19 October 2017

KISAH MISTIK DARI GUNUNG (2)


Assalamualaikum dan hai-yee!


Disebabkan tiba-tiba je entry tahun lepas naik semula tahun ni berkenaan dengan kisah mistik dari gunung dan mendapat sambutan hangat hewhew #perasan (thanks but no thanks FB memories  ), saya pun decide nak buat sambungan kepada bahagian pertama.

(Klik sini untuk bahagian pertama)

Dalam entry yang lepas, pengalaman mistik terakhir ialah sewaktu trip ke Bukit Berekeh.
Lepas balik dari Berekeh, ada beberapa trip lain yang saya join. 

Salah satunya gunung G7 saya yang kedua dan ketiga, Korbu dan Gayong, atau nama manjanya, KorGa di Perak.

Masa dioffer untuk join panjat KorGa tu, takdelah terfikir akan berlaku benda-benda mistik. Tapi ada juga terbaca dekat Google pasal kes-kes misteri dekat KorGa – kes kematian, kehilangan etc etc. Pernah jugak dengar Amar cerita pengalaman peribadi dia dekat KorGa. Tapi biasalah, ketegaq nak jugak pergi haha

Berdasarkan tentatif kami untuk 3 hari 2 malam, hari kedua kami akan mendaki puncak Korbu, seterusnya Gayong, dan kembali ke puncak Korbu sebelum turun kembali ke campsite di Kem Kijang, semuanya dalam tempoh kurang lebih 15 jam. Perjalanan hari kedua dari mula mendaki sehingga selamat sampai di kem dijangka akan tamat pukul 9 malam. 

Mula terbaca tentatif tu memang dah rasa hayoo kenapa sampai malam lagi. Tak cukup ke dekat YYBTN berjalan sampai tengah malam dalam hutan huhuhu

Kalau ikut tentatif YYBTN yang sepatutnya sampai kem pukul 6 petang pun kami lewat 6 jam sampai 12 malam. Yang ni dijangka tamat pukul 9 agak-agak pukul berapalah sampai kem. Tapi sebab dah bayar daftar apa semua, tak kan nak tarik diri kan. 

Waktu hari kedua, kami sampai puncak Korbu lebih kurang pukul 12 tengahari, sampai Gayong pukul 3.00 petang, dan kembali semula ke puncak Korbu pukul 6 lebih dah dekat pukul 7. Sewaktu dalam perjalanan dari Gayong kembali ke Korbu, kami terserempak dengan ahli-ahli kumpulan yang baru nak naik ke Gayong. Guide kami mula tak bagi deorang terus ke Gayong, dia mintak ahli-ahli kami ni patah balik.

Tapi sebab deorang still bersemangat nak sampai ke puncak Gayong, almaklumlah sekali aja seumur hidup begitu, mereka pun teruskan lagi ke Gayong sedangkan kami dah patah semula ke Korbu. 

Jadi perjalanan kami nak turun semua ke kem melalui Chuban yang pacak namatey nokhalal tu memang tengah-tengah waktu Maghrib. Saya ni almaklumlah, hati dah tak tenang dalam kepala dok terfikir please lah sampai Kem Kijang cepat. Please lah at least sekitar waktu Isyak. Tak mahu lama-lama dalam hutan. 

Masa tu kami bertiga je. Saya, Wardy, dengan abang guide. Kami berhenti waktu Maghrib sekejap dekat puncak Chuban. Dalam keadaan baju hujan yang saya pakai dah compang camping dicarik ranting-ranting pokok, peha melecet dan matahari dah terbenam, kami teruskan perjalanan ke puncak Botak.

Masa tu headlamp di kepala, nampak dari puncak Botak ada orang menyuluh-nyuluh ke arah kami. Masa tu tahulah kawan-kawan kami yang awal ada beberapa orang dekat Botak. Tapi bila sampai ke Botak je, deorang dah takde. Deorang dah terus berjalan turun ke Last Water Point. 

Kami berehat sekejap dekat sini. Abang guide dah mula membebel sebab budak-budak tu taknak patah balik. Kami yang kira awal pun dah dekat Isyak baru dekat Botak, yang dekat belakang tu entah bila nak balik ke kem. Anggaran kami dengan orang belakang selang masa dalam 2 jam.

Lepas berehat sekejap, kami terus lagi berjalan bertiga. Abang guide dekat depan, saya dekat tengah, Wardy di belakang. Wardy disebabkan ni gunung pertama dia dah terus gunung G7, mungkin sebab dia tak biasa, lutut dia dah sakit. 

Bila sampai ke Last Water Point, guide kami tanya kalau kami lapar. Saya dengan Wardy dua-dua kata kami tak lapar, kami lagi tazabar nak balik ke kem. Dekat kem nanti baru fikir makan.
Rupanya abang guide tanya sebab dia nak ajak kami stay dekat Last Water Point tu. Dia kata hati dia tak sedap, dia nak tunggu orang belakang jugak.

Saya dengan Wardy nak membantah tu tidaklah. Jadi kami berdua terus baring dekat situ, tidur. Saya baring terus atas tanah walaupun sejuk gila sebab badan dah penat. Lapar, dahaga semua ada. Wardy bersandar dekat batu. 

Waktu tulah saya mimpi ada lelaki datang. Beberapa kali dia datang dari dalam semak ke arah kami. Dia senyum.

Tiba-tiba saya terjaga sebab ada orang tepuk bahu kiri. Saya ingatkan Wardy tepuk, tapi bila saya bangun saya nampak Wardy jauh. Tengah tidur nyenyak pulak tu. 

Belah kanan saya dekat seberang denai, abang guide tengah tidur. Jadi tak mungkin deorang yang tepuk bahu saya.

Saya pun sambung tidur, dalam hati rasa geram jugak sebab nak balik kem. Taknak tidur sini huhuhu
Sekali lagi, ada orang tolak bahu dari belakang. Haish, gurau kasar nampak. Saya pun bangun, terduduk. Kalau sekali mungkin perasaan, kalau dua kali faham-fahamlah.

Nampak Wardy dengan abang guide tidur, saya tak sampai hati nak kejutkan. 

Waktu tu dari bawah lereng dekat denai pendakian, saya nampak ada cahaya, kecil macam kelip-kelip. Tapi dia tak macam kelip-kelip sebab dia tak berkerdip, cahaya dia constant je. Dia mengikut je denai tu naik ke atas. Berkali-kali saya tengok nak pastikan benda tu terbang dan bukan headlamp atau torchlight. Kalau headlamp, siapa yang nak panjat Korbu tengah malam ni? 

Masa tu macam-macam saya fikir. Kalau binatang, kenapa dia kena ikut denai manusia? Dia boleh je terbang ikut semak, off track kan? Kenapa dia terbang menuju puncak? Apa yang binatang ni buat malam-malam terbang ke puncak Korbu? 

Sampailah cahaya tu lalu dekat kami, terus naik ke atas melewati kami. Saya diam je waktu tu, benda pelik jangan ditegur. Masa dia lalu tu, saya sorang je yang terjaga. 

Tak lama lepas tu, abang guide bangun kejutkan kami. Dalam sejam jugak kami berhenti dekat sini. Dia ajak kami turun, sebab katanya dah tak tahan sejuk. Memang sejuk gila weh waktu tu, dengan perut lapar rasa nak termuntah perut masuk angin semua. 

Bila nak turun semula, sebab Wardy sakit kaki, abang guide suruh saya jalan belakang sekali. Wuuu nak nanges rasanya. Mental koyak habis waktu tu, dalam hutan yang gelap gila, takde manusia, dok fikir aku dahlah baru je kena kacau. Kau suruh aku dok belakang. Kalau aku hilang ke apa ke, mesti korang tak perasan kan huhu. Tapi tak tergamak pulak nak cerita saya baru lepas kena kacau, kata orang benda pelik jangan cerita. Dah keluar hutan baru boleh bukak cerita. 

Alhamdulillah, balik tu dah takde apa sampailah kami tiba dekat Kem Kijang dalam pukul 12 malam, semua orang dah tidur. Besok tu, Wardy bagitau dekat saya, time kami tidur dekat Last Water Point tu dia mimpi ada orang datang dekat dia bagi makanan. Saya diam jelah waktu tu. Entah-entah kami mimpi lelaki yang sama huhu 

Pasal cahaya yang saya nampak tu sampai sekarang saya tak pasti benda apa. Dan kalau dia serangga, kenapa dia kena lalu jalan manusia? Kenapa dia kena mendaki ke puncak waktu tu? 

White Water Rafting

Bulan Disember, sebulan lepas mendaki KorGa, saya kembali menyertai GEMA Selangor Backpackerz menyertai aktiviti White Water Rafting (WWR) dekat Sungai Slim, Perak. Yeay! (lol. Tibaah)

Sebab aktiviti kali ni takdelah bermalam atau melibatkan trekking dalam hutan, saya memang totally tak menjangka apa-apa benda pelik berlaku.

Sepanjang program, alhamdulillah, kami cuma menyusur sungai dan takde benda yang pelik-pelik pun berlaku. 

Bila balik pun, takde apa yang berlaku. Malam tu pun takde apa-apa berlaku. Tidur nyenyak je.
Tapi esok malamnya ada berlaku sesuatu...

Waktu tidur, saya bermimpi. Dalam mimpi tu saya tengah menyusur Sungai Slim tu sorang-sorang. Waktu tu hari cerah, sama macam waktu kami menyusur sungai tu sehari sebelumnya. Tapi kali ni langsung takde orang. Saya sorang je. Bunyi sunyi. 

Waktu tu saya berdiri atas rakit. Daripada rakit tu, saya nampak dekat dalam hutan ada benda berkelubung putih berjalan mengikut rakit yang saya naik. Rupa dia sebijik macam anggota Ku Klux Klan. Tapi dia tak berjalan, dia menyusup tengah-tengah pokok. Bila rakit saya laju, dia laju. Bila rakit perlahan, dia perlahan. 



 Ginilah rupa makhluk kelubung putih tu

Tiba-tiba rakit saya bergerak dari tengah sungai ke tebing, dan pada waktu yang sama, lembaga berkelubung putih tu pun bergerak dari tengah hutan ke tebing sungai. Dan bila rakit saya tu sampai je ke tebing, saya bertembung dengan lembaga berkelubung tu. Saya terus terjaga.

Bila terjaga ke alam nyata tu, saya terus kena tindih. Tak boleh bergerak. Allah! Makhluk dari mana ni.

Saya baca ayat kursi dalam hati, bergelut dengan makhluk tu. Rasa macam dia cucuk-cucuk belikat saya dekat belakang. Lepas habis baca ayat Kursi, benda tu pun pergi. Tengok jam dekat dinding, tepat pukul 5 pagi. Ada ke benda mengikut dari Slim River tu – saya dok fikir sendiri. 

Haish. Trip yang tak hardcore, tak masuk hutan sangat pun boleh terkena. Apalah nasib. 

Tapi lepas beberapa kali terkena lepas balik rumah, saya rasa terkena sebab badan terlalu penat dan fikiran kita masih melayang terfikir pasal hutan. Itu yang mimpi pun bukan-bukan. Kalau ada gangguan, mungkin benda yang bukan dari hutan tu ambil kesempatan mengganggu time badan kita terlalu letih. #teorisendiri

Apapun, actually taklah semua kali masa pergi trip saya kena kacau. Tapi bila kena tu, mesti rasa macam tobat taknak dah pergi next trip. Tapi bila orang ajak join, tetiba terlupa semua pengalaman pahit, nak ikut jugak hahaha

Wallahualam. So far itu jelah cerita mistik yang saya nak cerita. Takdelah mistik sangat kan compare dengan pengalaman orang lain, tapi itulah yang buat saya bersyukur (mungkin jugak tak mitik pun hewhew). 

Renung-renungkan dan selamat beramal! Kalau ada pengalaman mistik lagi (mintak simpang!) nanti saya update part 3 pulak bahahaha!

Assalamualaikum dan byeee!





No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter