27 December 2012

Cheating Hotel

Minggu sudah, masa cuti weekend Krismas, saya dengan keluarga pergi bercuti dekat Langkawi. Saja bawak Mak dengan Abah jalan-jalan masa cuti, dapatlah mereka merasa naik kapal terbang kali pertama. Kami pergi 22 Disember, balik semula KL 24 Disember.

Macam biasalah, pergi Langkawi jalan-jalan pergi Makam Mahsuri, kedai minyak Nusantara, supermarket Idaman Suri beli barang-barang pinggan mangkuk, supermarket Haji Ismail Group beli coklat. Jalan-jalan dekat kereta kabel, Pantai Chenang, Beras Terbakar.

Kalau nak baca pasal cuti-cuti Langkawi ni, boleh je Google kan. So saya malaslah setakat nak letak gambar dekat blog pastu cerita pengalaman. Tapi saya nak cerita kisah kami dipermainkan sebuah hotel Top 30 dekat Langkawi ni. Mula-mula fikir malas nak review benda ni, tapi sebab hotel ni konon-konon antara hotel terbaik, memang mintak dikupas la kekejian deorang ni.

Kisahnya bermula waktu pagi Sabtu tu lagi, hari sepatutnya kami check in. Tiba-tiba datang call dekat phone Lumia saya, nombor depan 04. Masa tu tak naik flight lagi. Dah agak dah mesti hotel tu call. Dia tanya jadi datang ke tak hari tu. Saya ingatkan deorang just nak sahkan je kehadiran kita, tapi tiba-tiba tu dia kata hotel dia penuh, so dia kena transfer kami ke hotel dekat sekitar Kuah (hotel tu terletak dekat Kuah). Marilah kita namakan hotel tu Hotel Cheating ya.

Disebabkan saya ni bukan jenis yang cepat melatah, saya cakap jelah OK. Sebab kita faham kan kadang-kadang hotel ada masalah jugak. (Walaupun kami dah tempah hotel tu daripada bulan Oktober lagi, dan kat situ rasa pelik sebab dah dua bulan tempah dan dah reserve bilik, takkan last minute tiba-tiba boleh cancelkan reservation?) Untuk menjadi seorang yang rasional, saya takdelah nak marah-marah apa. Saya cool je.

Saya tanya dia ada transport tak untuk ke hotel baru yang dia nak hantar kami tu. Dia kata ada. Dia kata dia dah settle kan semua urusan dengan hotel baru tu (mari namakan hotel tu Hotel Atlantis) so kami datang nanti check in dekat Cheating lepas tu nanti dia hantar kami ke Atlantis.

Untuk pengetahuan, saya tempah hotel ni guna Groupon, sebab dia offer harga murah. Untuk dua malam, RM178 satu bilik. Hotel ni terletak dekat Pekan Kuah.

So lepas sampai ke airport Langkawi, kami pun terus bergerak ke hotel untuk check in. Menurut kupon Groupon tu, disebabkan cuti sekolah maka kami kena bayar surcharge RM30 untuk satu malam. Kami ambil 2 bilik, jadi overall kena bayar RM120 untuk 2 malam. Dekat sini takde masalah sebab saya dah baca syarat ni, jadi bayar jelah kan RM120 tu.

Tapi agak pelik sebab manager dia ada dekat situ yang kena guide everything, dan receptionist tu pulak tak reti nak guna resit mana untuk surcharge. Nampak tak dekat situ permainan pertama dia? Kalau dah biasa kenakan surcharge, takkan tak tau resit mana nak isi? So saya buat kesimpulan kalau guna Groupon hotel ni akan kenakan surcharge. Sebab tak ramai guna Groupon jadi awek receptionist tu pun tak reti nak guna resit mana.

Dia kata dia transfer kami ke Hotel Atlantis sebab connecting room yang dia khaskan untuk kami tengah repair. So malam ni tak boleh duduk situ, tapi esoknya dah boleh masuk. Lepas tu saya tanya dia kalau-kalau boleh hantar teksi ambil saya pergi Hotel Atlantis tu, tapi dia kata hotel tu dekat. Boleh naik kereta.

Kami sewa Grand Livina masa tu, dan ada 6 orang dewasa, sekali dengan barang-barang dan budak kecil sangat sempit. Jadi sebab dia dah transfer kita sesuka hati, saya mintaklah teksi. Tapi dia tunjuk Hotel Atlantis tu, memang sebelah blok dia je. Dia kata kalau nak call teksi dalam 10 minit, baik naik kereta je. Saya pun OK jelah, sebab saya bukan jenis customer yang keras kepala. Saya mengikut je. So saya pun naiklah Grand Livina yang sempit gila babas tu nak ke Hotel Atlantis.

Sampai dekat Hotel Atlantis, kami dapat dua bilik, tapi kami tak mention yang kami bawak lebih 2 orang dewasa. Sepatutnya 4 orang je. Bila Hotel Atlantis ni dapat tau, dia pun tanya dekat Hotel Cheating. Hotel Cheating tu call saya marah-marah kata kenapa tak bagitau awal-awal. Dia kata kalau bagitau awal-awal dia boleh mintak Hotel Atlantis untuk lupuskan caj kepala lebih.

Selama ni actually kalau pergi hotel kalau bawak orang lebih dan tak mintak extra bed, saya tak penah mention ada orang lebih. Jadi mungkin salah saya dekat situ. Hotel Atlantis dah caj kami pulak satu kepala RM30. Sebab ada dua orang lebih, RM60. Dekat situ dah rasa tak sedap.

Bayangkan, kami kena bayar surcharge RM60 untuk malam tu dekat Cheating, kenapa tak Cheating je yang bayarkan? Kami tak duduk Cheating pun malam tu tapi kena bayar jugak surcharge untuk cuti sekolah. Adil tak adil? Aci tak aci? Lepas tu siap call marah-marah lagi. Dan yang lebih celakanya, bayangkan Atlantis tu takde parking. Dia kata kalau kami parking situ besok pagi kena alih kereta sebelum kena saman. Bongok tak?

Dan Hotel Atlantis tu pulak sebenarnya hotel bajet yang standard dia tak sampai standard Cheating. Bayangkan bilik kakak saya sangat sempit, tak ada ruang pun nak tukar baju. Bila guna bilik air air melimpah-limpah keluar. Lepas tu dekat tingkat kami, ada satu pintu yang menghala ke luar bangunan yang terbukak 24 jam. Pintu tu macam lubang udara sebab dekat luar pintu tu takde tangga, siapa yang lalu pintu tu terus jatuh atas tanah. Bayangkan kami bawak anak kecil ni macam mana. Tak selamat langsung. Anak-anak pulak jenis baru pandai melasak.

Abang ipar saya memang tak puas hati la. Malam tu kami terus serang Cheating. Pandai manager dia putar belit. Kami tak puas hati kena bayar RM60 untuk satu malam tu, kami dah bayar macam-macam surcharge kenapa Cheating taknak tanggung kos RM60 tu? Dahlah last minute transfer kami ke hotel murah, standard tak sama. Bilik sempit segala bagai. Manager Cheating tu boleh cakap apa?

“Hotel kami sama je saiz bilik. Of course I can show you but there are guests in our room”
Saya katalah kami bayar mahal untuk Cheating, tapi kenapa transfer kami ke hotel murah? Itu dah kira menipu. Dia pun jawab:

“We want to give you connecting room supaya you selesa. Unfortunately bilik tu tengah repair. Kami terpaksa transfer you. Hotel lain dekat Langkawi dah penuh.”

Nak pujuk kami dia kata esok dan lusa kami semua 6 orang dapat breakfast tak payah bayar extra charge dan dapat bilik connecting. So besok pagi tu kami just tinggal beg dekat kaunter dan dia akan masukkan beg tu ke bilik kami lepas sampai waktu check in. Kitorang pun sebab masa tu dah lapar dan malas, kata fine. Kami setuju.

Malam tu kami semua tidur la dekat Hotel Atlantis tu. Sebab dah kena bayar charge lebih RM60, sepatutnya dapat 2 katil extra. Tapi sebab bilik tu dah penuh sangat, dia terpaksa bagi satu je katil.
So pagi esok tu kami semua sarapan dekat Cheating, dan letak barang dekat kaunter.

Dia kata lepas connecting room kami dah siap, staff Cheating akan transfer barang-barang kami masuk dalam bilik.

Kami pun keluar la sepanjang-panjang hari, malam tu sampai balik Cheating nak check in. Sekali check in masuk bilik, naa, memang connecting room la sangat. Kantoi penipuan manager Cheatin yang pertama. Haram zadah takdenya dia bagi connecting room.


Penipuan seterusnya, janji nak suruh staff dia angkutkan luggage dalam bilik, takde jugak. Katanya lepas bilik siap staff dia akan letak barang-barang kami dalam bilik. Takde pun. Kami jugak yang kena angkat sendiri, staff dia pandang je.


Sebenarnya malam sebelum tu saya dah OK, tapi sebab malam ni rasa tertipu balik, memang tak puas hati. Konon-konon katanya kami kena transfer dekat Atlantis sebab bilik connecting dekat Cheating tengah repair, jadi kami tak boleh duduk situ lagi untuk malam pertama. Tapi ni apa cerita takde bagi bilik connecting tu untuk malam kedua?

Janji nak transfer barang kami tapi last sekali kami jugak kena angkut sendiri. Apa cerita? Kami tak mintak pun bilik connecting atau angkutkan barang kami, manager dia yang janji. Tapi lepas janji dia mungkiri. Apa kes?

Sebab bengang saya dengan adik saya kupas segala isi bantal dengan selimut dia. Naa, bantal dia penuh peta. Selimut dia dalam tu ada tompok darah beku 2-3 tompok. Hotel 3 bintang tak pernah hantar cuci ke selimut tu? Bantal tak pernah tukar ke?

Untu perbandingan, masa kami kupas segala bagai isi dekat Hotel Atlantis, bersih. memang nampak macam berjaga. Bantal dia putih, selimut OK. Padahal Atlantis hotel bajet je. Yang ni hotel 3 bintang! Kalau dia tak buat taik dengan saya, takdenya nak cek sampai lurah cacing. Tapi sebab dia dah main tipu, saya kena jadi lagi sensitif la dengan penipuan dia.

Tandas Cheating pun jauh lagi sempit dari Atlantis. Atlantis ada bagi fasiliti bancuh teh dengan kopi, Cheating langsung takde. Air panas dan sejuk kena ambik dekat water cooler dekat lobi. Bayar dah kemain harga. Surcharge macam-macam. Dekat Atlantis, siap boleh mintak dia tambahkan lagi creamer dengan gula.

Staff dekat Atlantis pun lagi sopan dan baik, walaupun takde uniform. Ada seorang staf perempuan Sabah tu, cara dia cakap sangat lembut dan sopan. Dan dia terangkan satu-satu untuk kita faham. Tapi manager Cheating walaupun tak cakap kasar, dari 10 benda dia cakap, 9 tu penipuan.

Saya pun ceklah review Cheating dekat tripadvisor, tengok komen orang. Lepas tu saya perasan setiap kali orang review, si manager perempuan tu akan komen. Amboi, nampak sangat paranoid takut orang bagi review negatif. Dia track balik setiap satu review dekat hotel dia. Dan ucapkan terima kasih sebab memilih hotel Cheating.

Tapi ayat dia sama je, which in a way menunjukkan dia balas tu semata-mata balas guna surat copy paste, bukannya balas sebab nak respon orang tu. That pretentious bitch! Konon-konon cara cakap sopan je dalam surat tu. Tapi sebenarnya surat tu penuh dengan maksud tersirat. Nampak sangat dia treat semua customer sebagai satu beban, bukan satu tanggungjawab dia. Macam terpaksa tulis surat nak jawab balik komen orang, tapi surat copy paste sekadar cukup syarat.

Kalau ada orang review negatif, dia akan kata “Ini tidak menunjukkan servis yang ingin dicapai hotel kami” Padahal hotel dia memang sucks.

To be fair, breakfast dia sedap. Staff dia ada yang baik. Tapi manager tu sendiri yang membuatkan kami tawar hati nak duduk situ lain kali. Dan sampai sudah, kami yakin yang deorang sebenarnya ambil orang lain dan singkirkan kami dari bilik kami dan transfer kami ke Atlantis untuk malam pertama tu. Lepas tu bagi alasan bilik dia rosak. Sebabnya esok tu kami tak dapat pun bilik connecting yang dia dok canang sepanjang hari.

Lagi satu sebab kami bayar murah, orang lain harga full. Kalau dia hantar kami ke hotel lain dan bilik kami tu ada orang yang bayar full, maka kat situ dia dah buat untung. Dengan kami pun dia dah amek surcharge RM120, walaupun sepatutnya RM60 je sebab malam pertama tu kami dah tak duduk situ. Lagi satu, sebenarnya ada bilik kosong lagi malam tu, sebab dia terlepas cakap ada orang yang batalkan tempahan sebab tak dapat tiket feri. Sebab tu kami musykil kenapa dia tak kasi bilik tu? Mesti sebab dia nak masukkan orang yang datang walk in dan sanggup bayar harga full nak stay hotel dia malam tu.

Kalau ada orang tanya, kenapa tak attack je manager tu? Kenapa tulis kat blog? Kenapa tak review hotel dekat tripadvisor? Sebab kami dah pernah attack dia, dah kantoi penipuan dia. Nak attack lagi dah malas. Nak review dekat tripadvisor nanti manager perempuan tu dok sibuk nak backup hotel dia. Baik tulis dalam blog biar satu dunia tahu.

Nak tahu apa hotel tu? Klik link bawah:

Hotel Cheating
 
Kesimpulannya, guna Groupon kena hati-hati. Groupon memang kasik harga murah, tapi in the end dia tak tanggungjawab pun kalau hotel tu kenakan charge bukan-bukan menyebabkan harga asal dalam kupon jadi mahal macam s**t in real life.

Kedua, hotel murah ni suka sangat cekik darah. Sebelum ni duduk hotel mewah boleh je masuk reramai takde pun nak kira exactly berapa ramai satu bilik kalau tak mintak extra bed. Time breakfast je bayar lebih. 

Ketiga, kalau sesiapa nak pergi Langkawi, sila pastikan anda menjauhi hotel ni. Kalau anda duduk jugak hotel ni, berhati-hati dengan manager lidah biawak (staff dia yang lain OK. Makanan dia pun sedap). Hotel kena surcharge berlambak-lambak tapi bantal berpeta. Selimut bertompok-tompok darah (kalau review dekat tripadvisor ni mesti dia akan nafikan habis-habisan).
Sekian saja dari saya malam ini. Dan kepada Hotel Cheating, kalau nak buat untung, jangan tipu orang OK. We have eyes and brain.

7 comments:
Write curses
  1. tulis nama sebenar hotel itu boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tulis dah dekat link tu. hehe. klik dekat link tulis 'Hotel Cheating' tu

      Delete
  2. kesian tenet.. ak duk kat homestay je ari2...huhu rombongan cikkiah la kata kan

    ReplyDelete
  3. Perkara pertama terfikir, "Inilah guna kalau ada kawan yang berasal dari Langkawi atau sekitarnya. Pasti tips berguna mereka akan berikan kepada aku."

    Tak mengapalah. Pengalam pertama Syed. Caj tambahan itu samalah macam kita naik AirAsia. Tiket murah, tapi caj tersembunyi manalah kita tahu, bukan?

    ReplyDelete
  4. Patutlah penipu. Dasar k.....ling. sy mmng anti ngan puak2 lidah berbelt ni.

    ReplyDelete
  5. Patutlah penipu. Dasar k.....ling. sy mmng anti ngan puak2 lidah berbelt ni.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter