Cerita drama bersiri oversea (Part 1)

7 comments
Pin It
Pernah tengok drama bersiri negara lain tak? Ala, kalau anda lahir tahun 80/90an, mesti familiar punya dengan cerita-cerita drama bersiri over the sea nih! Ingat lagi, masa kecil2 dulu suka tengok drama-drama negara lain. Drama Latin, Jepun, Korea, Filipina. Macam2 la! Jom kita imbas kenangan nak tak?

Drama bersiri Hong Kong @ Taiwan

Mula awal tahun 1990-an, dan bertakhta agak lama di hati peminat drama. Drama bersiri Hong Kong @ Taiwan antara drama yang paling luas genre. Drama polis, bomba, peguam, ratu cantik, pembunuhan, klasik, kung fu. Macam2 la! Dulu tayang dekat TV3, pukul 6 petang. Suka gila tengok lepas habis sekolah! Haha!

kadang-kadang cerita dia sedih….30(1)Jalan cerita dia memang menarik. Kebanyakan, atau hampir semua drama bersiri Hong Kong ni dihasilkan TVB.
Antara cerita yang masih diingati:

Smoke Around the House, Hakim Bao (antara siri faveret!), The Good Old Days (klasik gila cerita ni! masa saya Darjah 2), My Fair Lady 1 & 2 (pasal puteri raja..best jugak!), Fong Sai Yuk (mesti ramai ingat ni kan?), Journey to the West (pasal Wukong @ Goku), Legend of Condor Heroes (cerita paling saya suka!), Legend: A Dream Named Desire (pasal ratu cantik yang akhirnya semua watak mati kecuali hero dengan heroin..19150526151b2Masa darjah 6), Mulan, Na Zha, Taiwan X-Files (seram wooo..dekat MetroVision, pukul 11 malam), Burning Flame 3 (pasal bomba), WPU (dkt NTV7, psl polis pelindung saksi). n banyak lagi la! tapi dah tak ingat sebab lama sangat..hu3…ada jugak cerita yang ingat watak @ jalan cerita tapi tak ingat tajuk..contohnya cerita Sun Fong, cerita koroner mayat zaman dulu dekat China…

Faveret two saya: Legend: A Dream Named Desire dengan The Legend of Condor Lovers.

named desire2
Legend: A Dream Named Desire


condor
Legend of Condor Lovers
Drama bersiri Latin (Telenovela)

Drama bersiri latin ni mula2 masuk Malaysia seingat saya dengan cerita Maria Mercedes (ntv7). Gila jugak la tengok, kebanyakan pasal skandal keluarga, hubungan sulit, cinta terhalang…Tapi drama dia panjang gila babas, sampai tak larat nak tengok sebab dah jadi meleret-leret. Macam Betty, satu hari dalam cerita dia bersamaan dua minggu waktu Malaysia. Mula-mula best, tapi lama-lama dah benci…Yang pendek dan best rasanya La Usurpadora la kot..lagu pon best, boleh layan.

Pernah sekali tu gila satu Malaysia tengok telenovela. TV1 El Amor No Es Como Lo pintan, TV3 Rosalinda, ntv7 Mis Tres Hermanas. Sepanjang hari full tengok telenovela, pagi ke petang.
Lagi best kalau drama tu alihsuara, lagi kelakar. Macam Maria Mercedes la. Suara Maria Mercedes tu Syarifah Shahira, suara George Luis pulak Ahmad Idham. Ayat paling tak boleh blah: “George Luis, awak taknak cium saya ke?” Lawak2!

Mis Tres Hermanas pulak setiap watak ada lagu masing2. Muncul watak tu, keluar lagu dia. Muncul watak lain, keluar lagu dia. Tapi sebab panjang sangat, jadi tak excited nak tengok. Zaman kejatuhan telenovela ni start dari Yo Soy Betty La Fea kot. Lepas habis cerita tu takde sape dah nak tengok sangat, walaupun still lagi ada drama Latin dekat tv.

Antara drama Latin yang diingati:

Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanas, El Amor No Es Como Lo Pintan, Ruby, Juana’s Miracle, Mi Gorda Bella, Yo Soy Betty La Fea, Amarte Asi, Secreto de Amor, Marina, La Mujer En El Espejo, Rosalinda
banda sonora - yo soy betty la fea (front)
las feas
Betty yang la fea dan yang bonita!

Drama bersiri Jepun

Agak kelakar. Bolehlah jadi bahan hiburan. Ada cerita sedih. Genre cerita luas, tapi tak seluas cerita Hong Kong @ Taiwan. Antara cerita yang still orang ingat ialah GTO, Power Office Girls, err, tak ingat dah. Haha! Sebab anime lagi popular kot, drama dia orang dah tak ingat. N most drama dia pon adaptation daripada komik. So x berapa nak original la.

Great_Teacher_Onizuka
Great Teacher Onizuka!
Drama bersiri Filipina

Drama bersiri Filipina ni watak dia cute-cute belaka. Jalan cerita best, tak berapa nak meleret. Watak jahat dia pandai berlakon n tak gedik macam watak jahat drama Indonesia @ Latin. Banyak cerita pasal keluarga, dan ada jugak fantasi yang lame, macam cerita She-Wolf. Overall, biasa2 la.

Kadang-kadang ada cerita pasal artis. Macam Bituin. Antara cerita yang best lagi ialah Habang Kapiling Ka, Pangako Sayo, Sana’y Wala Nang Wakas erm, tak recall dah. Ingat cerita tapi tak ingat nama cerita.

Habang_kapiling_ka

pangako_sa_yo1-400

Drama bersiri Korea

Paling hot kot setakat ni. Mula dengan WInter’s Sonata, demam cerita Korea macam virus. Lepas tu masuk Autumn In My Heart, memang orang Malaysia asyik nangis je tengok drama Korea. Yang tak best, drama Korea dekat Malaysia dah alihbahasa Mandarin.

Cerita selalu pasal cinta, lepas tu hero dia bubuh ramai2, sebab perempuan suka tengok laki Korea. Lepas tu hero second mesti lagi hensem dari hero first. Disebabkan populariti drma bersiri Korea, tetiba industri muzik dia pun jadi worldwide. Kalau tak orang tak kenal pun artis2 Korea ni. Thanks to WInter’s Sonata in particular!

Saya takde la layan sangat cerita Korea, tak sempat tengok satu siri full pun. Skip2 je. Tapi still ingat All About Eve, Successful Story of A Bright Girl, Second Proposal, Stairway to Heaven, Autumn in My Heart, Princess Hours, My Girl, Full House. lepas tu tak berjaya dah nak follow. malas pun ada jugak.Stairway to Heaven tu bila dah dekat habis, tak tengok langsung. Sebab dah dengar rumors heroin nak mati sebab kanser mata, so dah tak interested nak tengok episod last. Mula-mula je tengok.

Autumn in My Heart 4
Musim luruh di hatiku…
Drama bersiri Thailand

Banyak mengarut je. Disebabkan bahasa dia, saya tak minat nak tengok. Haha. Mula-mula dengan Soda and Iced Tea, yang ada watak Pattaya dengan Kun Atom tu. Lepas tu cerita Phoenix Blood. And the rest macam tak berapa nak ingat. Cerita dia not bad, ok la. Tak sedasyat cerita Indonesia…hu3…

soda
Soda and Iced Tea!
Drama bersiri Indonesia
-no comment- HAHAHAHAHA! 18(2)
Pin It
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. hahah rindu kot nak tengok balik cite2 ni sume..
    klasik

    ReplyDelete
  2. omo!! rindu cerita cina dulu2..huhu.. awak nak tanya cerita cina yang dia ade kepak tu ape eh? condor ke?

    ReplyDelete
  3. bro, ko ingat tak cerita HK yang cerita dia sorang lelaki ni hidup susah dan ditinggalkan bini sebab hidup miskin. dia hidup susah sambil jaga anak lelaki dia sorang tu tapi akhirnya dia jadi agen hartanah yang millionaire. tapi dia jadi millionaire tu sebab dia banyak tipu client dia utk jual rumah2 tu. last sekali dia jatuh cinta sorang minah ni dan sebab terbiasa sangat menipu awek dia suruh dia janji utk tak menipu walau apa sekalipun. lebih kurang camtu la. aku tak ingat ending dia tapi nak cari balik cerita tu kot2 ada. ingat tak bro?

    ReplyDelete
  4. Nak tnya, ada ingat x tajuk crita tntang 2 adik bradik lee siu tin dan meng chi kit tnggal dengan keluarga berlainan 1 kaya 1 miskin. yg lee siu tin memang dah trbiasa hdup kaya dan meng chi kit ni plak slalu aja susah. bnyak konflik yg brlaku bila mereka besar antaranya persaingan dalam bisnes syrikat masing2, sabotaj shingga si abang yg kaya jatuh miskin smpai jdi buruh tpi akhirnya air yg dcncang x akan putus. si adik mnta maaf lalu mati dan mndermakan organ kepada abangnya lee siu tin yg sakit tu.

    ReplyDelete
  5. tau x mana nak cari @ download cite taiwan x-files tu?yg kt tv metrovision dulu... teringin sgt2 nk tgk... shima kyoko

    ReplyDelete
  6. peminat setia metro vision, ade satu drama chinese sy mencari.. tapi untill now terlupa tajuk, watak lin jun yan dan bai meng zhu, selalu waktu malam...

    ReplyDelete

Lovers & Haters