19 November 2011

Still Reminds Me

 
I've done some walking
Listen to the people talk on the street
I don't feel lonely

I saw some movies
But your face kept coming back on the screen
I think I'm crazy
Can't make decisions
I could use some more distractions today

Potong rambut. Jalan-jalan. Anything untuk membuatkan saya lupa seketika. Untuk membuatkan saya berbeza untuk sekejap. Untuk rasa lebih gembira. Saya jumpa kaunselor. Tapi akhirnya saya yang membantu dia.
“Kedatangan awak ke sini adalah anugerah untuk saya” – katanya kepada saya. Apa yang patut saya buat selain diam? Mata saya memandang ke luar tingkap, tidak ke mata Puan Kaunselor. Hujan di luar merembes. Oh, kena lari balik fakulti! Segala kata-katanya ke telinga saya selepas itu hanyalah dodoian yang merdu.
Saya berlaku jujur. Mengaku di manakah yang silap. Berdoa. Setiap kali kesakitan itu datang, saya menyebut nama Tuhan. Walau saya cuba menangis, mata saya begitu angkuh untuk mengalah. Saya cuba berbicara dengan diri sendiri. Tetapi hati saya begitu keras untuk memberi kerjasama. Setiap kali saya cuba menyelam ke dasar, saya akan dipantul keluar.
Awak. Awak tau. Sebabnya hanyalah awak. Saya berjalan dalam hujan. Cairan gel kuning daripada kedai gunting mencair, masuk dalam mata saya. Pedih. Saya berlari menyeberang jalan raya. Kereta Saga hitam dari jauh dah hon saya. Apa saya peduli? Pengalaman saya adalah dedikasi kepada awak.
Saya berjalan tepi koridor. Si tukang kasut pandang saya. Saya senyum. Dia mengelak. Saya rasa nak tegur dia. “Encik, saya baru sedekah dekat Encik. Sedekahlah dekat saya semula!” – mujur saya masih ada rasa hormat kepada dirinya dan kepada diri saya. Awak. Kenapa semua benda yang saya buat semuanya begitu kecil dengan bandingan kesakitan yang awak bagi?
Walaupun baju saya basah, walaupun kereta nak langgar saya, walaupun mata saya pedih sebab gel kedai gunting, dalam otak saya hanya ada awak. Tempat yang awak sentuh masih berbekas, luka. Berdarah. Sakit.
Awak. Harijadi saya dah dekat. Saya tak peduli awak akan sambut atau tak. Tapi saya takut pada harijadi saya nanti awak akan bagi ‘hadiah’ dekat saya. Hadiah yang akan membuatkan parut dalam dada saya merekah semula. Berita pertunangan awak, mungkin?
Awak, ada sesuatu yang saya belum pernah bagitau. Tentang saya. Tentang kita. Sebelum terlambat, saya nak bagitau awak. Saya nak bagitau awak perasaan saya yang sebenarnya. Biar awak dengar sendiri depan-depan. Saya tau saya tak sempurna untuk awak. Sebab tu awak pilih dia. Walaupun hati awak mungkin dah takde pada saya. Tapi perasaan yang saya ada untuk awak ikhlas, walau tak mungkin sempurna. Tapi sampai sekarang saya tak sampai hati nak cakap. Saya penakut.
Bila hujan menimpa atas baju saya, saya akan selalu ingat hari ini. Selalu ingat awak yang saya fikir sewaktu Saga hitam tu hon saya. Saya akan ingat awak untuk semua perkara yang awak ingatkan saya. Selalu ingat kepada kesedihan yang awak sebabkan, dan bahagia yang pernah awak bagi. Dan saya akan ingat selalu, bahawa setiap pertemuan itu akhirnya ialah perpisahan.
 
LiveJournal Tags:












No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter