31 January 2012

A BLANK PAGE

 
Seperti biasa menatap Document1 tanpa idea yang jelas.
For a moment, I felt like talking about you, when the next moment I decided to write about my bad experience with my labwork, and the next moment I was thinking about busting the myth of Coke’s alcohol content.
It is the same story everyday. When you have so many things to tell but you don’t know where to start.
And I don’t have the mood to write since my mouse jahanam. My beloved free-gift ASUS mouse. Mouse yang paling setia sejak beli laptop.
Well, not necessarily rindu dekat mouse, tapi mouse lain tak sesedap mouse ASUS. Mouse baru yang cap ayam ni sangat melenguhkan bahu saya. Harga dekat RM20. Cait! Kualiti takdak. Click-click sikit dah lenguh bahu. Entah kenapa entah boleh cepat lenguh bahu. Mungkin agak berat kot. Terus hilang mood nak main-main lepas penat buat lab.
Dahlah hari ni penat buat lab weh. Sepanjang hari duduk lab, just to be informed that I was using a wrong method. Alahai, sedih. Doktor tengok kami buat lab petang tadi, tengok kenapalah saiz tanah tu besar sangat dalam tiub. Rupanya sebab tanah tu belum ditumbuk halus.
Hahaha. Mujurlah Doktor sporting. Katanya buat lab memang susah. Memang! Mujur lagi Doktor boleh gelak-gelak.
Pulak tu saya yang cakap tak payah tumbuk halus sampel tanah tu, sebab dalam jurnal tak mention. Si Izah dengan Fauzi dah geram dah. Hahaha. Deorang dah cakap kena tumbuk, tapi saya kata tak payah.
Bukannya malas, tapi nak kejar masa. masa tu lab semua dah nak tutup. Kalau nak teruskan tumbuk-tumbuk jugak, akan ambek masa sampai malam, sebab nak tumbuk lagi, nak basuh dengan alkohol lagi lesung tu. Sampel kami pulak ada banyak. Tumbuk satu sampel, satu kali basuh guna alkohol. Dengan lesung, dengan penumbuk, dengan sudu tu sekali. Saya tak kisah duduk lab sampai tengah malam pun, tapi kesian pulak dekat deorang. Lagipun method seterusnya ialah shaking selama 16 jam. Ingatkan lepas shaking sampel tanah tu akan pecah sendiri.
Yelah lagipun, dah refer 3 jurnal. Tiga-tiga tak mention pasal tumbuk natang tanah tu. Manalah tau kan rupanya ikut method Doktor, Doktor tumbuk dulu.
Terpaksalah start semula besok guna method Doktor. (I’m secretly hoping yang sampel tanah tu akan hancur dalam shaker tu. Hu3...so tak payah start balik lab)
Tapi kan, sejak start buat fieldwork dengan lab analysis ni, rasa hidup lebih bermakna (bapak cheesy ayat!). sebab kan, rasa ada matlamat dalam hidup. At least untuk sementara waktu ni, kita nampak apa yang perlu dicapai. Ada tanggungjawab. Selama ni asyik termenung je memikirkan dapat habis buat Master ke tak. Tapi tak bergerak pun buat kerja. Hahaha.
Lepas mula buat lab, baru rasa semangat. Walaupun dah salah untuk method pertama, saya still rasa seronok. It sounds crazy tapi memang betul. Macam excited nak tengok bila dapat result lab nanti. Seronok lagi bila settle satu-satu lab analysis. Walaupun lab agak susah dan lama, tapi rasa macam it’d filled my day. Walaupun balik kaki lenguh-lenguh sebab lama berdiri dan takde mood nak masak sebab penat, tapi hati rasa best.
Dan next week kami akan buat sampling kedua pulak. Mungkin nanti akan sangat penat, tapi saya yakin akan rasa seronok jugak akhirnya.
Kan ada satu ayat Quran,
“...sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]
Dua kali berturut-turut Allah katakan yang setiap kesusahan itu akan disusuli kesenangan. Saya percaya! Sebelum ni memanglah rasa berat hati, rasa nak berhenti belajar, tapi bila dah start step-by-step dan dah mula nampak halatuju, barulah rasa sedap. Dan bila ramai yang membantu dalam proses menyiapkan labwork ni, rasa gembira sangat. Bila mintak tolong dengan orang, semuanya membantu. Lab assisstants, seniors, lecturers, fellow coursemates. Deorang tak kedekut ilmu dan material (dan jugak alat). Yang kita nak, semua deorang cuba usahakan. Alhamdulillah, dalam bab ni, rasa dipermudahkan.
Baiklah kawan-kawan. Itu saja kisah saya kali ni. Dekat rumah semua dah takde, saya sorang-sorang je tinggal. Nak pergi masak (meggi je pun) sebab dah tak lenguh tumit. Tadi nak berdiri lepas habis lab tumit sakit woo. Sepanjang hari ni lagi banyak jalan dari duduk.
See?Daripada satu blank page, bila kita mula menulis, kita akan capai sesuatu. The point is, kena mula somewhere. Kalau tak mula, sampai bila pun takkan sampai mana-mana. Daripada saya takde idea menulis tadi, terus banyak benda nak cerita.
OK, I know it’s cliché or lame or immature or whatever, but it’s true. You know it is. Blank page will remain blank if you do nothing about it.
Bye, Assalamualaikum. Till then, jangan susah-susah hati. Be happy always! And jangan takut nak mulakan perjalanan baru. Good luck!
 
 
























30 January 2012

Lunch Hour Nag

Subsequently, the supernatant was decanted. (Nemati, 2011)
Salam Peeps! Do you know what the meaning of the above words is? Ah, don’t sweat it. I don’t understand them either.
It is a line I’ve got from a journal I read. And it is so technical that I as a science student also have difficulties to understand the journal word by word. Though it was just a 4 words sentence, it sure as hell not an ordinary one.
Oh, how I love to nag! I was reviewing my methods so that i can memorise them by heart, but the greatest accomplishment i had so far is remaining sane throughout this craziness. How can I understand my methods when I don’t even understand the meaning of supernatant, or decanted for all that matter?
It’s going to be a very long week, and I don’t know if I can remain mentally stable for the period.
Oh, and by the way, after googling, this is what I’ve got: supernatant means “the liquid lying above a solid residue after crystallization, precipitation, centrifugation, or other process”, while decant means “gradually pour (liquid, typically wine or a solution) from one container into another, esp. without disturbing the sediment.” OK, now I know.
OK la membebel. Malas nak update panjang-panjang, sebab tengah sibuk. Lagipun update ni masa lunch hour je, sementara berehat sekejap. Wish me luck untuk labwork, OK?
LiveJournal Tags: ,





25 January 2012

Kegilaan Sampling

 
Sampling pertama dah habis! Alhamdulillah!
Setelah penat jerih dan keletihan melampau, tamatlah sudah satu episod dalam sampling, sebelum kena masuk lab. (Lepas tu buat sampling lagi, lepas tu masuk lab lagi...)
Pagi tadi bangun awal pagi, suruh Gedil kejut. Bangun pagi terus semangat nak pergi sampling. Tapi perasaan yang sebenarnya ialah tertekan. Yup, seriously tertekan. Masa ni mulalah rasa macam nak bargain something. Mula terfikir kenapalah aku sambung studies? Kenapalah aku tak kerja dulu, kan tak payah buat sampling? Kenapalah aku pilih labwork, kan best kalau aku buat Expert System ke, GIS ke? Ish, tak baik betul. Asyik mengeluh je. Saya gagahkan diri jugak. Mesti optimis! Malam tadi sebelum tidur solat hajat supaya urusan sampling dipermudahkan.
Ini semua sebab tak bersedia mental dan fizikal lah ni nak pergi sampling. Macam tak tau apa-apa lagi. Blur semacam. Bingung-bingung. Sebab dulu tak pernah buat soil sampling yang betul-betul untuk heavy metal analysis. Untuk soil texture, soil properties ada la. Tapi tu physical parameters je. Yang chemical leceh sikit. Methods pun berterabur.
Mulalah menyusahkan budak-budak junior. Mesej deorang mintak macam-macam. Alkohol lah, distilled water lah. Kotaklah, baldilah. Wahaha! Siapa suruh korang junior, kan dah kena buli? (Padahal junior lagi tua...)
OK, sambung balik cerita. Pagi tadi bangun awal, siapkan air minum satu botol besar untuk pergi sampling. Kemas laptop masuk dalam beg. Lepas tu macam biasa pergi naik bas. Tapi sampai hati pak cik bas taknak jalan, nak pergi sampling pukul 8 nih. Dah pukul 7.20, tapi dia taknak gerak pun. Saya tunggu sampai 7.30, dia tak gerak, saya gerak dulu. Jalan kaki pergi fakulti. Gigih tak gigih. Alang-alang pakai baju sukan, exercise sikit – nak sedapkan hati. Jalan punyalah laju sebab fikir barang-barang yang tak siap lagi dekat fakulti. Takut lambat pulak nak bertolak.
Tengah-tengah on the way lepas lalu jambatan teringat pulak nak cek duit. Tengok dalam dompet, ada tujuh ringgit je. Woo. Sedih wo. Terpaksalah cucuk dulu. Jalan-jalan, sampai pun fak. Cepat-cepat punch in; terus kemas barang nak pergi sampling. Badan dah peluh-peluh macam baru lepas jogging (OK, memang speed hampir sama laju dengan jogging).
Doktor Supervisor pun ada sekali. Eh, ingat tak boleh datang sebab kursus. Anyway, sebab Doktor ada OK la sikit. At least ada jugak orang yang boleh tanya atau guide kalau kitorang stuck tak tau nak buat. Tiba-tiba tau dia cakap apa? “Boleh tak awak ambik sampel pokok sekali? Pelepah ke, buah ke. Sebab saya nak suruh awak sambung Ph.D jugak!”
Mak! Terkejut gue pagi-pagi Doktor cakap gitu. Wah! Mana reti nak analyse pokok! Tak sedia lagi methodsnya! Lagi terkejut pagi-pagi Doktor dah cakap pasal Ph.D. Wahahaha! Banyak kerja nak buat tu! Doktor tambah lagi parameter nak dikaji. Takpe-takpe, saya memang sentiasa bersedia untuk kejutan. “Pergilah cari parang ye nak potong pelepah kelapa.” Kata Doktor.
OK. Saya bergegas cari parang pagi-pagi. Ya Allah, mujur sangat tengah gelabah tu ada sorang staff yang friendly sampai. Mujur dia datang sebelum kitorang bertolak. Dia tolong carikan parang untuk saya. Alhamdulillah, mudah satu urusan.
Lepas complete semua barang, kitorang pun bertolak. 7 orang semuanya (termasuk driver yang banyak membantu). Masa dekat highway, saya nampak van IBS. Huhuhu. Macam satu petanda pulak. Ternampak macam ada seseorang yang sangat ‘dirindui’. Terus saya pandang tempat lain. Bahaya bahaya!
Sampai ke ladang kelapa sawit tu, ada jugaklah masalah sikit sebab ladangnya besar sangat sampai terpaksa dibahagikan dua pejabatnya. Kitorang pun konpius. Kena ulang alik pergi dua ladang.
Dan sangat bersyukur sebab Assistant Manager plantation tu sangatlah baik. Dia pun ex-student UPM. Tau tak, dia dahlah perempuan. Umur baru 24. Muka pun macam budak-budak U je lagi. Tapi dah kawal plantation yang sangat besar. (Mampukah kau?) Dan pekerja bawah dia ada yang dah 40 tahun bekerja; macam-macam kaum ada. Melayu, India, Bangladesh. Ada pak cik, mak cik. Dia pulak baru kerja setahun, tapi jawatan dah besar. Kagum dengan ketegasan dia walaupun anak buah jauh lebih tua.
Excited dia sembang-sembang dengan Doktor-doktor Supervisor. “Hebatlah you all, muda-muda dah Doktor! Saya pun nak sambung studies, tapi still dalam kontrak!” – katanya.
Lepas tu dia suruh sorang Uncle tolong guide kitorang dalam ladang. Uncle ni pun sangatlah baik. Dia sanggup tolong kitorang angkat-angkat barang yang berat macam 4 ekor lembu. Siap tolong ketuk-ketuk tanah, cucuk auger dalam tanah. Last sekali Doktor ada offer hadiah sikit tapi dia taknak. Baik gila dia. Mati-mati taknak, dia lari jauh-jauh. Kitorang mula-mula cakap dekat dia takut mengganggu dia kalau dia temankan kitorang sampling. Tapi dia kata “Sampai pukul 6 pun saya boleh tolong”. Padahal kerja dia sampai pukul 2 je, pastu tak dapat OT pulak tu (saya tau sebab bila kitorang hantar dia balik pejabat, pejabat dah kunci n dia terus start enjin motor balik rumah. Tapi dari muka dia nampak yang dia memang tolong tak harap balasan). Uncle ni jugak tolong saya potong pelepah kelapa sebab saya tetak tak lut (segan weh semua orang tengok. Mujur lepas guna teknik yang Uncle tu ajar, baru lut tebang pelepah..).
Lalu mulalah sampling kami beramai-ramai. Memang sangat penat. Start dalam pukul 12 habis pukul 6 lebih. Kena angkut air yang berat nak mati untuk infiltration test, ketuk infiltrometer masuk tanah, kena korek tanah guna auger. Banyak pulak tu sampelnya. Lepas tu untuk setiap sampel, berbeza-beza ladang kami pergi. Berbeza-beza kedalaman. Letih tak terkira. Tumit pun dah sakit-sakit. Mujurlah Doktor banyak tolong, termasuk Uncle dengan Pak Cik Driver. Dahlah start tengahari. Ketar-ketar badan sebab dah lama tak berpeluh (malu2...). OK, untuk anda yang tak tahu, anda boleh sesat kalau dalam ladang kelapa sawit. Sangat-sangat besar! Macam labyrinth pun ada. Memang ada jalan tapi jalannya macam jaringan sarang labah-labah. Kalau jalan je tak semestinya akan jumpa jalan keluar. Kemungkinan besar sampai kat ladang lain.
Serius penat weh pergi sampling. Dulu yang amali buat dalam group besar pun dah letih, apatah lagi kami yang buat individu sampling ni. Mujurlah sangat ada si Pauzi dengan Izah, budak degree yang sangat boleh diharap. Kalau tak memang masaklah buat sorang-sorang sampling ni. Terima kasih korang! Lepas korang dah siap thesis ni matilah aku nak pergi sampling sorang-sorang. Sobs3! Harap-harap adalah student Doktor lepas deorang.
Lepas dah balik tu penat ya amat. Sampai tak boleh tidur langsung dalam van, padahal memang satu badan lenguh. Lepas tu singgah R&R makan nasik lemak. Saya tapaulah dua bungkus, beli untuk Gedil. Boleh pulak tertinggal dekat fakulti. Terpaksa patah ambik balik. Dekat rumah baru teringat. Sedih-sedih. Nak tinggal takut basi. Gigih betul balik fakulti malam-malam.
Tapi yang pentingnya Alhamdulillah Allah permudahkan urusan hari ni. Semuanya berjalan lancar, takde masalah serius. Dan pihak pengurusan ladang pun sangat membantu. Terima kasih pada Uncle, dan Assistant Manager. Anda sangat best! Syukur sangat-sangat. Kalau ikutkan mula-mula, rasa memang malas gila. Lepas dah siap rasa sangat gembira dan puas hati.
Sekarang nak tidur awal; besok kena start lab pulak. Sampel banyak-banyak kena analyse pulak. Hush! Cabaran jadi budak postgraduate. Oh, sorry la kalau entry ni macam pelik dibaca. Sebab dah malas nak fikir, jadi saya tulis secara random je. Wahaha! Terima kasih sebab membaca! Chow. Mintak diri dulu ye. Nak tidur dan makan nasik lemak tadi. Krohkrohkroh!
 
 
LiveJournal Tags: ,






















20 January 2012

KESIAN…

Susah nak kata bila saya mula rasa sesuatu yang tidak enak itu sedang bermain di minda. Sewaktu mula jejak kaki melangkah keluar dari rumah, telah mulanya saya rasakan sesuatu. Kesian. …
Saya meninggalkan rumah tanpa meninggalkan apa-apa makanan yang siap dimasak. Kesian dekat kalian berempat. Tak sedap hati saya memikir bila awak lapar nanti siapa nak tolong masakkan?
Awak masak telur goreng pun hangus. Nak gelak pun ada; tapi nanti kena marah. Awak masak telur, api besar macam gunung berapi. Masak mee pulak api kecik macam api lighter. Habis kembang mee sebelum sempat masak. Masak ayam goreng luar hangus; dalam mentah.
Awak lagi sorang masak mee rasa tawar hebeh. Masak cekodok macam goreng tepung semata-mata; bawang takde, garam pun takde. Manalah saya tak kesian bila keluar tak masak apa-apa untuk awak. Sekurang-kurangnya adalah nasik goreng ke, gulai ke. Paling kureng pun cekodok tepung. Bila saya tinggalkan rumah macam tu rasa susah hati pulak.
Entah kenapa, rasa macam dah jadi suri rumah. Bila saya keluar je, mesti rasa tak tenang. Budak-budak ni dah makan ke? Deorang masak apa agaknya? Boleh ke deorang masak? Adoiyai. Dah macam Mak.
Petang-petang duduk rumah; mesti Mak panggil tolong dia masak. Masa tengah lena tidur pulak tu. Mak laung-laung dari dapur, suruh datang siapkan lauk.
“Abah dah lapor dah tu; keknya masak pun belum siap lagi! Dah pukul 4 dah ni ha; dah ketor dah! Tak siap-siap masak lagi!”
Ye Mak. Saya pun pergi ke dapur; kacau-kacau apa yang patut.
“Ni nak masuk apa ni Mak?”
“Ambik ayam tu. Dah menggelegak isi garam aji. Mak nak buat sambal ni. Dah tak larat berdiri. Keknya takde siapa nak nolong. Harapkan anak dara semua keluo. Harapkan anak jantan aku je boleh diharap.” – Sayalah tu!
“Ye Mak. Kak Long mana?” – sengaja nak alihkan fokus Mak. Nanti Mak ngomel-ngomel. Hehe.
“Bawak anak-anak berjalan”
“Ya?”
“Dari pagi tadi keluo tak balik-balik!”
“De?”
“Tengah tidurkan anak dia!”
Nice. Mentang-mentang bilik saya paling dekat dengan dapur, mesti jadi sasaran utama. Selalu tak dapat tidur petang. Kakak dengan adik perempuan saya awal-awal dah cabut. Tinggallah anak jantan sorang tolong Mak kacau gulai.
Masa tengah tolong masak nilah Mak turunkan tips-tips penting.
“Kacau gulai tu. Jangan bagi pecah santan.”
“Kalau nak masak gulai, jangan blender. Tumbuk lada dengan kunyit. Baru dapat warna kuning.”
“Kuah laksa jangan tambah air kalau panas. Tambah santan.”
“Nak masak asam tempoyak tak payah tumbuk apa-apa. Tumbuk lada je.”
“Jangan kacau kasar sangat. Nanti daging hancur.”
Dan macam-macam tips penting lagilah Mak ajar. Daripada tak reti apa-apa, semua ilmu memasak Mak ajar dekat saya. Tapi ada jugaklah yang tak dapat catch up lagi. Sebab malas nak fokus. Masak ikut je arahan direct Mak; malas nak hafal. Dengan nama-nama rempah pun kantoi lagi. Entah mana ketumbar, jintan manis jintan putih. Main sebat je kalau Mak suruh amek. Lagi senang, bagi Mak satu bekas terus; suruh Mak pilih rempah yang mana.
Sebab tulah sekarang rasa macam Mak pulak. Lepas habis masak, panggil semua makan sekali. Kalau ada yang taknak makan, paksa jugak. “Karang lauk habis nanti nak makan apa?” wah. Sebijik tiru ayat Mak!
Lalu bila time-time takde dekat rumah mulalah rasa kesian. Siapa nak masakkan untuk deorang ni? Deorang pandai ke nak masak? Padahal sekor-sekor dah besar; ada kereta motor. Pandai-pandailah cari makan sendiri. Tapi tak boleh jugak. Rasa kesian jugak. Camne tu?
Nak kata saya masak sedap, tak jugak. Setakat gulai-gulai, goreng-goreng, tom yam bolehlah. Yang kompleks-kompleks tak mampu. Janji gendang gendut tali kecapi.
Ada orang kata, tak kisah ke masak tiap hari; beli barang dapur; angkut sampai rumah? Entah, saya terfikir jugak. Tapi benda ni macam ibadah jugak; kalau niat ikhlas kan dapat pahala? Lagipun saya pun nak makan jugak, bukannya semata-mata masak untuk deorang ni je (kalau masak aku tak makan, baik aku letak racun tikus tak payah masak). Sebab deorang tak pandai masak, takpelah kalau saya yang masak. Deorang boleh setelkan bahagian lain. Cuci rumah ke, buang sampah ke. Lagipun lepas memasak nih, jadi puas hati. Macam ada kepuasan sebab dapat menolong orang lain (selain mengisi perut sendiri).
Bila dah takde dekat rumah, terasa bersalah yang amat pulak. Tak taulah. Adakah sebab saya ni terlalu baik atau sebab... erm, sebab apa entah? Tak taulah. Rasa tak sedap je hati kalau keluar tak masak. Macam tak tunaikan satu tanggungjawab. Macam mengabaikan satu amanat penting.
Yang penting, berterima kasih dekat Mak, sebab Mak lah saya boleh survive (aka tak perlu makan Maggi tiap-tiap hari). Terima kasih Mak! Kalau tidak, goreng telur mesti hangus. V^^
 
 
tom-yam-talay1-300x241
Tom Yam Seafood. Sedikit berkaitan dengan cerita di atas.




LiveJournal Tags:
































16 January 2012

DINIHARI

Mesej ketiga berbunyi. Gasak! Mata yang sedang lena kepenatan tidak mungkin dapat dibuka mudah. Frasa kontroversi menjadi terabai.
Dan frasa kontroversi dalam mesej itu ialah; “Malam ini”. Malam ini jugak. Setelah membalas mesej, saya sambung tidur semula. “Ok, nanti aku tanya.” Seperti ‘malam ini’ itu bukanlah malam ini, tetapi malam esok, atau malam kemudian. Yang penting bukan malam ni. Dan yang lebih penting ialah saya mesti tidur dulu.
Baru pukul 8.30 malam ketika itu. Badan yang kepenatan; 2 malam bersengkang mata.
Mata terpejam rapat.
Dan saya terjaga semula. Pukul berapa dah ni? Ke ruang tamu; melihat ada terlebih seorang manusia sedang tidur. Eh? Satu lampu kecil sedang menyala. Dan sebuah laptop ekstra. Jam pukul 3.40 pagi.
Saya kembali ke dalam bilik; mencari-cari telefon semula. Pasti jawapannya ada di situ. Terjumpa si Nokia 5230 bawah bantal. “Nak pindah malam ni.” – kata mesej terakhir. Oh crap. Nice. Dan saya tidur sepanjang malam; tidak menyedari apa-apa yang berlaku selepas Isyak tadi. Selamat datang; begitu. Tidak sempat menyambut ahli korum baru.
Saya kembali ke ruang tamu; duduk di atas kerusi panjang. Termenung lama-lama. Buat proposal atau baca buku? Nak makan tak? Lapar ke? Kenapa ini berlaku? Bila korang sampai? Macam mana datang? Siapa yang ambil kau? Pelbagai persoalan silih berganti. Tetapi jawapannya hanya satu; “Masa kau tidur tadi”. Bagus, Jadi tidak perlu ditanya. Sewaktu saya tidur tadi semuanya berlaku. Noktah di situ. Lama saya tenung jam. Tak tahu nak buat apa. Nak masuk tidur memang tak mampu. Mata dah tak letih.
Pergi ke dapur. Setitik air minum pun takde. Aigo. Masak air dalam cerek elektrik. Sugul. Tekak terasa perit. Kekurangan air yang nyata.
Rasanya sangat aneh selepas pulang bercuti. Seperti ada sesuatu yang silap. Perasaan bersalah. Dan mungkin perasaan bersalah itu lebih didasarkan kepada perkataan-perkataan yang sewajarnya tidak dihamburkan ketika bercuti. Dan akhirnya menyesali setiap butir kata yang terlepas dari bibir. Malu. Dan terasa hangat badan. Bukan seperti demam; tapi letih. Badan tidak biasa dengan kepenatan melampau dan aktiviti melanggar batas jam biologi.  
Tidak seronok tidur awal malam dan terjaga ketika dinihari. Sangat tidak. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dan kepala berasa berpusing. Dalam keletihan dan kebingungan, saya berjanji. Tiada lagi lain kali. Ini kali terakhirnya.










13 January 2012

Kunang-kunang


Malam yang sepi itu ia datang. Sedang saya berbaring untuk tidur, tatkala semua lampu sudah dimatikan. Gelap yang pekat sedang melitupi dunia. Saya sedang berbaring di ruang tamu.

Setitik cahaya melintas sepintas.

“UFO?” tidak. Tidak mungkin. Mata saya membundar.

Ia melintas lagi. Seperti berada dalam mimpi, ia berkelip lagi. Terasa seperti ia berada dalam dimensi lain; seperti ia tiada bentuk dan jisim; hanya cahaya. Tidak, ini bukan mimpi.

Ia melintas kali ketiga. Dari dapur ia terbang ke hidung Gedil yang sedang berdengkur keras. Ia mengepak-ngepak; cuba terbang pergi. Gedil menggelepar; menepis-nepis hidungnya. Saya tergelak diam. Sedikit mengekek.

Kunang-kunang. Ia singgah ke langsir sebentar; melepaskan penatnya, lalu terbang lagi. Warna cahayanya cantik; biru dan hijau. Saya bingkas bangun dari tilam. Gebar saya jatuh ke lantai.

Seperti menyedari saya yang terjaga, ia laju terbang ke dalam bilik. Saya mengikutnya dengan diam dan berhati-hati. Dan ia seperti menunggu saya. Ia diam di atas meja.

Dengan berhati-hati, saya mengambilnya dan meletakkannya ke dalam tangan. Cahayanya bagai fantasi; sebuah mimpi lama daripada zaman kanak-kanak yang bahagia. Entah mengapa, kehadiran kunang-kunang ini seperti memberi sedikit rasa yang indah. Saya terlupa siapa saya buat seketika. Dan dalam malam yang gelap itu, cuma ada saya, kunang-kunang dan sebuah perasaan yang keanak-anakan.

Saya mengambil kotak kole milik Gedil yang penutup depannya sekeping plastik lutsinar. Lalu meletakkan perlahan-lahan si kunang-kunang ke dalam kotak. Terus saya menutupnya. Daripada luar, saya melihat dari keping plastik itu indahnya si kunang-kunang.

Entah mengapa, si kunang-kunang terus berhenti berkelip. Saya membuka kotak itu kembali, kerisauan; dan ia berkerdip semula. Lalu saya membiarkan penutupnya terbuka sedikit. Saya membawa kotak berisi kunang-kunang itu ke atas tilam.

Gedil sudah berdengkur semula; tandanya dia sudah nyenyak. Saya berbaring; di sebelah kepala saya si kunang-kunang masih berkelip. Indahnya! Tetapi kasihan. Ia cuba keluar. Tetapi yang memisahkan si kunang-kunang itu dengan kebebasannya ialah dinding lutsinar.

Ia tidak mengerti.

Dan terus ia malap semula; seperti putus asa. Dan setiap kali saya membuka penutupnya, ia terus menyala lebih marak; percikan cahaya biru dan hijau seindah aurora borealis. Dan lalu, saya membebaskannya terus. Sambil tersenyum, saya melihat ia terbang semula ke udara; berkelipan beberapa kali melintasi pekat malam seperti sebutir meteor.

Cantiknya pemandangan ini ya Allah! Betapa kemudian saya menyedari bahawa si kunang-kunang itu didatangkan untuk membahagiakan sekeping hati yang sunyi; dan mengajarkan kepada hati itu erti harapan.
Pada malam yang gelita; sebutir harapan mula bercahaya.

Ketika hanya kegelapan mencengkam dan cahaya semuanya telah hilang. Sebutir harapan itu mula bernyala waktu seluruh alam menyerah kepada gelap. Si kunang-kunang itulah metafora harapan dalam hidup kita. Dan jangan dibunuh harapan itu; jangan dikurung. Nescaya ia akan datang semula bila kita memerlukannya nanti.

Bebaskanlah ia, rasakanlah bahawa ia sentiasa menemani kita. Tetapi sewaktu kita berada dalam cahaya, kita sering lupa kepadanya. Hanya dalam kegelapan, ia akan datang semula dengan keindahannya. Untuk sentiasa mengingatkan kita bahawa cahaya itu akan selalu hadir walaupun dalam kegelapan yang mutlak.

Untuk mengingatkan kita bahawa ia tidak pernah mengalah; malah ia sebenarnya akan menyerlah pada saat-saat yang paling jauh dalam kegelapan.

Dan pada malam itu, walaupun tidak bermimpi indah, saya merasa bahagia.

12 January 2012

Tentang Pegar Lagi; Merah PADMA, Margasatwa dan Mara Bahaya

Feuerrückenfasan_(Lophura_ignita)
Kesian Si Pegar!

Salam peeps! Today I’m going to talk about burung/ayam pegar again.
I know, some of you might have gone bored about me talking about pegar invariably, but this is also an important issue of Malay language.

Semenjak daripada menulis entry tentang ‘harapkan pegar, pegar makan padi’, saya sering mendapat pertanyaan tentang benarkah pegar yang dimaksudkan dalam peribahasa itu? Ataupun mereka memang maksudkan pagar?

Lepas KOSMO! mengeluarkan petikan blog saya, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pun menafikan bahawa pegar yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa tu.

Sebab tak puas hati, saya buat kajian lagi mendalam tentang pegar (ala, Google je pun). Dan apa yang saya temui agak mengecewakan. Bukan kecewa sebab apa. Kecewa sebab mengetahui status sebenar burung pegar ni. Dan sebagai seorang pelajar Alam Sekitar, bagi saya penting untuk memberitahu pada dunia mengenai burung pegar ni.

Lophura ignita ialah nama saintifik untuk burung pegar, dan dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagai Crested Fireback Pheasant atau Crested Fireback, atau Vieillot’s Pheasant. Ia juga banyak dirujuk dalam bahasa lain, seperti Jepun (koshiakakiji: コシアカキジ), Norwegian (Gulhalefasan) dan dalam bahasa Indonesia, selain burung pegar, ia juga dikenali sebagai Sempidan Biru. Ia merupakan sejenis omnivor, dan mempunyai tabiat pemakanan seperti ayam. Burung pegar selalunya tinggal dalam hutan tanah pamah 200m pada paras laut, namun boleh ditemui sehingga ketinggian 1200m.

Pegar merupakan spesies burung yang berada dalam Senarai Merah IUCN, iaitu satu inventori komprehensif untuk merekodkan status konservasi spesies biologi di dunia. Senarai Merah diperkenalkan pada tahun 1963, dan menggunakan beberapa kriteria untuk menilai risiko kepupusan beribu-ribu spesies dan subspecies.

Dalam Senarai Merah, terdapat beberapa lagi pembahagian kategori, iaitu:

clip_image002
EX (extinct) pupus
EW (extinct in wild) pupus dalam habitat liar
CR (critically endangered) terancam kritikal
EN (endangered species) spesies terancam
VU (vulnerable species) spesies terdedah
NT (near threatened) hampir terancam
 Status burung pegar:
clip_image004

NT – hampir terancam

Sekarang ni, burung pegar dah termasuk dalam NT, iaitu hampir terancam. Setiap tahun, burung pegar hanya menghasilkan 5 biji telur ketika musim mengawan; iaitu antara Ogos dan September.

Burung pegar hanya boleh dijumpai di 5 negara dalam dunia yang fana ini; iaitu di Malaysia, Brunei, Indonesia, Myanmar dan Thailand. Ia sekarang jarang dijumpai di Thailand, dan tiada rekod yang jelas mengenai populasinya di Malaysia. Walaupun ia masih dikenali di Sabah, Kalimantan dan Sumatera, tetapi ia hampir pupus di Bangka. Myanmar pula langsung tidak mempunyai rekod mengenai pegar.

Disebabkan aktiviti pembalakan yang semakin menjadi-jadi, populasi pegar menjadi semakin kecil dan tren populasinya ialah menurun.

Di Malaysia, burung pegar dilindungi di Rizab Hidupan Liar Krau dan Taman Negara, di bawah Akta 76/72. Ia juga antara 280 spesies yang dilindungi daripada perdagangan dalam Appendiks 3 CITES.
Menurut Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, “dulu-dulu ayam ni banyak, dekat pinggir hutan tepi sawah, makan serangga perosak padi dan makan siput gondang. Itulah sebabnya dikatakan ayam pegar ni boleh menjaga padi. Selain dia makan serangga perosak seperti belalang, siput gondang dan juga ketam, ayam pegar ni juga makan padi...”

Selain itu, menurutnya, ayam pegar ialah “...sejenis burung, tapi orang kampung panggil ayam sebab saiznya sebesar ayam dan melata macam ayam dan boleh terbang macam burung”.

Pendapat Dr Nor Hisham menyokong bahawa pegar itu yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa Melayu itu, dan bukan pagar.

Tengok kawan-kawan. Saya rasa disebabkan kita tak pernah melihat burung pegar, sebab tu kita tak boleh nak bangkang kalau orang kata ‘Pagar’. Sebab kita sendiri tak kenal apa tu pegar.
Generasi saya pun dah tak tahu burung pegar tu apa, apatah lagi generasi yang terkemudian. Tak mustahil kalau burung pegar tu pupus nanti, sampai ke kiamat kita guna ‘harapkan pagar, pagar makan padi.’ Takde siapa yang akan betulkan kita. Sedih tak?

Sebagai pelajar Alam Sekitar, mestilah terasa betul apa yang selama ni pensyarah dan cikgu ajarkan. Rupanya kepupusan binatang pun berkait rapat dengan kayanya bahasa kita. Semakin banyak spesies pupus, semakin kurang perbendaharaan kata kita. Lepas tu kita main tibai perkataan ikut suka. Pegar jadi pagar, batok jadi batuk. Anak cucu kita lagilah tak tau apa-apa; deorang pun terima je; rupanya batuk dekat tangga tu buat kerja separuh jalan.

Tapi tak faham signifikasinya apa. Yang lagi sedih, DBP nafikan kesilapan mereka. Kalau macam tu, kita akan selalu kerugian. Bahasa kita kaya, tapi yang DBP suruh guna tu je yang kita boleh guna. Kalau deorang silap, deorang taknak mengaku pulak tu.

Oh, ada tambahan lagi.

Menurut sumber-sumber tertentu, sebenarnya banyak lagi perkataan yang tersilap diterjemah daripada Jawi ke Rumi.

Antaranya:
Tahukah anda apa maksud PADAM dalam peribahasa Merah Padam? Peribahasa yang betul ialah Merah PADMA.

Padma merupakan sejenis bunga teratai yang berwarna merah.

Kesilapan terjadi ketika menterjemah jawi kepada rumi.

فدم = PADMA.
- Dr. Ramzah Dambul.


(sekali lagi kredit kepada Rashid Rahman Hassan!)

Selama ni kita panggil merah padam. Tapi kenapa ‘padam’ pun kita tak tahu. Apa tu padam? Kenapa merah padam? Tapi kita terima bulat-bulat. Rupanya padma yang dimaksudkan. Merah padma; kemerahan seperti bunga teratai.

pink-lotus
Merah padma: Warna pipi kita bila kita malu…
 
Selain itu, tiada perkataan merbahaya. Yang ada ialah ‘mara bahaya’. Dan tiada perkataan mergastua. Yang ada ialah ‘margasatwa’. Sahabat saya di Indonesia yang menerangkan kepada saya berikutan daripada entry ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Terlopong jugaklah sekejap. Rupanya banyak lagi kesilapan Jawi kepada rumi. Persoalannya, bilakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengambil tindakan daripada asyik menafikan kesilapan mereka?
Nampaknya ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Dewan Bahasa dan Pustaka seolah-olah ‘melepaskan batok di tangga’, tak pernah nak kaji habis-habisan aspek Bahasa Melayu.

Oklah. Itu saja untuk kali ni. Jika anda rasakan entry ini ada pengetahuan penting untuk dikongsi, silalah share. Tak perlu mintak kebenaran. Tapi kalau taknak share pun takpe, saya tak paksa pun. Dan jika anda rasa ada lagi pengetahuan tentang kesilapan lain dalam Bahasa Melayu, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan kreditkan nama anda sekali; jangan risau.

Itu saja. Hingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan jumpa lagi!

bird
Save our forest. Save burung pegar.
This community service is brought to you by Uspot UPM.

11 January 2012

Saya pun baca blog kamu....

I’m sick of all the insincere, so I’m gonna give all my secrets away
- One Republic, Secrets
Makan tengahari di tempat yang luar biasa. Di tengah Fakulti Alam Sekitar. Bersendirian. Dengan sebungkus polisterina Nasi Goreng Ayam Special.
Sewaktu mengipas-ngipas lalat yang tidak segan, Doktor Pengerusi dengan kakak Master lalu. “Hai Syed, dah popular pun makan nasik bungkus ke?”
Fuuuussssshhhh. Deruan darah hangat naik ke muka. Sekali lagi dia menggagapkan saya. Kepalan nasik hampir meletus dari mulut; gigi gagal mengunyah.
“Mana Doktor tau?” saya senyum kekambingan.
“Saya pun baca blog kamu!”
Doktor naik atas tangga; senyum selebar Sungai Pahang. Akak Master belakang dia pandang saya; pun senyum sekali.
Speechless! Kantoi sudah!

LiveJournal Tags:








08 January 2012

5 tahun yang lalu....

5 tahun yang lalu ialah genap seminggu saya berada di PLKN. Tanggal 8 Januari 2007; jatuh pada hari Isnin. Dan walaupun sedaya upaya mengingat apakah signifikasi tarikh ini dalam hidup saya, saya terasa ia tidak lebih seperti hanya hari yang biasa.
Barangkali pada hari ini 5 tahun yang lalu, saya sedang merenung permukaan Tasik Chini seperti selalu. Lalu terus menghitung hari sebelum tamat latihan.
Saya cuba mengumpul kembali cebisan-cebisan ingatan tentang waktu itu. Dan terasa seperti masih ada sesuatu yang hilang. Dan daripada ingatan mereka juga, saya ialah sedikit memori yang hilang. Mereka sudah lupa. Dan saya juga.
Berhari-hari lamanya ketika itu saya hilang dalam pemikiran sendiri. Ketakutan, kebencian dan kesunyian merasuk jiwa.
Tempoh dalam latihan ialah tempoh selepas 5 tahun saya diculik dari masyarakat; 5 tahun dikurung dalam sangkar emas. Dan ketika kembali semula kepada masyarakat, saya sudah hilang arah. Kebuntuan. Saya tidak lagi pandai bergaul dengan mereka. Kami mempunyai idea, pandangan dan pegangan hidup yang jauh berbeza. Atau itu fikir saya ketika itu.
Lalu saya berasa takut mencuba mendekati. Saya menjadi pendiam; cuma yakin dalam bulatan sahabat yang mempunyai latar belakang yang sama.
Saya tidak berasa diri sombong, hanya tidak selesa. Saya tidak mampu lagi beradaptasi untuk menggauli mereka. Dan ketika itu, saya terasa begitu jauh dengan mereka.
Untuk banyak kali, sering berlaku pergelutan perasaan dalam hati saya. Kami selalu tidak berkongsi momen yang sama. Ketika mereka beramai-ramai berkongsi perasaan gembira mendapat telefon bimbit setiap hujung minggu, saya tidak boleh berasa demikian. Saya belum mempunyai handphone ketika itu.
Ketika mereka beramai-ramai berkumpul, bersembang, menghisap rokok; saya menjauhkan diri. Saya menjadi takut. Saya menjadi pemerhati luar yang tidak ada sebarang kaitan dengan mereka. Kegagalan kami untuk berkongsi detik yang sama seterusnya menjarakkan lagi perhubungan kami. Mereka tidak memahami saya; dan begitu juga saya.
Tetapi sesuatu yang saya tidak sedari ketika itu; ialah ramai lagi di kalangan kami yang merasai sedemikian. Ramai lagi yang masih baru ingin melepaskan diri dari kepompong. Tetapi ketakutan saya telah membutakan pandangan daripada melihat mereka. Bahawa mereka juga sunyi dalam ketakutan mereka.
Ramai yang baru pertama kali baru berjauhan daripada keluarga. Yang belum pernah tinggal di asrama. Yang merasa rendah diri dalam keramaian manusia. Tetapi saya belum mengenali mereka ketika itu. Saya hanya mengenali mereka dalam imbasan ke masa silam.
Kerana ketakutan itu, saya tidak mahu mengaku kalah. Saya selalu mencabar kemampuan diri; cuba melakukan yang terbaik walau ada masanya saya terlalu lelah. Saya tidak mahu merasa malu di hadapan mereka. Dan walaupun hasilnya tidaklah selalu membanggakan, saya berasa puas hati. Berasa gembira dengan diri sendiri.
Dan setelah cuba mengumpul setiap sisa ingatan masa ketika 5 tahun yang dulu, saya berasa kosong. Seperti setiap yang berlaku dulu tiada kesannya kepada saya. Hanyalah sekadar memori.
Tetapi saya sedar ia lebih daripada sekadar memori. Ingatan dulu adalah tempat-tempat saya meninggalkan jejak langkah ke atas pasir masa; dan hanya menuju masa depan tanpa menoleh. PLKN ialah antara tempatnya saya memadamkan setiap jejak itu untuk memadamkan ketakutan yang datang bersama.
Dan memori itu akhirnya menjadi kosong setelah jejak-jejak yang penting dipadamkan. Namun ingatan yang kuat masih wujud dalam perasaan kasih dan belas kepada mereka yang hadir waktu dulu. Mereka yang mencorakkan sedikit warna dalam kanvas kehidupan saya.
Ayuh, maralah ke masa depan bersama-sama. Lupakan ketakutan waktu dulu.
 
250495_205180902852304_100000811860539_528328_6696781_n
Gambar curi. Hari tamat latihan. Jangan cari muka saya, saya takde dalam gambar…



LiveJournal Tags:

















Final Exam 2012: First Paper

 
“Nak masa tambahan tak?” tanya Doktor Pensyarah.
“NAAKKKKK!” kami menjerit macam budak kebuluran.
“Okay, saya bagi masa sampai 15 minit lepas 4!”
Tak ada guna. Soalan susah nak mati!
Okay, saya teruskan (cuba) menjawab. Kepala dah pusing-pusing nak muntah. Nama je test ‘open book’, tapi semua buku/nota/toyol/Google yang kami bawak takde jawapan. Oh apa gunanya oh!
Ujian kali ni ujian praktikal. Ada 4 je soalan. Kena jawab semua soalan guna software. Dua soalan pertama boleh guna Excel untuk ANOVA, tapi dua soalan terakhir softwarenya ada, cara menjawabnya takde.
Apa entah soalannya. Tak pernah jumpa soalan macam ni! Soalannya pun tak faham, nak jawab macam mana apatah lagi.
Doktor bagi masa tambahan lagi sampai 4.30. Dah dua jam lebih kami menjawab, pun takde harapan nak jawab semua soalan. Dah bengong. Oh sia-sialah malam tadi kononnya berjaga nak study. Konon-kononnya kalau stay up lama-lama tu bolehlah jawab belaka soalan periksa. Cis! Sia-sia sudah. kita jalin cinta
Sekali tengok soalan, suruh buat cluster analysis, discriminant analysis, correlation matrix segala bagai. Oh peningnya kepala gue! Mula-mula steady, kononnya bolehlah jawab. Sekali baru teringat tak reti guna software tu. Oh masak!
Gelabahlah bukak Google, tutorial, video, PDF segala bagai nak belajar guna software tu. Okey, buat step by step. Takde masalah. Belajar tengok tutorial. (Kau mampu tengah-tengah exam tengok video sedas?) Time dah tekan untuk dapatkan result, satu hapa tak keluar! Habuk pon tarak! Keji punya software! <<<<<050[3]
Tenang-tenang. You can do it man! Selamba! Cuba-cuba lagi. Masuk pukul 4.20, dua soalan tu langsung tak sentuh. Rasa kepala nak sewel sikit, sambil-sambil rasa nak terjun tingkap. Tekan-tekan, takde result. Dah ubah macam-macam cara, jawapan tak nak jugak muncul. Ini bawak ke depan, ini delete, itu rename. Ini tukar method sikit. Masa tu semua bahasa carutan wujud tanpa segan silu dalam kepala. Damn! Butir ralit! Tak guna! – Ok, tipu. Ni baku punya carutan. Carutan dalam otak tadi lagi hardcore.
Sampai 4.30 je, tak mampu nak buat apa sambil menconteng kertas soalan dengan jawapan ikut logik manusia. Yeah that’s right. Logik je!
“Saya tambah masa 5 minit lagi!” kata Doktor Pensyarah. Waha! Kenapa tak kutip je kertas jawapan saya ni? Tamatkanlah seksaan batin daku ini wahai Doktor!
Apa lagi, 5 minit nilah masanya nak.... cek nama dah tulis belum. Masa ni nampak harapan tengah terbang slow-slow ikut pintu dewan exam.
Keluar dari bilik exam:
“I nak terjun KLCC! You jumpa I masuk paper nanti! ”
“Habislah I punya elaun kena tarik balik!”
“OK, lepas ni boleh berhenti belajar...”
Hambik! Semua orang tak mampu menjawab. Semua menyumpah-nyumpah!
Doktor pulak gelak ngekek-ngekek kami komplen soalan susah. “Awak ingat senang nak dapat A?”
 
Saya: Hohehohehohe – Gelak sewel namanya.
Kesimpulan:
Exam Level : 99999
Lecturer Level: Super Troll....
 
LiveJournal Tags:

























06 January 2012

Fofulerkah aku?

Hari ni (5 Januari) Kosmo! terbitkan entry blog saya berkaitan kesilapan dalam peribahasa Melayu;
Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi dan melepaskan BATOK di tangga. Saya punya terkejut sampai berlari-lari melompat-lompat bila ada orang mesej (okey tipu). Saya terkejut jugak, sejak post pasal ‘pegar’ tu, blog saya dapat views beratus ribu. Dalam tempoh seminggu je, lebih suku juta orang sampai ke blog saya. Terkejut! Dan followers meningkat lebih 3 kali ganda, termasuklah jumlah komen dah sampai 200++ (!!).

Apa pun, terima kasih kepada semua yang membaca dan berkongsi pengetahuan baru sama-sama. Terharu! Rupanya ramai orang sama macam saya; yang baru tahu tentang pegar ni. Tapi dalam seronok-seronok ada jugak benda yang menggusarkan hati saya dan jugak yang membuat saya terkilan.

Pertamanya, Kosmo! tanpa usul periksa telah menerbitkan entry tersebut ke dalam surat khabar mereka tanpa pengetahuan saya. Sejujurnya, saya tidak kisah kalau nak share pengetahuan kepada semua, tapi Kosmo! menerbitkan nama penulis blog saya sebagai Izad Shah; iaitu rakan kepada rakan saya (Rashid Rahman Hassan). Walapun agak terkilan kerana kredit diberikan kepada orang yang salah, itu agak menggembirakan saya sebabnya bermaksud nama saya masih private dan belum diketahui. Hehehe...

Kemudian Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka menyanggah kenyataan yang dibuat mengenai burung pegar. Katanya ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ ialah peribahasa yang betul, dan tidak mengandungi apa-apa kesilapan dari segi maksud. Dari segi bahasa, ia ialah satu kiasan.

Dan walaupun beliau mengakui ‘batok’ ialah perkataan yang betul untuk ‘batuk’, beliau menegaskan bahawa perkataan ‘batuk’ perlu digunakan.

Dalam hal ini, saya sebagai manusia yang baru belajar sedikit terkilan. Bukanlah maksudnya saya rasa terlampau pandai atau tercabar kerana kenyataan beliau, tetapi saya berasakan kenyataan beliau tidak telus. Walaupun mengakui perkataan ‘batuk’ itu silap, beliau masih menegaskan perlu dieja demikian walaupun hakikatnya itu akan mengelirukan generasi yang baru belajar Bahasa Melayu. Sedangkan kami yang ‘tua’ ni pun dah lama terkeliru. Katanya, Bahasa Melayu tidak silap ketika diterjemah daripada Jawi kepada rumi, tetapi keadaan sedemikian berlaku kerana pelarasan vokal A dan U.

Tentang ‘pegar’ pula, dia tidak bersetuju ia merujuk kepada burung, tetapi menegaskan ialah ‘pagar’. Walaupun begitu, saya optimis bahawa kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan perkara ini. Dalam hal ini, saya melihat kenyataan beliau sebagai satu mekanisme pertahanan untuk mengelakkan Dewan Bahasa dan Pustaka ditempelak orang ramai sekiranya mereka mengakui bahawa mereka telah terkhilaf dalam beberapa aspek Bahasa Melayu.

Memandangkan peribahasa itu telah digunakan berpuluh tahun, tentulah beliau tidak akan mengakui berlakunya kesilapan kerana jika tidak, mestilah orang ramai akan mempertikaikan kerja DBP sehingga bertahun-tahun gagal menyelesaikan masalah yang mudah dan membuatkan masyarakat dalam keadaan keliru dalam tempoh yang lama.

Keduanya, privacy saya menjadi semakin berkurangan. Sebelum ni, saya banyak post perkara-perkara yang peribadi hanya untuk bacaan kawan-kawan dan keluarga. Walaupun saya post semua blog entry saya ke facebook dan ramai yang share, keadaan sebelum ni agak terkawal. Tapi bila kaunter dah melebihi 200,000 (ehem ehem, saja nak emphasize jumlah views..hehe), entry-entry yang lama pun tiba-tiba ramai yang komen.

Itu OK lagi (walaupun agak segan), tapi yang tak seronok, bila ada orang yang maki-maki saya. Ada menghamburkan kata-kata kesat, memperlekehkan saya. Wah, naik kepala nampak? Mujurlah saya penyabar orangnya, dan saya hanya mampu tergelak bila deorang marah. Rasa macam saya pulak yang troll deorang semua. Hahaha! Pulak tu, ada yang siap cakap ini kali terakhir baca blog saya. Lain kali taknak baca dah. Sedih sedikit di hati (Ok, tipu. Tak sedih pun…).

Dan kemudian, orang-orang yang saya tak kenali mula add saya di facebook. Mula rasa seram dekat situ! Entah siapa-siapa je add saya. Kenal dekat dunia nyata pun entah ya entah tidak.

Dan orang-orang yang saya tak sangka share link blog saya di twitter dan facebook. Popular sangat! Tapi dekat situlah mula rasa hilang privacy. Sebab saya letak gambar dekat header, jadi rasa macam semua orang kenal saya. Tapi saya tak kenal deorang semua! Jadi sedikit paranoid dari situ. OK, maybe orang cakap saya perasan ke apa, ingat dah popular sangat ke. Tapi saya jadi terkejut sebab memang tak sangka orang ramai akan baca blog saya. Sebelum ni saya tulis untuk kepuasan diri sendiri je, jadi tak kisah sangat orang baca ke tak. Jadi bila ramai baca mestilah takut.

Ketiga, tak sangka lepas ramai share blog saya, ada orang yang mempelawa saya menulis buku motivasi. Saya berasa sangat teruja dan terharu sebab ada jugak orang sudi mempelawa saya jadi penulis (speech out menang award, - ok mengarut), sebab antara impian saya masa kecik dulu ialah nak jadi novelis. Saya berminat jugak, tapi saya tak rasa saya cukup layak nak memberi motivasi. Tapi belum sempat nak contact dengan editor buku tu, shoutmix box kena disable dekat blog. Ceh! Hancus harapan!

Keempat pulak ialah perkara yang menggembirakan saya; dan bukan membuatkan saya terkilan atau gusar. Dalam penulis-penulis komen, ramai yang berterima kasih atas perkongsian ilmu, menggalakkan saya menulis lagi dan teruskan menulis.

Ada yang menangis ketika membaca entry saya... #mylistofawesomethings. Terharu! Seriously speechless bila ada orang bagitau saya macm tu. Selama ni ingatkan menulis blog ni just nak luahkan apa yang terbuku; tak sangka orang lain boleh merasai emosi kita jugak. Semuanya membuatkan saya berasa lebih bersemangat dan bertanggungjawab dalam menjadi seorang blogger; Seorang Budak U. Terima kasih anda semua!

 
clip_image002
Saya pun hampir menangis…
 
Itulah yang saya nak cakapkan edisi ni kawan-kawan. Lusa saya dah start final exam, so doakan yang terbaik untuk saya OK? Amin!~~ See you, Assalamualaikum!

04 January 2012

Colloquium Tahun Baru

Dan asakan soalan dari Doktor Pengerusi menggagapkan lidah saya. Dalam sedetik kilasan masa, saya terasa seperti mahu lari dan mengaku kalah. Dalam saat yang seterusnya, saya sedar bahawa itu tidak mungkin akan berlaku sekarang. SEKURANG-KURANGNYA sekarang.
Sedikit pandangan saya menelek Doktor Penyelia di sebelah Doktor Pengerusi. Seperti ada kekecewaan di wajahnya. Dan buat kilasan detik yang seterusnya keazaman untuk meneruskan pembentangan mati serta-merta.
“Can you tell me, are you going to do the sampling at the same area? And how many sampling points are there?”
Soalan yang begitu mudah gagal ditangani dengan baik. Kepala saya sedang memproses jawapan; dan yang terkeluar daripada mulut saya ialah frasa-frasa perkataan yang masih sedang diproses – lalu mewujudkan kegagapan yang memalukan dan menghampakan.
“Er, the sampling is going to be done, er, as you can see, from my slide, there are three sampling points from the plantation. And er, the sampling is going to be conducted at 3 different agricultural stages; namely at infancy, maturity and er, at the end of the plantation age”
“Yes, and you state here you’re going to collect the samples at 0 -15 cm depth” – “Oh, it was during my initial stage of proposal. After reviewing a few literature, I decided that I’m going to collect the samples at depths 0 to 25 cm and 25 to 50 cm”
“And why is that?”
“0 to 25 cm is to see whether surface runoff would occur or not; while 25 to 50 cm depth is to see the infiltration of the nutrients and heavy metals to the groundwater...”
“I am not clear of your sampling points...” bla bla bla – organic matter, total organic content bla bla bla
“Uh huh. Uh huh” saya mengangguk dengan setia kepada setiap ayat Doktor Pengerusi.
Dan otak saya ketika itu hanya memikir akan bila berakhirnya pembentangan; dan lebih penting lagi, bila akan berakhirnya pembentangan viva voce. Dan segala semangat dan impian saya terus diragut keraguan kepada diri sendiri. Tinggal sedikit sisa. Gelaran pelajar PhD terus lesap ditelan Colloquium pertama Master of Science.
“I’m afraid to ask you further because your supervisor is here!” kata Doktor Pengerusi.
Tergelak. Ramai-ramai.
Doktor Penyelia masih senyap.
“OK, thank you” saya menutup slide dengan senyuman halus. Berlalu pergi dengan hati yang lega dan lelah.  
Jalannya masih panjang. Dan saya masih optimis.
















Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter