29 December 2011

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

Salam peeps! OK, ini adalah antara entry-entry terakhir tahun ni!

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan.

Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.

Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:

clip_image002

Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  

OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:

clip_image004

Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?

Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:

clip_image006
“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”


Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.

clip_image008
Namaku Si Pegar, bukan Pagar!


 Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Mula-mula ingat nak share dekat facebook je, tapi Rashid galakkan share dekat blog. Biar kongsi ilmu dengan ramai sikit orang. Sebelum ni saya pernah janji dengan Rashid nak post pasal kenapa chicken pox boleh berjangkit dua kali (tapi takde peluang lagi, tapi insyaAllah akan ditulis jugak nanti, kamu tunggu ya Rashid...votayhehehe).

Disebabkan janji tu belum ditunaikan, saya pun publishlah dulu pasal pegar dan batok ni dalam blog.

clip_image010

OK Rashid, janji yang ni sudah saya tunaikan!

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)

====

Komen di bawah.

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

28 December 2011

Sahabat, Sayap dan Sami


Petang yang aneh. Bayangan di belakang gunung ialah langit biru-hitam yang dicerobohi selimut jingga mega mentari petang; membentuk dua lapisan warna yang bertindihan; dan antara kami dan gunung itu ialah laut. Indah tetapi sepi.

Pangkor! Saya berteriak. Ini dekat Pangkor! Saya tidak mengerti apa yang berlaku dan bagaimana kami sampai semula ke Pangkor, cuma saya sedar kami perlu melintasi laut itu untuk ke gunung di seberang.
“Ikram, paut kaki aku! Aku bawak kau terbang!” saya berkata kepada Ikram dengan nada tegas. Saya kemudian mengapungkan diri; sepasang sayap tumbuh di belakang. Ikram tidak berganjak. “Cepat paut kaki aku. Aku bawak kau!” saya mengarah lagi.

Ikram patuh. Dia memaut kaki saya. Saya terbang pantas; meluncur merentasi langit. Kami perlu sampai sebelum matahari terbenam. Saya tidak pasti bagaimana saya mengetahui apa yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan; tetapi saya yakin.

Sewaktu hampir tiba ke gunung itu, kelihatan seorang sami Hindu sedang berdiri sambil memegang butiran tasbih. Saya berasa cuak, tetapi perjalanan harus diteruskan. Untuk kembali semula, saya tahu kami perlu sampai ke gunung itu. Semakin mendekati gunung itu, saya dapat melihat sami itu memandang tepat ke arah saya.

Kemudian mata kami bertembung. Mukanya sungguh mengerikan; dan dalam sekelip mata, tubuh saya menjadi kaku. Saya tidak dapat bergerak!

Kami terapung di tengah udara; saya berteriak: “Ikram, aku tak boleh bergerak!” Dada saya kecut. Ya Allah, bawah dah laut! Kalau sayap ni tak boleh bergerak lagi, kami akan jatuh! Saya kemudian mula membaca ayat kursi.

Dan saya terjaga dengan dada yang gemuruh. Mulut saya masih berkumat-kamit menghabiskan bacaan ayat kursi.

Saya terkejut dari tidur. “Astaghfirullah, Astaghfirullah!” Saya beristighfar; dan memerhati sekeliling.
Saya merasa takut. Mujurlah di sekeliling saya masih dinding konkrit bilik tidur saya. Tiada yang berubah. Saya masih di rumah, dan bukan berhampiran mana-mana pantai. Tidak ada sami di sini.

Ya Allah! Takutnya mimpi tadi! Kemudian saya baring semula; dan memejam mata untuk mengingat semula butiran mimpi itu.

Saya membuka mata semula dan bingkas mencapai diari saya, dan dengan lekas menulis semula setiap butir mimpi itu. Warna langit; laut; sami; sayap. Segala-galanya. Saya takut untuk tidur semula; risau jika saya akan bermimpi sami itu lagi.

Apakah petanda mimpi ini? Kenapa semuanya seperti jelmaan semula perasaan yang pernah saya rasakan? Apakah maknanya?

Saya termenung sebentar. Mimpi ini ialah satu tayangan kepada perasaan sebenar saya. Dan setiap satunya perlu dicerakinkan untuk mendapat makna sebenar mimpi ini. Peristiwa sebulan yang lalu, dan beberapa hari sebelumnya telah membentuk mimpi ini.

Saya yakin. Saya perlu ceritakan mimpi ini kepada Ikram. Mungkin ini mainan syaitan – mungkin, tetapi saya yakin saya tahu makna sebenarnya. Pasti...

27 December 2011

Book of Awesome

And with your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let’s watch something random turn to something awesome

- Yuna, Random Awesome

(sila baca sambil dengar lagu ni… )
 
Mata dah ngantuk, tapi celik lagi. Saya tengah menelek-nelek Reader’s Digest edition lama. Bulan berapa punya entah, tak kira. Baca je bagi cepat mata lelap.

Semua artikel dah baca, kecuali bahagian Books. Tajuk featured books dia bulan tu, nombor 1: Book of Awesome. Ni first time saya dengar tajuk buku ni. So saya bacalah sinopsis dia, kot-kot nak beli ke nanti kalau best. Pretty interesting jugak description dia, so maybe consider nak beli (dekat Big Bad Wolf Books je sudah...)

Book of Awesome

Neil Pasricha seorang manusia biasa yang tak lari dari tekanan hidup. Sebelum dia mula menulis The Book of Awesome, dia di ambang perceraian dengan isterinya, dan seorang kawan rapatnya cuba membunuh diri, dan juga ditambah tekanan bekerja. Ketika itu, Neil berada dalam keadaan tertekan, dan dia mula menulis blog http://1000awesomethings.com untuk meningatkan dirinya tentang perkara-perkara kecil yang membawa keindahan dan kegembiraan kepada dirinya.

bookofawesome3d

Dia menulis tentang indahnya ketika salji turun, dan keenakan bau daripada kedai roti, terjumpa duit dalam poket seluar, mendapat lampu hijau berturut-turut ketika memandu. Segala perkara kecil yang kita tidak hargai, tetapi hakikatnya membawa kebahagiaan kepada kita. The Book of Awesome ialah katalog keindahan-keindahan sejagat yang manusia kongsi bersama.

Tanpa dijangka, blognya mendapat perhatian pembaca, memenangi dua Anugerah Webby (anugerah internet tertinggi), dinamakan sebagai salah satu Top 100 Sites oleh PC Magazine, dan sehingga hari ini, blognya hampir mencecah 50 juta view.

Neil tidak menyangka pandangannya tentang perkara-perkara kecil yang ditulis turut dikongsi oleh ramai orang yang lain.

Sambutan hangat yang diterimanya membuatkan Neil membukukan 1000 Awesome Things kepada The Book of Awesome, yang muncul sebagai #1 International Bestseller untuk 20 bulan berturut-turut; tersenarai sebagai #1 Non-Fiction Book of the Year dalam 3 senarai yang berbeza; dan #1 New York Times Bestseller.

Tulisan Neil Pasricha menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang; suri rumah dan pelajar kolej, orang tua dan golongan profesional sejauh Chile, India dan Bangladesh menulis kepada Neil mengatakan betapa 1000awesomethings memberi makna kepada hidup mereka.

Guru-guru di sekolah menggalakkan murid-murid menulis senarai ‘awesome things’ mereka, dan pesakit-pesakit yang terlantar di katil berterima kasih kepada Neil kerana tulisannya membawa mereka melihat melalui sisi perspektif yang berbeza.

(In some ways, saya rasa saya ni macam si Neil Pasricha pulak… – kawan yang cuba bunuh diri, di ambang percer dalam keadaan tak berapa gembira etc etc Mungkin saya pun boleh tulis buku macam dia? 1fzdxs.jpg).

Book of Awesome mengingatkan kita tentang perlunya berfikiran positif dan optimis; walaupun ketika dilanda masalah, masih ada banyak yang mampu menggembirakan kita walaupun perkara-perkara yang kecil. Fuh!

Lepas baca description dekat dalam blog dia dengan Reader’s Digest, saya rasa seronok pulak. Macam nak start tulis senarai ‘awesome things’ saya. Bas yang awal, dapat senyuman daripada orang lain, ada orang belanja lunch. Hmm, betul betul. Banyaknya benda ‘awesome’ dalam hidup!

So peeps, don’t let sorrow consume you. Apa-apa berlaku, jangan give up. Kadang-kadang sebab terlampau sibuk dalam masalah kita, kita lupa untuk memerhati keindahan yang Allah bagi kepada manusia dalam kehidupan seharian kita. Kita terleka dengan kesibukan hidup seharian sampai kita lupa melihat ‘awesome things’ yang berlaku di sekeliling kita.

So next time, hold your head high; and be gratitude of what you have in your life. Make your own list of your own ‘awesome things’. Chill! So that’s all peeps. Live your life to the fullest; don’t take those small awesome things for granted. Bye and Assalamualaikum!

P/S: kalau nak belanja saya buku ni, amat dialu-alukan! =)

18 December 2011

Berputus-putusan

 
Entah. Sejak semalam masih gundah memikir. 2 keputusan yang berat pada satu masa. Apa yang perlu diputuskan pun saya tak tahu. Orang kata patutnya masa macam ni kita buat istikharah. Biarkan Allah putuskan untuk kita. Sebelum buat istikharah saya nak fikir dulu, dan berharap saya dapat ilham.
Masa tu saya tengah makan nasi goreng dekat Restoran Said Ali (mahal gila kot! Kononnya exclusive la tu! Nasi goreng paling murah RM5.50..) Tiba-tiba dapat mesej:
“Ko Ngan bro nk duk umah sewa x?? Ak de mmbr nk housemate.”
Eh. Tak disangka-sangka. Waktu macam ni datang pertanyaan yang mendebarkan. Dah lama cari rumah sewa, tapi tak jumpa. Tiba-tiba bulan jatuh ke riba. Saya tanya balik dekat dia pasal rumah tu. Dekat mana, rumah siapa? Berapa pulak sewanya?
Lepas tu dia jawab: “Umah mmbr ak..ak rse kat area masjid upm..die skrg duk 2 org ke. Then bf ak nk masuk..so jadi 3 org. Umah tu 4 blk..so kl korg masuk lagi 2 org la kot..5 org sewa 700sbln..dlm 150 sorg la lebih kurang..masuk next month.”
Saya reply: “Oh yeke.jap.6t ak bncg dgn bro ek.hu3.bila last bole bg jwpn?”
“Next week ak nk gtau kwn ak tu blk..discus la dulu.hehe”
Lepas tu terus fikiran saya melayang. Hari semalam jumpa lagi kawan saya yang hantar mesej tu. Namanya Titi (bukan nama sebenar).
Katanya rumah tu complete. Rumah teres setingkat, dekat dengan UPM. Ada TV + Astro, katil, tilam, dapur, peti ais. Bilik ada 4, so saya akan kongsi bilik dengan Bro, dapat bilik besar. Sewa dalam RM200 sebulan, termasuk segala bil.
Saya dengan Bro pun mula menilai pilihan yang kami ada. Sekarang ni kami dua-dua takde tempat duduk yang tetap. Masing-masing menumpang. Internet free, air dengan elektrik pun.
Tapi nama pun menumpang. Rasanya kurang selesa walau segalanya complete. Rasa macam ada sesetengah benda kita tak selesa nak buat.
Ini adalah peluang keemasan untuk ada rumah sendiri (walau sewa je pun...) Tapi masalahnya saya pulak takde transport. Duit pun takde, macam mana nak keluar menyewa. Gaji entah bila nak masuk, asyik problem je dengan fakulti, dengan sekolah siswazah. Aigo.
Kalau takde tranposrt, nanti saya kena bergantung harap pada Bro, nak pergi mana-mana. Bukan setakat menyusahkan dia, saya pun akan susah sekali. Kalau dia takde, saya pun patah kaki. Kalau saya duduk luar kena pertimbangkan pulak keselesaan dengan housemate baru, keselamatan barang-barang. Risiko banyak.
Pulak tu, internet takde. Housemate yang lain semua dah kerja, jadi deorang tak kisah takde internet. Kami ni pulak student, so internet tu memang keperluan nombor satu. Dari segi ni, duduk kolejlah pilihan terbaik.
Masa ni rasa saya memang berat. Saya ni jenis yang susah nak buat keputusan, semua benda orang tanya tak tau. Entah, tak tau boleh ke tak. Hmmm... masih keliru.
Lepas tu semalam saya hantar email dekat Supervisor. Terus dia call saya petang tu, katanya “Head project suruh convert awak jadi Ph.D. Dia nak awak terus kerja untuk projek ni. So awak kena tambah lagi setahun la, and then awak akan dibayar RM1800 sebulan bawah geran ni. Apa kata awak?”
Mula rasa macam happy, dapat buat Ph.D terus. Tapi saya cakap : “Hmm, tak taulah Dr. Boleh tak saya tengok paperwork projek ni dulu?”
Dr kata: “Ok, banyak ni. Dalam next week la saya bagi.”
“OK Dr. Terima kasih.”
Saya rasa hati berbunga. Tapi takut. Macam tak mampu pulak nak buat Ph.D terus. Saya bukannya pandai sangat duduk dalam lab, buat labwork segala bagai.
Saya tanyalah pendapat kawan-kawan. Deorang semua neutral. Kalau nak convert kena lebih kuat usaha, kena banyak progress, kena rajin (which semuanya bertentangan dengan habit saya...), kata mereka. Ish. Dahlah tak bagitau Mak dengan Abah lagi. Tak tau camne nak cakap.
Then kalau convert boleh mintak myPhD, so boleh dapat RM2300 sebulan. Kalau tambah dengan duit geran, boleh dapat RM4100 sebulan. Banyak tu!
Lepas tu saya fikir, kalau saya dapat RM4100 sebulan, boleh duduk luar, lepas tu angkat MyVi ke, VIVA ke satu. Oh, tak pun Swift seketul. Camry second hand pun OK. Tak payah fikir susah-susah. Nak lagi best, duduk dekat Bangi ke, Bandar Seri Putra ke, Taman Equine ke, sewa rumah RM1000 situ tapi dapat dua tingkat. Ajak member lain sekali, tapi saya bayar share banyak sikit, sebab saya tuan rumah. Best tak? Tapi persoalannya, “MAMPUKAH AKU?” Karang kalau takde progress, mati.
Mesti kena hentam dengan Head Project. Lepas tu setiap minggu kena meeting dengan lecturer hebat-hebat, dari UM dengan SEGi College. Mesti kena present dengan penuh karisma. Aigo. Takut…
Tapi ni peluang keemasan nak lompat Master. (Peluang keemasan nak duit banyak. Oh, sangat tamak!)
 
 
clip_image001
Inikah? atau…
 
 
 
 
 
 
 
clip_image002
Yang ini?
 
 
 
 
 
 
 
 
1273223596_92167532_1-rumah-teres-1-tingkat-siap-kabinet-untuk-dijual-melayu-1273223596
Yang inikah? ataupun…
 
 
 
 
 
 
 
 
 
putra-teres-pandangan-sisi
Yang ini?
 
Keliru. Masih keliru. 4 pilihan, 2 jawapan. Nak menyewa luar atau duduk dalam? Nak buat Master je atau nak buat PhD? Tolonglah bagi pandangan. Kalau buntu jugak, istikharah lah pilihan utama sekarang ni...
 
LiveJournal Tags: ,,






























































14 December 2011

K-Pop Dan Keaslian Asia

Saya minat jugak cerita Korea. Banyak jugak tengok daripada dulu. Cerita favourite saya Autumn in My Heart, Second Proposal dengan Stairway to Heaven.

Tapi saya bukanlah follower sejati K-Pop. Setakat minat macam tu je. Tapi semalam lepas baca blog Amira Afiqah, mengucap panjang.

Bukan sebab penulisan blog dia, tapi sebab komen-komen yang orang tinggalkan (especially anak-anak gadis Melayu) yang dah tahap gila meroyan.

clip_image002

Pardon my Photoshop skill y’all. Ceritanya gini. Amira Afiqah ni ada orang curi gambar dia dari facebook, and orang tu gunakan picture dia untuk buat blog entry mengutuk K-Pop. Means blog ni bukan tulisan dia, tapi tulisan penyamar dia.

Kalau anda semua nak tau, blog dia ada satu je entry, iaitu Kpop?euww. Tapi satu entry je dah dapat 2087 komen (sampai pukul 11:14 pm 13 Disember, waktu Malaysia). 2087 komen tu sangat banyak untuk entry yang baru berusia  8 hari! OK, fellow bloggers, you know what I mean.

And kalau anda nak tau, yang komen tu semuanya peminat K-Pop. Deorang sangat marah sebab penyamar Amira Afiqah tu kutuk bintang pujaan hati deorang.

Ok sorry if you are a K-pop lover (I know many of my friends are), but I think I have to agree with the imposter’s comment on this Korean’s guy appearance. I don’t know if you think he’s cute but I seriously think his cuteness is equivalent to a dog’s (and it depends on your interpretation whether you think dogs are cute or not).

I’m not racist, but I dislike those Asians who are not proud to be Asians. What’s the point of you colouring your hair, or dying it or bleaching it? And what’s the point of you doing nosejob (rhinoplasty) just that you would look more Europeans more than you are Asians?

It’s just proof that you don’t respect your identity enough to be proud of it. To tell the truth, I am turned on by original Asian women more than those celup Caucasians do me.

You see, what’s the point of loving yourself if you want your eyes to look blue, or your hair to be blonde? It means you don’t value yourself enough.

Tau tak kenapa buruk orang Asia rambut blonde? Sebab your skin colour doesn’t match your hair, and if you are Orient, your tiny eyes do not look good with Mat Salleh’s hair. (Don’t think I’m racist, I’m half-Chinese and I have mata sepet also). Kalau African macam Beyonce, at least the chocolate colour of her skin matches her hair colour. Tapi Asian tidak, OK?

Back to the question, the main reason I’m not a big fan of K-Pop because I think they’re not original. It’s as simple as that. They are walking proof that in order to achieve greatness, you have to be somebody else. You cannot remain being who you are if you want to succeed.

You know why Anggun succeeded to break through the French and Italian market? Because she brought along her identity, her sense of pride being an Asian. The Europeans loved her because they thought her as exotic, original and mysterious. She wrote many of her songs with sprinkles of Malay (Indonesian) words, which gave that Javanese mystic character to her songs.
 
anggun
promo4g
Anggun Cipta Sasmi

She still has her dark long hair with her Javanese persona when she first sang aboard. Her first single, La Neige Au Sahara (Snow on the Sahara) was the most played song in France for 1997. You think there’s any other Asian singer or performer can top that? Think again.

Anggun remains the most successful single singer from Nusantara (Malay Archipelago) aboard, and not even Siti Nurhaliza can beat that. And perhaps, she is the most successful Asian singer in France we have ever seen. And she was able to do that while at the same time carrying the culture of her country into her songs.
And compare that with the K-Pop performers. Compare the originality. The image. The songs. The image of their country.

Ok, I’ll stop at that.

Now back to the blog of Amira Afiqah’s imposter.

Komen-komen yang dihamburkan peminat K-Pop agak biadab, sehingga kepada tahap mengugut bunuh, mengugut menoreh mukanya dengan pisau, menghinanya dengan panggilan babi dan sebagainya.

kpopeuw1

Wow. Indahnya bahasa, seindah nama pemiliknya.


kpopeuw2

Wah, nenek dia sangat cantik! OK, saya percaya!


kpopeuw3

Wah, adik ni lagi marah. Macam orang kutuk suami dia pulak, sampai nak membabi-babikan orang lain.

Tapi yang ni lagi best:

kpopeuw4

Nak toreh muka? Pergh, dahsyat jugak adik pocoyolala. Lepas dia tau Amira Afiqah buat report polis, tengok apa jadi:

kpopeuw5

Tau pun takut. Terus dia delete komen dia, padahal dia yang ugut si (penyamar) Amira suruh delete post dia. Tapi malangnya si pakcik Amira, wartawan jenayah bernama Hazrey (www.hazrey.com) dah berjaya print screen semua ugutan yang peminat-peminat K-Pop hamburkan. Deorang dah buat report polis pun.

Kesian Amira. Sebab orang lain, habis muka dengan keluarga dia kena kutuk tak pasal-pasal dengan orang fanatik K-Pop. Ni baru K-Pop, so tak hairanlah kalau fanatik politik pun tahap maki-maki ciptaan Tuhan.
Menurut parents Amira, lepas kejadian ni, dia dah tekanan perasaan dan takde selera makan. Malangnya, penyamarnya masih enggan untuk menutup blog tersebut.

Ok, kalau anda nak tau, ada yang komen dekat blog Amira tu baru umur 9 tahun, and kebanyakannya budak-budak dalam lingkungan 12 sampai 18 tahun. Takut tak? Nampak tak adab budak-budak sekarang macam mana? Bukan satu ye komen, 2087 komen. And entry ni pulak cuma ada 52 perkataan, bukan panjang pun. Tapi rage peminat K-Pop macam budak ni dah buat Holocaust dekat semua penyanyi dan performers K-Pop.

Ironinya, yang takde identiti sendiri tulah yang kita puja. Kita agungkan sampai tahap fanatik membabi buta. Tak salah nak minat, tapi mesti ada hadnya. Saya minat Anggun, tapi kalau orang kutuk dia saya takdelah tahap nak rage melampau-lampau. Chill sudah. Bukan ada effect dekat kita pun. (Ok, so far takdelah orang kutuk Anggun gila babeng. Ramai jugak minat suara dia).

Itu jelah yang saya nak cakap. Saya tak menyokong K-Pop haters ataupun menyokong K-Pop lovers. Kita semua ada minat masing-masing. Cuma bersederhanalah.

Untuk menutup entry ni, saya persembahkan video klip Anggun yang bertajuk A Rose in The Wind. Lagu versi Melayu ialah Kembali, dan lagu ni mendapat perhatian antarabangsa sebab ada unsur muzik Jawa. Enjoy!


Garuda, maafkan aku yang melupakanmu. Tapi cinta lebih kuat dari perbatasan. Biarkan aku jadi kompasmu; akan kutunjuk laharmu ke arah gunung api, dengan fajarku.


Reference links:

http://www.hazrey.com/2011/12/780-salah-internet-salah-tv-salah-kawan.html
http://budakgigirabbit.blogspot.com/2011/12/kpopeuww.html?commentPage=1

12 December 2011

SUICIDAL

 
Fizi (bukan nama sebenar) pelajar perubatan tahun 4 di sebuah IPTA. Dia telan panadol 28 bijik pada suatu hari. Sebab tekanan. Setiap hari keinginan dia untuk hidup berkurangan, dan kemuncaknya pada hari itu.
Dia sesak nafas; pengsan. Lalu dikejarkan ke hospital. Dia pulih seperti biasa, tapi mengalami kemurungan. Dan dirujuk ke psikiatri.
Pelajarannya merosot. Saya tidak tahu berapa banyak, tetapi dia pelajar perubatan. Saya tidak tahu sistem pelajaran mereka.
Saya perasan ada sesuatu yang aneh pada perubahan status-statusnya di facebook. Dia mula meluahkan perasaan-perasaan yang negatif; dan itu adalah signal dia cuba meminta tolong. Saya cuba membantu sedikit. Memberi kata perangsang. Cuba menyelamatkannya sebelum perkara yang sama berulang.
Dia susah hati kerana kawan baiknya. Dia susah hati kawan baiknya meninggalkannya. Saya terkedu. Saya tidak tahu apa yang perlu diucapkan; kerana saya hampir pasti saya juga pernah merasai sebegitu. Dan walaupun selepas percubaan membunuh dirinya yang gagal, kawan baiknya masih mengabaikannya. Dan dia cuba membunuh diri sekali lagi dengan menyedut gas aerosol. Syukur, Allah masih memanjangkan hayatnya.
suicidal
Saya dapati dia kemurungan kerana kesunyian. Berat badannya berkurangan sangat mendadak. Mukanya sudah cengkung. Dia tidak ramai kawan, dan pula kawan baiknya mula menjauhkan diri. Hubungan mereka hubungan yang bermasalah, yang diselirati perasaan-perasaan yang rumit. Dan keluarganya juga mula menekannya. Dia kebuntuan. Tiada tempat mengadu.
Saya tidak pasti bagaimana kawannya itu memberi tekanan kepadanya, tapi keadaanya sudah agak kritikal. Daripada mesej-mesej dia kepada saya, menunjukkan sesi rawatan dengan psikiatris tidak berjaya.
Dan sewaktu cuba menghubunginya semula, dia sudah menyekat saya di facebook. Saya tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengannya semula, dan saya risau dia akan melakukan sesuatu yang akan membahayakan dirinya sendiri.
Saya dapat memahami perasaannya yang sunyi, tapi saya tidak tahu apa yang sebaiknya untuk saya lakukan. Walaupun universiti kami tidaklah jauh, saya tidak ada pengangkutan untuk berjumpa dengannya. Dan saya risau dia menyekat saya di facebook, seperti tandanya dia tidak mahu berhubung dengan saya lagi. Tidak mahu mendengar nasihat saya lagi.
Saya bersimpati dengan apa yang berlaku. Cuba memikir sebab dan kesan. (Tiba-tiba rasa macam nak tulis dalam English)
This is one thing that people won’t teach you about life. About how life sucks if you feel lonely, and you don’t have friends, and you don’t look good enough, and you don’t wear fancy clothes.
People akan jadi judgmental towards you. They would tease you, stab your back. Bila orang tu bunuh diri, barulah mereka cakap “Patutnya dia bagitau pada kami dia rasa sunyi. Kami boleh temankan dia.” You know what? It’s too late.
Macam kes sorang student UPM bunuh diri sikit masa dulu. Lepas dia takde, barulah orang cakap “Kalau takde duit, pinjamlah dekat saya dulu ke.” And you know what? Kalau orang tu hidup agaknya semua kedekut dengan dia. Masing-masing taknak bagi pinjam duit sebab tau dia tak mampu nak bayar balik. The only reason why they said such things bila orang tu dah takde sebab deorang rasa bersalah.
To be frank, saya pernah jugak merasa depression sebab kesunyian (and even now, I’d still feel lonely….). Saya cuba reach out to other people, when even best of friends abandon me. Mereka ada kawan lain, ada girlfriend, ada komitmen. Bila kita ajak makan sekali, dia dah makan dengan girlfriend. Bila kita ajak keluar, dia dah janji dengan orang lain. Bila kita jadi invisible dalam pandangan mereka, kita rasa worthless. Takde harga diri. Kita cuba cari kekuatan sendiri, tapi sangat susah.
Dan kadang-kadang, kawan baik kita yang paling tak menghargai kita. Bila kawan baik kita sendiri merasakan kita macam satu beban yang dia kena pikul, dan persahabatan kita macam tak wujud. Bila kawan baik sendiri tinggalkan kita bersendirian untuk pergi berhibur dengan orang lain, atau merahsiakan sesuatu daripada kita tapi bagitau orang lain.
Dan mungkin perkara yang sama dihadapi kawan saya itu sekarang ini. Mungkin jugak keadaannya lebih parah sampai dia dah tak tau nak buat apa. Sampai rasa nak mati. Mungkin kawan baik dia dah terlalu memberikan dia tekanan. Kawan saya pulak seorang yang emotionally challenged. Dia bukan jenis kuat semangat. Saya tidak tahu sudah berapa lama dia dalam keadaan tertekan.
Saya rasa kalau dia cerita dengan orang lain,mesti orang akan perlekehkan dia. “Eh, ko ni laki ke pompuan? Takkan pasal kawan pun nak sedih? Come on la der!”. Tapi kita sendiri tau semua orang ada perwatakan masing-masing. Bila kita cakap macam tu, kita secara tak langsung menghukum dia atas perbezaan emosinya yang dia tak mampu nak kawal. Sebab tu mungkin dia pendamkan; sebab dia malu nak mengaku dia hampir bunuh diri sebab kawan baik.
Saya pun tak mampu nak buat apa-apa sekarang untuk menolong dia. just berharap ada orang lain yang akan guide dia, dan Allah berikan dia kekuatan untuk menempuhi dugaan ni. Nasihat saya, hargailah kawan baik yang anda ada, sebab kalau dia cakap dia perlukan anda, anda tak tahu betapa sesungguhnya dia sedang memerlukan anda. Kadang-kadang dalam sehari sebab anda temankan dia je walaupun sekejap, dia akan rasa gembira sampai malam. Kadang-kadang anda je satu-satunya sebab dia akan merasa aman. Jangan jadi pentingkan diri dalam persahabatan, sebab kawan ni anugerah Allah kepada kita.
Nabi pernah bersabda:
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
See? Menyayangi sahabat dan mengucapkan perkataan sayang kepada mereka adalah sunah Nabi.
Dan Nabi pun pernah bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)
Lagi satu:
Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)
Ada kawan saya yang suka dapat hadiah, tapi tak suka memberi. Sebab katanya, kalau perkara tu dia tak pernah bagi pada ibu bapanya, dia takkan bagi pada orang lain. Dia takut dia lebih memuliakan kawan daripada ibubapa. Tapi saya tak rasa itu sepatutnya satu masalah. Sedangkan hadis Nabi pun ada menyebut tentang perkara ni. Lagipun kawan-kawan pun penting seperti keluarga. Ada masanya kita mintak tolong kawan dan bukan keluarga kita, betul tak?
So itulah kawan-kawan yang budiman. Saya berharap dengan berkongsi tentang kawan saya ni, kita semua mula menyedari kepentingan bersahabat. Hargai mereka selagi mereka masih ada. Dan kalau mereka kesunyian, tolonglah bantu.
My question now is: agaknya waktu kita kesedihan,berapa ramai daripada 500++ kawan kita dekat facebook yang akan menghiburkan kita?
LiveJournal Tags:




























08 December 2011

Main Dengan Budak U?

Ingat tak masa first time saya tunjuk keywords yang akan direct ke blog saya? Cuba cek link ni balik: Main Dengan Budak? Tak sangka, sebab buat post tu, dalam tempoh beberapa bulan entry tu sendiri jadi penarik traffic blog saya. Pernah naik jadi Top 10 jugaklah.

Macam-macam keywords lucah direct ke entry tu. Nampak sangat orang kita pemikirannya macam mana. Kadang-kadang agak geram bila keywords semua refer tentang hubungan terlarang dengan budak kecik. Rasa nak report polis pun ada.

OK, kalau you guys nak tau, dekat US siapa yang simpan porn kanak-kanak akan didakwa tau. Termasuklah porn yang simpan dalam komputer atau henset, bukan dalam bentuk CD atau DVD saja (atau mungkin jugak Blu-Ray, atau tape tahun 90-an).

Dan jugak, kalau pernah bukak webiste atau forum online pornografi kanak-kanak ni, itu jugak merupakan satu kesalahan dan sama tahap seperti menyimpan. Maksimum lima tahun penjara. Apatah lagi yang mengedar. Mengedar pornografi kanak-kanak di US boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun.

Dekat Malaysia mungkin kita patut strict sikit. Kalau simpan porn kanak-kanak kita dakwa dia jugak. boleh? Saya takut kalau-kalau yang sampai blog saya ni orang yang otaknya tak betul, dah tahap serius macam pembunuh Nurin Jazlin. Yelah, kita tak tau manusia macam mana kan? Mungkin kalau bagitau polis, deorang boleh cek IP address yang sampai blog saya, lepas tu locate manusia yang ada kemungkinan menjadi paedophile. FYI, kanak-kanak yang dimaksudkan dalam porn ialah mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Jadi kalau 3gp budak sekolah pakai uniform, atau budak sekolah yang bawah umur 18 tahun (budak STPM takpe kot… ) dan budak sekolah yang dalam Lubuk Tupah ke, Jurang Mariana ke, kalau orang simpan dekat US dah boleh masuk penjara OK. Kalau dekat Malaysia buat law macam tu memang ramai la masuk penjara.

Cuba cek gambar dekat bawah. Gambar ni ialah keyword daripada carian yang akan direct ke blog saya untuk hari ini:

keyword224
 
Tengok, hari ni je 5 orang yang search ‘main dengan budak’ sampai blog saya. Ada 2 kali ‘cerita main dengan budak’. ‘Seks budak u’ sekali. ‘Seks dengan cikgu memandu’ sekali (Waddehek dengan cikgu memandu? Siapa yang fantasi aneh sangat ni???).  ‘Kisah seks budak cina’ sekali (hahaha! lawak2!24(1) ).

Yang lain-lain keyword semua negatif jugak! ‘Kes paling malang’, ‘obefiend murtad’, ‘seks budak u’, ‘kisah diperkosa pemandu bas’. Adakah blog saya ni Harian Metro? Arghhh!! Semuanya negatif! Negatif belako! Diulangi, ni untuk hari ni saja ye.

Tak termasuk semalam, kelmarin, besok atau tulat. Ni hari ni je.
Dan pulak, ni top ten keyword blog saya daripada nuffnang saja ye.
Yang daripada blogger sama jugak negatif! Yang bawah ni keyword rujukan daripada blogger.

keyword33

Mengikut turutan:
1 – Kisah seks : 69 hits
2 – junko furota : 47
3 – mat lutfi : 27
4 – lms upm : 21
5 – main dengan budak : 19
6 – main dengan budak u : 11
7 – cerita budak u : 9
8 – cerita seks budak u : 9
9 – kisah benar budak 16 tahun kena siksa 44 hari : 9
10 – kisah junko furota : 9 hits

Selain mat lutfi, cerita budak u dengan lms upm, yang lain yang dihighlight tu semua keyword negatif! Macam mana tu? Ok, junko furota bukanlah negatif, tapi kisahnya agak berat. Maksudnya agak ramai orang yang concern pasal dia. But still, saya anggap ia adalah keyword yang agak negatif (budak 16 tahun kena siksa 44 hari, positif ke negatif? Mai habaq sket…).

Ok, lepas post ni, saya nak tengok berapa ramai orang akan datang sini dengan keyword negatif! Mesti post ni jadi perhatian. Nantikan post selanjutnya tentang keyword rakyat Malaysia yang sampai ke blog saya! Salam and selamat malam!

07 December 2011

Berjumpa Supervisor Baru

 
Hari Isnin yang damai di Fakulti Alam Sekitar...
“Awak tak menyesal ye buat projek dengan saya? Saya lecturer baru. Supervisor awak dah established.”
“Tidak, tidak. Saya tak menyesal.”
“Sure ya?”
“Ha ha ha! Sure!”
“Emm, Firdaus kenal awak ek?”
“Firdaus?”
“Haah, Firdaus stat.”
“Firdaus stat? Siapa?
“Firdaus, Fakulti Sains...”
“Oh, haha. Haah, saya kenal dia.”
“Ha ha ha. Kalau awak nak tau, Firdaus tu boyfriend adik saya!”
“Oh, saya dah lama tau!”
“Yeke?”
“Haah. Ada orang bagitau!”
“Hmmm....itulah adik saya cakap, Firdaus kenal dengan awak. Macam mana boleh kenal ye?”
“Kitorang satu kolej.”
“KOSASS?”
“Eh, tak. KTP.”
“Hoooo....hmmm, awak takde boyfriend, eh eh eh, girlfriend?”
“Hahaha. Takde la Doktor. Single and available lagi. Tunggu habis Master ni dulu!”
“Banyaklah awak!”
“Saya skandal ramailah Doktor, couple takde!”
Serentak: “HAHAHAHA!”
 
Harap-harap inilah pilihan terbaik. Harap-harap berjayalah siapkan Master dengan supervisor baru. Amin!

LiveJournal Tags: ,


























06 December 2011

7 Status Annoying Musim Ini

This would be just a short entry. Below are the things yang sangat annoy saya dekat facebook pada musim ini (musim apa?musim sejuk?). kalau ada yang terasa saya nak bagitau, I do not attack individuals, but the behaviour. So means I have no issues with you guys, really. Just benda-benda di bawah really annoys me. Chill, OK?

1. OMBAK RINDU

First thing first, lagu OST dia tak sedap pun. Macam mana orang semua cakap sedap? Tak faham. Lepas tu semua excited lebih-lebih. Hohoho. This annoys me!! Mana-mana website pergi semua ombak rindu. Mana-mana blog pergi semua ombak rindu. Purke? Wei shenme ne? 为什么? Kenapa? Pse? Warum? Adakah sangat best? Tapi bila ramai sangat post pasal benda ni, definitely dia jadi merimaskan.
 
2. LoL

Annoyance bermusim-musim. Kalau sekali-sekala guna takpe, jangan setiap status nak letak lol.
“Lol, hari ni baru dapat jumpa buku yang hilang haritu. Lol! Rupanya jatuh tepi katil, lol!”
“Makan nasik atas dulang sumpah sedap, lol.”
“Tersilap naik komuter, lol. Sangat sedih! Lol”
 
I’m like, what the f? Apa yang lol sangat? Everything nak letak lol?
 
3. Status facebook yang passive aggressive

Benci kau! Tak payah nak sibuk hal orang lain boleh? Kau ingat kau hebat sangat?”
“kutuklah aku lagi. Nantikan balasan! Memang kau bangsa suka tikam belakang!”
“Kenapa ini berlaku?”

Ok, you post everything dekat fb, I don’t mind. Tapi kalau ada orang yang terasa, jangan pulak nak marah dia. “Eleh, aku bukan maksudkan ko! Yang ko nak emo-emo ni pehal?!” dah tu, jangan letak status yang passive aggressive, OK? Kalau nak sangat post, direct bagitau nama sekali. “Bedah, aku benci kau!” atau “Kenapa awak malukan saya, Rahim?” Kan senang. Sebab dekat fb, they don’t know siapa yang awak maksudkan.

Lepas tu sengaja letak status yang nak tarik perhatian. Bila tanya, taknak jawab. It creates lots of problems, believe me. Ingat popular lah tu ramai respond status macam tu, siap dapat banyak like. “Kenapa weyh? Kau ok tak? Siapa yang buat ko bengang ni?” Konon-konon ramailah concern.

But it annoys me to the umpteenth level. Sangat. Kadang-kadang boleh jadi fitnah just sebab status passive aggressive ni. Sebab bila orang tau sikit, deorang akan speculate. Apa sebenarnya terjadi? Siapa yang dia maksudkan? Lepas tu, mulalah yang tak berkenaan nak tacing-tacing.
Sebab status macam ni je, ramai orang yang bergaduh.
 
4. Orang politik

“Rosmah, kau kurang ajar!”
“Minyak naik harga lagi? UMNO, kau tunggu PRU-13!”
“Biasiswa lambat masuk lagi! Sah kerajaan makan duit rakyat!”

This is very tiresome. Ok, setengah status tentang politik is acceptable. After all, facebook is all about diversity. Macam-macam orang yang ada. Sukan, politik, hiburan, narcissistic. Tapi kalau setiap status nak letak pasal politik, rasa macam nak unfriend je. Sudah-sudahlah. Dalam politik there’s no right or wrong, so tak perlulah nak berparti sangat. Buat menyemak wall orang lain je. Lagi-lagi kalau post something yang berbaur fitnah. Kan ke akan dapat dosa sekali menyebar fitnah?

Ada jugak post tentang politik yang OK. Yang sederhana is OK. Macam update pasal pilihanraya ke, daftar pengundi ke. Atau ada fakta yang menarik untuk dikongsi ke. Mengajak kita berfikir ke. Yang tak best kalau ada maki-maki sekali, bukak aib orang, selak kain orang, kutuk akhlak@amalan orang lain. Kononnya kitalah Islamik, kononnya kitalah pembela bangsa. In the end, dapat dosa jugak. Sendiri pikirlah.
 
5. Nak rage tak tentu pasal

“KAU INGAT KAU HEBAT SANGAT BOLEH AJAR AKU? KAU SIAPA, BANGANG?”
“KAU MEMANG SIAL!”
“Dulu kau sombong dengan aku bila aku mintak tolong, buat perangai babi ko. Sekarang kau susah reti pulak nak mintak tolong aku. Bangang punya manusia!”

Well, these are a few statuses that I had come across dekat fb, all by a same, single person. Sama macam passive aggressive status, tapi passive aggressive statuses tu orangnya lain-lain, dan bukan everytime orang tu post status macam tu. Ada jugak deorang post benda lain pasal makan ke, pasal dapat anak sedare ke, pasal dah bertunang ke, pasal birthday ke.

Tapi orang yang rage tak tentu pasal ni macam takde self control. Semua status dia nak maki-maki orang. Yes, almost SEMUA status dia. It might be good kalau dia cakap direct dekat orang berkenaan, maybe mesej je, atau post dekat wall orang tu. Kalau dah buat then tak payah nak letak sebagai status dah.

Tak perlulah nak update dekat fb, lepas tu bagi satu dunia baca makian dia. kang kalau tegur kita pulak yang kena maki. It’s not nice la. Maybe sometimes boleh, kadang-kadang dah terlampau tension bolehlah kita lepaskan sikit. Tapi kalau everytime it’s not cool dude.
 
6. Orang share poster motivasi

389955_250100045052359_219494334779597_711603_1071173311_n

Yeah right. Memang lepas share poster motivasi kita akan motivated. But it’s too much, up to being annoying. Sikit-sikit keluar quotes baru yang share daripada Book of Quotes, atau I Share You Share We Share, who cares?

Orang putih kata, less is more. Kalau banyak-banyak sangat effect motivasi tu akan jadi berkurangan. So share sikit-sikit je. Nak share banyak-banyak tulis dekat blog. Boleh?
 
7. Orang sebar fitnah

Keli makan babi, coklat ada babi, PEPSI ada darah HIV, Yakjuj Makjuj dah dijumpai, Pokemon nama-nama Yahudi, senarai makanan ada babi, otak berulat sebab makan sushi. Internet McD dipotong sebab Rosmah suruh. Maigod. Very lousy. Lepas tu kita percaya bulat-bulat, kita share. Kita sekali menyumbang sebar fitnah.

Kalau benda-benda yang meragukan macam ni, baik kita at least google dulu nak tau betul ke tak. Seriously, Google je dah boleh tau benda ni hoax. It’s not that hard. Daripada kita terus sebar fitnah, kena kaji dulu. Betul tak?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
"Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayyunlah (carilan kebenaran berita)".(QS. Al Hujurat : 6)

See peeps? Hadoi. Allah pun dah bagitau supaya siasat dulu benda tu betul atau tidak. Jangan terus percaya.
 
So that’s all for today. Tomorrow I’ve got test, so wish me luck OK?

Assalamualaikum and bye.

04 December 2011

Kenang-kenangan Rakan Sekolej

“'Cause I'm looking through the yearbook then I find that empty space
There's a name without a picture, but I can't forget his face
Tell me where did he go, I want to know
Where did Johnny go?


More than sad, it makes me mad to know somebody knows
There's a lying in your silence. Tell me where did Johnny go?”


- Hanson, Yearbook
 
Sudah pukul 2 petang. Entah berapa kali saya check jam daripada pagi tadi; setiap kali akan diakhiri dengan janji “5 minit lagi! 5 minit lagi!”. Oh sudah sangat lambat. Kelas 2.30. Rasanya baru saja tidur 20 minit lepas, tapi rupanya dah lebih 2 jam saya tidur. Menggelabah saya bangun dari katil.

Saya kemaskan laptop dekat bawah katil. Letak atas meja, on balik. Sambung kepada printer, print assignment watershed modeling yang baru siap buat malam tadi. Benci kelas Ahad! Benci kelas Ahad! Saya menyumpah-nyumpah dalam hati. Lepas print, saya siapkan diri ala kadar. Sembur-sembur mana patut, basuh muka, basahkan rambut. Pakai baju roundneck. Hari Ahad je pun!

Masa nak sampai foodcourt,nampak bas dah bergerak. Damn! Lambatlah macam ni! Tunggu saya! Tapi dah tak sempat kejar, bas tu dah gerak dulu. Memang lambat!

Saya naik bas lagi satu, tapi kosong. Maksudnya lambatlah bas ni nak bergerak; kena tunggu penuh dulu. Oh, nak beli motor! Nak beli motor! Saya protes dalam hati. Pakcik Drebar betulkan speaker bas dia, saya duduk diam-diam. Sebab tak tau nak buat apa, saya bukak handphone. Handphone saya dah elok, tapi saya still pinjam Hafifi punya. Malas nak tukar-tukar simcard, delete message, sent items semua. Hari tu lebih 2 hari screen tak bernyala sebab masuk air hujan masa masuk ladang buah UPM.

Masa tengah browse phone, saya bukak phonebook. Check semua contacts. Bas pun lambat lagi bergerak. Masa tu contacts yang ada hanya a few yang ada dalam simcard saya. Yang saya save dalam phone takde. Tiba-tiba rasa nak mesej nama-nama yang dah lama tak dengar berita.

Contact: KPZ nasir

Nasir ni kawan saya masa orientasi dulu. Saya kenal dia masa budak KPZ dengan KOSASS (atau K5, dah tak ingat) datang sembahyang jemaah untuk program motivasi Dr Shatar dekat Dewan Bendahara KTP. Saya tegur dia sebab dia duduk sebelah saya, then dekat situ kami start kenal. Dia budak English, tapi saya tak ingat specific course dia. Lepas tu dia mintak nombor saya. Saya pun bagilah.

Kami selalu jumpa dekat foodcourt, jarang borak-borak sebab jumpa sekejap je. Kadang-kadang dia cerita masalah dia sebab dia kurang yakin nak cakap English. Kami borak-borak biasa-biasa je, tak pernah lepak-lepak keluar. Lepas tu masa second sem, dia mengadu dekat saya, sebab dia kena ragging dekat blok.

Masa tu dia jadi pengurus pasukan memanah untuk kolej dia, tapi kolej dia tak hantar wakil. Sebab wakil kolej semua ada hal. Dia dah bagitau Pusat Sukan, Pusat Sukan OK, tapi dia tak bagitau pihak kolej. Sebab tak hantar wakil, kolej dia kena demerit. Disebabkan benda tu, dia kena torture dengan senior. Benda tu buat dia jadi depressed.

Mula-mula dia kata nak tukar kolej, lepas tu nak extend. Saya nasihatkan dia, kata lebih baik tukar kolej, tapi jangan extend. Dia kata dia dah mintak borang kolej serumpun, tapi dia tak tau nak tukar ke tak. Sejak daripada tu, saya dah tak nampak dia. selalu dekat foodcourt, dia akan makan dengan kawan dia. tapi lepas tu, saya nampak kawan dia je, tak nampak dia dah.

Dipendekkan cerita, lepas 3 tahun, saya pun mesej nombor dia tadi. Nombor pertama saya mesej hari ni.

“Salam. Nasir, do you still use this number?”
Dia tak reply, sampailah malam tadi, pukul 8.43.

“Yup, i still use this no – nasir”

Saya pernah mesej dia sekali dulu lepas dia menghilangkan diri, tapi dia tak reply. Kira ni kali pertama dia reply mesej saya dalam tempoh 3 tahun ni. So kami pun bersembang, update pasal diri masing-masing.

Rupanya dia berhenti belajar terus lepas kena torture dengan senior kolej. Sekarang dah kerja dekat USM. Sayangnya, cuma sebab kena ragging je dia dah berhenti belajar. Dia cakap nak buat PJJ dekat UiTM lepas ni. Saya doakan dia berjaya.

Contact: YPP Syukri

IMG_1349

Saya kenal Syukri masa Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang, tahun 2009 jugak. Kami dapat sebilik dekat Hotel Concorde masa tu. Syukri pemenang nombor dua untuk tahun tu, saya pulak pemenang utama. Kami kenal satu hari satu malam je, esoknya dah berpisah. Kali last Syukri mesej saya masa birthday saya untuk tahun 2009 tu, which was 3 hari lepas majlis penyampaian anugerah tu, and birthday Syukri pulak 4 hari lepas birthday saya (kebetulan). Dia ambil course Remote Sensing dekat UTM. Sekolah pulak dekat SAKTI, Johor.

Lepas 2 tahun, saya cuba contact dia semula, nak tanya khabar berita. Sekarang dia kerja dekat PJ, duduk dekat Ampang. Saya bagitau dia saya masih dekat UPM, dia pun bagitau dia selalu datang UPM sebab present product GIS dengan attend meeting. Dia pernah present dekat ITMA, Fakulti Pertanian dengan Fakulti Kejuruteraan. Tapi belum sampai Fakulti Alam Sekitar lagi. Lepas tu dia suruh saya add dia dekat facebook.
 
Contact: nina PNB

“Salam.dah habis belajar belum.stil dgn Pnb ke?”

Saya mesej Nina lepas mesej Nasir. Saya tak sempat pun berkenalan dengan Nina ni. Kami cuma kenal masa ambil ujian untuk biasiswa PNB dekat Menara PNB, itupun sebab dia duduk sebelah saya.

Saya just ambil nombor dia sebab nak tau dia dapat ke tak biasiswa PNB lepas tu. Kami sempat jugak borak-borak sekejap, katanya dari UMP. Masa tu dia kata dia apply JPA, tapi tak dapat. So kira PNB ni last resort dia la. Saya pun cakap dengan dia, saya dah dapat JPA, tapi sengaja datang nak ambil test ni. Just untuk pengalaman. Lepas tu dia macam pelik.

Dia kata, kalau dia dapat JPA dia takkan ambil test PNB ni. So kami berbual setakat tu je. Saya mesej dia sekali lepas keputusan ujian tu keluar. Dia lepas, dan saya pun lepas. Tapi saya terpaksa tolak biasiswa PNB sebab dah dapat JPA. Daripada 52 orang penerima biasiswa tahun tu (2009), saya sorang je yang tolak.

Tadi dia reply mesej saya, katanya masih belajar. Dia tanya siapa saya. Lepas saya kenalkan diri, terus dia tak reply. Mesti sebab dia dah tak ingat saya, lagipun sebab takut saya ngorat dia.yoyo26
 
Contact: UPM r8 abg zul

Ni roommate saya masa first year. Second year saya sebilik dengan Hafifi, final year pulak duduk sorang. So kiranya dia jelah roomate saya dekat UPM yang dah terputus hubungan. Kali last saya mesej dia pun masa first year dulu. (Come to think of it, roommate saya dekat UPM dua-dua orang Terengganu. Hmmm, kebetulan)

Orang lain panggil dia Atuk, tapi saya sorang je panggil dia Abang Zul. Sebab saya segan nak panggil dia nama pelik-pelik baru first day masuk UPM. Dia pendiam, tapi sangat baik. Dia ambil course Pendidikan Sains Pertanian. Mula-mula saya contact dia dia tak tau siapa. Mungkin dah tak simpan nombor saya. Rupaya sekarang dia dah berjaya menjadi seorang guru, dia mengajar dekat Kuantan.

Saya bagitau dia, dekat dengan rumah saya je Kuantan tu. So nanti maybe boleh jumpa. Keluarga saya pun selalu tanya saya pasal dia bila saya balik, sebab keluarga saya sempat jumpa dia masa hari pendaftaran dulu, jadi deorang kenal la dengan Abang Zul.

Kalau nak diingat, masa tu memang nervous sebab dah fikir macam-macam pasal roommate. Mujur dapat roommate yang baik, saya pun jadi terkawal sikit masa 1st year. Takdelah buat bising dalam bilik ataupun main-main. So bila saya tak main-main, saya study je. Bagus gila.
 
Bila difikir balik mereka semua, saya mula rasa rindu masa dulu. Sekarang ni bila dah jadi student Master, kehidupan dah tak macam dulu. Rasa kesunyian tu macam pasir jerlus yang slowly menarik saya ke dasar. Mereka ni macam ranting-ranting tempat saya berpaut sebelum kena tarik lebih dalam.

Saya pun terfikir, susah jugak kita nak selalu contact semua orang yang kita kenal. Memang susah. Kadang-kadang kita ingat deorang, deorang pulak tak ingat kita. Hmm. Saya mengeluh panjang, memikirkan bila agaknya dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan lama.

Kadang-kadang bila berpisah, itu mungkin kali terakhir kita melihat mereka. Itu semua takdir Allah, kita tak tau. So kita hargailah orang yang ada depan mata kita sebelum suatu hari nanti kita menyesal bila dah tak dapat berjumpa.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter