30 April 2010

MAsALAH LAGI


Dia datang lagi. Kali ni kesannya; 2 hari menangis. As usual, things gone unexpected. But it was not inevitable, I saw it coming. Somehow, I just let myself get into the trouble again.

                Masalahnya sama je, saya tertekan sungguh-sungguh. Tapi kali ni paling dahsyat, kali terakhir saya tak henti-henti nangis masa form 1 dulu. Tak sangka dah besar ni boleh lagi nangis banyak-banyak. Lama dah tak nangis sebenarnya. Saya nak cerita sangat masalah ni kat orang lain, tapi rasanya susah sangat. Kang kalau cerita open sangat nanti segan pulak semua orang baca. Hahaha. Tunggulah saya cerita kat sesiapa yang sudi mendengar.

                Tapi saya harap sangat ada orang yang dapat faham masalah saya ni. Saya dah cuba selesaikan, tapi penyelesaian yang saya ambil mungkin akan menangguhkan kesan masalah ni, bukan menyelesaikan secara total. Tapi saya tak salahkan orang-orang yang terlibat, memang salah saya. Kepada semua kawan-kawan yang telah terlibat dalam masalah saya ni, saya mintak maaf yer, especially dekat kawan-kawan satu course…

                Saya terlampau childish dan tak jujur sampai keputusan yang saya buat tak matang dan menyusahkan orang lain. Kepada yang rasa-rasa faham, maafkan saya yer. Kalau yang tak faham bukak sem nanti saya citer. Tapi bukan masalah cinta yer ni… masalah lain…Tapi saya bahagia ada kawan-kawan yang supportive dan memahami, yang kalau saya bagitau masalah je semua ambil berat (sebenarnya suka jaga tepi kain orang kan..hahaha..).

                Cuma saya terfikir, agaknya berapa kali lagi saya akan hadapi masalah ni pada masa akan datang? Setakat ni memang la sekali, tapi saya harap takkan ada kali kedua bagi masalah ni. Harap-harap dapat jumpa orang yang berkenaan, mintak maaf dan setel cara baik. Ok? Walaupun saya akan kehilangan kawan baik dengan cara ni, saya terpaksa jugak berterus terang tentang kesilapan ni….

Sehari di Rumah...

10:00 – Anak sedara berlari-lari dekat tempat saya tidur. Mula nak buat tak layan sebab ngantuk, tapi sebab deorang main mouse saya, cepat-cepat bangun dan main ngan anak sedara.

11:00 – Sorang anak sedara iaitu Dadad ditinggalkan, sebab yang lagi dua dah bawak keluar. Yang sorang ni takde siapa nak jaga, jadi dia stay rumah dengan saya berdua je.

11.45 – Dadad mengamuk sebab tak dapat main keyboard sebab saya halang masa main facebook. Saya mandikan dia tapi dia peluk kaki saya. Dia taknak lepas. Saya mandikan jugak la. Habis basah seluar saya. Time pakaikan baju, dia mengamuk. Saya sembur bedak dekat badan dia, dan pakaikan pampers jenama Fitti secara paksa. Dia mengamuk-ngamuk, sampai saya tak sedar pampers pakai terbalik. Masa saya buat susu dia, dia mengamuk lagi sebab tak sabar. Mujur lepas bagi susu, dia terus tidur. Masa dia tidur, saya mandi dan akak saya balik.

12:00 – saya berehat sekejap je.

1:00 – kemas rumah, tolong mak masak nasik, lauk dan sebagainya. Mak mandikan Dadad semula sebab pampers dia bocor pasal pakai terbalik. Tolong basuh baju, basuh pinggan, bagi makan itik dalam kandang, kucing dalam sangkar, panjat pokok betik. Kemas semula baju yang nak bawak pergi Kuala Gandah. Sambil-sambil tu, tolong jaga dan main dengan anak sedara. Sembahyang Zohor.

5:00 – habis buat kerja rumah semua. Tengok episode 9 Samantha Who? Season 2. Tengok episode 19 n 20 The Arrival sampai tidur.

8:00 – buatkan air Sunquick untuk abah. Mandi. Tengah sembahyang Maghrib, anak sedara nangis. Dadad pukul Aha dengan lori mainan. Makan nasik.

9:30 – Tengok Penunggu Gunung Raya.

10:30 – Main internet….sampai la saya menaip cerita ni…

P/S: disebabkan anak sedara saya main mouse ni, elok pulak scroll dia..hari tu rosak sebab saya terpijak…

Sakit Gigi

Oh, bencinya la! Saya dah lama tak sakit gigi, kali last masa Darjah 1 rasanya. Darjah 2 @ 3, gigi saya kena tampal. Lepas tu masa darjah 4, gigi saya kena cabut sebab gusi bengkak dan gigi berlapis, masa Form 2 gigi saya kena tampal sekali lagi, lepas tu tak pernah apa-apa pasal gigi timbul balik sampailah saya masuk U.

Masa first sem, peristiwa yang tak best ni berlaku sewaktu saya dan kawan-kawan ada lawatan untuk PRT2008, Pertanian dan Manusia ke Kilang Beryl’s. Ala, kilang coklat tu… pagi tu, dah rasa lain macam dekat gigi geraham belah pipi kanan. Takpe, saya optimis sebab dah lama tak sakit gigi kan. Saya assume yang saya ni jenis takkan sakit gigi. Sekali dalam bas tu, dia dah mula denyut-denyut. Saya pun mula dah rasa cam tak best. Yela, all of days, kenapa hari melawat kilang coklat dia nak sakit kan? Macam tau-tau jer… ingat-ingat balik, rupanya malam sebelum tu Kimok bawak balik air oren dari KFC, itu yang menghakis gigi tu (teori sendiri ya).

Masa tengah lawatan dan dalam bas nak balik UPM, memang gila sakit la. Lepas tu hari tu jugak saya tampal dekat PKU. Alhamdulillah, lega. Masa pergi kaunter lepas tampal tu, nurse tu mintak 6 ringgit. Saya ingat free, tak pernah hayat saya bayar buat rawatan gigi. Dahlah tak bawak wallet time tu. Yela kan, time tu tengah miskin lagi. Tak dapat JPA pun lagi. Lepas negotiate dengan nurse tu, saya kata nak bayar malam tu. Ingat nak pinjam duit member. Sampai sekarang saya tak bayar 6 ringgit tu. Hahaha. Asyik lupa je. Tapi dah ingat ni, insya-Allah saya bayar. Hoho.

Tapi yang tak sedapnya, tak lama tu, dalam seminggu dua minggu pastu gigi geraham atas saya dekat pipi kiri pulak mendenyut-denyutkan diri. Sebenarnya dia dah lama berlubang, tapi tak pernah sakit pun. Setiap kali habis makan, mesti ada sisa daging masuk dalam lubang tu. Saya keluarkan guna lidah, tonyoh-tonyoh sampai dia keluar dengan sendirinya. Pastu telan. Hehehe… (kekadang ludah balik :P) Dan tak disangka-sangka, akhirnya dia nak sakit jugak. Kebetulan masa tu bulan puasa, PK untuk bahagian gigi tak bukak. Tak boleh nak tampal. Masa tu mula la penderitaan gigi. Huhuhu.

Setiap kali buka puasa, ada cebisan makanan terlekat dalam gigi tu. Lepas sisa tu keluar, sakit gigi pun datang. Masa orang pergi terawih, saya menderita terlantar. Huhu. Kawan-kawan saya cakap saya sengaja sakit gigi lepas buka sebab malas pergi terawih. Ada ke patut. Ches. (tapi selalu ponteng terawih tahun tu sebab sakit gigi, nak buat camne kan…) paling sakit kan, time makan ayam Maple (maple tu satu sem je dia bukak kedai, sem depan tak sambung kontrak dah..kedai dia yang kedai JBJ skarang ni).

Ayam goreng tu kerak dia tebal, ada sekali makan tu cebisan kerak dia yang besar tu menerjah masuk lobang gigi saya. Pergh, gila la wa cakap lu. Keluar air mata la. Dah la malam tu ada kelas ganti PRT2008. Sepanjang kelas tu saya mengalir air mata. Orang semua pelik kenapa saya nangis. Saya explain la, bukan nangis, tapi sakit sangat sampai air mata keluar sendiri. Sampai sakit kepala tu.

Time tidur pun seksa sesangat. Kadang-kadang lepas subuh baru hilang sakit dia. Tapi tak lama tu, gigi ni dah tak sakit dah. Dah mati saraf agaknya. Tapi gigi yang mula-mula saya cerita kat atas tadi yang sakit semula, sebab tampal dia cabut. Yela, sebab saya guna gigi ni nak makan, sebab yang satu lagi tu sakit.

Bergilir-gilir sakit gigi. Masa saya pergi PK, ingat nak tampal. Dia cakap ada dua lubang besar, dua-dua kena cabut. Tapi kena cabut satu-satu gigi je, tak boleh cabut dua serentak. Saya suruh dia cabut yang sakit tu.

Tapi nak dijadikan cerita, kebetulan hari tu saya selsema. Doctor gigi tu siap marah lagi datang time selsema. Pastu dia bagi ubat kumur, suruh saya kumur-kumur taknak bagi bacteria membiak dalam lubang gigi. Seminggu pastu, dia suruh datang balik. Tapi setiap kali saya nak pegi PK je, mesti gigi tak sakit. So saya taknak pegi la. Tapi bila time tak mau pegi, sakit dia melampau-lampau.

Last sekali akak ipar saya jadi doctor peribadi. Dia suruh makan Ponstan, sejenis produk painkiller. Saya pun ikut la cakap “doc” saya, dan terbukti ia berkesan. Kini gigi saya tak sakit lagi (baca stail iklan Smartshop ye). Kali last gigi saya sakit, time kenduri kahwin akak saya, masa awal sem 4 ni ha. Tapi sehari je sakit, esoknya lepas letak ubat beli kat 7-E terus elok. Sampai sekarang, gigi saya yang sakit semua dah reput, tinggal tunggul je. Ngeri kan, kan kan kan?!!!

P/S: Lepas selalu sakit gigi, saya guna Sensodyne 2 kali sehari…kadang-kadang lebih….

28 April 2010

SEGALANYA


               Bebaru ni berlaku beberapa insiden yang menyayat hati saya. Tak perlulah nak cakap insiden apa, tapi akhirnya insiden ni menyebabkan saya teringin sangat bukak sekolah anak yatim. Tapi insiden ni memang takde kaitan langsung dengan kes orang buang anak. Baru-baru ni saya muhasabah diri balik, dan saya rasa sangat sedih sebab saya rasa saya tak banyak lagi beribadah. Saya rasa menyesal sebab jarang baca Quran, jarang pergi surau, selalu mengumpat dan bercakap bukan-bukan, selalu buat dosa, kedekut, malas dan sebagainya (takkan nak cerita semua keburukan saya kot?).

                Kadang-kadang saya rasa apalah erti hidup ni sebenarnya, sebab saya ada baca satu terjemahan ayat Quran, yang cakap dunia ni hanyalah gurau-senda, taman akhirat nantilah segalanya. Sedih pulak dibuatnya. Saya tetiba teringin buat umrah (buat haji takde duit lagi), nak jejakkan kaki dekat Tanah Suci, berdoa depan Kaabah supaya diberi kekuatan untuk mengubah diri. Orang kata depan Kaabah doa makbul. Saya nak merasa diri dekat dengan Allah, dan saya nak buat lebih banyak pahala daripada dosa. Dan apa kaitan semua ni dengan insiden tadi?

                Biarlah saya menjelaskan dengan lebih layut, eh lanjut. Antara insiden yang telah berlaku tu ialah satu mimpi ni. Saya ada termimpi satu hari tu, tentang kawan-kawan saya. Kami semua dipisahkan, seorang demi seorang, akibat pelbagai perkara. Dan saya mula merasakan yang betapa rapatnya kami, semua tu rapuh sangat-sangat; maksudnya bila-bila masa hubungan tu boleh terputus. Yang dicincang takkan putus hanyalah hubungan kekeluargaan. Sebab tu saya merasakan selain keluarga, hubungan dengan Allah je yang abadi. Maka saya mula rasa bersalah sebab banyak sangat benda-benda yang menyebabkan hubungan saya dengan Allah tak rapat, dan saya rasa sedih sangat.

                Insiden kedua, baru-baru ni saya terbaca tentang kisah budak perempuan UIA yang mimpi Nabi (Tima kasih Munir Nukman!) dan tetiba saya pun rasa cam nak mimpi Baginda. Orang yang mimpi Rasulullah tu sampai sekarang merasa hatinya tenang. Saya pun nak rasa macam tu… kemudian ada jugak beberapa insiden yang terlalu peribadi yang saya nak terangkan, cukuplah saya katakan insiden-insiden tu sebagai ‘enlightenments’.

                Itulah segalanya. Kalaupun saya tak dapat mimpi Nabi, saya nak jaga anak-anak yatim macam jaga anak sendiri. Supaya saya sentiasa mengingati betapa besarnya rahmat dan rahim Allah kerana memberikan keluarga yang bahagia kepada saya. Walaupun saya tak sempurna, tetapi banyak betul rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah…tapi saya selalu tak bersyukur dan merasa marah bila ditimpa musibah. Masya-Allah…

                Maka di kesempatan ini, saya berharap supaya saya dapat berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Dan betapa bersyukurnya saya dilahirkan dalam suasana Islam yang harmoni dan damai, tak seperti orang lain yang bermula sebagai muallaf atau dilahirkan di tempat yang Islam tidak diamalkan atau ditindas…       

PUTAR-PUTAR MASA

Rasa macam dah lama betul tak memblog ni. Memang takde masa la kebelakangan ni. Masa 24 April hari tu, habis dah semua exam. Paper last: Noise. Dah la jawab entah apa-apa. Nak kata tak study, memang dah maut dah study malam tu. Dah takde rezeki kan. Masuk peksa je jadi blur tengok soalan. Sedih betul.

Sebab exam ni la antaranya saya takde masa nak memblog. Padahal banyak betul benda nak diluahkan daripada otak, hati dan perut (perlu ke perut?!). Takpela, anyways sekarang saya boleh la cerita tentang perkara-perkara yang berlaku sepanjang tak memblogkan diri ni. Antara perkara penting yang saya nak share ialah: “saya dah habis dua tahun belajar”. Tinggal setahun je lagi. Saya rasa sangat-sangat cepat masa berlalu. Teringat lagi masa baru mendaftar dulu. Huhuhu…harunya…. Kemudiannya, tahun ni saya akan meginjak umur 21…fuh, besar dah tu, lesen tak dok lagi…aduh… kena daftar jadi pengundi pulak, nak tukar IC…. Hitung-hitung balik, dah 8 tahun hidup di perantaun, rasa pelik sungguh. Saya rasa mcam kanak-kanak je lagi, tak rasa macam dah besar pun. Hahaha. Bengong je bunyinya. Saya rasa macam nak jadi Peter Pan la, supaya tak payah besar sampai bila-bila.

Hari ni Selasa, 27 hb (sebenarnya dah masuk Rabu dah). Baru je semalam saya balik rumah dari UPM, rasa seronoknya la. Semalam sempat celebrate besday anak sedara saya yang sulung, Mia. Sayangnya Fifi yang saya beli untuk Mia saya tak bawa balik, sebab saya rasa besar sangat la Fifi tu. Walaupun kecil-kecilan je majlis besday Mia, mestilah meriah. Ni kali ketiga saya balik rumah sepanjang sem ni, dan setiap kali balik pendek-pendek je. Hari tu balik, kena pergi ASLI pulak, dok umah dua hari je. Lepas tu balik masa hujung minggu sekali, dan yang ni pun balik seminggu je, sebab ada LI. Haiyyoo….

Geramnya nak balik Tuhan je yang tahu. Tapi rasa takut pulak nak start LI nanti, yela, dah la kena main ngan gajah kan. Kalau gajah tu saiz kucing kan best, boleh saya lambung-lambung macam lambung anak sedara. Sepatutnya saya LI dekat Paya Indah Wetlands kat Putrajaya, tetiba PERHILITAN hantar pergi Kuala Gandah pulak. Kalau tak boleh dah saya menetap kat kolej je. (Semangat cintakan kolej ke bang? Huhuhu。。。)

Bila balik rumah, saya ada jugak tertekan sebab perkara-perkara kecik yang saya perlu ‘adapt’kan semula. Antaranya sebab rumah saya tak macam kat kolej; ada tempat yang sempit sampai terlanggar, ada pintu yang rendah sampai terhantuk kepala, kadang kadang nak jalan dalam rumah pun tension, sebab ketinggian saya yang melebihi orang lain. Air pulak tekanan rendah; sampai nak basuh pinggan pun susah sebab air kecik sangat. Yang seronoknya mestilah jumpa anak sedara dan abah dan mak. Rumah saya yang baru lepas renovate ni rasa kurang mesra lagi. Lama-lama sikit nanti bolehla kot.

Sekarang ni dok rumah je, terbayang-bayang masalah tak best yang dihadapi. Alah, lupakan la semua tu….

Semalam sampai surat dari JPA ucapkan tahniah untuk pelajar tajaan (sayalah tu…) pasal CGPA saya untuk sem 3. Hadoi, sem ni macam mana la pulak. Saya berserah jela pada Tuhan. Hari tu pulak Peladang hantar calendar yang ada gambar saya. Semua ni menyebabkan saya rasa cam saya perlu terus gigih sebab ramai yang mengharapkan kejayaan saya. Terima kasih kepada Peladang, JPA dan PNB, sebab sudi nak taja saya (walaupun saya tak sempat pun merasa duit PNB tu…). Oh, tima kasih jugak untuk Felcra yang sudi menyumbang untuk anak penoreh getah macam saya. Kalau tak, siapalah nak bayar yuran saya masa first year dulu yer.

08 April 2010

BILA TAK DAPAT TIDUR


                  Dekat habis  dah semua lagu dalam MP4 saya play…tak mau jugak lelap mata. Lampu luar dalam semua dah tutup, gelap habis dah bilik. Tengah-tengah nak tidur nilah, inspirasi nak menulis datang sambil dengar lagu-lagu mengarut. Ingat nak tidur awal sebab besok kelas pukul 8, kena bangun seawal Ashari. Dah sebab puas meretuh siang tadi, malam pun mata jadi ngengada.

                Takpelah, kita tinggalkan persoalan tidur ye. Sekarang ni saya nak cerita pasal final exam yang akan datang, mula dari 17hb. Entah berapa agaknya pointer sem ni. Huhuhu....

                Sekarang tengah hangat pasal Latihan Industri @ LI. Saya dapat LI dekat Kuala Gandah, Elephant Sanctuary. Tak tau la best ke tak. Rasa macam taknak gi LI pun ada gak. Ada budak-budak ni yang gaduh sebab LI. Macam bongok je. Lantaklah diorang, yang peliknya yang paling besar kaki gaduh. Patut dia la yang tolong memahami sikit keadaan orang, bukan masalah dia pun. Ini tidak, dia yang mencetuskan pergaduhan.

                Time ni saya tengah dengar lagu-lagu album O Labirinto do Fauno, seram macam siot. Takutlah dengar, rasa macam hantu tengah tengok.

                Takpelah, mata pun dah ngantuk. Mau tidur dulu yer....Chow..... (sebenarnya dah takut.....)
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter