Thursday, June 30, 2011

Interview FSTEP part 2

 

I: So sekarang awak baru sebulan grad. Cmne awak nak batalkan kontrak dengan JPA? Awak fresh sangat lagi!

S: tapi saya tak suka terikat. Walaupun saya ada kontrak, doesn’t mean that saya tak boleh start career saya sendiri. Saya tak rela dikongkong. Saya mesti ada inisiatif sendiri. Taknak tunggu orang suap.

I: Kami faham. Kami jugak banyak kali mengalami situasi ni. Kami nak amek budak JPA kerja, tapi deorg dah ada kontrak. It’s not only unfair to u, tapi untuk kami jugak! Berapa banyak budak yang kami lepaskan sebab ada kontrak. (time ni nada deorg dah lain. macam kecewa)

I: Awak takde cuba apply untuk kerja dengan kerajaan?

S: Saya dah isi borang SPA. tapi tulah. takde lagi berita.

I: kami faham masalah awak. tapi kami pun ada masalah yang sama. kami tak boleh letak awak dalam situasi double jeopardy.

S: -----

I: cuba awak terangkan tentang diri awak.

S: saya seorang yang caring, baik hati dan bersemangat waja.

I: so lebih kepada EQ side la…

S: Well, IQ saya…

I: Yes2, saya tau (dia potong saya cakap3coolangry). Awak memang cemerlang akademik. Yes, yes.

S: (fine. tau pon. hahaha!)

I: OK, awak sekarang, memang lah cemerlang, saya nampak awak boleh buat, tapi awak still takde advantage untuk internship ni berbanding budak2 yg lain. deorg dah 3 taun kot belajar finance, actuarial science, business admin. Macam mana awak nak level up dengan deorg? Awak langsung takde kaitan dengan bidang ni.

S: Walaupun saya takde degree dalam bidang perbankan n saya takde pengalaman 3 tahun dalam course banking, doesn’t mean deorg lebih bagus dari saya. Saya kuat fight, saya seorang fast learner dan saya takkan mengaku kalah dengan deorg. Walaupun masa 6 bulan tu pendek, saya sanggup berjuang untuk belajar ilmu baru dan menjadi lebih baik daripada deorg semua! (berapi gila!) Saya akan buktikan bahawa saya boleh buat internship ni, dan buktikan pada cik bahawa saya memang sesuai dipilih (masuk bakul angkat sendiri).

I: walaupun awak cakap awak fast learner, apa jaminan 6 bulan ni awak boleh jadi sebagus deorang? 6 bulan terlalu pendek berbanding 4 tahun deorg belajar dekat U. Yes, we have no doubt awak terer Statistik segala macam, tapi come on ar babe (yang ni saya reka sendiri, dia tak cakap pun come on babe), awak boleh ke kalahkan deorg?

S: (damn! apa lagi nak cakap ni?) Saya rasa saya buktikan banyak kali saya boleh achieve great things in my life. Saya sanggup belajar, n saya jugak ada basic jugak walaupun basic yang hampeh. Saya yakin dengan ability diri saya.

I: (masih tak puas hati)

I: so let’s move on to your bapak punya kerja. Bapak awak noreh getah?

S: Ha’ah.

I: bape luas tanah dia

S: dalam 15 ekar.

I: huyo. banyak tu. kayalah awak. getah sekarang harga mahal. semalam harga dia 12 dollar sekilo.

S: (senyum. tak tau respons yang seswai perlu diberikan)

I: I tell you, kalau tanah you, berapa luas tadi?

S: 15 ekar…

I: Ha, kalau 15 ekar, dalam 500 pokok, dalam sebulan bole dapat RM10,000! Banyak tu. Kenapa awak tak keje je dengan bapak awak? Awak tau tak, RM10,000 tu lagi banyak dari gaji kitorg yang keje bank ni. Kalau saya ada tanah, saya tanam je getah!

S: Em, tapi nak toreh getah kena guna teknik betul. Kalau salah potong, nanti pokok tu luka! Lagipun ayah saya yang menoreh pokok sorang.

I: Awak cakap awak terror. Masuk utan segala bagai. Bole tahan cabaran la, bole masuk sungai la. Takkan belajar noreh getah tak boleh?

S: (Terkesima) Tapi ayah saya tak bagi noreh getah. Dia tanak anak2 dia noreh cm dia (masa ni tetiba rasa sedih teringat Abah. rasa menghargai pengorbanan Abah…) Ayah saya tanak anak2 ikut jejak langkah dia. (alasan semata2. teknik digunakan untuk membuatkan interviewer percaya kita betul2 perlukan kerja ni)

I: Lah, awak dengan degree Environment boleh membantu ayah awak dekat ladang. Dengan cara nilah awak buktikan degree Environment bukan kerja bidang Environment je. lagipun saya rasa kerja Environment lagi related dengan ladang daripada kerja bank. Saya rasa awak boleh cari jalan untuk manage ladang, tolong ayah awak. Dapatkan keuntungan. Getah sekarang is gold! Ada awak buat? (nampak interview mula rasa saya tak perlukan job ni. sebab ada alternatif yang lebih baik)

S: (Masa untuk menipu!) Ada. Bila cuti je saya tolong ayah saya kutip getah. Pastu tolong jual. Setiap kali cuti saya tolong dia. (tipu gile kot. tak penah nolong Abah…). Saya tak dapat tolong dia time belaja jelah.

I: And ayah awak tak perlu buat semua kerja. Dia supervise jelah pekerja dia.

S: Dah penah buat. Dulu dia upah pekerja Indonesia, tapi deorg buat kerja cincai. Nak cepat siap. Pokok getah luka. So ayah saya dah tak bagi orang lain noreh getah.

I: Tak kisahlah. Suruhlah ayah awak ajar deorg betul2.

Pastu entah camne sembang2, masuk bab industrial training.

S: Saya dulu praktikal dengan gajah. Dari pagi sampai malam jaga gajah. Malam2 bagi dia susu. So ini sekali lagi membuktikan saya seorang yang kuat fight n bekerja keras.

I: Awak cakap awak seorang fighter. Apa perlawanan paling awak fight sepanjang awak hidup?

S: (Mak aih. apa ni? napa tanya mcm ni?)  Saya rasa masa saya masuk debate dulu kot. Kitorg dpt menang nombor 2 sebab kitorg fight gila2! (Hezy, Deenie, Rash, Su et al. I tumpang u guys punya achievement ya!)

I: That’s it? Setakat lawan debate je?

S: (Mak aih mak cik ni! Nape begitu particular) Em, masa mak saya ditimpa kemalangan, saya jugak telah fight untuk siapkan final year project saya. Masa tu cuti, saya dok UPM nak siapkan FYP. pastu mak ditimpa kecelakaan. ada masanya saya nak balik temankan mak, tapi terpaksa siapkan FYP jugak.

I: So apa yang awak fight? Camne konflik mak awak accident dgn FYP awak boleh bertembung?

S: sebab masa tu saya depressed. Masa mak saya perlukan anak2 dia untuk menjalani treatment, saya takde untuk bagi sapot. Instead, saya kena siapkan FYP dalam keadaan tertekan. so saya fight balik perasaan tension tu dan siapkan FYP saya. n hadiahkan degree saya untuk mak saya.

I: Ok, n awak punya FYP tak boleh buat dkt rumah ke?

S: (sahlah deorg ni bukan org sains. mana boleh. rumah saya takde lab la) Tak boleh. sebab saya kena gunakan plot yang memang sedia untuk cultivate cacing dekat UPM. n setiap hari kena cek pH tanah, kelembapan. kalau tanah tak cukup lembab, kena siram air.

I: So, FYP awak pasal apa?

S: nak rawat sisa kumbahan menggunakan cacing. bila cacing tu diberi makan biosolid tu, dia akan remove heavy metals.

I: and, species apa awak guna? species biasa atau species yang lain?

S: bukan jugak spesies local. satu tu spesies Tigerworm. Eisena fetida. Lagi satu spesies redworm, Lumbricus rubellus. Saya guna dua spesies nilah.

I: Sewage sludge tu sludge dari mana?

S: Indah Water Konsortium.

I: Means sludge dia mengandungi…

S: em, sisa najis…

I: Human feces lah kan?

S: haah. najis manusia.

I: So kenapa awak tak mintak kerja Indah Water?

S: (kenapa dia tanya soalan ni? Purke?) sebab saya baru sebulan grad (cik puan oi!). So takde masa lagi. tapi dalam masa terdekat saya akan apply la. Takkan saya sempat nak anta resume kat sume company. (ingat aku robot ke?)

I: Okla. (Pastu deorg saling berpandangan n angguk2) Awak ada nak tanya apa2?

S: em. xde da. cuma nak cakap yang saya sangat berharap saya akan diberi peluang menonjolkan bakat saya. Saya jugak nak cakap saya sangat excited nak join program ni, walau apapun yang cik cakap.

I: (angguk2. “lantak ko la. sapa suruh kontrak ngn JPA, dah kitorg xnak amek ko”, kata mereka (agaknyalah) dalam hati.)

S: Ok, bubye, kawe nok tubik dulu deh! Timo kasihlah demo sudi mendengar!

I: Samo2. g lekah tubik.

End of story.

MORAL:

1. Scholar JPA akan hadapi masalah bila nak apply private sector

2. Jangan limitkan kerjaya pada satu bidang. Be open minded n fight sehabis mungkin untuk satu keje time interview, walaupun kije takde kaitan dengan Degree.

3. Ada benda yang kita tak nampak pada diri kita yang interviewer nampak dan point at. Walaupun kita tak dapat kerja, tapi still kita akan belajar new things bout ourselves yang kita tak pernah perasan. Macam saya, baru saya sedar kata2 interviewer ttg menoreh getah. Dari kerja bank tension mcm deorg, baik tolong Abah noreh getah!

4. Lepas join satu2 interview, secara tak langsung pengalaman dan pengetahuan bertambah. Jangan kecewa bila fail interview. Kalau nak kecewa pun sekejap je. Pastu cari balik kerja lain. At least dah ada pengalaman baru dan jumpa kawan baru.

Itu saja peeps this time! Besok nak balik kampung halaman, nak start babysit Akmal. Bubye uols!

MASUM n Interview FSTEP

Ok, skrg Masum dah habis pun. Hari ni hari last. 30 Jun 2011. And hari ni jugak interview Bank Negara. Ingatkan dapat kerja dengan Bank Negara, rupanya bukan.

Cerita dia camni. FSTEP ni program Bank Negara, tapi yang akan sponsor kita merangkap membayar elaun kita ialah bank2 lain, seperti Maybank, Ambank, Public Bank, OSBC dan sebagainya. Bank2 ni akan bayar elaun kita RM2200 sebulan sepanjang kita mengikuti program FSTEP ni, n kita of courselah kena ikat kontrak dengan bank ni tadi. Setiap seorang peserta FSTEP akan ditanggung oleh satu bank. So tadi ada 3 bank yang datang, n daripada 3 bank tu, Public Bank berminat dengan resume saya.

Sampai pagi tadi, breakfast dekat fudcort dia, pastu daftar. Dalam 20 minit, dia panggil buat ujian English Proficiency Test dalam bilik komputer. Siapa yang dapat bawah 25 dari 40, akan terus dihalau balik kampung tanam jagung.

Markah lulus ialah 26 ke atas. Siapa yang dapat 33 dan ke atas kena buat ujian Part 2 untuk test English yang lebih detail.

Saya lepas Part 1, n kena buat Part 2. maksudnya markah saya dalam 33/40 dan ke atas. Lepas ujian berkomputer, kena tulis karangan. Cabut nombor untuk dapatkan tajuk karangan. Tajuk karangan saya ialah “What I expect to do if I am chosen as FSTEP participant”. Tak boleh lebih 70 perkataan, masa dia bagi 30 minit. Dahlah tajuk cam x best je.

Saya tulis:

“If I am chosen as a participant for FSTEP, I would prepare myself for a whole new knowledge and experiences that FSTEP might brought upon. I would prepare myself mentally, physically and spiritually to etc etc etc” Mengarut je tulis. Takde idea.

Pastu buat dalam 2 minit je, sebab 70 perkataan je pun.

Masa tu baru pukul 10 lebih. Tunggu punya tunggu, pukul 12.00 dia suruh rehat. 1.30 baru start balik sesi interview. Saya dalam pukul 2 tadi pegawai FSTEP panggil.

Dia cakap “Public Bank tengah review resume awak. Deorg interested nak ambik awak” Ceh, bangga jugak la. Dalam hati menyebut “Pubic bank, pubic bank.”

Masa tu tunggu luar bilik tu. Dalam 5 minit deorg review resume saya, lepas tu dia panggil masuk. Kenalkan diri. Ada dua orang, dua2 Chinese. Yang perempuan namanya Winnie (the Pooh), yang laki dah tak ingat. Dua2 umur macam 45++.

Masuk je cakaplah ‘Hi’.

Pastu mulalah sesi interview. Berikut ialah terjemahan interview tersebut:

I : Ok, so awak budak Environmental Science. Awak memang pilih ke awak dipilih?

S: Saya pilih, tapi pilihan kedua. Pilihan pertama Biotech (sebenarnya Foodtech, tapi dalam interview tadi lupa. Tersasul terus)

I: Pilihan pertama apa?

S: Biotech (terus terlupa).

I: Awak suka sangat biotech dengan environment ni? Awak kenapa pilih dua course ni masa masuk U? Apa  yang bestnya?

S: Sebab dua bidang ni ialah bidang yang belum berkembang dekat Malaysia. Contohnya environment, dekat Malaysia kita memang dah ada undang2 untuk alam sekitar, tapi still berlaku kejadian tanah runtuh. COntohnya Highland Tower n yang kedua baru-baru ni dekat rumah anak yatim tu (tak ingat nama rumah anak yatim…). Ini menunjukkan walaupun bidang ni dah ada, bencana alam masih berlaku dan ini maksudnya bidang ni masih lagi baru dan tak berapa maju dekat Malaysia. So saya pilihlah bidang ni.

I: So awak amek environment. Kenapa awak nak masuk FSTEP ni sedangkan kos awak takde kaitan?

S: sebab bagi saya, takde halangan nak masuk keja apa2 pun. walaupun saya bidang environment, tak semestinya saya tak boleh kerja bank. Walaupun saya environment, saya ada jugak amek course Prinsip Ekonomi, Statistik. Daripada ramai2 kawan saya, saya sorg je yg A. Yang lain B- (unsur hiperbola).

  Lagipun, budak sains biasanya lagi tough dibandingkan dengan budak2 ekonomi, finance, etc etc. (masa ni harap deorg bukan degree holder bidang2 tersebut) Kitorg ada fieldwork, kena masuk hutan (Sungai Congkak je…) buat labwork, masuk sungai (Sungai Congkak jugak…). Kitorg lagi tough kalau ikut course kitorg.

  Kitorg suka face new challenges, sebab tu kitorg lagi reluctant, resistant, resilient. Walaupun saya ambek course environment, saya yakin saya boleh compete dengan budak2 cos lain yg specialise dalam kerja bank ni sebab kitorg memang terlatih untuk menerima cabaran baru dan menghadapi tekanan.

I: Cara awak cakap awak sangat minat environment. Macam mana awak nak apply environment ke dalam kerja ni?

Dalam ekonomi, ada istilah externalities. (baru study Economic Principles, Mceachern dalam kereta pagi tadi). Externalities bermaksud apa-apa yang ekonomi lakukan kepada sumber-sumber asli, maka kos tersebut akan ditanggung oleh alam sekitar. Yang nilah kaitan ekonomi dengan alam sekitar. So bagi saya, sebagai student alam sekitar, saya boleh relate apa yang saya belajar dengan ekonomi.

I: Awak kenapa masuk FSTEP. Kenapa tak masuk je bank lain supaya ada pengalaman kerja bank. Lepas tu baru apply FSTEP.

S: Saya dah apply, tapi kena reject.

I: Apa syarikat yang reject awak tu?

S: Er, er. Eh, terlupa lah.

I: Mana boleh lupa. Benda penting ni!

S: em, IMC, Stenta Films, etc etc (padahal tak apply bidang finance pon dkt company ni semua…).

I: (Angguk2 puas hati)Awak tak apply kerja environment ke?

S: ada, tapi tak dapat. Sebab selalunya kilang-kilang memang ada environment officer, tapi nak pakai sorang dua. kitorg plak grad ramai2.

I: berapa company awak dah apply?

S: 20 lebih. (tak tipu ni)

I: Ok, awak ada terima scholarship apa2 tak?

S: (Alamak, soalan perangkap!) Ada, saya dapat scholarship JPA.

I: Berapa tahun baru JPA lepaskan awak?

S: 1 taun.

I: So camne awak nak keje dengan kitorg ni? Kitorg pon ada bond jugak!

S: saya harap JPA akan batalkan kontrak. sebab JPA pun takde kerja sekarang. kerja kerajaan dibekukan. so saya harap saya akan available la. lagipun saya nak buat penangguhan kalau dapat kerja. maybe lepas 10 taun, baru kerja dengan SPA.

I: maybe la.

S: huh, ha’ah. maybe.

I: awak tau berapa ribu awak put at stake ni? kami tanak awak serba salah. kalau dengan kami kontrak rm45,000. dengan JPA berapa?

S: RM50,000.

I: see? dah RM95,000 yang terlibat. dekat RM100,000. awak takkan mampu nak bayar.

S: (diam tanda setuju).

….Bersambung….

Saturday, June 18, 2011

I Love You, AKMAL

 

There’s this one guy. Sangat cute. He’s got this slight Chinese look. Putih melepak. Memang cute lah. And honestly, I had fallen head over toe for him. Dia sangat comel. Menarik. N namanya Akmal.

Saya jatuh hati pada Akmal sejak hari pertama terlihat dia. Dan setiap kali terlihat dia, rasa nak peluk dia. Nak cium dia. Nak cakap dekat dia ‘Awak sangat cute. Sayangnya dekat awak!’ Tapi dia tak mungkin faham.

Tapi saya tak kisah. Saya suka jugak dekat dia. Saya tahu ramai lagi orang yang suka dekat dia sebab rupa dia. Berapa kali saya perasan orang tengok muka dia dan senyum. Lagi-lagi perempuan. Orang laki pun ada jugak. Tapi Akmal buat dek je. Kadang-kadang dia senyum balik.

Tapi saya tak jeles. Sebab antara saya dan Akmal, dah ada hubungan istimewa. Kalau boleh, saya nak satu dunia tahu betapa bertuahnya saya sebab ada Akmal. Saya nak bagitau satu dunia betapa sayangnya saya pada Akmal.

Bila Akmal tak sihat, saya pun susah hati. Tapi saya tak bagitau dia saya risau. Saya senyap je. Akmal dari dulu tak pernah bercakap dengan saya. Tapi saya faham kenapa.

Sekarang ni, bila jauh, rasa rindu je nak jumpa Akmal. Nak cium dia, cubit pipi dia. Mandikan dia. Siapa sebenarnya Akmal ni?

Scroll down ----->

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

P1040272

Nilah dia! Akmal is my latest nephew, baru 6 bulan. Cute kan dia? Comel sangat-sangat! Ni gambar dia atas bahu abah dia masa kitorang pergi Genting.

Akmal anak sedara saya yang ke-5 (keenam dalam perut lagi), anak sulung kakak saya yg nombor tiga. Buat masa ni, dia lah yang bongsu antara semua anak sedara saya. So sayang lebih lagilah setakat ni.

 P1040192

Masa pergi mana-mana je, semua orang nak main dengan dia. Orang Iran, India, Vietnam. Semua excited tengok Akmal. Akmal biasa je, dia kadang-kadang tergelak tengok orang acah dia. Sebab comel benor dia ni. Mata besar, pipi tembam. Semua orang geram. Bercakap tak pandai lagi. Reti buat bunyi je. Gelak pun dah pandai. Gelak ngekek2.

Birthday Akmal dekat dengan birthday saya. Setakat ni, semua anak sedara saya yang laki lahir bulan yang sama. Sama dengan saya la semuanya.

Bulan 7 ni, saya kena start babysit dia. Sampailah raya. Hehe. Tak sabar nak main dengan dia. Tapi part basuh berak tu, susah sikitlah. Hu3. Jangan nangis ye nanti Akmal!

LiveJournal Tags: ,

Mana Pergi seorang budak U?

 

Assalamualaikum. Hi peeps!

Apa khabar semua. Lama tak jumpa. Gugugu! Mesti ada yang tunggu entry terbaru kan (—‘) tapi gue malas nak taip la. Lately hidup dalam keserabutan dan rasa malas membuak-buak. Baru habis belajar. So nak enjoy dulu puas-puas. Hohoho. (alasan je, sebenarnya memang malas nak menulis pun)

Actually lepas habis periksa hari tu, balik rumah. Lepas tu kat rumah saya takde internet, so tak boleh nak update blog. Senang cerita, rehat dulu la dari blogging. Lagipun kat rumah tak sempat nak buat apa2. Tidur pun dah tak cukup sebab kena jaga anak sedara. Kena tukar lampin, basuh berak, bancuh susu, kena bermain sekali. Anak sedara dahlah nakal, asyek nak kena pukul je. Ho3. 270943392102q151Ambik, ambik ni! Jaga 3 orang sekali pulak tu! Semua umur bawah 3 tahun, so masih menyusu n tak tau apa2. Kadang-kadang penat melampau-lampau, sampai memang tak larat nak jalan. Nak lagi kalau anak sedara taknak dengar cakap.

Bergaduh, sepahkan rumah. Makan nasik guna pusat (maksudnya comot melampau2 sampai nasi tumpah ke perut), bertumbuk, berak 4 kali sehari. Aigoo! 46(1)

 

Kalau kita marah pun bukan faham pun. So terpaksa sabar jelah… Lagipun kalau berak 4 kali sehari tu kita nak wat camne. Dah benda tu natural… Yang geramnya kalau nak basuh memang melekat dekat jari objek likat berwarna kuning tersebut…ngeee!

Lepas tu balik UPM sekali lagi sebab nak ambil lesen P baru siap.  Setelah lama menunggu lesen…

2onion16Sob sob! Akhirnya berjaya jugak! N pergi interview sekali, tapi tak dapat. Takpelah, dah tak rezeki.

Lepas tu balik semula rumah. Jaga anak sedara semua. Lepas tu balik semula UPM, setelkan Master. Tak setel pun. Lecturer tu tak reply email saya pun. Tunggu punya tunggu…

Last sekali balik semula UPM. Jadi pembantu sukan MASUM (padahal tak pernah join sukan pun. tetiba jadi sukarelawan. hu3). Duduk KTDI. Bilik dia selesa, tapi kecik compare dgn kolej asal. Tapi takpe na, janji makan tanggung berak cangkung. Elaun kasi, baju dapat. Ok la tu.

Dalam menyukarelakan diri, ada jugak la mencari-cari kerja tetap. Member ada ramai yang dah dapat ofer kerja, saya ni merangkak-rangkak lagi hantar resume. Jeles beb! Interview pun tak dapat. Hari tu syarikat dekat Pasir Gudang call, suruh datang interview 20 hb ni. Tapi dekat JB tu! Tak maulah saya! Tak mau jauh sangat dari rumah. Kalau dapat kerja kat JB, baik kerja Singapore je alang-alang. Ye dok? Gaji besar lagi.

Begitulah kehidupan gue sehari-harian selepas grad. Takde yang menariknya. Adalah jugak bunuh kala jengking (menarik ke?), pergi Genting Highlands, hmm, takde da agaknya. Itu jelah. Genting Highlands kan, sekarang ni nak runtuh tau. Tanah dia dah tak stabil. Masa saya pergi aritu, sepanjang kereta kabel nak naik atas, ada at least dua tanah runtuh dekat Genting. Dekat dengan bangunan pulak tu. Ngeri kot! Kalau runtuh habislah semua. Pastu masa tengah lepak-lepak dekat atas tu ambik udara fresh, nampak ada sorang laki tu tengah berzikir. Tengok betul-betul, rupanya laki Cina. AGaknya sebab nak menang judi kot dia baca mantera apa.

Lepas ni mungkin blog ni takkan seaktif dulu, sebab banyak kang-, eh, kekangan. Kekangan masa, tanggungjawab etc etc (alasan apa lagi nak bagi ni ek?).

Ok la ye, sekarang nak menonton movie. Petang ni dah start perasmian MASUM. Dapat jumpa budak2 U satu Malaysia.

That’s all dudes. Jumpa lagi nanti lepas MASUM!

 

Tuesday, June 7, 2011

Boomerang

“No matter what they say about love,

I keep coming back for more.” Jordin Sparks, Tattoo

Macam boomerang. Hubungan saya dengan UPM. Akan selalu kembali walau jauh manapun pergi.

Hari ni kembali semula. “Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat bermain”.

Kembali semula ke sini. Sebenarnya hati rasa tak senang kena tinggalkan rumah, tapi UPM pun dah macam rumah. Dekat rumah dengan keluarga, dekat UPM rumah dengan kawan2. Demi segulung ijazah Master, saya kembali semula.

Betapa jauh mengembara, akan tetap kembali. Betapa jauh dicampak, akan pusing kembali.

Dekat UPM lah tempat saya banyak belajar memandu  mengenali masa depan, mengenang masa belakang dan mengenali kekuatan dan especially, kelemahan diri. Bukan lecturer yang ajar, tapi kehidupan dekat sini. (Cliché gile…) Anyways, bukan cliché, tapi itulah realiti. Dekat sini banyak first time. First time dapat anugerah, first time dapat biasiswa, first time pergi oversea, first time pergi convention International, first time jadi leader, first time interview kerja, first time memanah. macam2 la first time. Semuanya dekat sini.

Jadi hati pun dah jatuh dekat sini. pergi mana pun, mulut menyebut, hati mengenang. Bercerai tapi tak berpisah.

Selamat kembali!

LiveJournal Tags: ,,

Baca yang ni jugak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan. Sila Klik di Sini Untuk Bagi Saya Duit!