23 May 2011

INTERVIEW KERJA

Tomorrow ada interview kerja. Baju siap iron, resume dah print, sijil-sijil siap kemas dalam fail. Esok nak pergi interview. 9 pagi sampai 12. Macam mana lah agaknya? Hari tu dah pernah praktis masa finishing school, tak taulah esok akan berjaya ke tak. Persiapan fizikal sudah, mentalnya masih lemah lagi. Belum sedia nak kerja @ interview kerja. Nak cuti 4 bulan dulu! Hu3!

Hari Jumaat lepas sampai sini malam. Kalau ikut plan, semua dah lari. Lesen P tak amek lagi dari cikgu memandu, soft copy thesis belum hantar, buku library belum pulang (Bape ringgit dah agaknya kena denda dengan library?) , tak sempat jumpa dengan Hafiz yang baru nak start LI dekat UPM.

Lari plan semua! Esok interview ni dahlah tak tau syarikat apa yang ada. Kang kalau dia tanya ‘what do u know about our company?” mati terpinga nak jawab. Biarlah. tawakal. Yang penting dapat pengalaman interview kerja. Itu yang tak ternilai. Hu3. (Jawapan sedapkan ati)

Tup2 sekarang dah nak masuk hari Isnin (1 minit lagi, waktu tengah menulis ni). Entah apa je misi yang berjaya diselesaikan lepas balik UPM ni. Semua matlamat tak tercapai. Eh, kejap. Sebenarnya banyak yang dah tercapai. Banyak2. Sangat banyak. Hampir semua dah tercapai.

Budak2 ni ramai jugak ada kat sini. Ingatkan budak2 ni ramai yang nak pergi interview, rupa2nya duduk dekat kolej saja2. Semua ada agenda masing2, siap berahsia bagai. Eleh, macamlah rahsia dia best sangat!
Ingatkan nak kerja ni kemudian, nak sambung Masters dulu. Sebab kontrak dengan JPA tulah.

4 taun. Kang kita dah sedap2 kerja swasta makan gaji besar, dia suruh kerja dengan kerajaan. Masa tu mesti rasa down. So kalau sambung dulu belajar, apply kerja, gaji besar sikit dengan JPA. Ho3! yoyo52(Berangan…)

Anyways besok kalau dapat kerja, kerja dululah. Ala2 macam partime. Nak cari duit dulu. Nak ada duit untuk raya, beli baju konvo, beli handphone baru (kena demam Nokia C6 ni from my sister), nak melancong sebelum konvo. Kalau JPA tak suruh kerja dalam tempoh setahun, batalkan kontrak. Sambung terus kerja dengan company ni.

Tapi terfikir pulak. Kalau dah kerja, nak duduk mana? Takkan kena cari rumah dulu? Ke tumpang duduk kolej dulu? Aiseyh, pastu nak kena bawak transport ke? Tension pulak pikir. Dahlah bawak kereta pun tak betul2 lagi. Lesen motor tak buat. Naik public transport dekat ke?
Apa-apalah. Janji interview besok berjaya lepas.

22 May 2011

Jom ke Downtown!

Being a UPM student, you will grow accustomed to several things that the students love to do. Antaranya, keluar malam-malam jalan-jalan pergi downtown.

Dwontown paling dekat? Of course la downtown Cheras (sebelum MINES punya Bazar bukak). Tak tau lah kenapa, budak UPM yang ada transport gila sangat pergi downtown, as if downtown ni satu tempat vacation yang best.

Dialog common untuk mereka yang merancang ke downtown:

“Weyh, minggu depan abis exam pergi downtown jom!”
“Pinjam kereta kau pergi downtown. Aku nak bawak awek aku!”
“Aku nak beli seluar jeans la. Jom downtown!”
See? Macam downtown ni nak pergi pantai.

And to be honest, I hate with vengeance every trip to downtown. Alah, bajet urban la keluar malam buta jalan-jalan pergi downtown? Kenapa pergi downtown tak best?

1 – Penat. Sebab bila bukak waktu malam, automatically melanggar fitrah manusia yang nak tidur. To be frank, I’m not an early sleeper, but going to downtown exhausts me most as opposed to staying up and say, watch movies. Gila babeng selalunya penat. Besok tu mesti tak bangun2 dah.

Koma. Selalunya kalau pergi downtown, mesti saya sakit kepala. Dahlah semua tempat nak lalu. Budak-budak ni suka pusing sekali, lepas tu pusing kali kedua lepas dah decide apa nak beli. Penat2! Sampai sakit tumit dan melecet kaki.

Downtown Cheras 2
“Ko pikir penat ko? Kitorang yang dok nyanyi takde sapa layan ni ko ingat tak penat?”

2 – Leceh. Bila keluar downtown, tak best la keluar berdua bertiga. Nak keluar satu geng. Bila keluar satu geng, kena tunggu sekor-sekor time jalan. Jalan cepat sikit kena stop, sebab member dekat belakang nak singgah kedai baju bundle la, singgah gerai Crocs la. Kalau semua orang ada benda nak cari, banyaklah kedai kena berhenti.

3 – Takde faedah. Yes, kalau siapa suka cuci mata, memang best la pergi downtown. Nak tengok awek ke, nak tengok barang-barang ke. Tapi believe me. Kita jalan puluh-puluh kilometer sebab nak beli sehelai baju apa dapat? Siap dapat penat bagai, tapi barang belinya satu dua. Yang sibuk cakap nak beli seluar jeans la, tracksuit la, yang tulah yang takkan beli apa-apa. Kalau tanya : “Tak berkenan la. Beli dekat MINES jelah nanti!” Chet! So dari sibuk kita pergi downtown, baik kita tidur je kan?

Tapi kenapa saya terpaksa ikut jugak? Sebab member. Kang kalau tak ikut kita pulak jeles duduk sorang-sorang dalam bilik. Sunyi. Rasa cam terpinggir. Nak tak nak, buat-buat jelah gembira masa pergi tu.
Tapi dalam hati tak rela. Nak balik tidur.

Lagi best kalau dah separuh mati jalan-jalan dekat downtown, tetiba datang pelawaan: “Jom panjat Broga nak?”

Memang masa tu dah sampai limit dah. “Korang panjatlah, tapi hantar aku balik dulu!” saya akan jawab macam ni. Tak larat weh! Lepas tu tengok gambar deorang snap, jeles pulak.

And depends la, kalau tanya orang lain memang semua suka pergi downtown, tapi bukan saya. Atas sebab-sebab di atas. Deorang semua suka sebab dapat jalan-jalan, dapat tengok barang-barang. But I’m not like that.

Apa-apa pun, kalau nak pergi downtown @ panjat Broga tu, sekali seumur hidup tu dah cukup. Just for the sake of experience. At least bila dah pergi tempat2 camtu, kita dapat tengok ragam manusia dan belajar sesuatu yang baru. Tengok suasana baru.

Dan jugak kalau betul2 perlu beli barang, barulah kita pergi downtown. Tapi kalau sibuk nak feel urban nak pergi downtown (macam rusa masuk kampung) sampai puluh-puluh kali nak pergi, tak payahlah. Baik tidur je.
downtown
Satu lagi pemandangan dari downtown Cheras. Tak penat ke deorang breakdance tengah2 pagi?

21 May 2011

Golden Egg

itik1

Selasa. 17 Mei 2011. Di rumah. Tengah nak bagi makanan itik, terkejut. Semua itik Mak dah terbaring, bergelimpangan. Semua dah senyap. Seekor itik tengah menggelupur. Lalat dah mula hinggap.

Balik rumah bagitahu Abah. “Abah, itik semua dah mati! Semua sekali!” Semalam mati seekor, tinggal 4. Hari ni 4 lagi semua dah mati. Takde telur itik tinggal.

Mak balik, beritahu Mak. Mak menangis. Mak sayang itik Mak semua. Abah kata ada orang racun agaknya. Sebab takkan semua mati serentak kan?

Selama ni itik-itik dah banyak berjasa. Tak kurang 300 biji telur itik-itik ni kasi dekat kami sepanjang hayat. Selama ni nak makan telur masin kena beli, sebiji dalam RM0.80. Bila dah bela itik sendiri, boleh kata setiap minggu boleh makan gulai telur itik, lepas tu makan telur masin free. Boleh makan banyak-banyak pulak tu. Dah berapa tahun tak beli telur masin dekat pasar.

Kalau ada baki lauk, tak takut membazir. Bagi semua dekat itik, nanti dia cepat kenyang lagi banyak telur. Sekarang tak tau nak campak mana baki lauk. Kasi ayam lah kot.

Ayam lain dari itik. Ayam pandai mengeram, boleh tetaskan telur. Itik serati pandai bertelur, tapi tak mengeram. Jadi telur dia semua kena kutip, kena masak. Kalau tak, memang akan busuk. Mak cuba tetaskan telur itik dengan letakkan telur dia dekat ibu ayam, tapi ibu ayam tak larat nak tetaskan telur itik tu. Sebab besar sangat.

Jadi itik-itik takde anak semua. Mati macam tu je. Sebelum mati, itik-itik bagi telur banyak-banyak. Dua hari sebelum mati, dapat kutip sampai belas-belas biji telur dia. Terus Mak buat gulai telur itik.

Semalam saya dan Abah bakar semua bangkai itik.

Kali pertama panggang itik. Itik mati.

14 May 2011

Letting Go


Who do you think you are? – Jar of Hearts

In my very vast definition of love, I suddenly stumbled upon somebody. And this world created just for me and you; that nothing seemed to matter anymore. That my world is all about you; you and you. My world revolved around you.

I liked the way everything seemed to be perfect eventhough it was just us. We shared our lives together, soar to heights of dreams and satisfaction. In some ways, you are a part of me. Every tear, laughter and hug. In each I put my heart into. Because I love you.

How in the world, one day, you asked everything to stop? To stop being just us, and diverge our world into two the way it was?

You never knew how you made me feel perfect and loved. How finally I felt like I am worth something to someone. How with all my flaws, you’d still be able to accept me?

No, you are not cruel. You are just taking another path. And I was lonely again on my own. Even worse than before the start. I felt like some of me died inside. Because after all, you are a part of me. Literally.

Many things that I did I did for you. Just for simple reasons to make you happy. But you really didn’t need that. You didn’t need me. At all.

I was risking everything that I had in hand just to taste some sip of your poisonous love. It backfired.

When all hopes started to burn away, the best that I did was finding another strength and cause to live. But your love is so deep trenching inside my soul. Every thing I did without you became so painful itself automatically.

Not that I missed you, or your smiles, or your love. I just need your presence. To comfort me. To give me an unspeakable amount of strength and spirit. To assure me that every path I take in my life you would be there with me.

Even in some of my wildest thoughts, I was dreaming of a family. Of kids of our own. You and I grow old together, and reminisce the good old days with our small grandchildren.

Sometimes I laughed at my own stupidity. And cried consequently. How love had played a deadly game with me, and I lose miserably. And I just miss you even more. And missing and missing until tears seemed to be too little to compare with the excruciating sorrow.

You took away my sunshine and rainbow. But still, I miss you so very much. Because you are a part of me.

ANSWERED BY OBEFIEND

Hi peeps! Before going further, I would like to stress that I didn’t promote my blog through shoutmix or chat box or anything. If you’d ever get such message left in your chat box, it is perfectly not me. I never did blog walking; I am lazy enough to write an entry.

I found out last night that Obefiend commented on my entry countering his arguments about evolution theory.
Let me now do the rebutting part.

image

FYI, I never knew who is Harun Yahya. At first, I even confused him with Harun Din. And Obe, if I remembered well, you keep laughing at people trying to label you as ‘kafir’ or ‘freemason’ or ‘murtad’. Can’t you see what you are doing now? You’re trying to stereotype everybody who do not support Evolution Theory as ‘influenced’ by Harun Yahya. What the difference anyway between you and the people that loved to label you? You label others also!

And nope, I never read Harun Yahya’s works. Any of them. Maybe he is insane. I did read origin of species by the way. I mean, the theory. Not the book. Since that thing is in my textbooks time and time again. I’m a science student, remember?

image

Facts or fictions? Have you ever heard that Charles Darwin combined an ape skull with a human’s to create the illusion that the skull belongs to a single ancestor of both species? Yes, I found this in an encyclopedia. You should know since you loved to read them.

And, fact supporting Creationism is also copious and substantial. Or, do you need God to create something before your bare eyes before you want to believe it?

image

For a smart man like you, this is definitely a laughable question. Obe, please tell me, how many times bacteria give rise to a multicellular organism? Even if they continually evolving, it doesn’t change the fact that bacteria is still bacteria and viruses is still viruses even after their evolution. What kind of evolution crap are you telling right now?

image

Well I don’t know Obe. Which one easier to believe depends on who you ask this question to. Remember you had posted about the ghost house in Shah Alam? Why then you can believe something supernatural about ghosts but in evolution case, different set of rules is applied? (Quoting you).

Where you are denying every possibility of the existence of supernatural powers resulting to the events in our world. For you, everything must be proven by science. Then please explain all Prophet Muhammad’s pbuh miracles in scientific sense. Water coming out from his hand, moon split into two. Or are you going to tell me that all of his miracles are only myths?

image
This is one thing I loved the most about you. You asked people to think, but do you yourself think? I never kept my brain in a box, but I believed knowledge must be guided with revelations (wahyu). Contrary to your stand, of which you are implying that knowledge is LIMITED by religion. Isn’t it so?
Okay then, let’s analyse how far have you used your brain to think.

Exhibit 1:
Question : Why do god send prophets? Why didn't he just reveal himself?
When reading this question in one of your entries, I felt so disappointed. Because it shows that you’d never think of this. Where’s your brain eh? It seems to me that you’d love to bash every thing taught in your religion, but you’d never want to learn or think from your religion’s point of view.

Answer:
1. Because God is so almighty that this world could not sustain His presence. Mount Sinai broke down into pieces when He shown himself to Moses.

2. Meeting God is one of the things that ‘Ahli Syurga’ will experience in Akhirat. When finally they could see the God they had been worshipping their entire life (or for some, not that long). It is one of the benefits of being an Ahli Syurga.

3. If God came down Himself, then there would be a totally different system. Maybe no dosa/pahala, syurga/neraka. Just a different system.

4. Because human mind could not reach the intelligence of God. Everything that He had done, must have solid reasons. Don’t you worry about that. Worry more about your Ibadah and Iman.
These are my answers, from my BRAIN. Why couldn’t you see these kind of answers? Why when it comes to religion, you pretended as if you could not think. 

You provided somebody else’s answers (some ustaz @ ustazah) and you bashed them whether directly or cynically. Why Obe, oh why? You bashed them with an atheist point of view, and expect your readers to answer the question raised, without you having to think in the same religious aspects. It makes you feel invincible.

Many other more entries in your blog contradict your calling to use our BRAIN. I think you are the one who’s keeping his brain inside a box. Especially for religion stuffs. If you could argue Evolution using your BRAIN, why can’t you think about religion using your BRAIN?

image

Yes, and then explain why the common ancestor must extinct before a new species rises? Doesn’t it wonders you that every time you claimed there exist a common ancestor, you failed to mention that the common ancestor had all extinct before a new species is born?

Where is the common ancestor for snakes and lizards? For elephants and whales? Why they must extinct before they give birth to the new species?

Because actually, they never EXISTED.

image

Yes, but I’m rooting for Creationism. Obe, I would like to clarify again my stand. I did not mention that Evolution does not exist, because for me, if Evolution exists, then it’s up to Allah’s will (Sunnatullah).

Evolution is not impossible. But with the facts that Pro-Evolutionism kept throwing at my face, all I could see is flaws in the Theory (I mean, after I use my BRAIN to analyse the facts given). For some points, Evolution is as if created from thin air, no proofs but kept using false examples to support the claim when I simply see Creationism is a simpler theory and more plausible.

And I read a lot already. FYI, I read more about Evolution than about Creationism. I think I’m mature enough to decide which thing I would like to believe. And when I believe, I give reasons why. But the reasons that Pro-Evolutionism like you giving me to explain Evolution, are just weak and laughable.

image

I believe I answered this one already. Yes, brain is awesome. Please use yours before implying others to do so. And UPDATED dogma doesn’t mean it’s better than the OUTDATED. I did not believe in fairy tales. I believe in al-Quran.

image

Thanks for the invitation. But I don’t get it. Do you mean you want me to use my BRAIN or you want me to think the same way as you are?

image

I seriously don’t think you are bad. You just need answers like others do, but unfortunately, you’d prefer to accept answers from outside the religion, because for you, ulama is blind for science and Islam does not give a favorable answer to you.

After all, difference in opinions is nikmat (or rahmat, couldn’t remember). But what worrying me most, if you are wrong, then how many Muslims suddenly endangering their faiths because of you? Because of your distorted views on Islam? I see that you are trying to make people think, up to the point of abandoning religion in the process.

Obe, knowledge without religion is like searching in the dark. I believe some questions you can keep to yourself and ask God later in afterlife, and not bombarding others to answer. As Muslim, you know what we would face later after we die.

10 May 2011

Suka-suka

1
Gembira. Dah habis semester 6. Result pun dah keluar. Alhamdulillah, maintain lagi. Allah dah bagi yang terbaik. Usaha patut lebih lagi, tapi rezeki dalam tangan Tuhan. Banyak ruang untuk dibaiki.

2
Dalam diam, semuanya masih tak sempurna. Terasa kekurangan sesuatu. Terasa rindu kepada sesuatu yang masih belum menjelma.

3
Segalanya terlepas dalam genggaman macam gelas kaca terjatuh atas lantai. Sebelum sempat disambut dah pecah berderai. Hancur lebur. Luluh semua jadi kepingan. Bunga layu sebelum berkembang.

4
Kalau 3 tahun dibahagikan kepada fasa; Tahun 1: Fasa penerokaan potensi, Tahun 2: Fasa perhubungan, Tahun 3: Fasa penilaian semula. Fasa terakhir fasa paling berat, bila kita sedar mana silapnya kita semasa melalui Fasa 1 dan 2.

5
Segalanya dah berakhir pun. Saya berdoa supaya kita akan berjumpa lagi jika ada rezeki. Sungguh banyak lagi kata-kata yang tidak terucap antara kita. Kata-kata untuk menyatakan betapa sayangnya saya pada kamu. Sayang pada segala-gala. Kenangan kita. Saya akan rindu kamu, dan menunggu peluang bertemu lagi.

6
Kesilapan banyak mengajar saya menjadi manusia dan Muslim yang lebih baik. Tindakan yang silap boleh memusnahkan diri.

7
Kata selamat tinggal tanpa air mata. Kita mesti jumpa lagi. Mesti.
Selamat tinggal zaman First Degree.

06 May 2011

Test JPJ

Hari yang ditunggu telah tiba. Test JPJ!

Cikgu Memandu ambik dekat kolej pagi-pagi. Selalu dia tunggu, hari ni saya yang tunggu dia. Tak sabar nak dapat lesen P.

Sampai-sampai dia hon. Lepas tu terus pergi ke sekolah memandu. Dalam perjalanan tu dah fikir, ‘bestnya da dapat lesen! Nak celebrate!’ Sampai-sampai tengok nama. Sesi 1, no 63. Tunggu giliran sampai punyalah lama. Lepas tu dahlah tak tau prosedur nak buat ujian ni. Tak tau bila nak ambil slip, bila nak bagi balik slip dekat dia. Tanya dekat orang lain.

Dahlah tengah sakit perut. Dan2 je sakit perut time hari test.

Ok takpela, pergi toilet dulu. Balik dari toilet baru no 30 something. 33 orang lagi. Tunggu2 (lama jugakla'…), sampai giliran. Buat litar dulu. Dada dah kecut sebab nervous sangat.

Bukit OK. Parking OK. Tiga penjuru cam senget2 je. Keluar dari 3 penjuru, lega! Tengok result dekat JPJ, Alhamdulillah! Lepas!

Lepas tu buat jalanraya pulak. Tunggu lagi, lama jugaklah. Dalam 30 orang jugak lagi. Sampai turn dia panggil. Naiklah kereta kancil comel. Mula2 yakin gila, cek side mirror, signal segala bagai. JPJ sebelah diam je. OK, pedulikkan. Lepas tu start bawak.

Semua OK je. Sampai dekat gate keluar dari sekolah memandu tu, terlupa kasi signal. Takpe2, yakin JPJ ni sporting. Harap2 dia buat2 x nampak atau lagi bagus, dia tak perasan terus.

Nak keluar dari jalan tu nak masuk jalan besar, berhenti kejap. Wajib berhenti. Jalan tu berbukit sikit. Lepas tu masuk gear 1, lepas clutch sikit, turun handbrake. Eh, mati! JPJ sebelah diam.
Free gear, tarik handbreak. Start enjin balik.

Masuk gear 1, tekan minyak. Lepas clutch. Turun handbrake. Mati lagi!

Kejap2! Tenang2 kan dulu fikiran. OK, boleh buat ni. Tekan minyak sampai meter 3, lepas clutch sikit, tarik handbrake, lepas clutch sikit lagi……. ek ek ek ek! Mati lagi!

Takpe, hidup enjin balik. Masuk gear – “Dah2. Awak keluar sekarang!”
“Eh, saya boleh buat ni Encik. Boleh ni!” saya bantah JPJ tu. Sekejap je lagi, boleh ni!
“Sudah2. Awak turun! Bukan awak sorang je yang fail!”

“Encik, tolonglah encik, saya boleh buat ni! Saya boleh ni! Encik, saya kena dapat lesen hari ni!”
“Dah tiga kali saya bagi peluang, awak tak boleh buat jugak!”

“Tolonglah Encik! Saya nak balik rumah dah ni! Saya kena dapat lesen hari ni jugak!” ces, malu sungguh merayu2 kat JPJ tu. Macam merayu nak bercinta je. Jatuh my water face. 
Anyways, saya keluarlah dari kereta. Dok sebelah dia. Pastu dia bawak pusing semula balik sekolah. Tak sampai 50 meter pun saya drive!

Bila dia dah pusing tu, saya diam. Rasa nak nangis gila2. Mujurlah ada lagi sikit ego. Kalau tak mau jadi citer best JPJ tu kat bini dia : “Ayang tau, tadi ada budak laki umur dalam 20 tahun nangis dekat abang mintak luluskan ujian dia. Mau je abang gelak tengok air mata jantan dia!”

Dia tanyalah, “Kerja dekat mana?” Ces, tak perlu nak tanya2. Saya dah takde mood. “Belajar.”
“Dekat mana?” “UPM”

“Takpelah, kalau belajar boleh ambil lesen lagi masa cuti!”
Saya pun cakaplah: “Saya dah abes blaja. Nak balik kampung dah!” Dalam hati dah nyumpah seranah tahap Lodge Master Degree 66. Tak paham ke, nilah minggu last nak ambik lesen!
“Tadi masa buat litar, lepas tak?”

“Lepas.” Kalau lepas litar, sah2lah boleh buat bukit. Cuma sebab nervous je, bukit dekat jalan raya tak lepas. Sampailah semula sekolah memandu. Dia bagi markah 12/20. FAIL. Komen: Calon perlu berlatih untuk menggunakan clutch dan minyak supaya enjin tidak mati.

Kalaulah JPJ ni ada dekat tempat saya, mesti dia paham betapa pentingnya kena dapat lesen hari ni. Pertama, sebab saya dah tak tahan kena maki. Rasa macam anak tiri pun ada jugak. Salah sikit kena maki. Salah sikit kena maki. Rasa cam takde maruah diri langsung. JPJ ni cakap senang, suruh repeat. Cuba kalau dia yang jadi saya? Setiap kali belajar memandu rasa macam nak menjerit je.

Dah fail ni, kena belajar lagi. Konpem la cikgu memandu tu akan cakap: “Apsal lah kau tak boleh lepas. Berapa kali kau nak cikgu ajar kau; Naik bukit minyak lebih dari clutch!” Kena tambah jam belajar, jumpa lagi cikgu yang sama. Memanglah bukan saya sorang yang fail, tapi orang lain kalau fail pun cikgu deorang baik. Cikgu deorang takde maki2!

Kedua, sebab ingat murah ke RM150 nak repeat satu test? Boleh beli handset iPhone cap China satu tau tak? Dahlah duit ni dari biasiswa saya, dah abes dekat seribu. Takkan JPJ tak boleh consider? Tau tak untuk student, mahal gila nak buat lesen? Bukan ada student’s price pon! Tau tak, saya belum jilid tesis lagi? Mana nak korek duit? Pastu tambah lagi RM150. Bapak mahal! Test dia bukan kena bawak sampai dua marhalah pun sampai nak guna minyak dua tangki!

Ketiga, dah nak balik dah. Dah habis belajar dah pun. Saya bukan duduk dekat U je,nak balik rumah dah! Dah grad dah! Tau tak, apa ertinya kalau kena amek test minggu depan? ARGHHH!!! Tangguh lagi balik umah, kena bayar sewa kolej pulak!

Memang seriously nak nanges. Mujurlah ada kawan2 memberi dorongan, kalau tak rasa cam nak terjun bangunan je.

Takpelah, bukan salah JPJ tu pun. Salah saya, sebab tak buat betul2. Cuma JPJ tu takkan paham masalah sebenar saya, n saya pun tak boleh nak expect dia faham. Cuma tension repeat test mahal nak mampus! Tolonglah kurangkan harga sikit!
Sekarang ni mood dah hancur lebur nak jawab test besok. xp1 Nak nangis! Isk3!

P?S: Maaf dan terima kasih kepada kawan2 yang memberi semangat dan mengucapkan ‘good luck’, hari nih takde luck la! Maybe kena cuba lagi minggu depan. 6onion72

05 May 2011

Belajar Memandu (2)

Apa akan berlaku kalau belajar bawak kereta dengan dua cikgu memandu yang berbeza?

“Tekan clutch, jaga brek!” kata Cikgu Memandu 2. “Tapi Cikgu Memandu 1 kata tak payah tekan clutch. Just brek je!” kata saya.

Dua hari lepas masa bawak kereta, Cikgu Memandu 1 suruh tekan brek je masa nak berhenti. Dia kata kalau kereta accident dan kita tekan clutch nak brek, boleh menyebabkan kereta terbakar. Kalau nak u-turn, jangan tekan clutch, tekan brek sampai meter 0. Saya buatlah macam dia cakap, tekan brek je, sampai meter 0. Lepas tu enjin mati. Dia marah2 pulak. “Jangan bagi enjin mati!”
“Kau kalau dah masuk gear 2, tekan brek perlahan2, kalau tekan cepat2 enjin mati!” kata dia. Tapi macam mana nak tekan brek perlahan2 sampai meter 0 tanpa menyebabkan enjin mati? Konpius! Cikgu Memandu 2 pulak suruh tekan clutch supaya enjin tak mati. Mana nak ikut ni.

“Jauh lagi ni. Padam balik signal tu!” kata Cikgu Memandu 2 masa dekat satu simpang. “Tapi Cikgu Memandu 1 kata dah sampai sini boleh bagi signal!” protes saya.

Tapi macam mana? Takkan dari jauh tak boleh bagi signal? Dah terbiasa dengan cara Cikgu Memandu 1. Dia ajar bagi signal, tukar lane kanan, turun gear 3, sampai tiang lampu no 2 turun gear 2, lepas clutch, tekan brek, U-turn. Cikgu Memandu 2 suruh bagi signal bila dah dekat, turun gear 3, turun gear 2, tekan clutch jaga brek, U-turn. Tak macam gelabah pulak kan nak bagi signal bila dah dekat, lepas tu tukar gear 2 kali.

Nak ikut ajaran mana?

“Apsal kau tak berhenti dekat garisan putih? Dekat sini wajib berhenti!” maki Cikgu Memandu 2. “Sebab takde kereta. Cikgu Memandu 1 kata, kalau takde kereta jangan berhenti!” balas saya sambil buat muka selamba.

Alamak, konflik lagi. Dah takde kereta, kita jalan jelah. Cikgu Memandu 1 ajar terus je jalan kalau takde kereta dekat depan. Tak payah nak berhenti. Mujur Cikgu Memandu 2 boleh terima.

“Dekat sini pakai gear 1 je boleh. Bukan nak bawak laju pun. Kalau bawak gear 2 takut enjin mati” arah Cikgu Memandu 2. Tapi Cikgu Memandu 1 suruh bawak gear 2 dekat sini – saya protes dalam hati. Tak berani dah nak lawan.

Ikutlah kata Cikgu Memandu 2. Gear 1 pun OK. Slow sikit. Senang nak bawak.


Tengah2 bawak, tiba2 Cikgu Memandu 2 beristighfar. “Astaghfirullah, astaghfirullah!”. Saya dah takut da. Kenapa? Kita nak accident ke ni? Kereta ni nak meletup ke? 02002

Rupanya dia berzikir, semata2 berzikir. Takde apa pun. Saya ingat ada benda buruk yang berlaku. Fuhh! Cikgu ni, dahlah tengah tension drive!

Last sekali: Ikut kaulah besok macam mana. Cikgu dah ajar banyak kali. Ikut pemahaman kau la. Yang ni ulangan je, bukan sekali cikgu ajar. Berulang kali dah!

Cikgu ni cakap macam dah give up je. JANGANNN!! Besok nak lulus supaya tak payah dah nak tension kena maki setiap kali belajar memandu!
-Terus tertekan. Besok hari penentuan!- thjfbq001660702027a Er, Monkey, mana bole surrender lagi! Kena buat betul2!
P/S; Kawan2 suma, esok saya buat test JPJ. Doakan saya berjaya ya! Please3!

04 May 2011

Hari-hari Terakhir Seorang Mahasiswa

1 Mei 2011

Hari saya bermula tengahari. Tempah nasi goreng di Suria Corner untuk BBQ. Pergi mencari bahan-bahan membuat koktel di Giant The Mines. Dalam kereta sewaktu meneguk susu kotak coklat Marigold, susu tumpah ke atas baju. Bau macam muntah budak.

Lepas Maghrib dah turun, ambil nasi goreng yang dah ditempah. Bayar separuh lagi baki yang belum dibayar waktu tengahari tadi. Start BBQ dengan coursemate. Habis BBQ kemas2 barang.
Jumpa dengan Rimau. Bayar balik hutang RM100 dengan dia.

2 Mei 2011

Belajar memandu lagi. Hari ni bangun pagi2, tapi cikgu memandu tak datang. Tidur semula. Pukul 12.30 baru sampai. Sampai2 dia makan dulu. Lepas tu bawak dekat litar, OK.

Masuk jalanraya kena marah. Nak potong tak bagi signal. Lepas tu cikgu tu kata nak tempeleng. Menakutkan betul! Lepas tu enjin mati masa nak uturn, kena marah lagi.

Pukul 3.00, buat QTI. Dekat litar OK je, masa dekat jalanraya gelabah, sampai uturn dekat traffic light. Selamba je lampu tengah merah U turn.

Cikgu yang duduk sebelah tu diam je. 01002 Takpe, selamba je! Lepas tu nak masuk gear 3 termasuk gear 5. Hehehe. Mujur dia tegur je, tak marah. Rasanya dah fail dah tu.

Balik tu kena marah lagi. Sebab tak bagitau dah abis QTI. CIkgu tu tunggu lama dah nak hantar balik kolej. Pastu jawablah ; “Kedit da abes. Lagipun baru abes QTI!” Hohoho.

Balik tu rasa tension. Malam tu keluar jalan2 dekat Bazar Malam Mines.

3 Mei 2011

Hari yang normal. Duduk bilik ngadap laptop. Tengok cerita. Petang pulak hujan, masak keledek dekat bilik member. Masyuk woo!

4 Mei 2011

Pagi-pagi cikgu memandu dah telefon. Ingat nak apa, rupanya mintak duit RM348. Mula-mula ingat RM34.80, pastu mesej balik. Pastu dia call lagi sekali “RM348 la! Duit JPJ dengan duit lesen!” Diam kejap. Mahal tu beb! Sebelum ni dah bayar berapa da. Takpela, malas nak pikir!
Taknak pikir pun, still bengangnya mahal sangat!4(1)

Pergi jumpa supervisor projek, nak tanya pasal hardcover n bagi hadiah. Dia suka hadiah yang kami kasi. Ambil gambar dengan dia.

Ambil sijil Finishing School, dapat 4 star. Ces, ingat dapat 5 star. Takpela, 4 star pun cukup dah. Syukur! Janji siap buat Finishing School n boleh grad. 02

Tengahari pergi makan, balik tidur. Hehe. Teruk betul. Besok kena sedia dimaki lagi. Sebab besok belajar kereta lagi!

Malam Politik Buta

Dah jauh malam yang amat. Amat jauh, sudah dinihari. Dalam kekusutan dan rasa mengantuk yang amat juga, tiba-tiba terjumpa sekeping hadis yang menarik. Tidak semena-mena ingatan menerjah kepada saudara-saudari pejuang Mahasiswa di UPM.
Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud:
"Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang usianya masih muda, namun cita-cita mereka gila. Mereka berbicara berdasarkan perkataan manusia yang paling baik (Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam). Tetapi mereka keluar dari Islam seperti keluarnya anak panah dari busurnya. Keimanan mereka tidak melampaui kerongkongan, maka di manapun kalian mendapati mereka bunuhlah mereka. Sebab membunuh mereka akan diberi pahala pada hari kiamat." - sunan abu daud 4138
Mengapa saudara-saudari yang budiman buta tentang hadis ini? Tuhan, begitu gentar dada ini, sewaktu aku mengenang mereka setelah membaca hadis ini. Adakah mereka golongan ini? Muda, tapi bercita-cita gila? Dan menggunakan bicara Nabi dalam perjuangan mereka? Adakah mereka ialah ‘mereka’ di dalam hadis ini?
Aku berdoa, jauhkanlah aku dari menjadi seperti mereka. Kerana mereka wajib dibunuh, sedangkan mereka berasa bangga dengan perjuangan agama mereka. Dan aku?
Dada ini terus lemas dengan asakan memori dan emosi. Mengenang setiap inci peristiwa atas bumi tanahku berdiri. Fitnah yang ditaburkan, kata-kata kesat yang berhamburan, umpat keji yang dilayang. Dari seorang Islam kepada Islam yang lain. Demi meraih kemenangan kerusi. Dan menolak agenda Yahudi. Berbaloi? Cita-cita menggila mereka, demokrasi menari di pinggir bibir. Kuasa mahasiswa menjadi zikir baru. Dan semuanya lebih mudah jika semua hadis direnung, bukan satu atau dua yang menjadi pegangan untuk pejuang politik kusut. Ku tertanya, ke arah mana mereka campakkan hadis ini sewaktu berteriak di pinggiran jalan? Buntu.

03 May 2011

Fakta-fakta menarik yang anda tidak tahu jika tidak rajin membaca

Fuh! panjangnya tajuk entry kali ni. Hari ni saya nak share beberapa fakta yang menarik yang saya rasa perlu dikongsikan. Susah sebenarnya nak jumpa fakta-fakta nih kalau tak cukup membaca. Hehehe…. Jadi, silakan membaca dan belajar perkara baru:

Jenayah
ruth-ellis
Ruth Ellis
1 – Wanita terakhir yang dihukum gantung di Britain ialah Ruth Ellis pada 13 Julai 1955. Beliau didapati bersalah membunuh kekasihnya, David Blakely kerana David seorang pemabuk yang kerap menderanya. Beliau juga telah dua kali menggugurkan kandungan atas arahan David. Tukang gantung Ruth, Alfred Pierrepoint bersara selepas menggantung belau. Menurut Alfred, Ruth ialah ‘wanita paling berani pernah saya gantung. Alfred bersara kerana bagi beliau, hukuman mati tidak akan mengurangkan pembunuhan, sebaliknya membawa kepada dendam kesumat.

Haiwan
cow
“Makan rumput je pun dah boleh naik 500 kg. Kena diet gini!”

2- Spesies yang paling banyak menyumbang kepada biomass dunia ialah lembu, iaitu sebanyak 650 tan. Seekor lembu dianggarkan seberat 500kg dan jumlah lembu di dunia dianggarkan sebanyak 1.3 bilion. Walaupun serangga dikatakan menyumbang paling banyak biomass, tetapi itu hanya berlaku sekiranya semua spesies serangga digabungkan.

She-wolf_suckles_Romulus_and_Remus
“Sedap pulak susu serigala ni! Nyam2! Lagi sedap dari susu mak!”

3 – Menurut lagenda, Remus dan Romulus, pengasas Rom telah disusukan oleh serigala sewaktu kecil. Mereka diselamatkan oleh serigala tersebut setelah datuk saudara mereka, Amulius membunuh datuk dan menculik ibu mereka, dan meninggalkan mereka untuk mati kelaparan.

Sains
Thomas Alva Edison
Thomas Alva Edison
4 – Thomas Alva Edison bukan pencipta sebenar mentol. Beliau telah membeli paten mentol daripada pencipta asal mentol, Heinrich Goebel yang menciptanya pada 1854. Paten tersebut dibeli oleh Edison dengan membayar jumlah yang sangat kecil kepada isteri mendiang Heinrich, walaupun harganya yang asal jauh lebih mahal. Selepas Heinrich, Joselph Wilson Swan telah berjaya mencipta mentol yang boleh berfungsi dengan sempurna. Edison juga berjaya memiliki paten Swan dengan cara bergabung dengan Swan dalam satu syarikat, iaitu Ediswan United Company dan kemudiannya membeli keseluruhan saham Swan untuk mendapatkan paten mentol tersebut. Edison kemudiannya juga dinamakan sebagai tokoh pencipta yang paling keji dalam sejarah.

jaws11
“Worgh! Make budok!”
5 – Pemanasan global dikatakan akan menyebabkan serangan jerung menjadi lebih kerap. Setakat ini, terdapat peningkatan serangan jerung sebanyak 300% daripada tahun 2007 ke 2008, dan juga dari 2008 ke 2009. Pemanasan global akan meningkatkan suhu air laut, yang menyebabkan habitat jerung akan berubah. Pertukaran habitat jerung ini dikatakan menghampiri kawasan laut yang terdapat ramai manusia.
Sejarah

ogedei
Odegei Khan

6 – Umat Islam dikatakan mundur sekarang akibat daripada penjajahan Mongolia. Tentera Mongolia, yang diketuai oleh Genghis Khan pada kurun ke-13, dan kemudian anaknya Ogedei Khan, telah berjaya menghancurkan Asia Tenggara, subkontinen India, dan Timur Tengah termasuk kota ilmu umat Islam: Baghdad. Dikatakan ketika itu, Sungai Tigris menjadi hitam akibat dakwat daripada kitab-kitab ilmu tokoh-tokoh Islam yang dicampakkan oleh tentera Mongolia ke dalamnya. Tentera Mongolia kemudiannya berjaya menumpaskan Austria, Hungary, dan Empayar Roman, dan setelah menumpaskan Poland, mereka menuju ke arah Jerman. Kerana kematian tiba-tiba Ogedei, mereka terpaksa berpatah balik ke Mongolia sebagai sebahagian ritual untuk melantik pemimpin baru. Sekiranya mereka meneruskan penjajahan ke atas Eropah, Eropah tidak akan maju seperti sekarang. Kerana penjajahan Mongolia, kota Baghdad tidak dapat mengembalikan semula keagungan ilmu Islam kerana terpaksa bermula semula, sebaliknya Eropah terus berkembang sehingga sekarang. 

P/s: umat Islam mundur takde kaitan dengan Freemason ya!

02 May 2011

Telur ke Ayam?

main.eggshell chicken
“Telur ke, ayam?”

Pernah tak rasa menyampah gila nak jawab teka-teki ni? Kalau orang tanya teka-teki ni kena dengar dia cakap yang mana dulu, sebab yang dia cakap mula-mula tulah jawapan.

Well, tak perlu pening dah. Sekarang sains dah jumpa jawapan untuk soalan ni. Kalau  ada orang tanya “Mana dulu. Telur ke ayam?” terus jawab: “AYAM!” Tak kisahlah dia sebut mana dulu, sebab AYAM ialah jawapan yang paling tepat.

Musim panas 2010, saintis British telah menemui protein yang diperlukan untuk pembentukan kulit telur di dalam ovari ayam. Maksudnya ayam mesti wujud dulu sebab tanpa protein tersebut, kulit telur tidak akan dapat dihasilkan.

Ovocledidin-17 merupakan protein yang mengawal proses kristalisasi kulit telur, yang tanpa protein tersebut, kulit telur tidak mungkin akan wujud. Jadi kalau ayam wujud dulu sebelum telur, apa yang wujud sebelum ayam? Tanya soalan ni dekat orang yang tanya kita teka-teki tadi.

01 May 2011

Love is So….

Assalamualaikum and hi peeps! It’s going to be a short post today! Sebenarnya nak cerita pasal cinta-cinta ni. Eh, sejak bila blog ni jadi blog cinta kan?

Untuk sesiapa yang rasa blog ni akan cakap pasal cinta, kasih sayang dan sebagainya, back off! Sebab I’m going to bash all those things in this entry! Muahahaha!

Mula-mula, nak clarify. I hate coupling. Bercinta is ok, but I think I’m not a fan of coupling. What is the difference anyway? Bercinta is love, coupling is erm, how to say eh, meluatkan?
I’ve just came across a note in facebook telling how girls will react when on phone with their boyfriend. I think those girls are pathetic! Gedik nak m***us!

Nak cerita dalam Bahasa Melayu la. Pernah tak kalau jalan-jalan kita nampak satu pasangan yang sedang berdating @ berjalan sama-sama. Pernah tak terfikir “Eh, minah tu apsal gedik sangat?” ataupun “Mamat tu macam gila s**s je?” The point is, menunjukkan dengan penuh bangga kasih sayang kalau tengah berkapel sebenarnya sesuatu yang sangat menjengkelkan. Come on la, macam orang lain takde awek @ balak.

Perlu ke nak tunjuk satu dunia kita sayang seseorang? Sweethearts, you’ll end up looking like a slut!

Bukannya saya membantah mereka bercinta, tapi tak perlu kot nak menggedik2 @ bermanja2 dekat public. Laga-laga badan, sandar2 bahu, pegang2 tangan. Oh, tapi buat dalam tempat sunyi pun tak boleh. Cuma kalau dah buat dekat tempat awam tu orang nampak. Orang nampak dan tak suka. Menyampah. Kalau boleh jangan buat langsung.

And honestly, saya menyampah sangat dengan cerita2 Melayu dekat TV yang kononnya tunjuk pasangan yang ideal, bahagia dan sebagainya. Dengan cara bermanja2, pegang2 tangan? Dudes, that is so cheap!
Kalau tengok dalam Ayat-ayat Cinta, or maybe Nur Kasih, mereka takde pun tunjukkan kasih sayang dengan sebegitu murah. Bila pasangan tu renung mata masing2 pun kita rasa bulu roma meremang. Ini lagi best dari gesel2 badan, atau gelak2 yang fake nak mati. Perempuan yang cantik bukan dinilai dari hebatnya cinta dia. Kasih sayang manusia bukan dinilai dari banyak mana mereka berasmara, OK? Letaknya kasih sayang tu pada banyak mana kita sanggup buat untuk membahagiakan kekasih kita.

Seorang ibu, kasih sayang pada pengorbanan masa. Ayah menunjukkan kasih sayang dengan menjadi ketua keluarga. Tapi kenapa kasih sayang kekasih diukur dengan body contact? Fine, you can say your balak @ awek dah banyak berkorban, tapi penting ke pengorbanan yang mereka buat? Berkorban masa sebab nak dating? Berkorban duit sebab nak belanja makan? Agaknya pada mereka itu nilai cinta.

Kekasih yang berkorban, contohnyalah, macam Pierre Png yang berlakon Phua Chu Beng dalam citer Phua Chu Kang. Dalam dunia sebenar dia bagi sebelah buah pinggang dia kepada kekasih dia yang sakit buah pinggang. Kalau tanya minah2 @ mamat2 yang kapel2 ni, deorang sanggup tak nak kasi hati @ buah pinggang bila kekasih sakit?

Takkan bila senang bersama bila susah kena tinggal? Bila senang nak gentel2 bila susah tengok muka pun taknak.

So anyway, stop la being such eyesore. Saya memang tak suka tengok orang berkapel bagai nak rak. Mak ayah saya pun bercinta, tapi cara mereka bercinta sweet je. Tak perlu pun buat public display of affection. Kalau betul cinta, hormati kekasih dan tubuh mereka seperti yang sepatutnya. Peace! Smile
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter