09 January 2012

Anwar’s Innocent; SO WHAT?!

Hell, I never vote for anybody, I always vote against. 
- W.C. Fields
 
mintamaafpadaanwar
Saya bersetuju dengan Nik Aziz. Sesiapa yang menuduh Anwar peliwat harus meminta maaf. –Serius-
 
Saya bukan penyokong mana-mana parti politik. Saya seorang yang neutral. Diulangi, NEUTRAL.
Tapi saya benci mana-mana penyokong parti politik. Terutamanya yang ekstrem. And some of them are included in my friends list.
Saya tak suka penyokong Anwar in particular. Bukan maksudnya saya penyokong kerajaan OK, at least takde penyokong Najib yang mengangkat Najib sebagai pilihan Tuhan. Tapi penyokong Anwar dah macam apa dah. Fanatik melampau.
Tentang kes Anwar, tak perlu rasanya nak letak komen lebih-lebih. Kalau letak keputusan Mahkamah tu OK je, tapi tak payahlah nak umumkan siapa sekali yang memfitnah, atau nak mention directly yang dia memang difitnah. Dan siap nak warning dengan hellfire segala bagai. Who are you to judge, people? Mahkamah memang cakap tak bersalah, tapi itu atas dasar bukti tak kukuh.
Dari segi statistik, p-value lebih dari 0.05, lantas tidak boleh menolak hipotesis null. Ataupun dalam bahasa mudah, bukti yang ada tidak cukup kukuh untuk mendakwa Anwar bersalah. Tetapi dari segi lainnya, ia tidak pernah menyanggah kejadian itu pernah berlaku. Cuma bukti kejadian itu berlaku sahaja yang tiada atau tidak kukuh. Nampak?
Do you think he is really innocent? Not necessarily.
Do you really think this case is that simple? Yes, I think it is.
Yang membuat kes ni jadi huru-hara sebab Anwar mati-mati taknak dibicarakan. Tengoklah macam mana Karpal Singh main pusing-pusing dalam mahkamah. Mereka langsung tidak menafikan kejadian itu berlaku, sebaliknya menghentam aspek-aspek teknikal dalam penghakiman; tempat kejadian, bahan bukti, kredibiliti hakim. Dalam erti kata lain, mereka cuba melarikan fokus daripada isu utama.
To be frank, sejak mula kes ni dibicarakan saya dah nampak apa yang akan berlaku. Dan sebenarnya yang paling untung dalam kes ini ialah Anwar sendiri. Sokongan daripada rakyat naik mencanak-canak. Nampak sangat dah direction kes ni.
Sama ada dia akan didapati bersalah atau tak; itu ialah sesuatu yang tak penting. Dua-dua keputusan bagi dia ialah menang-menang.
 
Situasi 1: Anwar didapati bersalah
“Kerajaan zalim! Mahkamah tak telus! UMNO fitnah!”
 
Situasi 2: Anwar didapati TIDAK bersalah
“Kerajaan kaki fitnah! Kini terbukti UMNO hanya pandai memfitnah! Kami takkan undi Be End! Kemenangan ini konspirasi Najib!”
 
See? Any differences? Takde. Dalam dua-dua situasi, yang jahat ialah kerajaan. Dan yang kesian tentunya mahkamah. Kalau mahkamah putuskan bersalah, tentu dikatakan tak adil; hamba UMNO. Kalau dikatakan tak bersalah, takde pulak pujian diberikan. Masyarakat tak percaya pada mahkamah.
Sebagai seorang yang menjunjung tinggi nilai intelektual manusia, saya enggan menyokong mana-mana pihak dan enggan diperbodohkan. I can read between the lines. Saya tahu pilihan mana yang perlu dipilih.
Dan pilihan itu bukanlah menjadi penyokong Anwar (ataupun the other side, if that’s the case). Saya neutral. Sekali lagi, saya NEUTRAL.
OK, so sekarang macam mana dengan Saiful? Orang kata dia memfitnah, betul ke? Dan adakah betul dia telah di-sexually harassed (tak suka guna term kotor tu...) oleh Anwar? Sesungguhnya hanya dia dan Anwar je yang tahu.
Memang kita kata Saiful memfitnah. Tapi apa jaminan bahawa antara dia dan Anwar tak pernah berlaku apa-apa? Siapa yang berani jamin dengan nama Tuhan Anwar tidak pernah meng, erm, harass dia?
Yang peliknya orang menyokong macam tahu luar dalam Anwar. Macam tahu siapa Anwar; tak mungkin dia mendambakan Saiful (seriously tak suka ulas pasal benda ni, geli...). You don’t know him, people. Nobody does. Dia dan Allah (dan Saiful) je yang tahu siapa sebenarnya Anwar. What if kalau apa yang Saiful katakan betul? Tahu tak dekat luar negara banyak pemimpin kena tangkap melakukan perbuatan songsang; even yang dah beranak-pinak pun. What makes you think Anwar tak jatuh dalam golongan tu? Adakah akhlak Anwar itu terjamin suci bersih?
Oh untungnya menjadi seorang Anwar Ibrahim. Seriously peeps. Kalau buat jahat banyak mana sekalipun, orang akan anggap semua tu fitnah. He’ll get away from any mess with very little fanfare. Lepas ni kalau dia ada kes liwat lagi, rasuah ke, video lucah ke, semua orang takkan percaya dah. Betul tak apa yang saya cakap? Anwar sangat beruntung dalam kes ni!
 
901
Ramai yang percaya Anwar tak bersalah… (tak ke?…)
 
Mula-mula dulu saya tak percaya Anwar buat sesuatu pada Saiful. Seriously. Saya anggap ni semua mainan politik nak menjatuhkan dia. Tapi macam pelik sebab dia asyik nak mengelak je. Lepas tu saya fikir, dalam dunia ni takde yang mustahil. What if kalau Saiful tak menipu? Kenapa Anwar langsung tak membangkang tuduhan Saiful terhadap diri dia?
Segalanya boleh berlaku. Jadi saya tidak pernah menganggap pengadilan di mahkamah ialah sebenar-benarnya adil. Pengadilan di mahkamah tertakluk kepada bukti dan saksi. Walaupun anda pernah diperlakukan macam mana sekalipun (dirompak, dipukul, ditipu), jika takde bukti atau saksi, tiada apa yang mahkamah boleh lakukan. They are as good as the proofs and witnesses given. Nothing more.
Ada yang kata kena pakai hukum hudud. Kalau pakai hudud memang si Saiful takkan dapat bawak dakwaan dia untuk mengheret Anwar ke mahkamah. Tapi dia boleh direjam sampai mati sebab pengakuan dia boleh dikira benar (itupun kalau dia enjoy buat benda tu. Kalau tak, boleh dianggap terpaksa…). Cuma Anwar boleh terlepas sebab Anwar tak mengaku. Unless dua-dua bersumpah. Tapi Anwar tak nak bersumpah (menurut riwayat, dia dinasihati untuk tidak bersumpah).
Bukannya saya nak kata Anwar bersalah. Tidak. Hakim dah putuskan sebaliknya. Tetapi, dalam kes ini, harus diingat terdapat pihak yang menuduh; iaitu Saiful. Persoalannya adalah sama ada Anwar atau Saiful yang memfitnah? Yang ini adalah jawapan yang mahkamah sendiri tidak mampu nak putuskan. Mahkamah hanya memutuskan mereka tidak boleh mengatakan Anwar bersalah, tetapi itu tidak menafikan perkara itu pernah berlaku. Jadi selagi perkara ini tidak diputuskan, selagi itu tidak ada pihak yang benar dan salah sebenarnya.
Dan satu lagi, orang kata yang teraniaya doanya makbul. So sebab Anwar menang, maksudnya dia teraniaya dan dia tak bersalah.
Yang ni taknak komen. Just nak cakap, what if kalau deorang berdua enjoyed the courtship? Kalau deorang suka sama suka? Jadi there’s really no pihak yang teraniaya dekat sini. Yang teraniaya ialah Anwar sebab Saiful membuka aib mereka.
Mindblown already? Tidak?
Ok, taknak komen lanjut.
Sekarang Saiful pernah bersumpah laknat. So saya percaya kalau dia memfitnah, balasan itu akan datang. Saya sangat yakin. Jadi tidak ada yang perlu digusarkan. Anwar tidak pernah membuat sumpah yang sama, jadi itu pun tidak perlu dirisaukan. Untuk Anwar tidak akan berlaku ‘makan sumpah’. Untuk Saiful; mungkin. Kebenaran itu akan datang juga.
Apa yang saya nak cakapkan ialah, keputusan mahkamah bukanlah keputusan yang muktamad atau keputusan yang penghabisan. Kerana keputusan mahkamah tidak menjawab pelbagai persoalan. Persoalan itu hanya akan dijawab di hadapan Maha Pencipta nanti. Jadi masa tu baru kita akan nampak apa yang sebenarnya berlaku.
Apa yang sebenarnya kita kena buat sekarang ialah, jangan nak panggil gelaran macam-macam dekat orang lain. Walaupun mahkamah dah kata Anwar tak bersalah, tak perlu nak kutuk Saiful lahanat, penipu, kaki fitnah. Dan walaupun ada yang percaya Saiful ialah mangsa sebenar, tak perlu nak caci Anwar dengan gelaran yang keji.
OK, I write based on certain facts, assumptions and speculations. So jangan cakap saya fitnah. Saya dah cakap direct yang semua ni hanyalah spekulasi dan andaian semata-mata (dengan sedikit fakta). There’s no part in this entry yang mention mana-mana pihak bersalah atau tak. Cuma saya nak kita bukak mata. Berfikir tentang segala kemungkinan. Jangan asyik nak percaya membabi buta. Jangan nak jadi lembu politik. Jadi neutral kan best? Tak payah tension-tension.
Sebab saya percaya, manusia boleh bertoleransi atas banyak perkara, tetapi bukan politik. Atas sebab politik, kawan boleh putus kawan, sedara putus sedara, kahwin boleh cerai. Buat apalah kita nak berbalah macam orang gila sedangkan hasilnya tak dapat pada kita? Kalau dapat pun, terlalu sikit dibanding dengan harga yang kita bayar. Tak berbaloi. Kita membayar dengan harga darah, air mata, maruah, masa, persahabatan, keluarga. Tetapi apakah perjuangan kita tu sebenar-benarnya betul atau kita hanya menjadi alat mereka di atas? Fikir-fikirkan.
 

LiveJournal Tags: ,















































9 comments:
Write curses
  1. setuju sangat. saya juga adalah pihak neutral seperti saudara...sesetengah ekstrimist (pembangkang@ kerajaan) hanya percaya kepada sumber yang mereka mahu percaya sahaja. baca satu sumber, dan percaya bulat-bulat. takde rasa nak buat research sendiri, baca dua tiga sumber dahulu sebelum buat judgement sendiri..kalau dah taksub dengan pemimpin tu, semua yang pemimpin tu buat pun adalah atas niat yang baik, xde cacat celanya...umpama kata pepatah.. "kalo dah suka tu, kentut pun bau wangi..."

    ReplyDelete
  2. neutral..neutral pun..u must be carefull..
    but,saya xkata salah jd neutral..
    tu lg better drpd jd ekstrem.
    yg penting cari kbnrn dr pelbagai sumber..dan jgn menutupnya disbbkn berkepentingan lain. sekian

    ReplyDelete
  3. YES!! saya stuju 100%. ni la masalahnya bila masing2 nak argue bnda yg entah pape. yang sokong, sokong je membabi buta. hello. open la siket. kalo dah terang2 pihak kita buat salah buat apa u susah2 nak tegakkan benang yg basah. last2 kan benag tu merengkok jugak kan? no need laa.. could u all be positive? jgn la suka sangat nak jatuh menjatuhakn sesama bangsa sendiri. jangan la sampai tahap dah tergadai maruah bangsa tergadai negara dulu. nanges air mata darah pon tal guna laa masa tu. aishh!

    ReplyDelete
  4. wan13: itulah, jarang yang memikir betul2. masing2 percaya bulat2

    mEkLee: oh, saya xde sbrg kepentingan dalam kes ni. so saya neutral je =)

    dayIIIz.daSh: kan? deorang selagi tak nampak kesannya selagi tu nak fanatik membabi buta...

    ReplyDelete
  5. saya juga masih mencari kepastian dan kebenaran
    sukar nak percaya hal-hal yang sering dimomokkan media samada daripada arus perdana/alternatif.sekarang mungkin masih neutral dan non-partisan.saya suka entri ini.

    ReplyDelete
  6. awak betul2 pasti ke anwar tak penah membangkang tuduhan saiful?jgn hanya membaca atau mendengar dr media yg tak abes2 memutar belitkan fakta..anwar hanya tidak bersumpah..sebab sumpah perlu menjalani prosedur yg betul selepas sebarang keputusan tidak dapat dicapai melalui perbicaraan mahkamah syariah..

    ReplyDelete
  7. anwar hanya membangkang tuduhan Saiful setelah masa yang lama diambil. sewaktu mula-mula dakwaan Saiful dikeluarkan, Anwar tiada bangkangan. tiada tindakan serta-merta untuk membersihkan dirinya, hanya meminta tuduhan qazaf dikenakan ke atas Saiful.

    secara logiknya, seseorang yang tahu dia bersalah, tetapi tidak menafikan, malah sebaliknya mempertikaikan dakwaan dan pendakwa ialah satu strategi defensif untuk mengalihkan fokus daripada kesalahannya, dan secara tidak langsung sebenarnya mengakui dia telah melakukan kesalahan itu.

    contohnya, orang yang mencuri. dia tidak mengaku mencuri tetapi mempertikaikan dakwaan dan orang yang mendakwa dia mencuri.

    "bila kau nampak aku mencuri? bukan kau rabun ke? macam mana kau boleh nampak aku pulak dari jarak jauh?"

    sama macam Anwar. "Kau nampak ke aku buat? kau ada 4 orang saksi ke? tak logik la kalau aku yang buat, aku dah tua!"

    anda tahu strategi ini jika anda pernah menipu =)

    ReplyDelete
  8. sejak dari mula perbicaraan sampai habis, sy masih tertanya2, di manakah TUAN PUNYA KONDO yang mana dikatakan liwat tu berlaku? Bukan kah dia seorang saksi yang penting? kenapa tidak di panggil? pelik sgt2

    ReplyDelete
  9. Kita membayar dengan harga darah, air mata, maruah, masa, persahabatan, keluarga. Tetapi apakah perjuangan kita tu sebenar-benarnya betul atau kita hanya menjadi alat mereka di atas? Fikir-fikirkan.

    nice...hehehehe...kalo da rabid, entry yg ajak org berpikir pon dianggap bias...sebab politik n mmg ramai yng bergadoh..bermaki-makian..carut mencarut..

    tapi bg saya senang..kalo da salah tetap salah x kira la kerajaan atau pembangkang..begitu juga sebaliknya..bagi yg rabid akan gelarkan sy atas pagar..pendirian xtetap..lalang..ooo x tpat 2 sedara..org politik n xde yg sempurna..tp kite tgk, die boleh buat kerja ke x..jgn sibok nk berkempen politik rakyat di dun sendiri ramai yg nak makan sekali sehari pon susah..

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter