12 December 2011

SUICIDAL

 
Fizi (bukan nama sebenar) pelajar perubatan tahun 4 di sebuah IPTA. Dia telan panadol 28 bijik pada suatu hari. Sebab tekanan. Setiap hari keinginan dia untuk hidup berkurangan, dan kemuncaknya pada hari itu.
Dia sesak nafas; pengsan. Lalu dikejarkan ke hospital. Dia pulih seperti biasa, tapi mengalami kemurungan. Dan dirujuk ke psikiatri.
Pelajarannya merosot. Saya tidak tahu berapa banyak, tetapi dia pelajar perubatan. Saya tidak tahu sistem pelajaran mereka.
Saya perasan ada sesuatu yang aneh pada perubahan status-statusnya di facebook. Dia mula meluahkan perasaan-perasaan yang negatif; dan itu adalah signal dia cuba meminta tolong. Saya cuba membantu sedikit. Memberi kata perangsang. Cuba menyelamatkannya sebelum perkara yang sama berulang.
Dia susah hati kerana kawan baiknya. Dia susah hati kawan baiknya meninggalkannya. Saya terkedu. Saya tidak tahu apa yang perlu diucapkan; kerana saya hampir pasti saya juga pernah merasai sebegitu. Dan walaupun selepas percubaan membunuh dirinya yang gagal, kawan baiknya masih mengabaikannya. Dan dia cuba membunuh diri sekali lagi dengan menyedut gas aerosol. Syukur, Allah masih memanjangkan hayatnya.
suicidal
Saya dapati dia kemurungan kerana kesunyian. Berat badannya berkurangan sangat mendadak. Mukanya sudah cengkung. Dia tidak ramai kawan, dan pula kawan baiknya mula menjauhkan diri. Hubungan mereka hubungan yang bermasalah, yang diselirati perasaan-perasaan yang rumit. Dan keluarganya juga mula menekannya. Dia kebuntuan. Tiada tempat mengadu.
Saya tidak pasti bagaimana kawannya itu memberi tekanan kepadanya, tapi keadaanya sudah agak kritikal. Daripada mesej-mesej dia kepada saya, menunjukkan sesi rawatan dengan psikiatris tidak berjaya.
Dan sewaktu cuba menghubunginya semula, dia sudah menyekat saya di facebook. Saya tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengannya semula, dan saya risau dia akan melakukan sesuatu yang akan membahayakan dirinya sendiri.
Saya dapat memahami perasaannya yang sunyi, tapi saya tidak tahu apa yang sebaiknya untuk saya lakukan. Walaupun universiti kami tidaklah jauh, saya tidak ada pengangkutan untuk berjumpa dengannya. Dan saya risau dia menyekat saya di facebook, seperti tandanya dia tidak mahu berhubung dengan saya lagi. Tidak mahu mendengar nasihat saya lagi.
Saya bersimpati dengan apa yang berlaku. Cuba memikir sebab dan kesan. (Tiba-tiba rasa macam nak tulis dalam English)
This is one thing that people won’t teach you about life. About how life sucks if you feel lonely, and you don’t have friends, and you don’t look good enough, and you don’t wear fancy clothes.
People akan jadi judgmental towards you. They would tease you, stab your back. Bila orang tu bunuh diri, barulah mereka cakap “Patutnya dia bagitau pada kami dia rasa sunyi. Kami boleh temankan dia.” You know what? It’s too late.
Macam kes sorang student UPM bunuh diri sikit masa dulu. Lepas dia takde, barulah orang cakap “Kalau takde duit, pinjamlah dekat saya dulu ke.” And you know what? Kalau orang tu hidup agaknya semua kedekut dengan dia. Masing-masing taknak bagi pinjam duit sebab tau dia tak mampu nak bayar balik. The only reason why they said such things bila orang tu dah takde sebab deorang rasa bersalah.
To be frank, saya pernah jugak merasa depression sebab kesunyian (and even now, I’d still feel lonely….). Saya cuba reach out to other people, when even best of friends abandon me. Mereka ada kawan lain, ada girlfriend, ada komitmen. Bila kita ajak makan sekali, dia dah makan dengan girlfriend. Bila kita ajak keluar, dia dah janji dengan orang lain. Bila kita jadi invisible dalam pandangan mereka, kita rasa worthless. Takde harga diri. Kita cuba cari kekuatan sendiri, tapi sangat susah.
Dan kadang-kadang, kawan baik kita yang paling tak menghargai kita. Bila kawan baik kita sendiri merasakan kita macam satu beban yang dia kena pikul, dan persahabatan kita macam tak wujud. Bila kawan baik sendiri tinggalkan kita bersendirian untuk pergi berhibur dengan orang lain, atau merahsiakan sesuatu daripada kita tapi bagitau orang lain.
Dan mungkin perkara yang sama dihadapi kawan saya itu sekarang ini. Mungkin jugak keadaannya lebih parah sampai dia dah tak tau nak buat apa. Sampai rasa nak mati. Mungkin kawan baik dia dah terlalu memberikan dia tekanan. Kawan saya pulak seorang yang emotionally challenged. Dia bukan jenis kuat semangat. Saya tidak tahu sudah berapa lama dia dalam keadaan tertekan.
Saya rasa kalau dia cerita dengan orang lain,mesti orang akan perlekehkan dia. “Eh, ko ni laki ke pompuan? Takkan pasal kawan pun nak sedih? Come on la der!”. Tapi kita sendiri tau semua orang ada perwatakan masing-masing. Bila kita cakap macam tu, kita secara tak langsung menghukum dia atas perbezaan emosinya yang dia tak mampu nak kawal. Sebab tu mungkin dia pendamkan; sebab dia malu nak mengaku dia hampir bunuh diri sebab kawan baik.
Saya pun tak mampu nak buat apa-apa sekarang untuk menolong dia. just berharap ada orang lain yang akan guide dia, dan Allah berikan dia kekuatan untuk menempuhi dugaan ni. Nasihat saya, hargailah kawan baik yang anda ada, sebab kalau dia cakap dia perlukan anda, anda tak tahu betapa sesungguhnya dia sedang memerlukan anda. Kadang-kadang dalam sehari sebab anda temankan dia je walaupun sekejap, dia akan rasa gembira sampai malam. Kadang-kadang anda je satu-satunya sebab dia akan merasa aman. Jangan jadi pentingkan diri dalam persahabatan, sebab kawan ni anugerah Allah kepada kita.
Nabi pernah bersabda:
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
See? Menyayangi sahabat dan mengucapkan perkataan sayang kepada mereka adalah sunah Nabi.
Dan Nabi pun pernah bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)
Lagi satu:
Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)
Ada kawan saya yang suka dapat hadiah, tapi tak suka memberi. Sebab katanya, kalau perkara tu dia tak pernah bagi pada ibu bapanya, dia takkan bagi pada orang lain. Dia takut dia lebih memuliakan kawan daripada ibubapa. Tapi saya tak rasa itu sepatutnya satu masalah. Sedangkan hadis Nabi pun ada menyebut tentang perkara ni. Lagipun kawan-kawan pun penting seperti keluarga. Ada masanya kita mintak tolong kawan dan bukan keluarga kita, betul tak?
So itulah kawan-kawan yang budiman. Saya berharap dengan berkongsi tentang kawan saya ni, kita semua mula menyedari kepentingan bersahabat. Hargai mereka selagi mereka masih ada. Dan kalau mereka kesunyian, tolonglah bantu.
My question now is: agaknya waktu kita kesedihan,berapa ramai daripada 500++ kawan kita dekat facebook yang akan menghiburkan kita?
LiveJournal Tags:




























4 comments:
Write curses
  1. hurm... hope kawan u tu akn ok...

    ReplyDelete
  2. Yep, kawan baiknya mengabaikan dia is only separuh dari masalah dia.

    Masalah utama dia sunyi adalah kerana dia sendiri yg tidak menyayangi kawan kawan dia..

    Dengan selamba dia menyekat anda yg selalu memberi kata perangsang kepadanya..

    Too bad.

    ReplyDelete
  3. i like what you said~i agree what u said~~

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter