26 March 2013

Surat daripada Anwar Ibrahim

 
Minggu lepas saya pulang ke kampung halaman. (kekok betul dah lama tak update blog!)
Seperti biasa, berlambak-lambaklah surat-surat dan majalah-majalah yang sampai ke rumah atas nama saya. Surat dari bank, majalah TIME, Reader’s Digest, National Geographic, journal BioPharma.
Daripada berbelas-belas surat tu semuanya dah tahu isi kandungan sebab dah biasa dapat kecuali dua sampul surat.
Yang satu tu, daripada PM tercinta. Surat yang memujuk pengundi supaya mengundi Barisan Nasional. Tidaklah begitu mengujakan, sebab sebelum ni memang banyak kali dapat surat daripada BN (Jamuan hari raya, karnival, etc etc).
Yang lagi satu tu, luarnya putih je. Takde lambang apa-apa. Mula ingatkan surat dari ASB, penyata kewangan ke apa. Sebab bila koyak je sampul dia, nampak pamplet warna biru. Lagipun sepupu saya pun dapat surat yang sama, pun belum berbukak lagi. Bila tengok betul-betul, suratnya ada beberapa helai. Ada surat, ada pamplet.
Suratnya tiba-tiba ada logo mata satu, bulan putih dengan roket. Tengok bawah ada tandatangan Anwar Ibrahim. Eh aneh? Kenapa Anwar Ibrahim hantar surat ni? Rupa-rupanya surat tu ialah rayuan kepada pengundi-pengundi supaya jangan mengundi BN. Wah menarik. Sampai hantar ke rumah.
Secara lahiriah atau zahir atau fizikalnya, kita nampak normal bahawa surat-surat ni boleh sampai ke tangan kita. Tapi kalau difikirkan, betapa logiknya perkara ini boleh berlaku?
Surat daripada PM, itu tidak menghairankan. Kita sedia maklum data kita wujud dalam pengkalan data kerajaan, kalau bukan pengundi pun kita pernah memohon biasiswa, BR1M, pakej komunikasi belia, kad pengenalan, lesen JPJ, sekolah asrama penuh, pernah masuk hospital. Data kita ada di pelbagai kementerian kerajaan. Maka kalau PM hantar surat kita terima surat itu dengan pemikiran yang tidak prejudis. Kita tahu PM ada akses kepada semua maklumat itu.
Tapi bila Ketua Pembangkang yang menghantarnya, itu jadi aneh.
Pertamanya, bila masa beliau menyimpan maklumat peribadi kita? Kita mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya, langsung tiada kena mengena dengan parti bulan atau mata satu atau roket. Kita tidak pernah LANGSUNG menyertai mana-mana ceramah anjuran parti-parti ini, baik perhimpunan Bersih 1.0 (sehinggalah ke versi-versi seterusnya) atau ceramah-ceramah reformasi, atau ceramah agama bermotifkan politik.
Bagaimana pula maklumat seperibadi itu boleh diakses? Ketua Pembangkang tahu di mana saya tinggal tanpa saya pernah berjumpa beliau walau sekalipun, walau tidak pernah langsung menglibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan beliau. Dan kenapa pula pengundi kali pertama yang diberikan tumpuan? Saya dan sepupu saya yang mendapat surat yang sama masing-masing ialah pengundi kali pertama untuk PRU akan datang. Manalah Ketua Pembangkang tahu siapa pengundi kali pertama dan siapa yang bukan?
Musykil. Maka di sini saya melihat berlaku ketirisan maklumat yang serius. Seingat saya, saya tidak pernah langsung mendaftar keahlian mana-mana parti secara sukarela. Jadi tidak logik maklumat peribadi saya boleh diketahui Ketua Pembangkang.
Kalau sekiranya PM yang menghantar surat, itu kita cukup maklum adalah logik dengan kapasiti beliau sebagai pemimpin negara yang tertinggi. Tetapi surat Ketua Pembangkang? Jikalau beliau bukan daripada kalangan pemimpin BN, bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut? Ini ialah serius. Teman-teman, saya menghidu permainan kotor di sini.
Tambahan pula, kos menghantar surat individu berserta cetakan pamplet penuh berwarna bukanlah murah. Untuk seseorang melakukannya, memerlukan sumber yang besar baik dari segi maklumat (yang dikhuatiri dibocorkan) dan juga kewangan. Sebagai Ketua Pembangkang yang tidak pernah menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi, manakah beliau berjaya mencekau duit untuk kempen mahal seperti itu? Oh barangkali ditaja ialah parti-parti mata satu, bulan putih dan roket. Yang sumbernya tentulah bukan datang daripada duit rakyat yang diselewengkan yang 100% halalan toyyibah.
Teman-teman bakal pengundi, bukanlah katanya hendak mengutuk mana-mana pihak, tetapi kesal maklumat kita begitu mudah diperguna. Jujurnya, saya tidak rela mendapat surat yang merayu-rayu minta kita memberi undi, tidak kira dari mana-mana pihak. Itu satu gangguan, seperti email spam yang kita dapat je terus nak delete. Bendanya mengganggu. Sekarang kita perlukan penjelasan. Daripada mana data peribadi kita dibocorkan? Siapa main bersih, siapa yang kotor?
Tik. Tok. Tik. Tok. Masa makin dekat.















11 comments:
Write curses
  1. Aku pula dapat SMS datang jamuan makan-makan dan informasi terkini Menteri Besar Perak. Yang peliknya, aku lihat Persatuan Anak Perak tak maju-maju pun.

    ReplyDelete
  2. setiap dun ada disediakan senarai nama pengundi yang mana tak kira pengundi tu baru kali pertama nak mengundi atau dah berkali-kali.jadi, memang tak pelik lah data kita seperti nama alamat n no ic diketahui.kedua-dua parti pemerintah n pembangkang ada booklet senarai nama pengundi utk setiap kawasan.siapa main kotor siapa main bersih tu bergantung pada citarasa anda.anda pnyokong kerajaan, maka logik lah anda tak nampak salah kerajaan.itu adalah lumrah.sama jugak dgn penyokong pembangkang.mereka akan backup parti mereka.

    ReplyDelete
  3. I need to comment on this.hahaha....no one should have our info other than the gov which shouldnot be confused as bn or pakatan. Gov is the the system that is used to protect the ppl Managed by the political party.

    2nd,do not be surprised that nowadays Anybody can have acess to yr persoonal detail cos its up forsale..and the biggest supplier is the telco company...privacy is now a amatter of business,its no longer personal.

    3rd,big moneey doesnt mean it commes from the tax aka rakyat money..it can also come fromdifferent source that has its own credibility..


    No harsh feelings...we cool ya




    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..telco company n bank..both ada maklumat personal yg mereka saling mempergunakan utk tujuan bisnes..sangat setuju dgn your 2nd and 3rd point..
      and the 4th,i do believe its hard to find pure natural people when we talk about politikus.jarang jumpa manusia yang sangat adil.we just try to pretend to be natural as good as possible but inside,hanya Allah yang tahu.
      BTW, saya penyokong PAS.haha.
      ~we cool ya~
      hai syed..hihihi..

      Delete
    2. 1stly, i am aware that the govt should not be synonymised with political parties. but it is also not to be ignored that the ruling party is BN, thus it is not strange if they do have access to our information, though not legally speaking. it is, however, strange that the opposition could have the same details.
      2ndly, speaking of 'our private details' are being sold by banks and telcos, doesn't that mean that there's a foul play being staged without our consent? it might be illegal, but it is totally unfair to the consumers.

      but above all, i could see that you guys had paradoxically agree with me. we both know that both parties used the same tactics, utilising the same information. which then brought us to my question "siapa main kotor, siapa yg bersih?" bcos when both of them are playing at a level field, this question would no longer be relevant.

      Delete
  4. we cool though. we are discussing here. =) no hard feelings.

    ReplyDelete
  5. Alahai adik ni.. nama je budak u.. tapi tak fikiran mcm makcik tak sekolah. Ingat kerajaan je ke pandai.. Janganlah ingat kerajaan je ada duit boleh memerintah.. pAKATAN LAGI BIJAK .. BELUM memerintah pun ada duit nak htr surat tau.. duit tu datang dr derma individu yg inginkan amar makruf nahi mungkar berada di bumi Allah swt.. Kenapa lah nak cinta sgt pm yang korup tu....

    ReplyDelete
  6. Alahai adik ni.. nama je budak u.. tapi tak fikiran mcm makcik tak sekolah. Ingat kerajaan je ke pandai.. Janganlah ingat kerajaan je ada duit boleh memerintah.. pAKATAN LAGI BIJAK .. BELUM memerintah pun ada duit nak htr surat tau.. duit tu datang dr derma individu yg inginkan amar makruf nahi mungkar berada di bumi Allah swt.. Kenapa lah nak cinta sgt pm yang korup tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Mak Cik Mujahidah. (y)

      Delete
  7. ayat2 yg memang pro BN.. ko salahkan pembangkan pulak?? kenapa pembangkang tu salah ke??? pembangkang tu opposition dgn kerajaan... Misalnya.. pembangkang di pulau pinang sekarang adalah BN... so patut saya benci BN buat2??? lihat lah sekeliling dulu sebelum berbicara... ketirisan ini kau bold kan... macam mana ketirisan wang rakyat?? sapa nak bela...?? itu lebih penting dari apa yg ada disini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat-sangat dengan Syaril Ariffin. Hujah yang mantap.

      Delete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter