menjalin chemistry di Chemistry. Ewah

Anyway sedikit review tentang Chemistry. Konsepnya menarik, tapi makanan dan minumannya biasa-biasa je. Takdelah sedap sangat hehuhehu. Nak lepak-lepak kedainya boleh lah.

Lepas habis supper bersama bos, manager dan suami manager serta officemates yang lain, saya pun ambil Naja, bertolak balik ke rumah. Coach (hewhew) Fareez pulak terus bergerak ke Sg Pertak dengan Iwan atau nama manjanya, Nenek Kebaya lol sebab nak tidur dekat sana. Fareez kata dia takut tak terjaga, sebab tu dia nak jugak pergi ke Kuala Kubu Bharu malam tu jugak.

 "Kurniakan kami serikandi, penyejuk di mata penawar di hati...."

Balik rumah, saya kemas barang, terus bergerak ke rumah Bintang dekat Gombak. Bintang pun nak ikut mendaki, jadi kami tidur jelah dekat rumah dia. Gombak dengan Seri Kembangan, Gombak lagi dekat dengan Kuala Kubu Bharu kan. Sebelum ni pun Bintang pernah joing GEMA waktu mencandat sotong.

Paling geram dekat rumah Bintang saya tak boleh tidur, kena gigit nyamuk. 

Angkatan Wanita Altitud Tinggi (AWAT)

Dalam pukul 3, saya bangun dari tidur yang tak berapa nak tidur pun, kejutkan Naja dengan Bintang. Dalam pukul 3:30, kami singgah dekat KK Mart dekat Taman Melati, isi minyak dan terus bergerak ke Kuala Kubu Bharu. Kali ni, kami naik kereta Swift Bintang.

Sebab malam tu tak boleh tidur, masuk kereta je saya terus lelap hehe. Bangun-bangun je kami dah sampai dekat Kg Pertak tu. Alamak waktu tu ingat nak suruh Bintang singgah dekat masjid dulu tunggu subuh masuk sebab nak tumpang tandas sekali nak buang segala isi perut dan pundi. Tapi sebab saya tidur terjaga je dah sampai dekat situ, tak sempatlah nak ajak Bintang pergi melabur dekat bursa saham lulz.



Model rumpunan buluh, vintage. Jangan tenung lama-lama takut sakit jantung lulz 

Waktu tu dah pukul 5 lebih dah dekat pukul 6. Jadi saya pun call Fareez, tanya dia dekat mana tapak kem budak-budak GEMA sebab ramai sangat yang berkhemah dekat situ. Lepas hampir jugak tersesat, sekali nampak ada headlamp dekat semak, lepas tu orang tu berdehem-dehem. Ingatkan siapalah, rupanya si Hakim datang menjemput kami dari tapak khemah.

Kami pun mengikut Hakim. Sampai je kem budak-budaknya semua tidur lagi

Adalah 2-3 orang yang dah terjaga, termasuklah Amar.

(Awas: seksyen TMI di bawah!)

Saya tanya dekat Amar nak membuang dekat mana, lepas tu dia ajak turun dekat sungai, lepas tu dia ajar teknik-teknik terbaik untuk menyahtinja di sungai muahaha

Tapi yang paling kongajaq bila saya dah jumpa port, tiba-tiba budak-budak ni semua bangun lepas tu berdiri atas batu besar tepi tebing, menyuluh-nyuluh ke tempat saya dekat sungai sebab waktu subuh dah masuk dan deorang nak solat. Tak selesa kot, terus perut merajuk hewhewhew

Sebab tak jadi melabur, saya ambil wudhu, lepas tu join jemaah Subuh sekali dengan deorang.

Lepas Subuh, sebab tak tahan jugak, hari pun dah nak cerah, saya kembali semula ke sungai. Sebab fikir apa, kalau tak biasa dekat tempat yang takde dinding, nanti dekat YYBTN macam mana. At least anggaplah hari ni boleh praktis.

Akhirnya jumpalah satu port best dekat celah batu yang tersembunyi dan air mengalir deras hehehehe.
(Seksyen TMI tamat)


Rajin naa membasuh pinggan. Bilalah nak dipinang orang

Lepas dah siap di sungai, kami pun kembali ke kem dan tolong menyiapkan sarapan yang sekadar ada. Kalau ikut tentatif, sepatutnya kami bergerak naik dalam 6.30, tapi biasalah kan, manusia hanya merancang, Allah yang tentukan (alasan hehehe)

Dalam pukul 8, lepas kemas semua barang, siapkan beg, buat senaman ringkas dan baca doa, kami mulakan pendakian.

Disebabkan minggu lepas saya baru lepas memanjat K2 di Gerik, jadi saya agak bersedia nak mendaki Bukit Kutu (walhal dalam hati kubertanya kenapa setiap minggu kena panjat gunung? Whyyy kenapaaa purkee. Wuuu saia penad awaaa) 

 Kami kumpulan, BOBOI!

Pendakian kali ni bermula dengan landai, sehingga perlahan-lahan semakin mendaki. Tapi pendakian Bukit Kutu (1053m) tidaklah begitu dahsyat berbanding Kenderung (1223m) mahupun Kerunai (1000m), tapi masih juga mencabar. Naja tanya saya, berbanding Kenderung berapa mencabarkah Bukit Kutu? Saya jawab kalau Broga skala satu dan Kenderong skala 10, Bukit Kutu di skala 2 hewhewhew (eksejeret)

Kami melalui beberapa zon hutan yang berbeza, bermula di Kg Orang Asli Pertak ada kebun getah, kemudian hutan buluh, kemudian hutan tebal. Ada lalu sebatang sungai di kaki Bukit Kutu.

 Yunuss kata "Ni caption dia "lepas 30 minit mendaki"". Tapi belum sempat pose cantik dah snap gambar. Ciss

Ok kids, now for the history lesson.

Bukit Kutu (The Straits Times, 1896), atau nama lainnya Gunong Kutu (Straits Times Weekly Issue, 1893), atau Treacher's Hill, (sempena William Hood Treacher, Residen Selangor pada 1892 – 1896 yang menemui bukit tersebut pada 1893), tingginya 1053 meter dari aras laut.

Pernah dijadikan sanitarium, atau pusat peranginan untuk pegawai-pegawai British yang sakit atau tertekan setelah kerja berat tanpa mereka perlu pulang ke Eropah untuk iklim sejuk. Treacher’s Hill mengalami nasib yang berbeza berbanding pusat peranginan lain di Tanah Melayu ketika itu, seperti Fraser Hill, Maxwell Hill (Bukit Larut) dan Cameron Highlands yang sehingga kini menjadi pusat percutian. Treacher’s Hill telah ditinggalkan dan sehingga kini tidak pernah kembali ke zaman kegemilangannya.

Sewaktu zaman dahulu, kuda digunakan oleh pegawai Inggeris untuk menaiki puncak Bukit Kutu, manakala wanita Inggeris boleh menyewa tandu di pekan Kuala Kubu Bharu dan barang-barang mereka diangkat kuli. Puncak Bukit Kutu juga pernah dinaiki basikal pada tahun 1927 dan 1930. Walau bagaimanapun, jalan yang mereka naiki ketika itu mengikut Ampang Pechah, sudahpun ditumbuhi hutan.

Di puncak Bukit Kutu, telah didirikan dua buah banglo pada tahun 1896. Banglo pertama yang terletak di utara menghadap kawasan pergunungan, merupakan banglo yang kini hanya tinggal cerobong asap. Tinggalan cerobong asap inilah yang terletak di batu puncak Bukit Kutu yang akan dapat diperhatikan oleh hikers sekiranya mereka tiba di puncak Bukit Kutu dari Kg Pertak.

Banglo kedua, terletak di barat Bukit Kutu, menghadap bandar Kuala Kubu Bharu. Terletak jauhnya 10 minit dari banglo pertama, dan pada zaman dulu sekiranya mereka mendaki melalui Ampang Pechah, mereka akan bertemu banglo ini terlebih dahulu.

Banglo di puncak Bukit Kutu dikatakan dimusnahkan oleh British untuk mengelakkan banglo tersebut jatuh ke tangan pihak Jepun sewaktu pendudukan Jepun.

Itulah sedikit sebanyak sejarah Bukit Kutu.

Waktu mendaki ni saya belajar satu lagi trick mendaki. Kalau sebelum ni belajar pasal BPR (Buddies, Pace, Regrouping), kali ni baru saya tahu kalau mendaki sambil menyanyi rasa kurang letih hewhewhew

 Merentas sungai. Dekat sungai nilah kami nampak 4 wheel melintas. 4 wheel takpe lagi awaa tapi motor EX5 pun ada awaa wehh dahsyat orang-orang asal sini

Mungkin sebab berkaitan dengan psikologi kan hahaha. Jadi bila mendaki sambil menyanyi beramai-ramai tu kuranglah sikit rasa stress dan penat. Antara playlist lagu kami waktu tu ialah Bunga-bunga Cinta, Cobalah Untuk Setia (wajib nih! Turun dari K2 pun nyanyi lagu ni dengan Aziz), Standing in the Eyes of the World, Seindah Biasa dan lagu-lagu lain yang memerlukan kekuatan vokal, because why not gunakan jantung sepenuhnya alang-alang mendaki kan muahahaha

Kali ni kali ketiga sebenarnya mendaki dengan Amar (sebelum ni ke Bukit Batu Putih, Lata Medang), Amar memang shoot laju. Lepas tu Tokie follow belakang Amar. Naja dengan Bintang pun laju jugak. Mak aih, saya tak boleh langsung nak follow pace deorang.

Tapi perlahan-lahan jugak menapak. Bila dah ada geng radio, rasa kurang sikit mengah 
Geng karaoke kami termasuklah Fakhitah dan juga Isma yang sebenarnya first time saya jumpa time mendaki Bukit Kutu ni tapi dah macam kenal lama. Biasalah kan, outdoor people #perasan hahaha

Nak tiba ke puncak ada beberapa checkpoint, tapi checkpoint paling menarik ialah Batu Tedung. Batu Tedung ni satu batu besar yang berbentuk macam kepala ular tedung. Rasanya dia checkpoint keempat. 

Lord of the Batu Tedung - Fellowship of Bukit Tutu


Naik Bukit Kutu ni tak berapa mencanak, bagi saya still Gunung Datuk lebih penat. Bukit Kutu banyak jugak jalan landai dan menurun.

Waktu dah dua jam lebih mendaki, Naja dengan Bintang macam dah mental. Deorang dah mula tanya ‘Bila nak sampai?’. Kalau ikutkan kawan-kawan hiking saya (hihihi), deorang pantang woo kalau ada orang tanya soalan macam tu. Tapi sebab tanya dekat saya ni, saya dengar jelah

Bila last week tu dah mendaki Kenderung sampai 6 jam, saya rasa mental saya dah sedikit mantap (sedikit jelah. Sikiit je) maksudnya bila mendaki 2-3 jam belum mental lagilah. Jadi Bukit Kutu yang mengambil masa 3 jam untuk didaki, penat memang penat tapi saya still boleh handle lagi dari segi mental.

 "Lalu ku bangkit, tegak berdiri. Mengatur langkah ku terus mendaki...."
Ting ting ting  
Lebih kurang pukul 11, akhirnya kami tiba jugak di puncak. Puncak Bukit Kutu ni macam Gunung Datuk, iaitu seketul batu besar yang perlu dipanjat dengan tangga. Waktu kami sampai ke kaki batu tu, kami pun bukak fly dan ground (untuk yang takde basic camping, fly dengan ground ni kira macam kanvas laa. Fly ni kanvas yang jadi bumbung, ground ni kanvas yang jadi lantai), berkelah dekat situ. Kak Nina yang Power Rangers ni bukak beg dia bawak keluar tembikai. 


 Telaga air di puncak Kutu
Haaa mampu kau nak, bawak tembikai sebutir panjat gunung. Teringat Aki dekat Kenderung yang bawak sebijik tembikai sampai puncak. Inilah namanya dedikasi kepada latihan. Saya bawak air je panjat Bukit Kutu huhuhu malu malu kalah dengan kak Nina wanita besi

Lepas dah setup camp, adalah chef-chef terkenal tanahair yang masak maggi perisa lontong. Ada jugak yang bawak keluar buah rambutan. Tanpa segan silu kami pun jamah hehe

Alang-alang dah sampai, walaupun gayat, mestilah nak sampai jugak ke puncak kan. Jadi saya dengan Naja panjatlah sampai ke puncak batu nak bergambar. Puncak tu kecik je, maksimum boleh 2 orang je duduk dengan selesa, kalau lebih kena duduk dengan tak selesa (ayat ni macam cakap pusing-pusing je hewhew)

 Inilah puncak Bukit Kutu! Mujurlah yang pakai baju merah tu chomel, barulah nampak gambar ni berseri :P

Time ni geram pulak titew, ada satu kumpulan hiking tu selamba je naik atas puncak tu tak ikut giliran sebab dia kata dia malas nak tunggu. Eh suka hati kau je. Dah sampai puncak tu, dia boleh pulak push-push kami suruh cepat turun sebab group dia nak bergambar. 

 Perfection

Disebabkan group ni terlalu outspoken dan obnoxious, Bintang tak jadi naik ke puncak, saya dengan Naja je sempat berselfie. Hmmmm. Tapi takpelah kan, mungkin group tu tak sedar dia dah terkhilaf ewah #husnuzon

Puncaknya memang cantik, boleh nampak Empangan Kuala Kubu Bharu dan banjaran gunung Titiwangsa. Dekat sini jugak boleh nampak puncak yang lagi tinggi, yang menjulang sampai ke awan. Mungkin gunung Korbu agaknya (teori sendiri)

Lepas kami turun dari puncak batu tu, kami berkumpul semula untuk bertaaruf dan mendengar perkongsian tentang mendaki gunung dekat tepi telaga yang masih berfungsi. Banyaklah dapat input daripada Amar dan Iwan. Daripada cara nak mengemas beg, barang-barang penting yang perlu dibawak, dan tips-tips penting waktu nak hiking. Dan pengajaran baru yang saya dapat dari Iwan dan Tokie ialah, setiap gunung ada cerita berbeza, keadaan berbeza dan pengajaran berbeza. 

 Muka semua serius tatkala mendengar sesi pengakuan ekslusif IIUM Confession perkongsian

Sembang dengan Tokie kejap waktu tunggu turn naik ke puncak batu tu, then cerita dengan Tokie pasal sajak yang saya tulis tentang Kenderung dan Kerunai #shamelesspromotion hewhew (Tokie gelar diri dia akak dekat ai. Ai awet muda rupanya hahaha). Tokie kata sama macam apa yang saya tulis, setiap kali dia panjat gunung dia akan fikir pengalaman dan pengajaran apa yang bakal dia dapat dari gunung tu, sebab setiap gunung tu ada benda berbeza yang kita akan alami. (lebih kurang ginilah ayat dia. Ayat original kita tak hengat)

 Gambar personal favourite untuk trip ni. Mujur ostad tak jelir lidah dah naa muahahaha

Sama jugak bila saya tanya Iwan, susah tak panjat Yong Yap ni, sebab Iwan dah pernah sampai. Iwan kata semua gunung ada yang susah, ada yang senang (tapi panjat Kenderung susah je wooo mana ada part senang sobs3)

Lepas dalam sejam jugak kami bertaaruf dan bersharing is caring, kami pun mengemas semula barang-barang, berselfie dekat cerobong asap, dan pulang semula ke bawah sebab hari dah nak hujan.

Sebenarnya lepas panjat Kenderung dan Kerunai, saya rasa agak mental bila time nak turun gunung. Waktu tu kaki dah sakit dan melecet, terutamanya dekat jari. Waktu Kerunai mental sebab waktu turun dah masuk Maghrib, hari dah gelap. Dekat Kenderung mental nak turun sebab hari panas, dan tinggi mencanak lepas tu tenaga dah habis pakai masa mendaki. Tapi tiap kali panjat mestilah kena turun.

Dekat Bukit Kutu pun sama, tapi mentalnya sebab benda lain. Saya, Tokie, Bintang dengan Naja lead waktu turun, kaki kami dah sakit, jalan pun dah perlahan. Tapi paling mental bila jalan dah rata, tapi tak sampai-sampai jalan keluar. Yang tu paling mental sekali. Lebih setengah jam jugak baru kami sampai entrance ke Sg Pertak daripada kaki Bukit Kutu. 

 Bintang dan Walkie Tokie. Yang baju merah celah-celah semak tengah pancit tu saya lol

Waktu nak turun tu, tiba-tiba si Isma dengan Amar potong sambil lari-lari.

 Pergh masing-masing memang kaki besi urat dawai salur darah getah otot kuda stamina kuat luar biasa. Kita nak berjalan setapak dah terdengkut-dengkut huuu taa kuad awaa.

Lepas sampai ke bawah, kami semua terjun ke sungai nak meredakan otot-otot yang tegang lepas mendaki, solat jamar Zohor dan Asar, tukar baju dan kemudiannya bergerak balik. Time ni Naja dengan Bintang nak balik terus sebab dah tak larat dan Naja pulak nak balik naik tren sampai ke Klang. Terpaksalah kami berpisah daripada group induk, deorang nak makan sama-sama.

Dalam kereta apa lagi, flat terus tertidur. Sedar-sedar je dah sampai kedai makan. Lepas makan apa semua, kami pun bergerak ke rumah Bintang, sebab saya park dekat rumah Bintang. Sampai rumah dalam pukul 9, lepas tu kena basuh baju huhuhu Jumaat tu tak sempat basuh baju sebab pergi mencerap bintang dekat Pantai Remis. Lepas tu Sabtu dah spend satu hari dengan Keon dan Naja (Keon dah start housemanship minggu ni, so last week jumpa dia), malam Sabtu makan-makan sempena wedding manager, Ahad dah panjat gunung.

Jadi so far itulah perkongsian tentang Bukit Kutu. Tapi sebenarnya balik dari Bukit Kutu saya rasa lagi penat berbanding turun K2, serius weh entah kenapa. Mungkin sebabnya tak habis recover lagi kecederaan dari K2, dengan gigitan agas still belum hilang, kaki melecet sampai keluar gelembung udara pun kulitnya belum bertaut semula. Memang rasa penat lah kali ni balik tu total flat. 

Sekian saja perkongsian untuk kali ini. Bertemu lagi insyaAllah lepas saya berjaya menakluk puncak G7 pertama saya. Waahhh gitu harapan hewhew. Doakan saya tau kawan-kawan! 

Thanks for reading and assalamualaikum. Till we meet again. XOXO

P/S: Seminggu lepas kami panjat Bukit Kutu ada orang yang jatuh dekat Lata Medang. Innalillah

2 comments:
Write curses
  1. Pada pendapat saya, jika pendakian bukit atau gunung yang melebihi 1km dari aras laut, bukit tidak sesuai diberi namanay sebagai bukit tetapi adalah gunung melainkan ia dibawah 1km dari aras laut barulah ia layak digelar sebagai bukit...maaf dan betulkan jika saya silap..saya juga masih baru belajar ...

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter